Wednesday, November 16, 2011

Bahasa Melayu: Siri Cemerlang

ECEMERLANGAN BAHASA MELAYU SPM – BM2.

LATIHAN PENGUKUHAN BERCORAK PEPERIKSAAN.

EJAAN DAN IMBUHAN

LATIHAN 4

Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksudnya.

i. Jari tangan Ahmad melecit kerana terlalu lama digunakan sabit untuk menebas rumput di kebun neneknya.

ii. Salmah mencapaikan tahap kemahiran yang tinggi dalam bidang komputar kerana dia sentiasa berdampingan buku-buku dalam bidang berkenaan.

iii. Laut yang membentang luas menyediakan rezki yang melimpah selagi kita berusaha untuk menerokainya.

[6 markah]

LATIHAN 5

Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksudnya.

i. Peragawati yang menjaya pertunjukan fesen malam ini murah dengan senyuman yang manis.

ii. Ayer mata anak perempuan Pak Ali melinang setelah membaca berita bahawa ayahnya telah meninggal dunia di kampung halamannya.

iii. Pada zaman dahulu dibanyakan rumah di Kampung Ayer Papan dibena di sepanjang sungai.

[6 markah]

LATIHAN 6

Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksudnya.

i. Ahli-ahli pasukkan beruniform harus berdisplin serta patuh akan arahan pemimpin.

ii. Semangat tekon dan daya saing yang tinggi akan dimestikan seseorang pelajar itu mampu mencapai keputusan yang cemerlang.

iii. Ahli penal dilarang dipersoalkan hal-hal agama dalam forum tersebut.

[6 markah]

JAWAPAN LATIHAN 4

Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksudnya.

i. Jari tangan Ahmad ‘melecet’ kerana terlalu lama ‘menggunakan’ sabit untuk menebas rumput di kebun neneknya.

ii. Salmah ‘mencapai’ tahap kemahiran yang tinggi dalam bidang ‘komputer’ kerana dia sentiasa berdampingan buku-buku dalam bidang berkenaan.

iii. Laut yang ‘terbentang’ luas menyediakan ‘rezeki’ yang melimpah selagi kita berusaha untuk menerokainya.

[6 markah]

JAWAPAN LATIHAN 5

( c ). Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksudnya.

i. Peragawati yang ‘menjayakan’ pertunjukan ‘fesyen’ malam ini murah dengan senyuman yang manis.

ii. ‘Air’ mata anak perempuan Pak Ali ‘berlinangan’ setelah membaca berita bahawa ayahnya telah meninggal dunia di kampung halamannya.

iii. Pada zaman dahulu ‘kebanyakan’ rumah di Kampung Ayer Papan ‘dibina’ di sepanjang sungai.

[6 markah]

JAWAPAN LATIHAN 6

Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksudnya.

i. Ahli-ahli ‘pasukan’ beruniform harus ‘berdisiplin’ serta patuh akan arahan pemimpin.

ii. Semangat ‘tekun’ dan daya saing yang tinggi akan ‘memastikan’ seseorang pelajar itu mampu mencapai keputusan yang cemerlang.

iii. Ahli ‘panel’ dilarang ‘mempersoalkan’ hal-hal agama dalam forum tersebut.

[6 markah]

No comments:

Post a Comment