Monday, November 21, 2011

Bahasa Melayu: Siri Cemerlang

KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU SPM – BM2.

LATIHAN BERDASARKAN SOALAN-SOALAN SPM YANG LALU.

PENGUKUHAN ISTILAH & TATABAHASA

LATIHAN 13.

SOALAN SPM 2007

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kaya atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Atur susun perabot di dalam bilik pameran itu dilakukan oleh sebahagian dari pekerja syarikat tersebut.

(ii) Keseluruhan penduduk-penduduk di kampung itu akan bergotong-royong apabila tiba musim membajak padi.

(iii) Selepas pilihan raya umum, biasanya terdapat setengah pihak yang membuat spekulasi tentang pindaan kabinet yang akan dibuat oleh Perdana Menteri.

[6 markah]

LATIHAN 14.

SOALAN SPM 2008.

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Hasrat Aiman supaya menyertai ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu terpaksa dimansuhkan kerana masih belum mendapat keizinan daripada kedua-dua ibu bapanya.

ii. Wang gaji yang diperoleh oleh saya setiap bulan dibelanjakan secara berhemah dan bakinya disimpan di dalam bank.

iii. Jabatan Meteorologi menganggarkan bahawa cuaca di pantai timur Semenanjung Malaysia mendung, manakala di lain-lain kawasan cuacanya cerah.

[6 markah]

LATIHAN 15.

SOALAN SPM 2009.

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pencemaran alam sekitar pada tahap besar akan menyebabkan sesebuah negara mengalami kerugian di dalam jangka masa panjang.

(ii) Amalan pemakanan lengkap dalam kalangan masyarakat adalah antara langkah yang berkesan supaya mencegah pelbagai penyakit.

(iii) Tindakan tatatertib akan dikenakan pada pegawai yang melakukan silap laku dalam menjalankan tugas.

[6 MARKAH]

JAWAPAN:

LATIHAN 13.

i. ‘Susun atur’ perabot di dalam bilik pameran itu dilakukan oleh sebahagian daripada pekerja syarikat tersebut.

ii. ‘Keseluruhan penduduk / Penduduk’ di kampung itu akan bergotong-royong apabila tiba musim ‘membajak sawah/ menyemai/ membanting padi/ memotong padi.’

iii. Selepas pilihan raya umum, biasanya terdapat ‘sesetengah/ setengah-setengah’ pihak yang membuat spekulasi tentang rombakan kabinet yang akan dibuat oleh Perdana Menteri.

[6 markah]

LATIHAN 14.

(i) supaya - untuk
dimasukkan - dibatalkan.

(ii) yang diperoleh oleh saya - yang saya peroleh.
berhemah - berhemat.

(iii) menganggarkan - meramalkan
di lain-lain kawasan - di kawasan-kawasan lain.

LATIHAN 15.

(i) Besar - serius / kritikal / tinggi.
di dalam - dalam.

(ii) Lengkap - seimbang
Supaya - untuk / bagi.

(iii) Pada - terhadap / kepada
silap laku - salah laku.

No comments:

Post a Comment