Wednesday, November 16, 2011

Bahasa Melayu: Siri Cemerlang

KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU SPM – BM2.

P & P TEKNIK MENJAWAB SOALAN SPM – SOALAN 3(c)

OBJEKTIF: Pelajar boleh mengesan kesilapan penggunaan ejaan dan imbuhan.

LANGKAH 1

Guru mengedarkan contoh kedua-dua soalan seperti di bawah:

SOALAN SPM BM2 2005 – SOALAN

3(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat ‘kesalahan penggunaan ejaan’ dan ‘imbuhan’. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat-ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Malaysia mampu memajukan bidang eko-pelancongan kerana mengayakan sumber alam semula jadinya.
(ii) Guru bimbingan itu telah memberikan keterangan yang jelas tentang profesyen sebagai pakar bedah.
(iii) Persatuan belia yang baru ditubuhkan itu mengenengahkan moto yang berteraskan perpaduan belia semalaysia.
[6 markah]

SOALAN SPM B2 2008 – SOALAN

3(c) Dalam petikan di bawah, terdapat ‘tiga kesalahan ejaan’ dan ‘tiga kesalahan penggunaan imbuhan’. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Sebagai masyarakat yang mencintai keamanan dan kemakmuran, rakyat Malaysia sentiasa perihatin terhadap nasib rakyat negara yang di landa bencana. Kita kasihan akan rakyat yang hidup tersiksa dan diancam kebuluran. Kita perlulah menghulur bantuan kewangan dan mengembleng tenaga dalam memperjuangkan keamanan sejagat.

[6 markah]

LANGKAH 2

Pelajar diminta membandingkan kedua-dua bentuk soalan yang diberikan iaitu soalan 2005 dan 2008.

LANGKAH 3.

Rumusan guru bagi kedua-dua bentuk soalan yang dikemukakan seperti berikut:

i. Kedua-dua soalan menyuruh pelajar mencari kesalahan EJAAN dan PENGGUNAAN IMBUHAN.
ii. Bagi soalan tahun 2005, terdapat tiga ayat yang dikemukakan. Ini bermakna, setiap ayat ada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
iii. Soalan tahun 2008 pula, dalam satu perenggan terdapat 3 kesalahan ejaan dan 3 kesalahan penggunaan imbuhan.

LANGKAH 4.

Pelajar diminta mengesan kesalahan-kesalahan yang dinyatakan.

JAWAPAN:

SPM 2005

i. Malaysia mampu memajukan bidang ‘ekopelancongan’ kerana ‘kekayaan’ sumber alam semula jadinya.

a. eko-pelancongan (ejaan salah) = ekopelancongan (ejaan betul)
b. mengayakan (imbuhan salah) = kekayaan (imbuhan betul)

ii. Guru bimbingan itu telah memberikan ‘penerangan’ yang jelas tentang ‘profesion’ sebagai pakar bedah.

a. Keterangan (imbuhan salah) = penerangan (imbuhan betul)
b. Profesyen (ejaan salah) = profesion (ejaan betul)

iii. Persatuan belia yang baru ditubuhkan itu ‘mengetengahkan’ moto yang berteraskan perpaduan belia ‘se-Malaysia.’

a. Mengenengahkan (imbuhan salah) = mengetengahkan (imbuhan betul)
b. Se-Malaysia (ejaan salah) = se-Malaysia (ejaan betul)

[6 markah]

SPM 2008.

Kesalahan ejaan:-

a. Perihatin (ejaan salah = prihatin (ejaan betul)
b. Di landa (ejaan salah) = dilanda (ejaan betul)
c. Tersiksa (ejaan salah) = terseksa (ejaan betul)

Kesalahan imbuhan:-

a. Menyintai (imbuhan salah) = mencintai (imbuhan betul)
b. Menghulur (imbuhan salah = menghulurkan (imbuhan betul)
c. Mengembleng (imbuhan salah) = menggembleng (imbuhan betul)

No comments:

Post a Comment