Wednesday, April 25, 2012

Bahasa Melayu - Soalan Kertas 2

  TINGKATAN 4 DAERAH JOHOR BAHRU 2011-KERTAS 2

Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan masyarakat bagi menjamin hak mereka sebagai pengguna dan amalan-amalan perniagaan negatif yang sering dilakukan oleh peniaga. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Tidak banyak anggota masyarakat yang mengetahui hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna. Sebenarnya, hak dan tanggungjawab ini dapat membantu kita menjadi pengguna yang lebih bijak. Terdapat beberapa hak penting yang perlu diketahui dan difahami oleh masyarakat sebagai seorang pengguna.
Salah satu perkara penting bagi setiap individu ialah dengan mengetahui keperluan asas untuk menjamin kelangsungan hidup seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan. Keperluan ini merupakan asas penting untuk hidup sebagai manusia. Setiap pengguna juga perlu berusaha mendapatkan jaminan keselamatan terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan yang digunakan. Jaminan ini berbentuk maklumat tentang tahap keselamatan seperti tanda amaran mudah terbakar, mudah pecah dan mudah mengakis.
Sebelum membuat pilihan, kita wajar mendapatkan maklumat lengkap terhadap sesuatu perkhidmatan atau produk. Cara paling berkesan adalah dengan melihat label maklumat produk atau perkhidmatan seperti cara penggunaan, cara penjagaan dan keselamatan. Orang ramai juga harus membuat pilihan yang tepat tentang apa-apa sahaja yang dirasakan terbaik bagi memastikan mereka tidak dipaksa menggunakan sesuatu perkhidmatan atau produk.
Di samping itu, kita perlu memilih premis perniagaan yang selamat dan mempunyai persekitaran yang sihat. Contohnya ketika makan di restoran, peniaga perlu memastikan restorannya sentiasa bersih dan tidak membahayakan pelanggan. Sebaik-baiknya, kita juga perlu mendapatkan pendidikan pengguna yang lengkap. Kita juga boleh mendapat pendidikan pengguna secara formal di sekolah. Pendidikan tidak formal pula bermula ketika remaja kecil lagi. Secara tidak langsung, ibu dan ayah akan mendidik anak-anak mereka menjadi pengguna bijak.
Selain itu, pengguna perlu menuntut ganti rugi jika sesuatu produk atau perkhidmatan yang diberikan tidak memenuhi kualiti atau jaminan yang dijanjikan. Tuntutan boleh dibuat melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM). Melalui TTPM, pengguna boleh melaporkan tuntutan ganti rugi terhadap produk atau perkhidmatan yang tidak berkualiti yang tidak melebihi RM 25000. Kita juga berhak menyuarakan pandangan atau pendapat jika mendapati produk atau perkhidmatan tidak memenuhi kualiti yang dijanjikan. Pandangan boleh disuarakan melalui persatuan penguna seperti FOMCA atau membuat aduan terus melalui laman web Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)
Jelaslah bahawa terdapat begitu banyak langkah yang harus diambil oleh orang ramai untuk menjadi pengguna yang bijak. Oleh itu, para pengguna tidak seharusnya leka dan lalai tentang hak-hak mereka.
(Dipetik dan diubahsuai daripada
Hak Remaja Sebagai Pengguna
oleh Asrul Ilham Sany,
Dewan Siswa, April 2011)
Soalan 2 : Pemahaman
Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata berhak menyuarakan pandangan.
[2 markah]
(ii) Apakah keperluan-keperluan asas yang perlu dimiliki bagi menjamin
kelangsungan hidup ?
[3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh remaja
untuk meningkatkan pengetahuan mereka tentang pendidikan pengguna ?
[4 markah]
Soalan 2 (b) – Petikan Cerpen
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
“Israk, rasa ini,” Adam menghulurkan sepulur durian.
Bertambah muaklah Israk. Dia menolak dengan baik. Maklumlah di hadapannya kini seorang wira keluarga. Israk terpaksa berlakon untuk memenuhi kehendak wira itu.
“Dulu, buah dari kebun Wahlah yang menghantar pa menjadi seorang insan yang dominan. Pa bersyukur kerana Dia Yang Maha Kaya menganugerahkan rezeki seperti ini. Kalau tidak sudah tentu muka pa ini orang boleh jumpa di tapak binaan atau ladang kelapa sawit.” Adam bersuara untuk menyedarkan Israk akan asal usulnya.
“Itu masalah pa. Sudah menjadi sejarah. Buat apa dikenang lagi.”
“Kalau tidak kerana sejarah, kita tidak akan hidup. Contohnya, sejarah kemerdekaan negara kita ini. Jika kita tidak mengambil iktibar daripadanya, tentu kita akan melakukan kesilapan yang stereotaip.”
Wah keluar dari biliknya dengan wajah yang jernih akibat curahan wuduk. Persis Siti Hajarkah? Atau Siti Maryam?
“Israk, jamahlah buah-buahan, tu dulu. Wah kutip semata-mata nak bagi kamu rasa.” Lembut bicara Wah memujuk cucunya itu.
Israk menggeliat menepis tangan berbelulang itu. Mikraj yang memerhatikan sejak lama diam membatu. Pegun. Dia bagaikan gunung berapi pendam.
(Dipetik daripada
cerpen “Israk”
oleh Erda Roslan Khairi
dalam antalogi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Apakah reaksi Israk apabila disuruh merasa buah durian? (2markah)
(ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengenang sejarah silam? (3markah)
(iii) Huraikan satu perwatakan Wah dalam petikan di atas dan tiga perwatakan lain
daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat di dalam petikan. (4markah)
Soalan 2(c) – Petikan Prosa Klasik
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka pada ketika yang baik, Raja Ahmad pergi menemui Raja Muhammad. Apabila berhadapan askar kedua-dua itu, mereka pun berperang. Tempik sorak segala hulubalang dan rakyat kedengaran amat hebat. Askar kedua-dua pihak ramai yang mati dan luka sebab beramuk-amuk sesama sendiri. Dalam pergaduhan itu matilah Raja Muhammad dan Raja Ahmad.
Tinggallah Merah Silu dengan Merah Hasum berdua saudara dan saki baki rakyat yang masih hidup. Mereka menyembah mengaku akan taat setia kepada anak raja kedua itu untuk terus tinggal di dalam negeri ini.
Tiada beberapa lama kemudian, Merah Silu berkata kepada saudaranya, Merah Hasum itu, “Hai saudaraku, betapa bicara kita kerana kita ini hanya dua bersaudara tinggal kerana nenek dan ibu bapa kita telah hilang dalam negeri Semerlanga ini! Jikalau kita diam dalam negeri ini, sekali-kali tiada memberi manfaat kepada kita. Baiklah kita pindah dari negeri ini mencari tempat yang baik supaya kita dapat diam di sana.”
Setelah putus bicara dua bersaudara itu, pada ketika yang baik, mereka pun keluar meninggalkan negeri Semerlanga. Mereka mengikut jalan arah matahari mati. Mereka berhenti di sebuah tempat, dan kemudian meneruskan perjalanan. Dengan takdir Allah SWT, mereka sampai di sebuah negeri bernama Beruana. Mereka membuka perkampungan dan diam di sana, di sebelah menyebelah sungai itu.
(Dipetik daripada
‘Merah Silu’
dalam antologi Harga Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Berikan maksud rangkai kata “putus bicara” berdasarkan petikan di atas. (2 markah)
(ii) Nyatakan tiga kesan yang berlaku selepas tragedi peperangan antara
Ahmad dan Raja Muhammad. (3markah)
(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk mengelakkan peperangan?
Nyatakan tiga cara tersebut. (3markah)
Soalan 2(d) – Sajak
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri
HARGA REMAJA
Berapakah sebenarnya harga remaja
Yang bersih
Dari gelodak kecewa
Bagai kehijauan daun
Bagai kesegaran pohon
Di pinggir perjalanan ini?
Dengan apakah akan kaupenuhi
Piala remajamu
Adakah cuka kesangsian
Dari cinta murah
Atau madu ajaran
Dari ilmu susah?
Remaja amat mahal
Sesungguhnya
Tiada terbeli oleh perjanjian
Harga remaja adalah
Pendirian
Keberanian dan ilmu.
Penuhilah remajamu
Dengan ketentuan tuju.
RAHMAN SHAARI
Antologi Harga Remaja
Dewan Bahasa dan Pustaka.
“Penuhilah remajamu dengan ketentuan tuju.”
(i) Apakah yang dimaksudkan dengan frasa di atas? (2 markah)
(ii) Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh golongan remaja agar
berjaya dalam hidupnya? (3 markah)
(iii) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut. (4 markah)
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) mata pelajaran
(ii) mata kasar
(iii) kaki lima
(iv) kaki langit
(v) besar panjang
(vi) besar hati
(b) Gabungkan ayat-ayat di bawah menjadi satu ayat majmuk tanpa mengubah
struktur dan maksud asalnya.
(i) Fuad masuk ke dalam rumah Pak Ismail.
Fuad mengambil kunci keretanya.
(ii) Cikgu Farhana berdiri di hadapan kelas.
Cikgu Farhana memerhatikan anak-anak muridnya menulis.
(iii) Pak Ismail mengusahakan tanaman jagung di kebun.
Pak Ismail cekal dan tabah sekali.
(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Projek memperlebarkan jalan raya di hadapan stesyen bas itu berjalan
dengan lancar.
(ii) Semua atlit olahraga kebangsaan sedang gigih dilatih bagi menyertai
Kejohanan Sukan Sea.
(iii) Kraftangan itu saya menghasilkan pada bulan lalu.
(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan bahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Pelukis itu memberi peluang pada tetamu yang hadir untuk mentaksir maksud yang ingin disampaikan melalui lukisan tersebut.
(ii) Kami berpeluang melihat semua perlawanan-perlawanan itu secara langsung.
(iii) Kerajaan bercadang untuk mengubah undang-undang di dalam masa yang terdekat ini.
(e) Kemukakan tiga peribahasa yang sesuai mengikut situasi di bawah.
Encik Jamaludin merupakan seorang usahawan yang hebat. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran namun dengan keinginan yang tinggi, beliau mencuba pelbagai cara untuk memulakan perniagaannya. Usaha beliau pernah menghadapi dugaan yang amat berat namun beliau tekad meneruskannya sehingga berjaya. Kini, walaupun telah menjadi tokoh usahawan yang disegani, beliau masih merendah diri dan sering bercampur dengan masyarakat biasa.
Soalan 4 : Novel
[15 markah]
Jawab soalan di bawah berdasarhan novel-novel yang berikut.
(i) Papa…(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof
(ii) Renyah karya gunawan Mahmood
(iii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
(iv) Afza Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
(a) Nyatakan dua konflik yang dialami watak utama dengan watak-watak lain berserta contoh dalam novel yang dikaji. (7 markah)
(b) Huraikan tiga nilai ketabahan yang terdapat pada watak utama dalam novel yang anda kaji. (8 markah)
KERTAS SOALAN TAMAT



SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU 2 PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 DAERAH JOHOR BAHRU 2011

Markah penuh 110 markah
Soalan 1
Markah penuh 30 dibahagi kepada :
(a) Isi - 20 markah
(b) Bahasa - 10 markah
(a) Isi (20 markah)
Nota :
(i) Panduan mengira perkataan
Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan
- nama khas
- perkataan berulang
- penggunaan kata depan di dan ke
- tarikh
- angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
- gelaran
(ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 perkataan sahaja sebelum
diperiksa.
(iii) Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak perlu diperiksa.
(iv) Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.
Bahagian
Markah
Markah
(i) Pendahuluan
2
(ii) Isi Tersurat
4
5
6
7
8
9
10
11
12
16
(iii) Isi Tersirat
12
11
10
9
8
7
6
5
4
(iv) Penutup / Kesimpulan
2
Jumlah Markah
20
Soalan 1 : Rumusan
Markah
Pendahuluan
Petikan membincangkan tugas / tanggungjawab / usaha / langkah / cara / 2
tindakan masyarakat untuk menjamin hak mereka sebagai pengguna.
Isi Tersurat (4-12 markah)
Peranan masyarakat untuk menjamin hak mereka sebagai pengguna.
1-Mengetahui keperluan asas untuk menjamin kelangsungan hidup 2
2-Berusaha mendapatkan jaminan keselamatan terhadap sesuatu produk atau 2
perkhidmatan yang digunakan.
3-Mendapatkan maklumat lengkap terhadap sesuatu perkhidmatan atau produk. 2
4-Membuat pilihan yang tepat tentang apa-apa sahaja yang dirasakan terbaik. 2
5- Memilih premis perniagaan yang selamat dan mempunyai persekitaran yang sihat. 2
6- Mendapatkan pendidikan pengguna yang lengkap. 2
7- Menuntut ganti rugi jika sesuatu produk atau perkhidmatan yang diberikan tidak 2
memenuhi kualiti atau jaminan yang dijanjikan
8- Menyuarakan pandangan atau pendapat jika mendapati produk atau 2
perkhidmatan tidak memenuhi kualiti yang dijanjikan
Isi Tersirat (4-12 markah)
Amalan-amalan perniagaan negatif yang sering dilakukan oleh peniaga
1-Peniaga memaparkan iklan yang mengelirukan pengguna 2
2-Peniaga menawarkan produk atau perkhidmatan yang tidak berkualiti 2
3-Peniaga menawarkan produk yang sudah tamat tempoh 2
4-Peniaga menipu timbangan / sukatan 2
5-Peniaga mengenakan harga yang tidak sepadan dengan produk atau 2
perkhidmatan
6-Peniaga tidak mematuhi kontrak perniagaan 2
Jawapan-jawapan lain yang difikirkan sesuai
Kesimpulan
Semua anggota masyarakat hendaklah berusaha meningkatkan ilmu tentang 2
pendidikan pengguna demi melindungi hak-hak mereka.
(b) Bahasa (10 markah)
Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan dalam jadual yang berikut.
Peringkat
Markah Isi
Markah Bahasa
Huraian
Baik
18-20
15-17
9-10
7-9
-Kesinambungan isi baik
-Struktur ayat / tatabahasa baik
-Kosa kata luas
-Tanda bacaan / ejaan betul
Sederhana
12-14
8-11
6-7
4-6
-Kesinambungan isi masih masih baik
-Struktur ayat / tatabahasa masih
memuaskan
-Kosa kata masih memuaskan
-Tanda bacaan / ejaan juga memuaskan
Lemah
1-7
1-4
-Pada keseluruhannya dalam serba
kekurangan / tidak memuaskan
Nota :
(i) Jika bahasanya agak baik, tambah 1 markah lagi.
(ii) Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah.
(iii) Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, walaupun
jumlah perkataan kurang daripada 120 patah perkataan, berikan 0 markah.
(iv) Jika rumusan kurang daripada 120 patah perkataan, markah tidak dipotong.
(Markah bahasa maksimum : 10 markah)
Soalan 2
Markah penuh 35 dibahagikan kepada
Soalan 2 (a) : 9 markah
Soalan 2 (b) : 9 markah
Soalan 2 (c) : 8 markah
Soalan 2 (d) : 9 markah
Perhatian kepada Soalan 2 (a) hingga Soalan 2 (d)
  1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri
  2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap / sempurna
  3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan separuh
(50 %) daripada markah yang diperuntukan sahaja.
Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman
1.Soalan 2 markah
DESKRIPSI
MARKAH
-Jawapan tepat mengikut konteks / isi cukup dan ayat gramatis
2
-Jawapan kurang tepat / isi tidak cukup
1
-Jawapan tidak tepat / salah
0
2.Soalan 3 markah
DESKRIPSI
MARKAH
-Isi cukup dan lengkap / relevan dengan tugasan dan ayat gramatis
3
-Isi cukup dan lengkap / relevan tetapi ayat kurang gramatis
-Isi tidak cukup / kurang lengkap tetapi ayat gramatis
2
-Isi tidak cukup / kurang lengkap dan ayat kurang gramatis
1
-Isi tidak betul / tidak relevan dengan tugasan tetapi ayat gramatis
0
3.Soalan 4 markah
DESKRIPSI
MARKAH
-Isi cukup dan lengkap / relevan dengan tugasan dan ayat gramatis
4
-Isi cukup dan lengkap / relevan tetapi ayat kurang gramatis
3
-Isi tidak cukup / kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis
2
-Isi tidak cukup / kurang lengkap dan ayat kurang gramatis
1
-Isi tidak betul / tidak relevan dengan tugasan tetapi ayat gramatis
0
Soalan 2 (a) - Petikan Umum
(i) Maksud rangkai kata berhak menyuarakan pandangan ;
- mempunyai kuasa mengatakan / mengucapkan / menyatakan / 2
anggapan / pendapat / tanggapan / fikiran
(ii) keperluan-keperluan asas
-makanan 1
-pakaian 1
-tempat tinggal 1
-pendidikan 1
-kesihatan. 1
(Maksimum : 3 markah)
(iii) usaha-usaha
-membaca buku / majalah / akhbar 1
-merujuk internet 1
-mendengar radio / menonton televisyen 1
-bertanya kepada rakan / guru / orang dewasa 1
-menyertai kelab pengguna 1
-menyertai kuiz / peraduan / pertandingan 1
-merujuk persatuan pengguna 1
-membuat soal selidik / tinjauan / kajian 1
(Maksimum : 4 markah)
Soalan 2(b) : Petikan Cerpen
(i) Reaksi Israk
-Menunjukkan riak wajah tidak suka / kurang senang 1
-Menolak dengan baik 1
-Menepis tangan Wah 1
(Maksimum : 2 markah)
(ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengenang sejarah silam?
-Agar tidak mengulangi kesalahan yang sama 1
-Sebagai pengajaran 1
-Sebagai pedoman/panduan 1
-Mengukuhkan jati diri 1
-Mengukuhkan semangat patriotik dalam diri 1
-Untuk mengetahui asal-usul kita 1
(Maksimum : 3 markah)
(iii) Satu perwatakan Wah dalam petikan
-Seorang yang penyayang ; Wah amat menyayangi cucunya. 1
Tiga perwatakan Wah dalam cerpen
-Tabah ; memelihara anaknya seorang diri setelah kematian suami 1
-Seorang yang alim dan taat akan agama ; dia sentiasa berwuduk 1
-Seorang yang masih kuat dan bertenaga walaupun sudah lanjut usia ;
mampu menyelamatkan Israk daripada lemas 1
-Seorang yang suka hidup secara sederhana ; Wah tinggal di rumah buruk /
makan makanan tradisional / tidak mahu menjualkan rumahnya untuk
dijadikan pusat pelancongan 1
(Maksimum : 4 markah)
Soalan 2(c) – Prosa Klasik
(i) maksud
-selesai / habis / tamat berunding / berbincang 2
(Maksimum : 2 markah)
(ii) Kesan selepas tragedi peperangan antara Raja Ahmad dan Raja Muhammad
-Raja Muhammad dan Raja Ahmad mati dalam peperangan. 1
-Banyak askar yang mati. 1
-Merah Silu dan Merah Hasum menjadi yatim. 1
-Merah Silu dan Merah Hasum meninggalkan tempat tersebut. 1
-Mereka membuka sebuah perkampungan baru di negeri Beruana. 1
(Maksimum : 3 markah)
(iii) Bagaimana cara untuk mengelakkan peperangan.
-Mengadakan rundingan antara kedua-dua buah pihak 1
-Berdamai bagi menyelesaikan persengketaan 1
-Melantik orang tengah bagi menyelesaikan masalah 1
-Saling bermaafan 1
-Membayar ganti rugi kepada pihak yang menuntut 1
-Mengamalkan sikap toleransi 1
-Mengadakan hubungan diplomatik 1
(Maksimum : 3 markah)
Soalan 2(d) – Puisi
(i) "Penuhilah remajamu dengan ketentuan tuju”
-para remaja perlu mengisi masa mereka dengan perkara-perkara yang berfaedah 1
dan perlu mempunyai matlamat yang jelas supaya kehidupan mereka
lebih bermakna. 1 (Maksimum : 2 markah)
(ii)Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh remaja agar berjaya dalam
hidup?
-Sentiasa mematuhi ajaran agama 1
-Sentiasa mentaati ibu bapa 1
-Perlu mengutamakan ilmu pengetahuan 1
-Remaja perlu menetapkan hala tuju yang betul 1
-Perlu menjauhkan diri daripada godaan ‘cinta monyet’ 1
-Perlu menambah kemahiran 1
(Maksimum : 3 markah)
(iii) Dua persoalan dalam sajak.
-Remaja perlu menjaga kehormatan diri 2
-Remaja perlu mengisi usia remajanya dengan perkara yang berfaedah 2
-Remaja pula mempunyai matlamat hidup 2
-Persoalan tentang kehidupan remaja yang penuh dengan cabaran 2
-Persoalan jati diri remaja 2
-Persoalan keberanian remaja dalam menempuh liku-liku kehidupan 2
Isi maksimum : 2 isi sahaja
(Maksimum : 4 markah)
Peraturan Pemarkahan
Soalan 3
Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada :
Soalan 3 (a) : 6 markah
Soalan 3 (b) : 6 markah
Soalan 3 (c) : 6 markah
Soalan 3 (d) : 6 markah
Soalan 3 (e) : 6 markah
Perhatian bagi soalan 3 (a)
1.Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul.
2.Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan / jalan bahasa / tanda baca daripada keseluruhan
soalan.
3.Perkataan yang berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.
4.Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.
5.Jika memberikan makna dan tepat maknanya, berikan markah penuh 1 markah.
6.Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap
ayat.
7.Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan markah penuh 1 markah.
8.Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.
9.Isi tidak jelas, tolak ½ markah daripada setiap ayat.
10.Sengaja menambah atau mengubah imbuhan, berikan 0 markah.
Jawapan 3 (a)
(i) mata pelajaran
-jenis ilmu pengetahuan yang diajarkan ( di sekolah, maktab, dll )
(ii) mata kasar
-mata sahaja ( tidak menggunakan teropong, dll )
(iii) kaki lima
-lantai di antara depan ( deretan ) kedai atau rumah dengan tepi jalan
-lantai yang beratap yang menghubungkan dua rumah
(iv) kaki langit
-bahagian langit yang kelihatan seperti bertemu dengan permukaan laut
atau bumi
(v) besar panjang
-dewasa
(vi) besar hati
-bangga, gembira
-bongkak, sombong
Jawapan 3 (b)
(i) Fuad masuk ke dalam rumah Pak Ismail lalu / lantas mengambil
kunci keretanya. 2
(ii) Cikgu Farhana berdiri di hadapan kelas sambil memerhatikan
anak-anak muridnya menulis. 2
(iii) Pak Ismail mengusahakan tanaman jagung di kebun dengan
cekal dan tabah sekali. 2
Jawapan 3 (c)
(i) memperlebarkan – memperlebar / melebarkan 1
stesyen – stesen 1
(ii) atlit – atlet 1
dilatih – berlatih 1
(iii) Kraftangan – Kraf tangan 1
menghasilkan – hasilkan 1
Jawapan 3 (d)
(i) pada – kepada 1
mentaksir – mentafsir 1
(ii) melihat – menonton / menyaksikan 1
semua perlawanan-perlawanan – semua perlawanan 1
(iii) mengubah – menggubal 1
di dalam – dalam 1
Jawapan 3 (e)
(i) Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan 2
(ii) Genggam bara api biar sampai jadi arang 2
(iii) Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya 2
Soalan 4
Markah penuh 15 markah
Panduan pemarkahan bagi soalan 4
Perhatian bagi soalan 4
(a) (i) Jawapan berdasarkan satu daripada novel yang dipelajari.
(ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.
(iii) Berikan 2 markah bagi setiap konflik dan huraian yang lengkap.
(iv) Markah isi maksimum 4 markah.
(v) Markah bahasa maksimum 3 markah.
(vi) Markah bahasa diberikan secara `impression`.
Baik = 3 markah
Sederhana = 2 markah
Lemah = 1 markah
(vii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, berikan 1 markah untuk bahasa.
(viii) Calon tidak menjawab 0 markah.
(maksimum : 7 markah)
(b) (i)Jawapan berdasarkan satu novel yang dipelajari.
(ii)Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.
(iii)Berikan 2 markah bagi setiap nilai dan huraian yang lengkap.
(iv)Markah isi maksimum 6 markah (3 isi)
(v)Markah bahasa maksimum 2 markah.
(vi)Markah bahasa diberikan secara `impression`.
Baik = 2 markah
Lemah = 1 markah
(vii)Jika calon menjawab dan markah isi 0, berikan 1 markah untuk bahasa
(viii)Calon tidak menjawab, 0 markah
(Maksimum : 8 markah)
4(a) Dua konflik watak utama dengan watak lain.
i) Fuad dengan Mak Cik Salmah
- Mak Salmah kecewa dengan Fuad kerana beranggapan Fuad telah memisahkan Mak Salmah dengan Sofia, anak angkat Mak Salmah.
ii) Fuad dengan Robert
- Robert telah memisahkan Fuad daripada ibu kandungnya tetapi tidak memeliharanya malah menyerahkan Fuad kepada pak ciknya iaitu Peter.
iii) Fuad dengan Cikgu Zamani
- Berlaku disebabkan Cikgu Zamani cuba mempengaruhi Fuad supaya menceburi politik.
iv) Fuad dengan Farhana
- Setelah mengetahui Farhana adiknya, Fuad seakan tidak dapat menerima hakikat bahawa dia mencintai adiknya sendiri buat kali kedua.
v) Konflik Fuad dengan orang kampung
- Orang kampung turut mencemuh Fuad akibat tidak membawa Sofia kembali ke Danau Seberang.
4(b) : Tiga nilai ketabahan watak utama
(i) Tabah dalam usaha mencari ibu kandungnya, Mariana
(ii) Tabah menerima hakikat kehidupannya, terima Farhana sebagai adiknya.
(iii) Tabah menghadapi fitnah daripada Mak Salmah, yang mendakwa Fuad
penyebab Sofia meninggal dunia
(iv) Tabah menghadapi dugaan sebagai mualaf
(v) Tabah dalam usaha mencari dirinya dengan cara mendekati Allah.
(vi) Tabah dalam usaha mengambil hati Mak Salmah demi menebus
kesalahannya.
PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT

No comments:

Post a Comment