Sunday, November 13, 2011

Bahasa Melayu: Persoalan/Nilai Kasih sayang dalam Azfa Hanani & Kembara Amira

PERSOALAN KASIH SAYANG

AZFA HANANI
KEMBARA AMIRA
Kasih sayang ibu terhadap anak
Datin Maziah sanggup membeli sebuah jip baru untuk Tengku Murni sempena hari jadinya kerana dia begitu menyayangi anak bongsunya itu. 

Profesor Zaidah sentiasa mengambil berat keperluan dan kebajikan anaknya, Amira walaupun sibuk dengan pekerjaannya kerana Amiralah satu-satunya anaknya dan dia amat menyayangi anaknya itu.

Kasih sayang antara sahabat
Azfa Hanani sanggup menyertai forum remaja untuk menggantikan Ellina yang sibuk membuat persiapan untuk Hari Sumbangsih kerana dia amat menghargai hubungan persahabatan antara mereka yang baru terjalin dan dia mula rasa sayang terhadap sahabatnya itu.                                    

Amira sanggup menghadapi pelbagai cabaran di dalam hutan untuk mencari kawannya Malique yang hilang.         
 Demi sayangnya terhadap sahabat karibnya Amira, Jacintha berusaha mencari Amira yang hamper lemas ketika terjatuh dan dihanyutkan oleh air sungai yang deras sehingga dia sendiri jatuh pengsan.                                                       


Kasih sayang anak terhadap ibunya
Demi kasih sayangnya terhadap ibunya, Abang Mazran berusaha mencari gadis yang mirip wajah adiknya Tengku Murni yang telah meninggal dunia dan meminta gadis itu menyamar sebagai adiknya demi membantu memulihkan emosi ibunya Datin Maziah yang tertekan kerana tidak dapat menerima kematian anaknya.

Amira sanggup menolak cadangan ibunya untuk bercuti di rumah neneknya semata-mata dia ingin menghabiskan cuti persekolahan bersama-sama ibunya di tapak arkeologi di Bukit Mat Raya.  Rasa kasih dan sayangnya terhadap ibunya,  Prof. Zaidah jelas digambarkan apabila Amira mengurut-urut belakang ibunya apabila dia ternampak ibunya keletihan.
                                                                        
Kasih sayang bapa saudara kepada anak saudara
Pak Long sanggup memelihara Azfa Hanani sejak kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia dalam kemalangan. Walaupun dia sendiri hidup dalam kesusahan dan kemiskinan, demi tanggung jawab dan sayang kepada anak saudaranya itu, Pak Long sanggup menjaga dan memelihara Azfa Hanani.

Ludin sanggup memelihara anak saudaranya Itai kerana Tau mengasingkan diri.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment