Wednesday, November 16, 2011
Bahasa Melayu: Siri Cemerlang
LATIHAN PENGUKUHAN.
LATIHAN MENGESAN KESILAPAN TATABAHASA: PENGGUNAAN KATA, FRASA KATA ATAU AYAT.
LATIHAN 10
SOALAN:
Tandakan ( / ) bagi tiada kesilapan tatabahasa dan tandakan ( X ) bagi yang ada kesilapan dari segi tatabahasanya.
i. Berkesanan ( )
ii. Keberkesanan ( )
iii. Kedua-dua belah pihak ( )
iv. Kedua belah pihak ( )
v. Kepemimpinan ( )
vi. Kepimpinan ( )
vii. Kereta itu melalui di jalan besar ( )
viii. Kereta itu melalui jalan besar ( )
ix. Letaklah di mana-mana yang sesuai ( )
x. Letaklah di mana yang sesuai ( )
xi. Letaknya antara Kuala Lumpur dengan Kajang ( )
xii. Letaknya di antara Kuala Lumpur dengan Kajang ( )
xiii. Maksudnya yang asal ( )
xiv. Maksudnya yang asalnya ( )
JAWAPAN.
i. Berkesanan ( X )
ii. Keberkesanan ( / )
iii. Kedua-dua belah pihak ( / )
iv. Kedua belah pihak ( X )
v. Kepemimpinan ( / )
vi. Kepimpinan ( X )
vii. Kereta itu melalui di jalan besar ( X )
viii. Kereta itu melalui jalan besar ( / )
ix. Letaklah di mana-mana yang sesuai ( / )
x. Letaklah di mana yang sesuai ( X )
xi. Letaknya antara Kuala Lumpur dengan Kajang ( X )
xii. Letaknya di antara Kuala Lumpur dengan Kajang ( / )
xiii. Maksudnya yang asal ( / )
xiv. Maksudnya yang asalnya ( X )
Bahasa Melayu: Siri Cemerlang
KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU SPM – BM2.
LATIHAN PENGUKUHAN EJAAN.
LATIHAN 6.
Tandakan ( / ) bagi ejaan yang betul dan tandakan ( X ) bagi ejaan yang salah.
i. Waset ( ) / wasit ( )
ii. Hadis ( ) / hadith ( )
iii. Motosikal ( ) / motorsikal ( )
iv. Gaseng ( ) / gasing ( )
v. Negeri China ( ) / Negeri Cina ( )
vi. Capik ( ) / capek ( )
vii. Air ( ) / ayer ( )
viii. Syor ( ) / syur ( )
ix. Mergastua ( ) / margastua ( )
x. Sa’at ( ) / Saat ( )
JAWAPAN:
i. Waset ( X ) / wasit ( / )
ii. Hadis ( / ) / hadith ( X )
iii. Motosikal ( / ) / motorsikal ( X )
iv. Gaseng ( X ) / gasing ( / )
v. Negeri China ( / ) / Negeri Cina ( X )
vi. Capik ( X ) / capek ( / )
vii. Air ( / ) / ayer ( X )
viii. Syor ( / ) / syur ( X )
ix. Mergastua ( / ) / margastua ( X )
x. Sa’at ( X ) / Saat ( / )
Bahasa Melayu: Siri Cemerlang
KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU SPM – BM2.
LATIHAN 1
EJAAN DAN IMBUHAN
SOALAN SPM BM2 2006 – SOALAN
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat-ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
i. Gerakan Cintailah Bahasa Kita telah dilancarkan untuk mendokong usaha kemasyarakatan bahasa Melayu.
ii. Setiap pusat melupuskan sampah hendaklah sentiasa di pantau supaya mesra alam dan tidak memudaratkan penduduk sekitarnya.
iii. Pengurusan syarikat itu mensasarkan peningkatan jualan prodaknya sebanyak tujuh puluh peratus dalam jangka masa setahun.
JAWAPAN:
i. Gerakan Cintailah Bahasa Kita telah dilancarkan untuk mendukung usaha memasyarakatkan /pemasyarakatan bahasa Melayu.
ii. Setiap pusat pelupusan sampah hendaklah sentiasa dipantau supaya mesra alam dan tidak memudaratkan penduduk sekitarnya.
iii. Pengurusan syarikat itu menyasarkan peningkatan jualan produknya sebanyak tujuh puluh peratus dalam jangka masa setahun.
[6 markah]
LATIHAN 2.
EJAAN DAN IMBUHAN
SOALAN SPM BM2 2007 – SOALAN
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat-ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i) Wakil rakyat di kawasan pedalaman itu telah mensyorkan pembinaan sebuah stesen jana kuasa kecil di situ.
(ii) Penggunaan e-mail memberikan kemudahan untuk seseorang menyampai mesej dalam beberapa saat sahaja.
(iii) Kempen anti-dadah peringkat kebangsaan yang dilancar oleh kerajaan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat.
[6 markah]
JAWAPAN:
i. Wakil Rakyat di kawasan pedalaman itu telah mengesyorkan pembinaan sebuah stesen jana kuasa kecil di situ.
ii. Penggunaan e-mel memberikan kemudahan untuk seseorang menyampaikan mesej dalam beberapa saat sahaja.
iii. Kempen antidadah peringkat kebangsaan yang dilancarkan oleh kerajaan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat.
[6 markah]
LATIHAN 3.
EJAAN DAN IMBUHAN
SOALAN SPM B2 2009 – SOALAN 3:
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Pengusaha kafetaria itu telah dikenakan tindakan kerana persediaan makanan yang tidak bersih.
(i) Peragawati itu menggunakan losyen berjenama terkenal untuk melembuti kulitnya.
(ii) Penggunaan peralatan eletronik membolehkan murid-murid mengikuti kaedah pelajaran terkini.
JAWAPAN:
(i) Kafetaria - kafeteria
Persediaan - penyediaan / menyediakan.
(ii) losyen - losen
melembuti - melembutkan.
(iii) eletronik - elektronik.
pelajaran - pembelajaran / pemelajaran.
[6 markah]
Bahasa Melayu: Siri Cemerlang
KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU SPM – BM2.
LATIHAN PENGUKUHAN BERCORAK PEPERIKSAAN.
EJAAN DAN IMBUHAN
LATIHAN 7
Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua ‘penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah’. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksudnya.
i. Kami mencadangkan hendak pergi menuntun wayang pada malam minggu nanti.
ii. Adohai malangnya nasibku semua penghuni rumah yang aku mengunjungi tidak ada di rumah!.
iii. Pak Miskon menghadapi masaalah tidak dapat diselesaikan hutang semenjak beliau terlibat dengan kemalangan jalan raya setahun yang lepas.
[6 markah]
LATIHAN 8.
Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua ‘penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah’. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksudnya.
i. Matalamat sekolah mengadakan program gotong-royong bertujuan pemupukan semangat bekerjasama dalam kalangan pelajar-pelajarnya.
ii. Bunga-bunga yang terpamer di dalam dewan itu cantek belaka.
iii. Entah berapa lama panggilan itu tidak berjawab kerana sungguh lina tidurku ketika itu.
[6 markah]
Latihan 9.
Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua ‘penggunaan ejaan dan imbuhan’ yang salah. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksudnya.
i. Keadaanku pada masa itu maseh membuai-buai antara sedar dengan tidak.
ii. Kain langser itu sudah lama terlipat dan disimpan di dalam peti.
iii. Penjenayah itu dijatuhi hukuman penjara dan sebat mandantori setelah dia terdapat bersalah menculik seorang ahli perniagaan.
[6 markah]
JAWAPAN:
LATIHAN 7.
Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua ‘penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah’. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksudnya.
i. Kami ‘bercadang’ hendak pergi ‘menonton’ wayang pada malam minggu nanti.
ii. ‘Aduhai’ malangnya nasibku semua penghuni rumah yang aku ‘kunjungi’ tidak ada di rumah!.
iii. Pak Miskon menghadapi ‘masalah’ tidak dapat ‘menyelesaikan’ hutang semenjak beliau terlibat dengan kemalangan jalan raya setahun yang lepas.
[6 markah]
LATIHAN 8.
Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua ‘penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah’. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksudnya.
i. ‘Matlamat’ sekolah mengadakan program gotong-royong bertujuan ‘memupuk’ semangat bekerjasama dalam kalangan pelajar-pelajarnya.
ii. Bunga-bunga yang ‘dipamerkan’ di dalam dewan itu ‘cantik’ belaka.
iii. Entah berapa lama panggilan itu tidak ‘terjawab’ kerana sungguh ‘lena’ tidurku ketika itu.
[6 markah]
LATIHAN 9.
Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksudnya.
i. Keadaanku pada masa itu ‘masih’ ‘terbuai-buai’ antara sedar dengan tidak.
ii. Kain ‘langsir’ itu sudah lama ‘berlipat’ dan disimpan di dalam peti.
iii. Penjenayah itu dijatuhi hukuman penjara dan sebat ‘mandatori’ setelah dia ‘didapati bersalah menculik seorang ahli perniagaan.
[6 markah]
Bahasa Melayu: Siri Cemerlang
ECEMERLANGAN BAHASA MELAYU SPM – BM2.
LATIHAN PENGUKUHAN BERCORAK PEPERIKSAAN.
EJAAN DAN IMBUHAN
LATIHAN 4
Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksudnya.
i. Jari tangan Ahmad melecit kerana terlalu lama digunakan sabit untuk menebas rumput di kebun neneknya.
ii. Salmah mencapaikan tahap kemahiran yang tinggi dalam bidang komputar kerana dia sentiasa berdampingan buku-buku dalam bidang berkenaan.
iii. Laut yang membentang luas menyediakan rezki yang melimpah selagi kita berusaha untuk menerokainya.
[6 markah]
LATIHAN 5
Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksudnya.
i. Peragawati yang menjaya pertunjukan fesen malam ini murah dengan senyuman yang manis.
ii. Ayer mata anak perempuan Pak Ali melinang setelah membaca berita bahawa ayahnya telah meninggal dunia di kampung halamannya.
iii. Pada zaman dahulu dibanyakan rumah di Kampung Ayer Papan dibena di sepanjang sungai.
[6 markah]
LATIHAN 6
Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksudnya.
i. Ahli-ahli pasukkan beruniform harus berdisplin serta patuh akan arahan pemimpin.
ii. Semangat tekon dan daya saing yang tinggi akan dimestikan seseorang pelajar itu mampu mencapai keputusan yang cemerlang.
iii. Ahli penal dilarang dipersoalkan hal-hal agama dalam forum tersebut.
[6 markah]
JAWAPAN LATIHAN 4
Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksudnya.
i. Jari tangan Ahmad ‘melecet’ kerana terlalu lama ‘menggunakan’ sabit untuk menebas rumput di kebun neneknya.
ii. Salmah ‘mencapai’ tahap kemahiran yang tinggi dalam bidang ‘komputer’ kerana dia sentiasa berdampingan buku-buku dalam bidang berkenaan.
iii. Laut yang ‘terbentang’ luas menyediakan ‘rezeki’ yang melimpah selagi kita berusaha untuk menerokainya.
[6 markah]
JAWAPAN LATIHAN 5
( c ). Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksudnya.
i. Peragawati yang ‘menjayakan’ pertunjukan ‘fesyen’ malam ini murah dengan senyuman yang manis.
ii. ‘Air’ mata anak perempuan Pak Ali ‘berlinangan’ setelah membaca berita bahawa ayahnya telah meninggal dunia di kampung halamannya.
iii. Pada zaman dahulu ‘kebanyakan’ rumah di Kampung Ayer Papan ‘dibina’ di sepanjang sungai.
[6 markah]
JAWAPAN LATIHAN 6
Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksudnya.
i. Ahli-ahli ‘pasukan’ beruniform harus ‘berdisiplin’ serta patuh akan arahan pemimpin.
ii. Semangat ‘tekun’ dan daya saing yang tinggi akan ‘memastikan’ seseorang pelajar itu mampu mencapai keputusan yang cemerlang.
iii. Ahli ‘panel’ dilarang ‘mempersoalkan’ hal-hal agama dalam forum tersebut.
[6 markah]
Sunday, November 13, 2011
Bahasa Melayu: Siri Cemerlang
KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU SPM – BM2.
P & P MENGESAN KESILAPAN TATABAHASA
OBJEKTIF: Pelajar boleh mengesan kesilapan-kesilapan tatabahasa dalam ayat.
LANGKAH 1.
Penerangan guru kepada pelajar.
i. Dalam SPM BM2 ada soalan yang berkaitan dengan mengasan kesilapan tatabahasa dalam ayat-ayat yang diberikan kepada calon-calon peperiksaan.
ii. Dalam satu ayat yang diberi, ada dua kesilapan dari segi tatabahasa.
LANGKAN 2.
i. Frasa kata yang mengandungi kesalahan tandakan ( X ) dan tiada kesilapan tandakan ( / ).
ii. Guru menerangkan kesilapan-kesilapan yang sering terjadi ialah:-
Jenis-jenis kesalahan yang lazim dikemukakan dalam soalan ialah:
a. Kesalahan perkataan atau kosa kata.
Contoh;
Ahmad ‘keciwa’ - sepatutnya ‘kecewa’ (kesalahan ejaan)
Pelancung - pelancong (kesalahan ejaan)
Perabut - perabot (kesalahan ejaan).
Pergi ‘melancung’ - sepatutnya ‘melancong’ (kesalahan penggunaan
perkataan)
Tinggal di ‘pendalaman’ - sepatutnya ‘pedalaman’ (kesalahan penggunaan perkataan)
b. Kesalahan frasa mengikut hukum D – M.
Dalam bahasa Melayu hukum D (unsur yang diterangkan) merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan yang pertama dan M (unsur yang menerangkan) hadir pada kedudukan yang kedua dalam frasa ayat
Contoh;
Cili sos - sepatutnya ‘sos cili’
Nusantara Restoran - sepatutnya ‘Restoran Nusantara’
Mini bas - sepatutnya ‘bas mini’
Kredit kad - sepatutnya ‘kad kredit’
c. Perkataan orang, kaum, keturunan, bangsa, bahasa dan suku kaum mesti digunakan apabila kita hendak menyebut sesuatu kaum, suku kaum, bangsa, keturunan atau bahasa.
Contoh,
Penduduk negeri Johor kebanyakannya Melayu ( X )
Penduduk negeri Johor kebanyakannya orang Melayu ( / )
Cina pernah menjadi bangsa yang bertamadun ( X )
Bangsa Cina pernah menjadi bangsa yang bertamadun ( / )
Melayu, Cina dan India ialah kaum yang terbesar di negara ini ( X )
Kaum Melayu, Cina dan India ialah kaum yang terbesar di negara ini ( / )
Bahasa yang digunakan itu ialah Melayu, bukan Inggeris ( X )
Bahasa yang digunakan itu ialah bahasa Melayu, bukan bahasa Inggeris ( / )
Sarawak telah lama didiami oleh Iban ( X )
Sarawak telah lama didiami oleh kaum Iban ( / )
d. Kesalahan makna ayat yang tidak jelas.
Contoh;
Tanah liat ialah mineral silikat paling halus sehingga memerlukan teknik sinar-X untuk mengkajinya. ( X )
Tanah liat ialah mineral silikat paling halus sehingga ‘untuk mengkajinya’ diperlukan teknik sinar-X. ( / )
e. Kesalahan ayat yang tidak mempunyai subjek.
Contoh;
Ini dapat dilihat pada harga belimbing besi di Kuala Lumpur cuma berjumlah RM2.00 sekilo (salah)
Hal ini dapat dilihat pada harga belimbing besi di Kuala Lumpur, iaitu berjumlah RM2.00 sekilo (betul)
f. Ayat tergantung.
Contoh;
Penjenayah itu dijatuhkan oleh hakim. ( X )
Penjenayah itu dijatuhkan hukuman oleh hakim ( / )
g. Kesalahan penggunaan bahasa yang tidak sesuai mengikut taraf sosial seseorang.
Contoh;
Baginda berucap kepada pembesar negeri ( X )
Baginda ‘bertitah’ kepada pembesar negeri ( / )
h. Kesalahan frasa kerja yang kata kerja transitif tidak diikuti oleh penyambut (objek).
Contoh;
Ali melukis untuk dihadiahkan kepada kakaknya ( X )
Ali melukis gambar untuk dihadiahkan kepada kakaknya ( / )
i. Kesalahan penggunaan kata sendi nama.
Contoh;
Ketika keluar daripada kelas 5 Biru, saya terlanggar gadis itu ( X )
Ketika keluar ‘dari’ kelas 5 Biru, saya terlanggar gadis itu ( / )
j. Kesalahan penggunaan kata jamak.
Contoh;
Kebanyakan guru-guru lelaki telah dihantar ke kawasan luar bandar ( X )
Kebanyakan ‘guru’ lelaki telah dihantar ke kawasan bandar ( / )
k. Kesalahan penggunaan kata ganda.
Contoh;
Perdana Menteri-Perdana Menteri negara ASEAN sedang bermesyuarat di Singapura.. ( X )
‘Perdana-Perdana’ Menteri negara ASEAN sedang bermesyuarat di Singapura. ( / )
l. Kesalahan penggunaan kata imbuhan.
Contohnya;
Kerajaan sedang memperbesarkan jalan raya di kampung itu ( X )
Kerajaan sedang ‘memperbesar’ jalan raya di kampung itu ( / )
LANGKAH 3.
Guru mengedarkan latihan-latihan pengukuhan.
Subscribe to:
Posts (Atom)