Tuesday, November 29, 2011

Bahasa Melayu: Siri Cemerlang

KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU SPM – BM2.

LATIHAN PENGUKUHAN – JENIS-JENIS AYAT.

LATIHAN 5.

Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut. Tentukan sama ada ayat tersebut ialah ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah atau ayat seruan.

i. Kejayaan kontingen Malaysia meraih 59 pingat emas, 50 perak dan 82 gangsa pada Sukan SEA XXVI yang menutup tirai, semalam disifatkan sebagai antara pencapaian terbaik di luar Kuala Lumpur.
ii. Sila penuhkan kerusi di hadapan pentas itu.
iii. Kami sudah berjaya, cikgu!.
iv. Jangan bermain-main di tepi kandang harimau itu.
v. Pemuda kacak itu siapa?
vi. Sudah sepuluh tahun saya tinggal di Kota Baharu, baru hari ini saya bertemu dengannya.

[6 markah]

LATIHAN 6.

Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut. Tentukan sama ada ayat tersebut ialah ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah atau ayat seruan.

i. Tolong pecahkan mangga rumah tersebut kerana anak kuncinya telah hilang.
ii. Nah, ambil buku ini dan ulang kaji!
iii. Sila uruskan pendaftaran tersebut dengan secepat mungkin untuk mengelakkan kesesakan di meja pendaftaran nanti.
iv. Taman Negara Endau – Rompin terletak di sempadan bahagian timur di antara negeri Johor dan Pahang.
v. Kamaruzaman menaiki kereta siapa?
vi. Hujan lebat yang turun secara berterusan menyebabkan beberapa bahagian di negeri Terengganu mengalami banjar semalam.

[6 markah]

JAWAPAN.

LATIHAN 5.

Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut. Tentukan sama ada ayat tersebut ialah ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah atau ayat seruan.

i. Ayat penyata.
ii. Ayat perintah .
iii. Ayat seruan.
iv. Ayat perintah.
v. Ayat tanya.
vi. Ayat penyata.

[6 markah]

LATIHAN 6.

i. Ayat perintah.
ii. Ayat seruan.
iii. Ayat perintah.
iv. Ayat penyata.
v. Ayat tanya.
vi. Ayat penyata.

[6 markah]

No comments:

Post a Comment