Sunday, November 13, 2011

Bahasa Melayu: Siri Cemerlang


KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU SPM – BM2.

LATIHAN PENGUKUHAN.

LATIHAN MENGESAN KESILAPAN TATABAHASA: PENGGUNAAN KATA, FRASA KATA ATAU AYAT.

LATIHAN 7

SOALAN:

Tandakan ( / ) bagi tiada kesilapan tatabahasa dan tandakan ( X) bagi yang ada kesilapan dari segi tatabahasanya.

i. Dengan perkataan lain ( )
ii. Dengan lain perkataan ( )
iii. Dalam bilik itu ( )
iv. Di dalam bilik itu ( )
v. Dato’ Sri ( )
vi. Dato’ Seri ( )
vii. Datuk Sri ( )
viii. Datuk Seri ( )
ix. Dia belajar daripada pengalaman ( )
x. Dia belajar dari pengalaman ( )
xi. Dia datang bila dipanggil ( )
xii. Dia datang apabila dipanggil ( )
xiii. Dia memandang pada saya ( )
xiv. Dia memandang kepada saya ( )
xv. Dia memandang saya ( )

JAWAPAN.

i. Dengan perkataan lain ( / )
ii. Dengan lain perkataan ( X )
iii. Dalam bilik itu ( X )
iv. Di dalam bilik itu ( / )
v. Dato’ Sri ( X )
vi. Dato’ Seri ( / )
vii. Datuk Sri ( X )
viii. Datuk Seri ( / )
ix. Dia belajar daripada pengalaman ( / )
x. Dia belajar dari pengalaman ( X )
xi. Dia datang bila dipanggil ( X )
xii. Dia datang apabila dipanggil ( / )
xiii. Dia memandang pada saya ( X )
xiv. Dia memandang kepada saya ( X )
xv. Dia memandang saya ( / )

No comments:

Post a Comment