Bahasa Melayu: Siri Cemerlang
KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU SPM – BM2.
LATIHAN PENGUKUHAN – JENIS-JENIS AYAT.
LATIHAN 1.
Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut. Tentukan sama ada ayat tersebut ialah ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah atau ayat seruan.
i. Siapakah pemuda kacak itu?
ii. Oh, indah sungguh pemandangan di Teluk Cempedak ketika matahari terbit pada awal pagi!.
iii. Janganlah kamu hendak menunjuk pandai di sini.
iv. Di manakah letaknya Menara Kembar Petronas?
v. Setiap kali musim perayaan, Perhentian Pudu Raya penuh sesak dengan orang ramai.
vi. Garis panduan baru pinjaman yang dikuatkuasakan Bank Negara Malaysia amat wajar sebagai langkah berjaga-jaga membendung peningkatan keterlaluan hutang isi rumah.
LATIHAN 2.
Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut. Tentukan sama ada ayat tersebut ialah ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah atau ayat seruan.
i. Sungai terpanjang di Semenanjung terletak di negeri Pahang.
ii. Cantik sungguh taman itu kerana terletak di tepi sungai!
iii. Bagaimanakah Ani mengatasi masalah itu?
iv. Jemputlah hadirin sekalian menjamu selera.
v. Usahlah awak bimbang tentang kesihatan anak saya.
vi. Di Kuala Lumpurkah letaknya menara tabung haji.
JAWAPAN
LATIHAN 1.
i. Ayat tanya.
ii. Ayat seruan.
iii. Ayat perintah.
iv. Ayat tanya.
v. Ayat penyata.
vi. Ayat penyata.
LATIHAN 2.
i. Ayat penyata.
ii. Ayat seruan.
iii. Ayat tanya.
iv. Ayat perintah.
v. Ayat perintah.
vi. Ayat tanya.
No comments:
Post a Comment