INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS SULTAN MIZAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
TUGASAN KERJA KURSUS PROJEK
TAJUK PROGRAM :
PROGRAM PENSISAWZAHAN
GURU (PPG) (KOHORT 1 SEMESTER 5)
|
TAJUK KURSUS:
MORFOLOGI
BAHASA MELAYU
(BMM3109)
|
TARIKH MULA INTERAKSI 2 TARIKH HANTAR INTERAKSI 4
|
SEMESTER : 5
|
NAMA
PELAJAR :
|
Hasil Pembelajaran
Kursus :
1.
Menjelaskan dan menghuraikan proses
pembentukan kata kerja bahasa Melayu iaitu kata kerja tunggal, kata kerja
terbitan, kata kerja majmuk dan kata kerja ganda.
2.
membanding beza imbuhan dan bentuk
perkataan bahasa Melayu,
3.
Mengklasifikasikan golongan kata,
golongan kata kerja, jenis kata adjektif, dan kata tugas.
4.
Mencerakinkan golongan kata dalam bahasa
Melayu
Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2,3 dan 4
Ojektif Kerja Kursus:
Pada akhir tugasan ini, pelajar dapat:
1. Membuat rumusan dalam borang pengurusan
grafik tentang pembentukan kata
bahasa Melayu
2. Membuat ulasan kritis tentang pembentukan
kata bahasa Melayu dalam bentuk
esei.
3. Menghuraikan jenis-jenis pembentukan kata
dalam bahasa Melayu
4. Membuat laporan refleksi individu tentang
pelaksanaan projek tersebut.
Tugasan Projek (100%)
Kursus ini menjelaskan tentang proses
pembentukan kata bahasa Melayu termasuk pembentukan kata nama, kata kerja, kata
adjektif, dan pembentukan kata baharu, imbuhan dalam bahasa Melayu, bentuk
perkataan bahasa Melayu , golongan kata,
golongan kata kerja, jenis kata
adjektif, dan kata tugas.
Secara Individu, anda
dikehendaki:
A. Menjelaskan
maksud proses pembentukan kata (20%)
Dengan merujuk
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga sebagai panduan utama, dan mana-mana buku
tatabahasa Bahasa Melayu yang lain, anda dikehendaki menghurai atau menjelaskan
maksud proses pembentukan kata itu. Huraian itu hendaklah disertakan contoh.
B. Menghuraikan
proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu (30%)
Proses pembentukan
kata dalam bahasa Melayu sangat penting diketahui dan difahami. Bentuk-bentuk
kata terhasil apabila proses pembentukan kata berlaku. Oleh yang demikian, anda
dikehendaki menghuraikan proses pembentukan kata tersebut beserta contohnya.
D. Penulisan
Akademik (40 %)
Berdasarkan satu
petikan rencana pengarang dari suratkhabar keluaran tempatan, anda dikehendaki membuat satu analisis
rencana tersebut secara kritis dengan
mengkaji proses pembentukan kata tersebut. Di samping itu, klasifikasikan kata
tersebut mengikut penggolongan kata bahasa Melayu. Nama dan tarikh suratkhabar
yang anda kaji itu mesti disertakan bersama-sama. Panjang petikan adalah 300 –
500 patah perkataan. Petikan umum adalah digalakkan dan tidak dibenarkan
petikan hiburan dan politik.
E. Penulisan Reflektif (10%)
Secara individu, anda dikehendaki menulis
refleksi berhubung dengan tugasan di atas. Penulisan ini mestilah menunjukkan
kefahaman anda tentang aspek-aspek yang berikut:
i.
pengalaman anda
semasa menjalankan tugasan ini (mencari bahan, memproses dan menghasilkan tugasan)
ii. masalah
yang anda hadapi semasa manjalankan tugasan dan cara mengatasinya,
ii.
aplikasikan
pengalaman anda semasa menjalankan tugasan itu dengan peningkatan tahap pemahaman
anda tentang proses pembentukan kata, dan kemampuan anda menangani masalah itu.
F. Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus
1.
Tugasan ini adalah
tugasan individu.
2.
Anda boleh bergerak
secara kolaboratif untuk mengumpul data atau
maklumat.
3.
Format penulisan tugasan adalah seperti
berikut:
3.1 Muka hadapan hendaklah mengikut templet terkini.
3.2 Fon Arial
3.3 Saiz huruf – 11
3.4 Langkau 1.5 baris
3.5 Rujukan hendaklah mengikut format APA (American PsychologicalAssociation)
3.6 Lampiran adalah wajib
3.7 Jawab dalam Bahasa Melayu sahaja
4.
Panjang tugasan antara 2500 hingga 3000
perkataan atau tidak melebihi 15 muka surat (termasuk persembahan visual)
5.
Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan
perkataan
6.
Amalan plagiat tidak dibenarkan
7.
Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh
dua hingga tiga minggu
8.
Tugasan ini membawa markah 100% dan
wajaran 50%
Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria
Berikut:
1.
Liputan isi kandungan yang menyeluruh,
konsisten dan terperinci
2.
Tugasan anda haruslah meliputi perkara
berikut:
a.
Pengenalan yang menarik dan dapat
mengupas soalan
b.
Perkembangan yang sesuai
c.
Implikasi....
d.
Rumusan/cadangan dan dapat menjawab
persoalan tugasan
3.
Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat
menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan
4.
Keseluruhan isi dan pengolahan perlu
menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah
5.
Format dan organisasi laporan perlu jelas
dan koheren
6.
Penulisan esei/laporan/refleksi harus
menunjukkan kafasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan
ejaan dan kematangan hujah
7.
Rujukan perlulah dari pelbagai sumber
yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan (sekurang-kurangnya sumber dari 3 buah
buku, 3 internet, 3 jurnal, 2 bahan bercetak yang lain)
Disediakan oleh:
Disemak oleh:
.......................................... .....................................................
(MUHAMMAD BIN CHE MAJID ) ( ANUA BIN HARIS)
Penyelaras Kursus BMM3109, Pakar Bidang (SME),
Program Pensiswazahan Guru, Jabatan Pengajian Melayu,
Jabatan Pengajian Melayu IPG
Kampus Sultan Mizan,
IPG Kampus Sultan Mizan, Besut,
Terengganu.
Besut, Terengganu.
Disahkan oleh:
(NORMAIZAM BT HAMID)
Ketua Jabatan,
Jabatan Pengajian Melayu,
IPG Kampus Sultan Mizan,
Besut, Terengganu.
No comments:
Post a Comment