Friday, August 30, 2013
Bab 1: Pengenalan kepada Fonetik dan Fonologi?
1
Bab 1:
PENGENALAN KEPADA FONETIK DAN FONOLOGI
Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat
menyusurgalurkan sejarah perkembangan fonetik dan fonologi secara
ringkas.
menyatakan konsep ilmu fonetik dan ilmu fonologi secara ringkas.
mengenal pasti subbidang dalam fonetik dan fonologi.
membezakan antara bidang fonetik dan fonologi dalam ilmu linguistik
fonetik dan fonologi.
membezakan antara bidang fonetik dan fonologi dalam ilmu linguistik
Ringkasan Bab
1.1 Pengenalan
1.2 Sejarah Ringkas Perkembangan Bidang fonetik dan Fonologi
1.3 Bidang Fonetik
1.4 Bidang Fonologi
1.5 Beza antara Fonetik dan Fonologi
Istilah penting
Ringkasan
Rujukan
Bab 1: Pengenalan kepada Fonetik dan Fonologi?
2
Perkenalan kita dengan bahasa bermula apabila kita mendengar sesuatu bahasa dituturkan. Oleh kerana kita belum tahu dan faham bahasa itu, yang kita dengar adalah bunyi yang bercampur aduk bagaikan bunyi bising sahaja. Hanya apabila kita sudah kenal bahasa itu, barulah kita tahu bahawa di sebalik bunyi itua ada makna yang hendak disampaikan dan bunyi itu tersusun mengikut peraturan tertentu. Dalam hal ini, kita berhadapan dengan bunyi bahasa manusia yang berbeza dengan bunyi binatang ataupun bunyi bising. Kajian tentang pelbagai aspek bunyi bahasa manusia termasuk dalam bidang yang dikenali sebagai fonetik dan fonologi.
Kajian terhadap bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat ujaran manusia dikenali sebagai bunyi fonetik. Jika ada kajian terhadap bunyi-bunyi lain seperti bunyi binatang atau bunyi selain daripada bunyi bahasa manusia, maka kajian itu tidak dikenali sebagai fonetik. Bunyi bahasa manusia boleh dikaji dari dua sudut utama. Pertama, cara bunyi dihasilkan oleh alat-alat dalam tubuh manusia dan kedua kesan pendengaran pada pendengarnya.
Tubuh manusia dilengkapi dengan organ-organ yang dapat digunakan untuk menghasilkan bunyi bahasa melalui mekanisme tertentu dalam tiga rongga dan satu saluran. Rongga itu adalah rongga mulut, rongga hidung dan rongga farinks, manakala saluran yang terlibat ialah saluran udara dari paru-paru melalui kerongkong dan pita suara, terus ke mulut atau hidung. Saluran udara pada pita suara lebih dikenali sebagai glotis.
Keseluruhan proses yang melibatkan tindakan alat-alat ujaran dan mekanisme laluan udara yang mengiringinya dinamakan artikulasi. Kajian terhadap bunyi bahasa yang memberi tumpuan kepada rongga dan saluran yang tersebut di atas dikenali sebagai fonetik artikulatori. Di samping itu, sesuatu bunyi bahasa boleh dihuraikan berdasarkan ciri akustiknya. Kata akustik merujuk kepada sifat-sifat bunyi dari segi fizikalnya, yang bergantung pada mekanisme laluan udara di dalam rongga mulut dan hidung dan juga gelombang udara yang keluar dari rongga berkenaan. Cabang fonetik yang khususnya memberi tumpuan kepada kesan pendengaran bunyi bahasa dikenali sebagai fonetik akustik. Fonologi merupakan lanjutan daripada fonetik. Tidak semua bunyi yang dihasilkan oleh penutur dalam sesuatu bahasa mempunyai fungsi tersendiri dalam membezakan satu kata dengan yang lain. Adakalanya dua atau beberapa bunyi merupakan variasi sahaja. Adalah menjadi tugas fonologi untuk meneliti variasi itu sama variasi itu boleh dimasukkan ke dalam satu keluarga bunyi atau tidak, dan keluarga bunyi itulah yang dinamakan fonem.
Fonologi juga memberi tumpuan kepada perkaitan antara fonem, yakni fonem yang boleh wujud bersama dengan fonem yang mana atau menggantikan fonem tertentu. Dalam fonologi juga, di samping menentukan suku kata kita juga boleh memberi huraian tentang struktur suku kata sesuatu bahasa, dan dari situ struktur fonologi kata. Seperti fonetik, fonologi juga
1.1 Pengenalan
Bab 1: Pengenalan kepada Fonetik dan Fonologi?
3
mempunyai beberapa cabang berdasarkan cara melihat fungsi bunyi dalam kata dan arus ujaran dan juga berdasarkan tujuan sesuatu cabang itu. Umumnya kita boleh membahagiakan cabang-cabang itu kepada tiga kategori utama iaitu fonologi asas, fonologi prosodi dan fonologi generatif.
Mmm
Kajian terhadap bunyi manusia sudah lama mendapat perhatian oleh ahli falsafah bahasa pada zaman dahulu. Perkembangan kajian bidang fonetik dan fonologi berlaku sejajar dengan perkembangan disiplin lain dalam ilmu linguistik. Bidang fonetik mula berkembang sebagai suatu disiplin ilmu Sebelum Masihi (SM) lagi. Dengan hal yang demikian, ilmu fonetik mempunyai sejarah yang panjang.
Sebenarnya, sejarah ilmu fonetik bermula di India antara 800 SM hingga 150 SM apabila sarjana-sarjana Sanskrit mula meneliti sistem bunyi bahasa Sanskrit. Antara yang mengkajinya ialah Pānini Daksipuutra, seorang sarjana bahasa Sanskrit. Beliau meneliti dan seterusnya menulis peraturan artikulasi bagi bahasa Sanskrit. Malangnya, selepas Pānini tidak ada ahli bahasa India yang melanjutkan kajian beliau.
Di Eropah pada zaman Yunani kuno, kajian bahasa dianggap sebagai alat untuk melengkapi bidang falsafah. Ahli bahasa Yunani, Dionusius Thrax pernah menghasilkan kajian terhadap bunyi dan perkaaan. Ahli-ahli bahasa Yunani merupakan orang pertama untuk memulakan sistem tulisan yang menggunakan abjad fonetik.
Namun, tradisi fonetik moden bermula pada abad ke- 16 di England, dan dimajukan lagi pada abad ke-18 dan 19 di Britain oleh tokoh seperti Alexander Melville Bell, Henry Sweet dan Daniel Jones. Mereka bertanggungjawab untuk mencipta fonetik moden. Alexander Bell telah memperkenalkan suatu sistem yang presis tentang notasi bagi menuliskan bunyi-bunyi bahasa. Sistem tulisan yang dikenali sebagai Visual Speech (Bahasa Visual) dihasilkan pada tahun 1867 untuk membantu pelajar pekak mempelajari bahasa lisan dengan mudah. Visual Speech juga dikenal sebagai Abjad Fisiologi. Lihat Carta Ujaran Bahasa (Visual Speech) yang digunakan oleh Alexander Bell dalam Rajah 1.1.
1.2 Sejarah Ringkas Perkembangan Bidang Fonetik dan Fonologi
Gambar 1.2: Alexander Melville Bell
Bab 1: Pengenalan kepada Fonetik dan Fonologi?
4
Rajah1.1: Carta Ujaran Bahasa (Visible Speech charts)
Sumber: http://www.omniglot.com/writing/visiblespeech.htm
Kesimpulannya, ahli falsafah bahasa India dan Yunani telah menjadi pengasas dalam hal melahirkan teori fonologi sehingga bidang fonetik dan fonologi berkembang pesat dalam ilmu linguistik. Pandangan mereka tentang analisis bunyi bahasa telah diambil kira oleh ahli-ahli bahasa yang berikutnya.
Pada tahun 1888, Persatuan Fonetik Antarabangsa (IPA) telah mencipta sistem fonetik untuk menghuraikan bunyi-bunyi dalam semua bahasa. Sistem ini merupakan sistem transkripsi bunyi bahasa yang klasik dan unggul yang digunakan ketika membuat transkripsi bunyi, iaitu transkripsi fonemik dan fonetik. Sistem fonetik IPA amat digemari oleh ahli fonetik, ahli psikologi dan pengkaji apabila masalah penghasilan bunyi bahasa dikaji.
Kini, sistem fonetik IPA digunakan oleh ahli bahasa untuk menerangkan sebutan mana-mana bahasa yang mempunyai sistem tulisannya sendiri. Pada tahun 1928 telah berlangsung Kongres Linguistik Antarabangsa yang pertama di Hague. Kongres ini dianggap sebagai permulaan bagi ilmu fonologi.
Paitoon M.Chaiyanara
Bab 1: Pengenalan kepada Fonetik dan Fonologi?
5
Paitoon M. Chaiyanara (2005) merumuskan perkembangan bidang fonetik dan fonologi dalam bidang linguistik dari zaman dahulu sehingga sekarang seperti dalam Jadual 1.1.
Jadual 1.1 Aliran perkembangan bidang fonetik dan fonologi
Tempoh Aliran Ahli Bahasa Hasil Kajian Terpenting
Dari zaman lampau hingga 1930
Ahli bahasa kumpulan pengasas teori fonologi
Takrifan tentang fonem
Antara tahun 1930-1940
Ahli bahasa aliran Praha seperti V. Mathesius dan Trubetzkoy
Lahirnya bidang Fonologi Stuktural di Amerika Syarikat
Antara tahun 1940-1950
Ahli bahasa Aliran Bloomfield
Lahirnya bidang fonologi structural di Amerika Syarikat
Antara tahun 1950-1960
Ahli bahasa kumpulan Roman Jacobson
Lahirnya teori nilai + bagi fitur distingtif bunyi bahasa
Antara tahun tahun 1960 hingga sekarang
Ahli bahasa Aliran Transformasi Generatif
Lahirnya disiplin Fonologi Generatif
Ahli bahasa Aliran Fonologi Semesta
Lahirnya disiplin Fonologi Semesta (Natural Phonology)
Sumber: Paitoon M Chaiyanara (2005) Pengenalan Fonetik dan Fonologi
Perkembangan bidang ilmu fonetik dan fonologi di luar negara begitu mempengaruhi negara-negara di rantau ini. Walaubagaimanapun, pemindahan ilmu pada suatu masa dulu tidak berlaku sepantas sekarang. Perkembangan di rantau ini sering kali agak jauh ketinggalam daripada yang berlaku di barat. Perkembangan yang berlaku agak lambat ini berpunca daripada kekangan kemudahan teknologi, faktor kewangan dan kepakaran.
Sejarah fonetik dan fonologi di Tanah Melayu bermula pada abad ke-19 apabila A.A. Fokker menghasilkan bukunya berjudul Malay Phonetics pada tahun 1895. Buku ini memerihalkan sistem fonetik bahasa Melayu. Di Malaysia, bidang ini mula diperkenalkan pada tahun 1950-an bermula di Institut Bahasa, Kuala Lumpur. Menurut catatan di bahagian pengenalan buku The Malay Sound System telah dihasilkan oleh Muhammad Yunus Maris, pengajaran ilmu ini diajarkan oleh beliau sehingga tahun 1962. Bidang ini turut juga diajarkan oleh beberapa
Bab 1: Pengenalan kepada Fonetik dan Fonologi?
6
tenaga pengajar lain yang mendapat latihan dari jabatan Linguistik, Universiti London. Mereka adalah Fatimah Hamidon, Asiah Abu Samah dan Muhammad Yunus Maris sendiri.
Menyorot perkembangan ilmu ini sejak dari awalnya, ternyata bidang ini mula disebut oleh Za’ba dalam bukunya Pelita Bahasa Melayu Penggal I. Za’ba seperti yang dimaklumi walaupun tidak mendapat pendidikan rasmi dalam bidang ilmu ini, telah menghasilkan penulisan ilmu yang ternyata selari dengan apa yang dibicarakan semasa itu di luar negara.
Peringkat awal kajian yang berlangsung di Malaysia yang dilakukan oleh Nik Safiah Karim (1975) ini merupakan kajian tesis sarjana di Universiti Malaya yang berjudul Loghat Kelantan: Satu Cherakinan Kajibunyi Bahasa. Kajian ini menyentuh dua perkara iaitu aspek bunyi vokal, konsonan dan diftong serta bentuk suku kata, ciri-ciri prosidi dan pola intonasi dalam dialek Kelantan. Ciri-ciri prosidi yang dibuncangkan dalam tesis ini adalah tekanan, nada dan tempo panjang-pendek. Tumpuan ciri tekanan yang dibincangkan adalah tekanan keras dan yang paling keras, tekanan lembut dan paling lembut. Fitur nada pula dikaitkan dengan perasaan marah, suka, terperanjat, dan sebagainya. Kesemua ciri ini dikatakan tidak menjadi pembeza makna dasar sesuatu perkataan, tetapi hanya berfungsi sebagai makna dasar sesuatu sebutan. Menurut kajian beliau lagi, ketiga-tiga ciri ini dimiliki oleh dialek Kelantan.
Kajian yang sama dilakukan dalam latihan ilmiah Hashim Musa (1971) Pengantar Chiri-chiri Sendi dan Intonasi serta Pengwujudan Chiri-chiri itu di dalam dialek Kelantan yang dituturkan di Pasir Mas. Peralatan yang digunakan bagi menganalisis adalah pita rakaman dan alat perakam sahaja. Dapatan kajian ini memperlihatkan bahawa pola intonasi mempunya pelbagai kontur yang boleh diaplikasikan kepada jenis ayat. Walaubagaimanapun, terdapat kecenderungan tertentu dalam pemilihan pola yang digunakan. Dalam kajian ini Hashim Musa menyentuh aspek emosi, walaupun perlabelan yang dilakukan agak sukar diabsahkan kerana tiada ujian persepsi yang dilakukan.
Farid M.Onn (1980) dalam tesisnya membincangkan aspek sinkronik fonologi dan morfologi dialek Johor. Kajian beliau mempunyai dua objektif. Pertama, beliau mencuba mendeskripsi variasi fonologi dan morfologi terpilih yang ditemui dalam bahasa, dan menjadikan pendekripsian tersebut sebagai penerangan kepada proses fonologi dan morfologi
Pendeta Za’Ba
Nik Safiah Karim
Bab 1: Pengenalan kepada Fonetik dan Fonologi?
7
bahasa Melayu. Kedua, beliau menghujahkan tentang perbezaan taraf antara peraturan yang wujud dalam fonologi dan morfologi. Farid M. Onn menggunakan kerangka kajian fonologi generatif yang dihasilkan oleh Chomsky dan Halle (1968) seperti yang terdapat dalam buku The Sound Pattern of English (SPE).
Pada tahun 1988, Zaharani Ahmad menghasilkan tesisnya yang berjudul The Phonology and Morfologi of the Perak Dialek. Teoh Book Seong pula menghasilkan bukunya The Malay Sound System Revisited pada tahun 1994. Buku ini membincangkan
analisis fonologi bahasa Melayu.
Beberapa kajian peringkat kedoktoran tentang bidang fonetik dan fonologi juga dihasilkan di Malaysia. Antaranya termasuk kajian Zuraidah Md. Dom (1996) yang meneliti aspek kelangsingan, kelantangan, tempo dan jeda dalam bidang prosidi bahasa Melayu. Kemudian, kajian oleh Indrawati Zahid (2003) di Universiti Malaya pula meneliti pola intonasi dan makna emosinya dalam bahasa Melayu. Tesisnya berjudul Kajian Intonasi Fonetik Eksperimental; Realisasi Makna Emosi Filem Sembilu 1 dan 2.
Buku Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu yang dihasilkan oleh Paiton M. Chaiyanara (2005) dianggap melengkapkan buku-buku fonetik dan fonologi yang sedia dalam bahasa Melayu. Selain itu, buku Asas Fonetik yang diusahakan oleh Nor Hashimah Jalaludin pada tahun 2007 menambahkan rujukan bagi kajian tentang fonetik di Malaysia. Umumnya, kajian tentang bidang fonetik dan fonologi didapati masih kurang berbanding dengan bidang kajian lain di Malaysia.
Zaharani Ahmad
The Sound Pattern of English oleh Chomsky & Halle
Bab 1: Pengenalan kepada Fonetik dan Fonologi?
8
Fonetik adalah bidang pengajian bunyi bahasa. Menurut Fromkin dan Rodman(1983)
fonetik adalah kajian bunyi bahasa pertuturan yang membawa makna dalam semua bahasa
manusia. Walau bagaimanapun, pada dasarnya, bunyi-bunyi bahasa dapat dihuraikan melalui
tiga perspektif yang berbeza: fonetik artikulatori, fonetik auditori dan fonetik akustik.
Artikulatori menerangkan bagaimana terusan ujaran (vocal tract) menghasilkan bunyibunyi
bahasa. Fonetik Auditori pula mengkaji bagaimana pendengaran menghasilkan
bunyi-bunyi bahasa.
Fonetik akustik ialah istilah lazim yang digunakan dalam kajian fonetik, iaitu yang merujuk
kepada kajian terhadap bunyi pertuturan yang menggunakan alatan tertentu untuk
mengukur bunyi pertuturan. Peralatan yang dimaksudkan ialah peralatan yang digunakan
untuk menvisualisasikan beberapa aspek kajian bunyi pertuturan. Peralatan ini bertujuan
untuk mengukur sesuatu dan mengenal pasti ciri-ciri yang ada pada bunyi pertuturan tadi
(Hayward 2000; 1, Indrawati 2003: 2-3) iaitu yang melibatkan gelombang bunyi,
kelantangan, kelangsingan dan seumpamanya.
1.2. Bidang Fonetik
a. Siapakah orang pertama yang memberikan tumpuan terhadap kajian bunyi
bahasa?
b. Apakah sumbangan Panini terhadap bidang fonetik?
c. Terangkan secara ringkas perjalanan perkembangan bidang fonetik dan
fonologi di luar negara.
d. Terangkan secara ringkas perjalanan perkembangan bidang fonetik dan
fonologi di Malaysia.
Bab 1: Pengenalan kepada Fonetik dan Fonologi?
9
Rajah 1.2. Subjek sedang membuat rakaman untuk kajian fonetik akustik
Menurut Arbak Othman(1983) fonetik mempelajari segala bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, baik bunyi bahasa, bunyi bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi marjinal, dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi. Cabang-cabang fonetik adalah Fonetik Artikulasi iaitu mempelajari cara-cara mekanisme badan menghasilkan bunyi dan klasifikasi bunyi berdasarkan atas artikulasi (Lihat Rajah 1.3). Fonetik Penerima (auditori), mempelajari bagaimana mekanisme telinga menerima bunyi. Fonetik Akustik pula mengkaji hakikat bunyi dan klasifikasi bunyi.
Fonetik
fonetik artikulatori
fonetik akustik
fonetik auditori
Rajah 1.3 Cabang-Cabang Fonetik
Bab 1: Pengenalan kepada Fonetik dan Fonologi?
10
a) Bunyi Bahasa Berdasarkan Fonetik Artikulatori
Bunyi bahasa dihasilkan oleh tindakan yang berlaku dalam rongga dan saluran. Dalam rongga dan saluran ini terdapat apa yang dikenali sebagai artikulator dan titik artikulasi. Artikulator ialah bahagian yang boleh bergerak seperti bibir, lidah, anak lidah atau anak tekak(uvula), dan pita suara (glotis). Titik artikulasi terdiri daripada bahagian-bahagian dalam rongga-rogga mulut yang tidak boleh bergerak. Sentuhan antara artikulator dan titik artikulasi yang disertai oleh laluan udara dari paru-paru bukan sahaja menghasilkan bunyi bahasa tetapi juga menentukan jenis dan sifat bunyi yang dihasilkan. Semua bunyi bahasa dapat dihuraikan berdasarkan mekanisme sentuhan dan laluan udara ini. Dengan menggunakan prinsip pemerhatian dan kajian terhadap fonetik artikulatori, kita dapat membezakan bunyi vokal dengan bunyi konsonan, dan setiap satunya boleh diperincikan lagi berdasarkan wujudnya ciri-ciri bunyi dengan adanya mekanisme tertentu yang berlaku dalam artikulasinya.
b) Penggambaran Bunyi Bahasa
Bunyi bahasa boleh digambarkan dengan tepat berdasarkan abjad fonetik yang dikenali sebagai Abjad Fonetik Antarabangs (IPA- International Phonetics Alphabet). Dalam IPA terdapat sejumlah lambang bagi vokal dan konsonan yang wujud dalam bahasa-bahasa manusia. Ada lambang yang sama dengan huruf dalam abjad Rumi, tetapi lambang ini belum tentu mewakili bunyi yang sama dengan yang ada dalam abjad berkenaan. Misalnya, lambang x dalam IPA tidak membawa bunyi yang sama dengan x dalam bahasa Inggeris taxi, tetapi mewakili bunyi kh.
Ada juga lambang yang tidak terdapat dalam abjad Rumi dan dengan demikian tidak terdapat pada mesin taip tulisan Rumi. Misalnya, untuk menggambarkan ng lambangnya ialah n dengan ekor di kanan yang melengkung ke kiri, sedangkan ny dilambangkan oleh n dengan ekor yang melengkung ke kanan. Oleh kerana lambang-lambang seperti itu tidak terdapat
•Kajian terhadap sistem alat yang menghasilkan bunyi bahasa berserta proses yang berkaitan dalam hal menghasilkan bunyi.
Fonetik artikulatori
•Kajian terhadap gelombang bunyi yang dihasilkan daripada pengucapan dan sistem penyiaran gelombang melalui udara.
Fonetik akustik
•Kajian yang memberi tumpuan terhadap pendengaran gelombang bunyi bahasa dan alat-alat pendengaran seperti telinga dan anggota lain yang terlibat dalam sistem pendengaran.
Fonetik auditori
Bab 1: Pengenalan kepada Fonetik dan Fonologi?
11
pada mesin taip dan juga mesin cetak kebanyakan penerbit, ahli-ahli linguistik yang menerbitkan artikel atau buku mengenai bunyi sesuatu bahasa cenderung membuat pindaan kepada lambang-lambang tertentu. Misalnya, dalam bab ini penulisan bagi bunyi ng dan ny tetap ng dan ny. Penurunan bunyi bahasa yang dituturkan dalam bentuk lambang tulisan dinamakan transkripsi, dan penggambaran bunyi seperti ini tanpa mengambil kira status sesuatu bunyi mengikut fungsinya dalam pembentukan kata atau bahagian kata, dinamakan transkripsi fonetik atau juga transkripsi halus(narrow transcription). Nama yang kedua itu diber berdasarkan kaedah yang memberi perhatian kepada ciri-ciri terperinci pada sesuatu bunyi.
Lambang-lambang dalam transkripsi jenis ini dimasukkan ke dalam tanda kurung persegi [...]. Dengan itu, sesiapa sahaja yang melihat transkripsi dalam tanda kurung berkenaan akan tahu bahawa bunyi itu belum digolongkan mengikut fungsi masing-masing.
Contoh ciri akustik vokal (+ menunjukkan ada, -menunjukkan tiada)
i e-taling e-taling luas e-pepet u o o-luas a
Baur
+
-
-
-
-
-
-
- Padat - - + - - - + +
Garuk
-
-
-
-
+
+
+
+ Mendatar - - - - + + + +
Bersuara
+
+
+
+
+
+
+
+ Selanjar + + + + + + + +
Lantang
+
+
+
+
+
+
+
+
Contoh ciri akustik vokal Plosif Nasal Frikatif Afrikat Likuida Separuh vokal
Lantang
-
+
-
-
-
+ Bingar - - + + - -
Tegang
+/ -
-
+/ -
+/ -
-
- Selanjar - + + - + +
Bab 1: Pengenalan kepada Fonetik dan Fonologi?
12
Abjad fonetik dalam International Phonetik Alphabet (IPA) terdiri daripada lambang yang menggambarkan
bunyi bahasa manusia di dunia.
a. Berikan definisi anda sendiri tentang bidang fonetik berdasarkan definisi
yang dikemukakan oleh ahli bahasa?
b. Apakah tiga subbidang dalam bidang fonetik?
c. Manakah antara subbidang fonetik penting dalam kajian bunyi bahasa?
Berikan sebabnya
Bab 1: Pengenalan kepada Fonetik dan Fonologi?
13
Crystal (2000) menerangkan bahawa fonologi sebagai bidang ilmu yang mengkaji sistem bunyi bahasa dan ciri-ciri umum dalam sistem tersebut.
Cliff Goddard menerangkan fonologi sebagai kajian cara bunyi bahasa disusun dan berfungsi dalam satu-satu bahasa yang tertentu.
Dengan hal yang demikian, fonologi memberikan tumpuan terhadap bunyi-bunyi bahasa yang terdapat dalam satu-satu bahasa, seperti bahasa Melayu. Selain daripada definisi di atas terdapat juga definisi tentang bidang fonologi oleh ahli bahasa dan kamus seperti yang berikut:
Definisi Ahli bahasa/kamus - Kajian fonem dan ciri-ciri lain tentang sistem bunyi bahasa Momma, 2008 - Kajian sistem bunyi bahasa tertentu Matthews, P.H. 1997 - kajian bunyi bahasa Trask, R.L. 1999 - cabang linguistik yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa Kamus Linguistik, 1997 - mengkaji sistem bunyi bahasa Abdullah Hassan, 2006
Fonologi terbahagi kepada tiga iaitu :
fonologi asas,
fonologi prosodi dan
fonologi generatif.
1.3. Bidang Fonologi
Bab 1: Pengenalan kepada Fonetik dan Fonologi?
14
a) Fonologi Asas
Fonologi asas memberi huraian tentang bunyi dan fonem dalam pembentukan kata dan suku kata. Fonologi asas juga dikenali juga sebagai fonemik. Dari nama fonemik itu sahaja kita dapat membuat kesimpulan bahawa unsur penting dalam fonologi asas adalah fonem. Fonologi asas ini terdiri daripada penggolongan bunyi, distribusi dan beban tugas fonem, gabungan fonem dengan fonem dan unsur suprasegmental.
i. Penggolongan bunyi sebagai fonem
Dalam fonemik kita membuat huraian yang sederhana tentang sesuatu fonem. Jika sesuatu fonem dikenal pasti, maka kita cuba mencari apa sahaja bunyi yang termasuk dalam keluarga ini.
Contohnya: bagi r dalam bahasa Melayu standard kita dapat melihat ada dua jenis r iaitu:
Fonologi
Fonologi asas
Penggolongan bunyi sebagai fonem
Distribusi dan beban tugas fonem
Gabungan fonem dengan fonem
Unsur suprasegmental
Fonologi prosodi
Fonologi generatif
/r/
[r=] (r tamparan)
[r] (r getaran)
Rajah 1.4 Komponen-Komponen Fonologi
Bab 1: Pengenalan kepada Fonetik dan Fonologi?
15
Bunyi dalam keluarga satu-satu fonem itu dikenali sebagai alofon. Dengan itu dikatakan bahawa fonem /r/ sekurang-kurangnya mempunyai dua alofon, iaitu [r] (r getaran) dan [r=] (r tamparan). Perhatikan bahawa fonem ditulis dengan dua garis condong, sedangkan alofon dengan dua tanda kurung persegi.
Contohnya:
Fonem – ditandakan dengan / /
Alofon – ditandakan dengan [ ]
Berdasarkan kaedah yang sama, kita boleh membuat kesimpulan bahawa fonem /t/ sekurang-kurangnya mempunyai dua alofon, iaitu [t] (t yang diletupkan) sebelum vokal dan [t=] (t yang tidak diletupkan) di akhir kata.
ii. Distribusi dan beban tugas fonem
Fonem dilihat dari segi distribusinya, sama ada boleh terdapat dalam semua kedudukan (awal, tengah, akhir) dalam sesuatu kata atau suku kata. Dalam hal ini, kita melihat apa yang dikatakan beban tugas (functional load) sesuatu fonem.
Contohnya: Dalam bahasa Melayu, tanpa mengira kata-kata yang dibawa masuk daripada bahasa-bahasa asing, beban tugas konsonan oral velar /k/ tidak sepenuh beban tugas konsonan nasal velar /ng/. Hal ini disebabkan /k/ hanya terdapat di awal kata atau awal suku kata sahaja, dan tidak terdapat di akhir kata atau suku kata. Dengan masuknya kata-kata pinjaman daripada bahasa-bahasa lain, terutamanya istilah dalam berbagai-bagai bidang ilmu, kita dapati bahawa /k/ menempati kedudukan yang sebelum ini tidak pernah ditempatinya, misalnya kata-kata seperti bakti dan bank. Dengan ini beban tugas /k/ menjadi lengkap.
iii. Gabungan fonem dengan fonem
Fonologi asas atau fonemik juga melihat kecenderungan fonem bergabung satu sama lain, yang khususnya dikaji di bawah rangkap fonem, iaitu rangkap konsonan (misalnya mb dalam kembang) dan rangkap vokal (misalnya ai dalam air). Jika geluncuran merupakan ciri fonetik yang bersifat vokalik berdasarkan artikulasinya, dalam fonologi asas, geluncuran mendapat taraf konsonan. Hal ini disebabkan geluncuran tidak dapat berdiri sendiri dalam sebutan bunyi bahasa tetapi perlu diiringi bunyi vokal penuh sebelum dan sesudahnya.
Bab 1: Pengenalan kepada Fonetik dan Fonologi?
16
iv. Unsur suprasegmental
Unsur sesuatu ayat tidak mungkin tidak disertai oleh intonasi. Oleh kerana itu, fonologi asas juga mengambil kira peranan intonasi dan dengan demikian memberi perhatian kepada analisis unsur-unsur intonasi seperti tekanan, nada dan kepanjangan bunyi. Unsur-unsur ini dikenali sebagai unsur-unsur suprasegmental (sebagai lawan unsur segmental yang terdiri daripada fonem-fonem yang dihasilkan melalui artikulasi) atau ciri-ciri prosidi.
b) Fonologi Prosidi
Fonologi prosidi ialah bunyi bahasa tidak wujud sebagai satu-satu segmen tetap dalam arus yang kait mengait. Dengan itu, sesuatu bunyi mendapat kewujudannya berdasarkan perkaitannya dengan bunyi lain bukan sahaja yang berdekatan dengannya, tetapi juga yang terdapat dalam suku kata yang berbeza. Kewujudan bunyi yang berkaitan itu dipengaruhi oleh konteks situasi. Lihat contoh dalam teks di bawah:
Unit fonematik
Aliran London atau Aliran British tidak mengenal adanya fonem, tetapi di tempatnya diperkenalkan unit fonematik. Ringkasnya, setiap unit fonematik terdiri daripada bunyi segmental atau urutan bunyi segmental yang disertai oleh ciri-ciri lain yang mempengaruhi penghasilan bunyi segmental itu, dan ciri-ciri inilah yang dinamakan ciri-ciri prosidi.
Ciri-ciri prosidi dalam pengertian Aliran ini tidak terhad kepada tekanan, nada, dan kepanjangan bunyi tetapi merangkumi juga ciri-ciri yang pada mulanya tidak hadir pada bunyi segmental kerana kehadiran yang ditokokkan itu dipengaruhi oleh konteks situasi. Antara ciri ialah aspirasi (hembusan), nasalisasi (penyengauan), patalasasi, faringalisasi, glotalisasi dan sebagainya. Sebagai contoh, lihat percakapan dia bawah (huruf besar menunjukkan adanya tekanan keras dan nada tinggi):
A: MaNA buku tu?
B: Tu, tuh.
Dalam tutur A, MaNa merupakan unit fonematik tersendiri, demikian juga buku tu. Unit MaNa akan berubah bentuknya, khusus dari segi prosidinya, jika pertanyaan itu merupakan pertanyaan biasa, seperti Mana buku itu?Tutur B juga mempunyai dua unit fonematik yang dipisahkan oleh koma, yang mewakili kesenyapan seketika. Kita dapati adanya aspirasi (h) pada unit kedua (tuh) yang boleh dikaitkan dengan situasi tutur itu dihasilkan; mungkin pada ketika itu penuturnya berasa sedikit gusar. Dan ini tentunya berbeza jika tutur itu berbunyi Tu: di situ, yang tidak menggambarkan keadaan marah.
Dari contoh di atas, kita dapati bahawa unit fonematik berubah mengikut situasi. Ini berbeza dengan unit yang dikenali sebagai fonem yang tidak berubah dalam situasi apa pun juga.
Bab 1: Pengenalan kepada Fonetik dan Fonologi?
17
c) Fonologi Generatif
Fonologi generatif merupakan perkembangan daripada fonologi asas. Cabang ini
bertitik tolak daripada kefahaman asas bahawa terdapat peraturan atau rumus tertentu yang
mengasaskan pembunyian bahasa. Dari rumus itu kita dapat meramal dan menghasilkan
bunyi bahasa yang diujarkan dan yang dapat diterima oleh penutur bahasa yang sama.
Sejarah awal teori fonologi generatif bermula dengan aliran linguistik Praha yang melihat
setiap bunyi bahasa sebagai satuan yang mempunyai ciri-ciri distingtif, baik ciri artikulasi
mahupun ciri akustik. Dengan itu timbullah ciri distingtif. Dengan menerapkan teori ini,
kita boleh menjalankan kajian berdasarkan kontras antara fonem dengan meneliti ciri-ciri
yang membezakan sesuatu fonem dengan fonem yang lain. Dengan penerapan ini, kita
dapat mengatakan bahawa kata petang dan pedang berdasarkan ciri akustik dan bukan ciri
artikualsi yang terletak pada t dan d, dan dari situ kita menghuraikan ciri-ciri akustik yang
terlibat, iaitu:
Dengan cara yang sama, kita dapat melakukan kontras antara tulang dan talang. Dalam hal
ini, ciri artikulasi dan juga ciri akustik pada u dan a mempunyai perananmasing-masing
seperti yang ditunjukkan di bawah:
Contoh di atas hanya mempunyai dua pasang kontras sahaja. Tetapi ada perbezaan antara
bunyi bahasa yang melebihi jumlah itu. Antara i dan u dalam gila dan gula, terdapat kontras
seperti berikut:
Fonologi autosegmental tidak lain daripada fonologi generatif yang menggunakan teori ciri
distingtif yang memberi tumpuan kepada fonem segmental dalam suku kata. Berdasarkan
rumus dapat dijelaskan mengapa sesuatu segmen dapat atau tidak dapat wujud dalam
kedudukan distribusi tertentu dalam suku kata atau dalam perkaitan antara suku kata.
a. Nyatakan definisi yang diberikan tentang fonologi oleh
beberapa orang tokoh.
b. Apakah kepentingan bidang fonologi dalam bidang bahasa.
c. Terangkan 3 sub topik dalam bidang fonologi.
t - bersuara, + tegang
d + bersuara, - tegang
u + bundar, - padat
a - bundar, + padat
i + anterior, - bundar, + baur, - garuk, - mendatar
u - anterior, + bundar, - baur, + garuk, + mendatar
Bab 1: Pengenalan kepada Fonetik dan Fonologi?
18
Cakupan kedua-dua bidang ini seringkali menimbulkan masalah bagi meletakkan garis pemisah antara kedua-duanya. Kedua-dua bidang ini saling berkaitan antara satu sama lain. Bahkan kedua-duanya adalah saling melengkapi. Justeru, apabila kita berbicara tentang fonologi tidak dapat tidak aspek fonetik juga turut disentuh. Walau bagaimanapun, ada definisi yang diberikan oleh sarjana dalam bidang ini yang cuba memisahkannya.
Ada ahli bahasa yang mendefinisikan fonetik sebagai kajian tentang sistem bunyi bahasa. Fonetik yang merujuk kepada kajian tentang bunyi bahasa adalah kajian yang membincangkan deskripsi yang dilakukan dalam menghasilkan bunyi-bunyi ini dengan menggunakan organ sebutan. Kajian ini dilakukan samalah seperti kajian terhadap aktiviti sebuah orkestra muzik yang dimainkan oleh setiap instrumen muziknya secara terancang. Setiap bunyi yang dirakamkan dalam bentuk notasi muzik. Dengan kaedah yang sama, bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia juga dikaji.
Sementara itu, ada sarjana lain yang menganggap fonologi itu sebagai perkara yang pada asasnya adalah fonetik. Cuma fonologi memerlukan konsep, istilah dan nitasi fonetik sebagai unsur tambahan. Penambahan unsur fonetik ini adalah bagi menghasilkana suatu set konsep-konsep baru yang tersendiri. Malah, kajian terhadap fonologi tidak boleh berlaku sehinggalah kita mempunyai asas pengetahuan yang kukuh dalamsemua aspek bidang fonetik.
Apabila seseorang ingin mengkaji bidang fonologi, individu tersebut juga perlu menguasai sistem penggunaan dan penyusunan fonem-fonem dalam bahasa, iaitu dengan fonotaktik dalam bahasa. Sebagai contoh, dalam bahasa Melayu terdapat sistem keselarasan bunyi, sistem persukuan, sistem abjad vokal dan konsonan dan sebagainya. Semua perkara ini berkaitan degan sistem bunyi yang wujud dalam bahasa. Sesiapa yang berminat mempelajari bahasa yang bukan bahasa ibundanya, maka individu tersebut haruslah mempelajari sistem ini setelah menguasai aspek fonetiknya.
Ringkasan perbezaan antara kedua-dua bidang ini dapat dilihat dalam jadual berikut:
Fonetik
Fonologi 1. Fonetik adalah subdisplin linguistik. Kajian tentang bunyi sebagai fenomena dalam dunia fizikal, fisiologi dan psikologi manusia yang menghasilkannya. Fonologi adalah subdisplin linguistik yang mengkaji bunyi bahasa iaiyu tentang fungsi, perlakuan dan organisasi bunyi dalam item linguistik
1.4 Beza Antara Bidang Fonetik dan Fonologi
Bab 1: Pengenalan kepada Fonetik dan Fonologi?
19
2. Fonetik adalah kajian tentang sifat-sifat
semulajadi, produksi dan persepsi bunyibunyi
bahasa yang dihasilkan.
Kajian tentang sistem bunyi sesuatu
bahasa dan sifat-sifat semulajadi sitem
tersebut secara umum. Segala yang
berkatan dengan sitem dalam bahasa iaitu
pasangan terkecil, fonotaktik dan
sebagainya.
3. Kajian ini dapat dipecahkan kepada tiga
iaitu fonetik akustik, fonetik auditori dan
fonetik artikulatori.
Kajian adalah berkaitan dengan hubungan
antara butir-butir leksikal dengan butirbutir
leksikal lain yang membentuk ayat.
4. Mengkaji unsur setiap bunyi Kajian berkaitan dengan penelitian polapola
intonasi
5. Menghasilkan transkripsi fonetik untuk
semua bunyi dari semua bahasa.
Menghasilkan sistem ejaan sesuatu
bahasa.
Jadual 1.1 Perbezaan antara Fonetik dan Fonologi
a. Nyatakan dua perbezaan antara bidang fonetik dan fonologi.
b. Baca laman sesawang yang menjelaskan perbezaan antara fonetik dan
fonologi
http://www.wisegeek.com/what-is-the-difference-between-phonetics-andphonology.
htm
Bab 1: Pengenalan kepada Fonetik dan Fonologi?
20
Bidang fonetik dan fonologi merupakan dua bidang ilmu yang penting dalam ilmu
linguistik.
Bidang fonetik dan fonologi merupakan kajian tentang bunyi bahasa.
Bidang fonetik dan fonologi mempunyai sejarah perkembangan yang panjang.
Bidang fonetik meneliti sistem bunyi bahasa secara sistematik manakala bidang
fonologi mengkaji bunyi bahasa yang terdapat dalam bahasa.
Subbidang fonetik ialah fonetik artikulasi, akustik dan auditori.
Subbidang fonologi ialah fonologi autosegmental dan suprasegmental.
Kajian fonetik artikulasi merupakan bidang yang mendapat perhatian utama dalam
kajian fonetik.
Kedua-dua bidang fonetik dan fonologi perlu dan penting dalam kajian bahasa,
termasuk bahasa Melayu.
Abdullah Hassan. 2006. Linguistik Am. Kuala Lumpur: PTS Professional
Crystal, David. 2000. The Cambridge Encyclopedia of English Language. Cambridge
University Press
Goddard, Cliff. 2005. Languages of East and Southeast Asia: An Introduction.
Oxford: Oxford University Press
Indrawati Zahid dan Mardian Shah Omar. 2006. Fonetik dan Fonologi. Kuala
Lumpur: PTS Professional
Kamus Linguistik. 1997. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Bab 1: Pengenalan kepada Fonetik dan Fonologi?
21
Nor Hashimah Jalaluddin. Asas Fonetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Paitoon M. Chaiyanara. 2006. Pengenalan Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment