B.MELAYU KERTAS 1
1. USAHA-USAHA MEMPOLULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL
2. USAHA-USAHA MENGATASI PENCEMARAN ALAM
3. USAHA-USAHA MEMPOPULARKAN PANTUN
4 PERANAN INDIVIDU MEMUPUK AMALAN MEMBACA
5. PERANAN IBU BAPA MEMUPUK MASYARAKAT PENYAYANG
6. MANFAAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
7. LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN MUTU SUKAN NEGARA
8. LANGKAH-LANGKAH MEMBANTU GOLONGAN KURANG UPAYA
9. KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN
10. KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG
11. KEPENTINGAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA
12. KEPENTINGAN ILMU
13. KELUARGA IMPIAN SAYA
14. KAEDAH MENGATASI TANAH RUNTUH
15. DISIPLIN TERAS KEJAYAAN
16. CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG
17. CARA-CARA MENGHARGAI WARGA TUA
18. CARA-CARA MENGHARGAIM JASA GURU
19. CARA-CARA MENANGANI KENAIKAN HARGA
1
USAHA- USAHA MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL
Bertepatan dengan maksud peribahasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan, kini Malaysia sedang berhadapan dengan arus globalisasi dan modenisasi yang membawa kepada pembangunan yang pesat. Berkait
rapat dengan perkembangan tersebut generasi muda hari ini lebih
terdedah kepada alam siber dan permainan komputer sehingga seakan
melupakan permainan tradisional yang merupakan warisan pusaka sejak
duhulu lagi. Lantaran itu, permainan tradisional turut dipandang enteng
serta mula tersisih daripada arus
perdana kehidupan masyarakat. Sebagai individu, adakah kita sanggup
membiarkan khazanah budaya bangsa kita lenyap begitu sahaja dek
peredaran zaman yang berlaku? Dalam hal ini, sebelum nasi menjadi bubur, semua pihak perlu
mencari pendekatan yang pragmatik bagi meninggikan martabat permainan
tradisional di negara kita bersesuaian dengan kata peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Prakarsa yang berkesan untuk mempopularkan permainan tradisional ini
patut diusahakan secara bersungguh-sungguh bagi mengangkat status
permainan tradisional di nusa tercinta ini.
Pihak ibu bapa dianggap pihak yang paling dominan berperanan memperkenal serta mempopularkan
permainan tradisional kepada generasi muda khususnya kepada anak-anak
mereka. Hal ini demikian keranan kebanyakan ibu bapa menjadi suri
teladan kepada anak-anak yang sedang membesar. Ibu bapa perlu mendedahkan permainan tradisional kepada anak-anak mereka sejak kecil bertepatan dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya bagi tujuan memupuk minat bermain
permainan tradisional. Mereka boleh membelikan anak-anak mereka
permainan tradisional sebagai hadiah sempena hari ulang tahun ataupun
sebagai hadiah kerana cemerlang dalam akademik di sekolah. Ibu bapa
juga boleh menganjurkan pertandingan permainan tradisional melalui Hari
Keluarga yang diadakan sama ada dilakukan secara bersendirian atau
bersama rakan-rakan sekerja. Inisiatif ini dapat memberikan peluang
kepada seluruh ahli keluarga yang mengambil bahagian untuk mencuba
bermain permainan tradisional seperti permainan congkak, menaikkan
layang-layang dan bermain gasing. Jelas bahawa melalui usaha tersebut
secara tidak langsung akan mempopularkan sesuatu permainan tradisional
serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli keluarga,bak
kata peribahasa sambil menyelam minum air.
Selain itu, pihak kerajaan
melalui Kementerian Pelajaran Malaysia mestilah menjadikan permainan
tradisional sebagai satu daripada kegiatan kokurikulum di sekolah.
Rentetan daripada itu, pihak sekolah hendaklah digalakkan menubuhkan
kelab atau persatuan yang bercirikan permainan tradisional. Dengan
berpayungkan kelab atau persatuan permainan tradisional seperti Kelab
Budaya Bangsa, pelajar boleh belajar tentang cara membuat, cara bermain
dan mengetahui syarat-syarat bermain sesuatu permainan tradisional.
Setelah mengetahui secara mendalam sesuatu permainan itu, pelajar
akan rasa berminat untuk melibatkan diri dalam permainan tradisional
tersebut. Usaha menanam minat terhadap generasi muda penting kerana
mereka merupakan akar tunjang yang bakal mewarisi warisan pusaka bangsa
serta mewarnai masyarakat masa hadapan. Justeru, penglibatan pelajar
secara langsung dalam permainan tradisional nescaya dapat mempopularkan
permainan tradisional di Malaysia daripada membiarkan seni budaya kita
terus pupus dan lenyap begitu sahaja. Bertepatan dengan kata peribahasa,
tak kenal maka tak cinta,
maka komitmen pihak sekolah amat dituntut, agar putera-puteri yang
sedang berjuang di medan ilmu dapat bergiat aktif mempopularkan
permainan tradisional di samping mengurangkan sedikit tekanan menghadapi
peperiksaan.
Seterusnya, usaha mengadakan pelbagai kempen cintai permainan tradisional merupakan satu
kaedah yang ampuh untuk mempopularkan permainan tradisional di negara
kita. Kempen ini perlu dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian
Negara secara terancang dan berkesan dengan kerjasama pihak media cetak
dan media elektronik seperti akhbar dan televisyen. Pihak media massa
perlu menyiarkan rencana dan dokumentari untuk memperkenalkan permainan
tradisional di negara kita seperti wau, gasing, congkak dan lain-lain.
Selain memperkenalkan sejarah dan cara bermain, pihak media perlu
memberikan kesedaran kepada orang ramai akan kepentingan permainan
tradisional kepada masyarakat dan negara. Pelbagai aktiviti harus
dianjurkan sempena kempen tersebut, seperti peraduan karang-mengarang,
pameran, dan peraduan poster dan sebagainya. Melalui proses tersebut,
permainan tradisional boleh menjadi lebih popular di merata tempat
bersesuaian dengan kata peribahasa seperti pegaga tumbuh melata.
Jelas bahawa dengan kerjasama padu yang dilakukan tanpa mengenal rasa
jemu sudah pasti permainan tradisional menjadi semakin popular khususnya
kepada generasi baru.
Pertukaran budaya dengan negara luar
merupakan inisiatif lain yang boleh dilakukan bagi mempopularkan
permainan tradisional. Apabila program tersebut dilaksanakan maka
pelajar dari luar negara yang datang ke Malaysia akan berpeluang bermain
pelbagai permainan tradisional di sini. Apabila mereka pulang ke negara
mereka kelak,mereka akan mengajar rakan-rakan dan ahli keluarga
permainan yang pernah mereka mainkan di sini. Usaha ini secara tidak
langsung membolehkan nama Malaysia akan masyhur di persada antarabangsa
dan rakyat Malaysia boleh berbangga kerana Malaysia masih mempunyai
permainan tradisional yang tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas.
Perkara yang sama berlaku apabila pelancong asing melancong ke Malaysia
dan menginap di desa yang mana mereka akan diajar cara-cara bermain
tradisional seperti gasing, galah panjang dan teng-teng. Diharapkan
langkah ini akan membuatkan para pelancong terhibur
sekali gus berminat dengan acara-acara yang disediakan dan ingin datang
kembali ke Malaysia. Jelas bahawa, pertukaran budaya antara negara
mampu menjadi platform dalam usaha kerajaan mempopularkan permainan
tradisional kepada masyarakat luar.
Tidak disangkalkan lagi, penganjuran pelbagai bentuk pertandingan
merupakan inisiatif yang agak praktikal untuk mempopularkan permainan
tradisional kepada masyarakat di Malaysia. Melalui pertandingan yang
diadakan semua pihak yang mengambil bahagian akan saling bertukar
pengalaman dan mengukuhkan ukhwah antara mereka. Hal ini demikian kerana
sebagai fitrah manusia, segelintir masyarakat memang
suka bertanding dan ’berlaga’ untuk mendapatkan sesuatu. Agensi-agensi
kerajaan dengan kerjasama pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) boleh
bergabung dengan sektor korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis
menganjurkan pertandingan permainan tradisional dari peringkat sekolah,
daerah, kebangsaan hinggalah ke peringkat antarabangsa. Dalam konteks
ini, contoh yang terbaik ialah penganjuran Festival Layang-layang
Antarabangsa di Pasir Gudang , Johor oleh
kerajaan negeri Johor dengan kerjasama pelbagai badan korporat.
Berdasarkan rekod yang ada, pertandingan layang-layang tersebut berjaya
menarik peminat-peminat permainan layang-layang dari seluruh dunia
untuk turut mengambil bahagian. Terbukti di sini, penganjuran pelbagai
pertandingan berjaya memperkenalkan permainan tradisional sekali gus
mempromosikan industri pelancongan kepada pelancong dalam dan luar
negara.
Konklusinya,
semua etnik tidak sewajarnya membiarkan khazanah budaya mereka termasuk
permainan tradisional terus lenyap di muka bumi kerana warisan tersebut
adalah khazanah dunia yang tidak ternilai harganya. Walaupun Malaysia sedang mengorak langkah serta bersedia melakukan pecutan akhir ke arah negara maju 2020, kita tidak seharusnya menjadi seperti kacang lupakan kulit
yang melupakan asal usulnya dengan mengabaikan peninggalan warisan
nenek moyang kita. Kita amat berharap semua pihak tetap teguh memelihara
khazanah budaya ini pada setiap masa kerana generasi terkini hanya
sekadar meminjam warisan bangsa yang mungkin menjadi sanjungan generasi
mendatang. Suka ditegaskan di sini bahawa setiap anak watan Malaysia
perlu menyahut cabaran dan menghadapi semangat habis kapak berganti beliung untuk merialisasikan impian negara tercinta ke arah Menjana Transformasi Rakyat Cemerlang. Malaysia Boleh!.
2
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Menjelang abad ke-21, apabila masyarakat kita semakin maju, kita dapati bahawa tapak bumi ini telah menjadi mangsa dalam arus permodenan ini. Sering meniti dari bibir ke bibir masyarakat mengenai isu pencemaran alam sekitar iaitu pencemaran air, udara dan darat. Antaranya,
isu jerebu yang mengancam negara kita sejak beberapa tahun kebelakangan
telah menjadi topik hangat yang dibincang dari kedai kopi hingga ke
parlimen. “Kalau tidak kerana angin, masakan pokok bergoyang”. Sikap
manusia zaman moden yang asyik mengejar fata morgana sehingga
mengabaikan isu pencemaran alam sekitar, merupakan faktor yang
menyebabkan keadaan ini semakin merosot. Sekiranya keadaan ini dibiarkan, manusialah yang akan menerima padahnya pada suatu hari nanti. Memandangkan keadaan ini, maka pelbagai langkah drastik perlulah diambil sebelum nasi menjadi bubur. Persoalannya, apakah langkah yang boleh diambil untuk mengatasi pencemaran alam sekitar? Jawapannya terletak pada kita semua. Tidak kira siapa, yang pastinya semua pihak mempunyai tanggungjawab untuk mengatasi masalah ini.
Pepatah Melayu ada mengatakan “tiada penyakit yang tiada penawarnya”. Usaha untuk mengatasi pencemaran alam sekitar ini sepatutnya dimulakan daripada institusi keluarga. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting. Mereka
sebagai orang terdekat kepada anak-anak sepatutnya mendidik mereka
untuk menghargai dan mencintai alam sekitar sejak dari kecil lagi. Hal ini selaras dengan peribahasa Melayu yang berbunyi melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu
bapa haruslah sentiasa mendedahkan anak-anak tentang isu-isu pencemaran
alam sekitar yang terkini untuk menyedarkan mereka tentang kepentingan
menjaga alam sekitar. Mendidik sahaja tidak cukup, ibu bapa juga harus menjadi teladan kepada anak-anak mereka. Contohnya,
mereka tidak sepatutnya membuang sampah di merata-rata tempat dan
melakukan pembakaran terbuka yang boleh mencemarkan udara. Dalam
hal ini, sikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul tidak
harus diamalkan oleh ibu bapa, iaitu mengajar anak menjaga kebersihan
alam sedangkan mereka sendiri tidak berbuat demikian. Sebaliknya, jika ibu bapa sendiri menjadi teladan, maka anak-anak juga akan terpengaruh dan terikut-ikut sikap ibu bapa. Dengan ini, nescaya pencemaran alam sekitar akan dapat diatasi.
Sekolah dapat diibaratkan sebagai rumah kedua kepada para pelajar. Oleh itu, pihak sekolah juga berperanan besar dalam usaha mengatasi pencemaran alam sekitar. Antara
langkah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah termasuklah mengadakan
kem kesedaran untuk memupuk semangat cinta akan alam sekitar dalam
kalangan para pelajar. Melalui
mata pelajaran seperti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan
Pendidikan Moral, pendidikan alam sekitar secara langsung dapat diberi
kepada para pelajar. Contohnya,
guru-guru boleh memberi tugas tertentu kepada pelajar seperti meminta
mereka mencari artikel-artikel yang berkaitan dengan isu pencemaran alam
sekitar dan menyuruh mereka membaca artikel tersebut di dalam kelas. Secara tidak langsung, mereka dapat disedarkan tentang kesan buruk yang dibawa oleh pencemaran alam sekitar. Dengan wujudnya kesedaran ini, barulah mereka akan mencurahkan usaha untuk menjaga alam sekitar ini. Semasa di sekolah, usaha ini juga boleh dilakukan melalui penubuhan Kelab Alam Sekitar. Tamsilnya,
Kelab Alam Sekitar boleh mengadakan pelbagai program seperti ceramah
dan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah dengan tujuan mendedahkan
pelajar dengan aktiviti alam sekitar secara intensif. Lantaran
itu, tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa usaha pihak sekolah
juga dapat membantu mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.
Perancangan
dan pengurusan sisa yang sistematik juga merupakan salah satu langkah
yang dapat mengatasi masalah pencemaran alam sekitar dengan efektif. Masyarakat perlulah mempraktikkan program 3R dalam kehidupan seharian iaitu program yang dikenali sebagai ‘Reduce, Reuse, Recycle’. ‘Reduce’ ialah usaha mengurangkan penggunaan bahan sumber yang terhad. Dalam
erti kata lain, masyarakat haruslah berjimat cermat dalam menggunakan
bahan sumber yang saban hari kian berkurangan seperti petroleum dan
arang batu. ‘Reuse’ pula ialah
usaha menggunakan semula bahan-bahan buangan secara terus atau mengubah
fungsi bahan tersebut dengan mereka cipta barangan baru. Hal
ini dilakukan untuk menjimatkan bahan sumber sekali gus mengurangkan
sampah sarap yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar. Dalam pada itu, masyarakat perlu mempraktikkan amalan kitar semula iaitu mengguna semula bahan baru. Contohnya, masyarakat boleh menjual surat khabar dan majalah lama untuk dikitar semula. Hal ini bukan sahaja dapat mengurangkan sampah malah dapat menjimatkan kos untuk pelupusan sampah. Bak kata pepatah, berjimat sebelum kena, ingat sebelum habis. Oleh
itu, masyarakat haruslah sentiasa peka terhadap isu-isu pencemaran alam
sekitar untuk mengelakkan pencemaran daripada menjadi semakin serius.
Dalam
pada itu, statistik menunjukkan bahawa pencemaran alam sekitar
kebanyakannya berpunca daripada pengeluaran asap ke udara dan sisa-sisa
toksik ke dalam sungai. Menyedari
kesan-kesan negatif yang dibawa oleh pencemaran alam ini, pihak
berkuasa telah menguatkuasakan undang-undang untuk menangani masalah
yang dibaratkan sebagai duri dalam daging negara yang sedang membangun. Dengan
ini, kabinet telah memutuskan bahawa hukuman mandatori lima tahun
penjara terhadap Ketua Pegawai Eksekutif dan presiden sesebuah syarikat
yang melanggar undang-undang alam sekitar. Mereka akan diberi amaran terlebih dahulu dan surat yang berkaitan dengan larangan melepaskan asap hitam dan sisa toksik. Namun,
jika keadaan mencurahkan air ke daun keladi berlaku, tindakan yang
tegas akan dikenakan terhadap mereka seperti yang diputuskan oleh
kabinet. Pengusaha-pengusaha
kilang haruslah menapis asap hitam dan menggunakan alternatif lain untuk
menghapuskan sisa-sisa toksik kilang. Mereka tidak harus mengorbankan alam sekitar demi kesenangan diri. Jabatan
Alam Sekitar (JAS) berkuasa untuk mendakwa pihak yang mencemarkan alam
sekitar dan disyaki menjejaskan kualiti alam sekitar. Dengan itu, diharapkan pencemaran alam sekitar dapat diatasi dengan penguatkuasaan akta dan undang-undang alam sekitar.
Kesimpulannya,
masalah pencemaran alam sekitar di negara kita haruslah ditangani
dengan segera dan usaha ini memerlukan kerjasama padu daripada semua
pihak. Alam sekitar telah dianugerahkan dan diamanahkan oleh Tuhan kepada manusia. Manusia
haruslah menjaganya dengan penuh tanggungjawab kerana alam sekitar
tidak sepatutnya dikorbankan dalam arus pemodenan dan pembangunan
sesebuah negara. Seandainya masalah ini dibiarkan, kesannya akan
memudaratkan manusia itu sendiri walaupun hidup dalam kemewahan. Adakah pemodenan negara lebih penting daripada keindahan alam sekitar? Adakah kita menginginkan kemewahan hidup semata-mata tanpa mengharapkan kesihatan? Tepuk dada tanyalah selera. Dengan
itu, penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar daripada pencemaran
memerlukan kerjasama, kesedaran dan keprihatinan daripada setiap lapisan
masyarakat. Mudah-mudahan generasi akan datang dapat menikmati keindahan dan kelstarian alam sekitar yang dianugerahkan kepada manusia.
3
USAHA- USAHA MEMPOPULARKAN PANTUN
Bertepatan dengan maksud peribahasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan, kini Malaysia sedang berhadapan dengan arus globalisasi dan modenisasi yang membawa kepada pembangunan yang pesat. Berkait
rapat dengan perkembangan tersebut generasi muda hari ini lebih
terdedah kepada alam siber dan permainan komputer sehingga seakan
melupakan pantun yang merupakan warisan pusaka sejak duhulu lagi.
Lantaran itu, pantun turut dipandang enteng serta mula tersisih daripada
arus perdana kehidupan masyarakat. Sebagai individu, adakah kita
sanggup membiarkan khazanah budaya bangsa kita lenyap begitu sahaja dek
peredaran zaman yang berlaku? Dalam hal ini, sebelum nasi menjadi bubur, semua pihak perlu mencari pendekatan yang pragmatik lagi efektif bagi mempopularkan genre pantun bersesuaian dengan kata peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Prakarsa yang berkesan untuk mempopularkan pantun ini patut diusahakan
secara bersungguh-sungguh bagi mengangkat status pantun di bumi tercinta
ini.
Pihak ibu bapa dianggap pihak yang paling dominan berperanan memperkenalkan dan
mempopularkan pantun kepada generasi muda khususnya kepada anak-anak
mereka. Hal ini demikian keranan kebanyakan ibu bapa menjadi suri
teladan kepada anak-anak yang sedang membesar. Ibu bapa perlu mendedahkan pantun kepada anak-anak mereka sejak kecil bertepatan dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya bagi tujuan memupuk minat mempelajari pantun. Mereka boleh membelikan anak-anak mereka buku-buku berkaitan pantun sebagai hadiah sempena hari ulang tahun ataupun
sebagai hadiah kerana cemerlang dalam akademik di sekolah. Ibu bapa
juga boleh menganjurkan pertandingan melafaz pantun melalui Hari
Keluarga yang diadakan sama ada dilakukan secara bersendirian atau
bersama rakan-rakan sekerja. Inisiatif ini dapat memberikan peluang
kepada seluruh ahli keluarga yang mengambil bahagian untuk mencuba
melafazkan pantun atau mencipta pantun. Jelaslah bahawa melalui usaha
tersebut secara tidak langsung akan mempopularkan genre puisi
tradisional ini serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli
keluarga, bak kata peribahasa sambil menyelam minum air.
Selain itu, usaha pihak kerajaan
melalui Kementerian Pelajaran Malaysia yang memasukkan pantun dalam
Komsas Bahasa Melayu di sekolah perlu dipuji. Rentetan daripada itu,
pihak sekolah hendaklah menubuhkan kelab atau persatuan yang memberi
penekanan kepada puisi tradisional ini.. Dengan berpayungkan kelab atau
persatuan Budaya Bangsa, pelajar boleh belajar tentang cara mencipta
pantun, dan melafazkan pantun. Setelah mengetahui secara mendalam
tentang pantun itu, pelajar akan
rasa berminat untuk mempelajari pantun. Usaha menanam minat terhadap
generasi muda penting kerana mereka merupakan akar tunjang yang bakal
mewarisi warisan pusaka bangsa serta mewarnai masyarakat masa hadapan.
Penglibatan pelajar secara langsung dalam penciptaan pantun nescaya
dapat mempopularkan pantun di Malaysia daripada membiarkan seni budaya
kita terus pupus dan lenyap begitu sahaja. Bertepatan dengan kata
peribahasa, tak kenal maka tak cinta,
maka komitmen pihak sekolah amat dituntut, agar putera-puteri yang
sedang berjuang di medan ilmu dapat bergiat aktif mempopularkan puisi
tradisional di samping mengurangkan sedikit tekanan menghadapi
peperiksaan.
Seterusnya, usaha mengadakan pelbagai kempen cintai puisi tradisional merupakan satu
kaedah yang ampuh untuk mempopularkan pantun di negara kita. Kempen ini
perlu dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara secara
terancang dan berkesan dengan kerjasama pihak media cetak dan media
elektronik seperti akhbar dan televisyen. Pihak media massa perlu
menyiarkan rencana dan dokumentari untuk memperkenalkan pantun di negara
kita. Selain memperkenalkan sejarah dan cara melafazkan pantun, pihak
media perlu memberikan kesedaran kepada orang ramai akan kepentingan
pantun kepada masyarakat dan negara. Pelbagai aktiviti harus dianjurkan
sempena kempen tersebut, seperti peraduan mencipta pantun dan melafazkan
pantun,. Melalui proses tersebut, pantun boleh menjadi lebih popular di
merata tempat bersesuaian dengan kata peribahasa seperti pegaga tumbuh melata.
Jelas bahawa dengan kerjasama padu yang dilakukan tanpa mengenal rasa
jemu sudah pasti pantun semakin popular khususnya kepada generasi baru.
Pertukaran budaya dengan negara luar
merupakan inisiatif lain yang boleh dilakukan bagi mempopularkan
pantun. Apabila program tersebut dilaksanakan maka pelajar dari luar
negara yang datang ke Malaysia akan berpeluang berpantun dan mencipta
pantun. Apabila mereka pulang ke negara mereka kelak,mereka akan
mengajar rakan-rakan dan ahli keluarga berpantun. Usaha ini secara tidak
langsung membolehkan nama Malaysia akan masyhur di persada antarabangsa
dan rakyat Malaysia boleh berbangga kerana rakyat Malaysia masih
memiliki budaya berpantun yang tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas.
Perkara yang sama berlaku apabila pelancong asing melancong ke Malaysia
dan menginap di desa dan mereka akan diperdengarkan pelbagai jenis
puisi tradisional terutamanya pantun. Diharapkan langkah ini akan
membuatkan para pelancong terhibur
sekali gus berminat dengan acara-acara yang disediakan dan ingin datang
kembali ke Malaysia. Jelas bahawa, pertukaran budaya antara negara
mampu menjadi platform dalam usaha kerajaan mempopularkan pantun kepada
masyarakat luar.
Tidak disangkalkan lagi, penganjuran pelbagai bentuk pertandingan
merupakan inisiatif yang agak praktikal untuk mempopularkan pantun
kepada masyarakat di Malaysia. Melalui pertandingan tersebut, semua
pihak yang mengambil bahagian akan saling bertukar pengalaman dan
mengukuhkan ukhuwah antara mereka. Hal ini demikian kerana sebagai
fitrah manusia, segelintir masyarakat memang
suka bertanding untuk mendapatkan sesuatu. Agensi-agensi kerajaan
dengan kerjasama pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) boleh bergabung
dengan sektor korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis menganjurkan
pertandingan melafazkan puisi tradisional di peringkat sekolah, daerah,
kebangsaan hinggalah ke peringkat antarabangsa. Dalam konteks ini,
contoh yang terbaik ialah Pesta
Pantun Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia
dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka yang menawarkan Piala Sirih
Pulang ke Gagang dapat mencungkil bakat dan kreativiti pelajar dalam
mencipta dan melafazkan pantun.Terbukti di sini, penganjuran
pertandingan sebegini berjaya memperkenalkan puisi tradisional dalam
kalangan masyarakat sekali gus mempromosikan industri pelancongan kepada
pelancong dalam dan luar negara.
Kesimpulannya, semua bangsa tidak sepatutnya membiarkan khazanah budaya mereka termasuk puisi tradisional terutamanya pantun terus lenyap ditelan zaman kerana warisan tersebut adalah khazanah dunia yang begitu tinggi nilainya. Walaupun Malaysia sedang mengorak langkah ke arah negara maju pada tahun 2020, kita tidak seharusnya menjadi seperti kacang lupakan kulit
yang melupakan asal usulnya dengan mengabaikan peninggalan warisan
nenek moyang kita. Kita amat berharap pelbagai pihak tetap teguh
memelihara khazanah budaya ini pada setiap masa kerana generasi terkini
hanya sekadar meminjam warisan bangsa yang mungkin menjadi sanjungan
generasi mendatang. Oleh itu, setiap anak watan di bumi tercinta ini
perlu menyahut cabaran dan mempunyai semangat habis kapak berganti beliung untuk merealisasikan impian tersebut.
4
USAHA-USAHA INDIVIDU (ANDA) MEMUPUK AMALAN MEMBACA
Masa
bergerak pantas kerana pejam celik sahaja kita sudah berada pada alaf
milenium di samping menelusuri, meniti abad yang mendatang. Abad ke-21
telah menyaksikan pelbagai cetusan idea dan percubaan yang membanggakan
yang dilaksanakan supaya negara Malaysia dapat mendabik dada kerana
berjaya duduk setaraf, sebaris dan setanding dengan negara atas angin
yang moden bak kata pepatah, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.
Sayang dan malang sekali, di sebalik kemajuan tanah tumpah darah ini,
terdapat lakaran suram yang membayangi tamadun dan peradapan masyarakat
kita. Pada realitinya, tabiat atau budaya membaca dalam kalangan
masyarakat masih berada pada takuk lama bagai hidup segan mati tidak mahu malahan
bilangan yang dibaca oleh mereka boleh dikira dengan menggunakan jari.
Angka-angka dan data-data yang sahih lagi tepat yang didedahkan oleh
Perpustakaan Negara Malaysia amat
memeranjatkan kerana rakyat Malaysia hanya membaca purata satu halaman
daripada sebuah buku dalam masa setahun. Siapakah yang harus
dipersalahkan? Pada hemat saya, sikap menunding jari
tidak akan menguntungkan mana-mana pihak malahan menambahburukkan
situasi yang semakin parah ini. Oleh hal yang demikian, saya berpendapat
bahawa seluruh strata masyarakat harus memerah otak dan keringat untuk
merungkai kemelut ini. Memang
tidak disangkalkan bahawa saya juga berperanan vital dan penting untuk
menjadikan membaca sebagai amalan hidup diri saya. Cepu kepala dan otak
terus bersipongan dengan tanda tanya, apakah peranan yang pragmatik
dapat saya lakukan untuk memupuk amalan membaca dalam sanubari?
Norman
Vince Pale pernah mengatakan bahawa masalah itu tanda kehidupan,
semakin banyak masalah anda, semakin hidup jiwa anda. Kata-kata hikmat
tersebut sengaja dipetik untuk menunjukkan bahawa setiap kemelut dan
masalah yang kita hadapi tentu mempunyai jalan penyelesaiannya yang
ampuh dan efektif. Sebagai mukadimah dan melabuh tirai perbincangan,
saya ingin memfokuskan huraian saya secara dalam dan menyeluruh lagi
objektif dengan mengenal pasti
dan mengupas perisai yang efektif dalam usaha menjadikan membaca sebagai
amalan hidup. Isu dan fakta yang dihuraikan di atas akan ditinjau dan
dilihat dari kaca mata penyertaan dalam Program NILAM.
Pihak Kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha
untuk menanam minat membaca dalam kalangan pelajar melalui Program nadi
Ilmu Amalan Membaca (NILAM) dengan hasrat merealisasikan hasrat Dasar
buku Negara seperti yang diperkatakan oleh Perdana Menteri Malaysia,
Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk menjadikan negara kita ”negara
pembaca”. Oleh hal yang demikian, sebagai anak watan Malaysia yang kamil
dan soleh, saya perlu rajin bersengkang mata untuk membaca dan menuntut
ilmu seterusnya aktif dan mengambil bahagian dalam pertandingan NILAM
untuk mengamalkan tabiat membaca dalam diri saya, memandangkan ’Membaca
Jambatan Ilmu’ yang sering diuar-uarkan olen masyarakat kini mempunyai
kebenarannya. Seperti yang kita sedia maklum, program NILAM yang
berteraskan amalan membaca dapat merangsang minat membaca dan
meningkatkan kemahiran 3M iaitu menulis, mengira dan membaca dalam
kalangan pelajar. Sejajar dengan itu, untuk mencapai kecemerlangan dalam
program NILAM, saya perlu bertungkus lumus membaca untuk mendalamkan
ilmu dan meluaskan horizon pemikiran supaya dapat menghadapi cabaran
dalam program tersebut. Kata-kata pujangga Barat yang terkenal, Mendelir
Salamander pernah mengatakan bahawa ”buku merupakan wahana yang paling
baik untuk menjadikan seseorang itu memiliki pengetahuan”. Menyedari
hakikat itu, ikhtisasnya saya akan tekun menyelami lautan ilmu dengan
rajin membaca kerana amalan membaca adalah amalan luhur.
Sebelum retak menanti belah, sebelum bisul menjadi nanah dan sebelum nasi menjadi bubur,
jika kita bersedia memerah otak dan keringat serta berikhtiar berhempas
pulas, tentu ada formula penyelesaian dan tentu bukanlah satu sahaja
kerana, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Huraian di atas akan didalami dan dibugarkan dari perspektif pendirian
sudut bacaan di rumah atau bilik sendiri. Saya ingin menegaskan bahawa
perubahan diri sendiri merupakan cara yang paling proaktif dan mujarab
untuk menjadikan membaca sebagai amalan dalam kehidupan. Demi memupuk
budaya membaca dalam jiwa saya, saya perlu menyediakan sudut bacaan atau perpustakaan mini di rumah bersama-sama keluarga
dan menggalakkan serta mendorong kami sekeluarga supaya berjinak-jinak
dengan bidang ilmu supaya amalan membaca diterapkan dalam minda setiap
anggota keluarga. Sementalahan itu, saya perlu membeli pelbagai judul
buku yang menarik dan sesuai untuk dibaca di samping mengamalkan budaya
”bed story” sebelum tidur dengan adik-adik saya. Neville Black, seorang
ahli falsafah Barat berpendapat bahawa ilmu pengetahuan adalah alat
serta aset yang paling dominan sekiranya kita ingin bersaing dengan
pihak lain pada zaman moden yang menuntut kemajuan. Selaras dengan itu,
saya perlu memberi dorongan kepada ahli keluarga dan diri sendiri untuk
mencari, menuntut dan menimba ilmu yang sebanyak mungkin, memandangkan ilmu itu pelita hidup.
Atas kedahagaan menuntut ilmu pengetahuan, saya akan membaca dan terus
membaca sehingga menjadi seorang modal insan yang berminda kelas
pertama. Menurut Datuk Arbaiah Sulung, pakar psikologi tempatan,” ibu
bapa atau kakak dan abang merupakan teladan yang berkesan dan
berpengaruh kepada anak-anak kecil”. Memandangkan penyataan di atas,
pada hemat saya, saya perlu memupuk amalan membaca dalam diri sekali gus
menjadi ’role model’ kepada adik-adik saya.
”Jika
satu pintu tertutup, pintu lain akan terbuka. Namun kita terkadang
melihat dan menyesali pintu yang tertutup tersebut sehingga tidak dapat
melihat pintu lain yang terbuka”. Memetik kata-kata mutiara Andelucia
Longbotton, seorang ahli sains dan matematik Barat, sudah terang lagi bersuluh
bahawa terdapat pelbagai cara yang berkesan dan ampuh dalam mengatasi
kemelut kekurangan minat membaca dalam kalangan masyarakat. Sebagai
kesinambungan dan kelangsungan perbincangan saya, saya ingin memberi
pendapat yang bernas bahawa amalan membaca surat khabar saban hari merupakan usaha yang amat mustahak dalam memupuk tabiat membaca dalam minda saya.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, surat khabar merupakan santapan
rohani dalam jiwa seseorang dan seharusnya diterapkan dalam rutin
kehidupan. Dengan membaca surat khabar setiap hari, artikel-artikel yang
menarik minat dan menggamit hati pembaca untuk membaca dan terus
membaca sehingga ke muka surat yang terakhir. Sementelahan itu, saya
juga dapat memperluas ilmu pengetahuan dan mengetahui isu semasa dan
pelbagai perkara yang berlaku di seluruh dunia melalui berita dan isu
semasa yang dipaparkan dalam surat khabar. Tidak ketinggalan juga, saya
sepatutnya sentiasa menyertai pameran buku yang dianjurkan oleh Pustaka
Buku secara intensif, istiqamah dan berkesan. Pelbagai buku yang
merangkumi pelbagai bidang dan sesuai untuk semua peringkat umur akan
dipamerkan. Secara tidak langsung, saya dapat memupuk budaya membaca
atas rangsangan minat membaca kerana sentiasa berjinak-jinak dengan
buku-buku ilmiah. Deduksinya, kekerapan mengunjungi pameran
buku,perpustakaan dan mengamalkan pembacaan surat khabar setiap hari
merupakan cara yang terbaik kerana falsafah Islam ada mengatakan bahawa
perubahan diri sendiri dan kekerapan menerima pengaruh yang baik dapat
membentuk keperibadian yang unggul dalam diri sendiri.
Memang
tidak dapat disangkalkan bahawa negara kita sedang mengecapi
perkembangan dan kemajuan dengan menongkah arus globalisasi,
liberalisasi dan duniawi yang melanda seantero dunia. Oleh hal yang
demikian, untuk meneruskan perjuangan kita merealisasikan hasrat
membentuk ”negara pembaca teras negara maju’. Saya juga berperanan penting dalam menyahut cabaran negara supaya menjadi seorang rakyat yang minat membaca.
Pada dasarnya, media massa sebagai arus perdana yang berpengaruh sama
ada media cetak atau media elektronik sentiasa mengadakan pertandingan
atau aktiviti malahan kempen kesedaran di seluruh pelosok negara untuk
memupuk minat membaca dalam masyarakat. Oleh hal yang demikian, saya
perlu menyertai aktiviti seperti sayembara, menulis esei, syarahan dan
sebagainya untuk menanam tabiat membaca. Tidak ketinggalan juga, saya
dapat mengajak rakan-rakan sebaya ataupun ahli keluarga untuk menyertai
kempen ”Amalan Membaca Nadi Ilmu Pengetahuan” bersama-sama. Hal ini
diibaratkan sambil menyelam minum air dan serampang dua mata kerana dapat menjalinkan hubungan silaturahim serta mendapat info terkini tentang amalan membaca.
Perbincangan
saya tentang mauduk di atas sudah meniti ke puncaknya maka sebagai
akhir kalam, saya ingin membuat konklusi bahawa amalan membaca
mendatangkan pelbagai faedah dan kemaslahatan kepada seseorang.
Sekiranya usaha-usaha yang menyeluruh dan pragmatik dilakukan oleh
seseorang untuk menjadikan sebagai amalan hidup. Di samping itu, saya
juga berpendapat bahawa seluruh strata masyarakat Malaysia
bertanggungjawab dan bertungkus lumus untuk memupuk tabiat membaca yang
luhur dan murni ini dalam kehidupan rakyat yang bermain dengan fantasi
dan enggan meluaskan horizon pemikiran menyebabkan mereka terus
terpinggir dan tercicir dalam arus pemodenan sedangkan orang lain sudah
melangkah jauh ke hadapan untuk menjulang nama negara malaysia ke puncak
jagat, anak watan Malaysia mestilah membina azam dan iltizam tinggi
untuk menanam amalan membaca dalam jiwa mereka supaya menjalinkan
jaringan kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Biarlah pepohon terus
menghijau, biarlah sang matahari terus bersinar dan biarlah Malaysia
terus cemerlang, gemilang dan terbilang di persada dunia. Deduksinya,
segenap lapisan masyarakat perlu menjayakan dan merealisasikan wawasan
2020 yang diimpikan dengan mengamalkan budaya membaca kerana golongan
inteligensia dan intelektual merupakan tulang belakang sesebuah negara untuk menggapai lonjakan masa depan. Malaysia Boleh!
5
PERANAN IBU BAPA MEMBENTUK MASYARAKAT PENYAYANG
Dewasa
ini, semakin hari, semangat sayang menyayangi dalam masyarakat semakin
terhakis ditelan arus pemodenan Negara. Semangat sayang menyayangi dalam
masyarakat ialah sikap mengambil berat dan saling hormat menghormati
dalam masyarakat. Masyarakat penyayang dapat dibentuk melalui persaan
saling menyayangi dan menghormati sesama ahli keluarga. Ibu bapa mempunyai peranan besar dalam melahirkan individu yang penyayang yang dapat mewujudkan masyarakat yang penyayang.
Ibu bapa berperanan memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak.
Kehidupan anak-anak harus diisi dengan kasih sayang daripada ibu bapa
yang dapat mnyemai sikap penyayang dalam diri mereka. Kehadiran ibu bapa
amat penting dalam tempoh anak-anak membesar. Contohnya, ibu bapa harus
sentiasa berada di samping anak-anak semasa mereka dalam kekecewaan
seperti gagal dalam peperiksaan
untuk menenangkan mereka. Kasih sayang yang dipupuk sejak kecil akan
terus sebati dalam diri mereka seperti kata peribahasa melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Tegasnya ibu bapa harus sedia melapangkan waktu
untuk mencurahkan kasih sayang kepada anak.
Selain itu, didikan agama juga perlu untuk melahirkan individu yang penyayang.
Ibu bapa juga harus mengajar anak-anak mereka mendalami ilmu agama dan
mendekatkan diri kepada Tuhan. Contoh amalan yang boleh diajar kepada
anak-anak adalah menunaikan solat fardhu, membaca Al-Quran dan berzikir.
Amalan-amalan ini akan melembutkan hati dan mententeramkan jiwa serta
melahirkan anak-anak yang bersahsiah mulia. Sifat ini yang akan menjadi
darah daging dalam diri anak-anak dan mendorong mereka untuk berperilaku
baik seterusnya sentiasa menyayangi keluarga. Oleh itu, tidak dapat
dinafikan lagi didikan agama yang secukupnya amat penting dalam
melahirkan individu penyayang.
Di samping itu, ibu bapa juga haruslah menunjukkan nilai-nilai yang baik kepada anak-anak mereka.
Ibu bapa mestilah menjadi teladan kepada anak-anak mereka seperti kata
peribahasa melayu, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Hal ini
demikian menunjukkan anak-anak mencerminkan perwatakan orang tua mereka.
Banyak nilai baik yang boleh ditunjukkan kepada anak-anak. Contohnya,
semangat berjiran. Nilai-nilai baik ini akan menjadi ikutan kepada
anak-anak. Semangat hormat menghormati dan amalan hidup berjiran ini
yang akhirnya membentuk sifat penyayang dalam diri anak-anak.
Tambahan lagi, keadaan keluarga yang stabil
amat perlu bagi melahirkan individu yang penyayang. Ibu bapa mempunyai
peranan besar dalam membentuk keluarga yang stabil. Keluarga yang stabil
ialah keluarga yang saling menyayangi , hormat-menghormati dan cukup
dari segi kewangan keluarga. Ibu bapa harus memastikan hubungan
kekeluargaan sesama ahli keluarga erat bagi melahirkan keluarga yang
penyayang.
Individu yang penyayang dapat dilahirkan melalui hubungan baik dengan masyarakat sekeliling.
Ibu bapa harus mendekatkan anak-anak dengan masyarakat setempat bagi
mewujudkan hubungan baik dengan masyarakat. Contohnya, ibu bapa boleh
mengajak anak-anak untuk menyertai gotong-royong di kawasan tempat
tinggal atau solat berjemaah di surau atau masjid. Hubungan silaturahim
yang erat melahirkan individu yang penyayang.
Konklusinya, ibu bapa berperanan besar dalam melahirkan individu yang penyayang.
Oleh itu, ibu bapa harus memainkan peranan mereka iaitu memberikan
kasih saying, didikan agama yang secukupnya, menunjukkan nilai yang baik
dan sebagainya kepada anak-anak untuk melahirkan individu yang
penyayang yang akan mewujudkan masyarakat yang sejahtera. Ingatlah !,
individu yang penyayang akan mewujudkan keluarga cemerlang seterusnya
melahirkan bangsa terbilang.
6
MANFAAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
Teknologi
maklumat merupakan agenda baharu yang mendapat tempat dalam sanubari
segenap lapisan masyarakat. Kerajaan telah mengambil langkah yang serius
untuk menerapkan budaya teknologi maklumat kepada masyarakat.
Berbagai-bagai kempen dijalankan untuk menjelaskan kepada masyarakat
tentang pentingnya teknologi maklumat. Sejumlah peruntukan yang besar
telah dilaburkan untuk tujuan itu. Berdasarkan usaha dan iltizam
kerajaan yang tinggi itu, nyatalah bahawa bidang teknologi maklumat
mempunyai manfaat yang sangat besar kepada masyarakat dan negara ini.
Teknologi
maklumat mampu menjadikan masyarakat negara ini sebagai sebuah
masyarakat yang sentiasa peka dengan perkembangan dan pergolakan dunia.
Melalui kemajuan dalam bidang penyebaran maklumat, masyarakat negara
ini tidak ketinggalan untuk mengikuti perkembangan. Maklumat yang
disalurkan amat pantas. Hanya dengan memiliki sebuah komputer peribadi
yang disambung dengan perkhidmatan internet, masyarakat boleh
mendapatkan maklumat dari seluruh dunia. Mereka hanya perlu
menggerakkan tetikus untuk mendapatkan maklumat terkini dalam sesuatu
bidang. Contohnya masyarakat Malaysia boleh mengikuti pergolakan politik
di Timur Tengah melalui skrin komputer mereka. Oleh itu penguasaan
teknologi maklumat mampu menjadi masyarakat Malaysia sebagai masyarakat
berinformasi.
Selain itu, teknologi maklumat dapat meningkatkan mutu pendidikan negara kita. Kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan sekolah-sekolah bestari yang menjadikan teknologi maklumat sebagai teras pendidikan. Apabila terlaksana kelak, sumber rujukan yang utama bagi pelajar bukan lagi guru mereka. Guru akan dianggap sebagai pemudah cara. Segala proses pembelajaran dan pengajaran akan dikendalikan oleh komputer. Sumber rujukan pula adalah dari sumber-sumber multimedia. Pelajar perlu memiliki kemahiran untuk mengendalikan komputer dan mereka sendiri yang akan meneroka segenap bidang ilmu yang dipelajari oleh mereka. Malah seseorang pelajar boleh melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat tertinggi menggunakan media komputer. Contohnya penubuhan Universiti Tun Abdul Razak merupakan satu langkah ke arah penerokaan ilmu di ruang siber tanpa menghadiri kuliah secara lumrah. Dengan penubuhan universiti maya ini, mutu pendidikan negara meningkat setahap lagi ke arah kemajuan.
Teknologi maklumat juga mampu meletakkan negara kita setanding dengan negara-negara maju. Dalam zaman ini kemajuan sesebuah negara diukur dengan pencapaian dalam bidang teknologi. Oleh yang demikian sebagai sebuah negara yang ingin mencapai status negara maju, Malaysia mestilah menitikberatkan bidang ini dan menjadikan kita duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Oleh sebab itulah negara kita mengeluarkan belanja yang banyak untuk meningkatkan segenap aspek yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Contohnya negara kita telah melancarkan satelit telekomunikasi kita sendiri yang dikenali dengan nama MEASAT 1 dan MEASAT 11. Baru-baru ini pula saintis Malaysia berjaya menghasilkan satelit ringan yang dikenali sebagai Tiongsat-1. Dengan pelancaran satelit-satelit ini, kita mampu menempatkan diri setanding dengan negara-negara maju dalam bidang telekomunikasi. Jadi, jelaslah teknologi maklumat menjadikan negara kita setanding dengan negara maju.
Penekanan dalam kemajuan teknologi maklumat akan menggalakkan pemindahan teknologi secara langsung dan tidak langsung. Pembinaan Koridor Raya Multimedia telah membuka peluang pelaburan kepada syarikat-syarikat antarabangsa untuk beroperasi di sini. Dengan ini mereka akan memindahkan teknologi canggih ini untuk dipelajari oleh rakyat negara kita. Kerajaan tidak perlu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar pegawai untuk berkursus di luar negara. Selain itu, dengan pemindahan teknologi ke negara kita lebih banyak pihak yang mendapat manfaat. Selain kerajaan mendapat hasil cukai, peluang pekerjaan telah disediakan untuk dimanfaatkan oleh penduduk tempatan. Oleh yang demikian, kemajuan teknologi dapat menggalakkan pemindahan teknologi ke negara kita.
Teknologi maklumat juga dapat meningkatkan ekonomi negara.
Perniagaan hari ini dijalankan melalui kaedah e-dagang atau perdagangan
elektronik. Melalui kaedah ini peniaga tidak lagi perlu menyediakan
ruang niaga yang besar dan memerlukan kos yang tinggi. Hal ini kerana
pasaran dapat diperluas melalui internet. Pembeli dari dalam dan luar
negara dapat melihat produk dengan hanya menekan tetikus, di samping
membuat pesanan. Perdagangan cara ini ternyata lebih berkesan kerana
menjimatkan masa dan tenaga pembeli. Peniaga pula hanya perlu meneliti
skrin komputer untuk menjual barangan mereka. Contohnya Amazon.com
merupakan sebuah syarikat penjualan bahan bacaan yang sangat terkenal
dan telah membuktikan kejayaan dalam e-dagang ini. Natijahnya, teknologi
maklumat dapat meningkatkan ekonomi negara.
Kesimpulannya, kita tidak harus ketinggalan untuk menguasai kemahiran teknologi maklumat kerana bidang ini akan terus berkembang dari semasa ke semasa. Sistem hidup manusia masa depan akan lebih bergantung kepada kemajuan dalam bidang ini. Malah pada masa ini pun, pergantungan manusia terhadap teknologi maklumat sememangnya tidak dapat dinafikan. Oleh itu, untuk memastikan wawasan negara untuk menjadi sebuah negara maju boleh direalisasikan dengan penguasaan dalam bidang teknologi maklumat. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menyokong usaha ini di samping menyediakan diri untuk mempelajari pengetahuan baru berkaitan teknologi maklumat agar kita tidak dianggap seperti katak di bawah tempurung.
703 perkataan
7
LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN MUTU SUKAN NEGARA
Kekalahan
skuad bola sepak kebangsaan dalam pertandingan kelayakan Piala Dunia
kepada pasukan Singapura serta tumbangnya jagoan badminton negara Datuk
Lee Chong Wei, dalam Kejohanan Badminton Dunia baru-baru ini,
seolah-olah mengesahkan bahawa mutu sukan Malaysia semakin merudum. Hal
ini belum lagi mengambil kira prestasi sukan-sukan teras yang lain
seperti hoki, olahraga, renang, dan sebagainya. Kemerosotan pencapaian
atlet-atlet negara ketika bertanding sama ada pada peringkat serantau
mahupun antarabangsa telah menimbulkan pelbagai tanggapan negatif dalam
kalangan peminat sukan di negara ini. Apakah atlet-atlet kita hanya gah
ketika bertanding sesama sendiri sehingga mewajarkan gelaran jaguh kampung, ataupun
atlet kita kurang bermotivasi apabila bersaing pada peringkat
antarabangsa? Walau apa pun pertikaiannya, ternyata pelbagai langkah
konkrit dan menyeluruh perlu diambil untuk meningkatkan mutu sukan
negara, agar kita dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain dalam bidang sukan.
Dalam hal ini, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah dengan merombak jawatankuasa induk yang menaungi sesebuah persatuan sukan. Bukan
lagi rahsia, kebanyakan persatuan sukan di Malaysia dipimpin oleh elit
politik. Lihat sahaja persatuan-persatuan seperti Persatuan Bolasepak
Malaysia (FAM), Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), dan Persatuan Badminton
Malaysia (BAM). Malangnya, para pemimpin yang dipilih secara sebulat suara
ini, sering menjadikan persatuan berkenaan sebagai medan untuk mencari
pengaruh dan meneruskan agenda politik mereka. Keghairahan memenuhi
agenda peribadi, menyebabkan program pembangunan sukan dan atlet telah
dianaktirikan oleh mereka. Kedangkalan ilmu tentang bidang sukan serta
kegagalan memahami perubahan yang berlaku, mewajarkan ketandusan
pencapaian para atlet kita. Berkaitan hal ini, mantan Perdana Menteri,
Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menyeru agar para pemimpin politik
melepaskan jawatan mereka dalam persatuan sukan agar program pembangunan
sukan hanya ditangani oleh individu yang berkelayakan. Justeru,
sewajarnya barisan kepimpinan sukan ini dirombak dan seterusnya
memberikan laluan kepada muka-muka baru yang mempunyai latar belakang
bidang sukan serta beriltizam tinggi untuk memajukan mutu sukan negara,
bak kata peribahasa, hanya jauhari yang mengenal manikam.
Di samping itu, program-program pembangunan atlet juga perlu diperbaiki dan diberi nafas baru dalam usaha melahirkan atlet yang berdaya saing
dan mampu mengibarkan cabaran negara pada peringkat antarabangsa.
Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan telah menyediakan
peruntukan yang cukup banyak untuk menyokong program-program pembangunan
sukan di negara ini seperti penubuhan Majlis Sukan Negara (MSN) dan
Institut Sukan Negara (ISN). Program pembangunan sukan ini meliputi
aspek-aspek kritikal seperti kewangan, kejurulatihan, pemakanan,
psikologi, dan sebagainya. Berhubung dengan isu ini, Menteri Belia dan
Sukan, Datuk Sabri Chik pernah menegur tentang cara pemakanan para
pemain bola sepak kebangsaan ketika bertanding dalam Kejohanan Piala
Asia yang dianggap tidak bersesuaian dengan diet para atlet. Menurutnya
kebanyakan para pemain bola sepak negara lebih menggemari roti canai,
nasi lemak, dan merokok. Kegagalan menyediakan program-program
berkualiti, memungkinkan mutu sukan negara terus merudum dan kita terus
ketandusan para atlet yang berpotensi. Contohnya sejak menjuarai Piala
Thomas pada 1992, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terus gagal
membentuk sebuah pasukan kebangsaan yang mampu memecah penguasaan China
dan Indonesia dalam arena badminton. Biarpun munculnya gandingan emas,
Koo Ken Kiat dan Tan Boon Heong, namun kegagalan pasukan negara dalam
Kejohanan Badminton Dunia bulan lalu menterjemahkan segala-galanya.
Namun begitu, segala kelemahan tidak harus menjadi noktah untuk kita
terus berusaha. Dengan penggemblengan usaha dan iltizam semua pihak,
pastinya sinar di hujung terowong dapat dijelmakan untuk mengangkat kembali martabat sukan negara kita.
Selain itu, para atlet negara juga perlu didedahkan dengan kejohanan-kejohanan antarabangsa secara lebih kerap. Penyertaan secara berterusan amat penting dalam usaha memantapkan persembahan serta menyesuaikan diri dalam
situasi pertandingan yang sebenarnya. Pasukan bola sepak contohnya,
tidak mampu membentuk persefahaman yang mantap jika digabungkan
menjelang saat akhir pada sesebuah kejohanan sahaja. Setiap pemain sudah
pasti mempunyai latar belakang kemahiran dan peribadi yang berbeza.
Justeru, penyertaan secara berterusan dalam pelbagai kejohanan dapat
membentuk persefahaman dalam kalangan mereka seterusnya mampu menuai
hasil yang diharapkan. Pencapaian jaguh badminton negara Datuk Lee Chong
Wei dan ratu squasy negara,
Nicole Ann David sehingga membolehkan mereka berada pada kedudukan
teratas senarai pemain terbaik dunia, adalah berpunca daripada
penyertaan yang tidak putus-putus dalam pertandingan peringkat
antarabangsa. Perlu ditegaskan bahawa kejayaan yang diinginkan tidak
boleh dijelmakan dengan usaha secara ala kadar, ibarat melepaskan batuk di tangga.
Sebaliknya ia menuntut iltizam dan kerja keras semua pihak sama ada
dalam kalangan atlet, pihak-pihak berwajib, dan malahan peminat sukan
tanah air.
Di samping itu, Kementerian Pelajaran Malaysia juga perlulah berperanan mencungkil bakat-bakat muda daripada peringkat sekolah lagi.
Kita sedia maklum bahawa para pelajar di seluruh negara begitu ramai
yang mempunyai bakat yang terpendam dalam bidang sukan. Buktinya semasa
kejohanan sukan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan,
kita dapati ramai pelapis muda yang berbakat dan berpotensi. Namun bakat
mereka tenggelam begitu sahaja setelah tamat zaman persekolahan. Oleh
hal yang demikian pihak Kementerian Pelajaran Malaysia perlu
berkerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan serta badan-badan sukan
untuk menggilap bakat-bakat muda ini hingga mampu bersaing di peringkat
antarabangsa. Penubuhan sekolah-sekolah sukan seperti Sekolah Sukan
Sultan Abdul Jalil, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) Bandar
Penawar dan lain-lain merupakan satu langkah bijak akan datang agar kita
tidak ketandusan pelapis dalam bidang sukan negara pada masa akan
datang.
Pengambilan jurulatih serta pemain import juga merupakan suatu usaha yang positif ke arah meningkatkan mutu sukan negara.
Hal ini demikian kerana para atlet serta ahli sukan mendapat bimbingan
serta tunjuk ajar daripada jurulatih yang berwibawa. Para pemain dapat
didedahkan dengan teknik, serta kemahiran bertaraf dunia agar pemain kita dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
dengan pemain-pemain di peringkat dunia. Selain itu, para pemain juga
akan mendapat rakan pelatih atau “ sparing partner “ yang bertaraf
dunia. Dengan pendedahan serta latihan intensif ini sudah pasti para
atlet kita akan mampu bersaing atau bertanding di peringkat
antarabangsa. Tindakan FAM untuk mengambil semula pemain-pemain import
dalam Liga Bola Sepak Malaysia merupakan usaha serampang dua mata, iaitu
untuk meningkatkan mutu sukan negara serta menyemarakkan sokongan
peminat sukan kepada pasukan pilihan mereka. Jelaslah bahawa pengambilan
jurulatih dan pemain import bukan sahaja meningkatkan prestasi atlet
atau ahli sukan, malahan dapat meningkatkan imej negara di mata dunia.
Konklusinya,
kemerosotan mutu sukan negara tidak seharusnya dibiarkan terus
berlanjutan kerana ia sedikit sebanyak berkaitan dengan maruah kita pada
peringkat antarabangsa. Sejajar dengan usia kemerdekaan negara yang
sudah menjangkau angka lima puluh tahun, seharusnya ia telah mematangkan
pencapaian kita dalam bidang sukan. Mungkin tiada salahnya untuk kita
belajar dengan negara-negara seperti Trinidad dan Tobago atau pun Kenya
yang telah berjaya melayakkan diri dalam pertandingan akhir bola sepak
Piala Dunia 2006 serta mampu melahirkan atlet olahraga bertaraf dunia.
Hanya dengan kerjasama erat semua pihak, misi untuk melihat kelibat
anak-anak muda Malaysia beraksi pada pusingan akhir bola sepak Piala
Dunia 2014 akan menjadi kenyataan. Peribahasa Melayu ada menjelaskan pengayuh sudah ada di tangan, perahu sudah ada di tangan, terserah kepada kita untuk merealisasikan impian 26 juta rakyat Malaysia. “Majulah sukan untuk Negara!
8
LANGKAH-LANGKAH MEMBANTU ORANG KURANG UPAYA (OKU)
Orang
Kurang upaya merupakan orang yang kurang bernasib baik.Mereka
dilahirkan dalam keadaan cacat atau mengalami kemalangan yang
menjejaskan anggota badan. Mereka tidak dapat menjalani kehidupan yang
sempurna kerana kekurangan yang dimiliki. Mereka perlu dibantu untuk
melakukan sesuatu pekerjaan. Terdapat pelbagai pihak yang perlu
memainkan peranan untuk membantu Orang Kurang Upaya (OKU).
Ibu bapa berperanan mendidik anak-anak mereka supaya menghormati serta tidak memandang hina OKU. Hal
ini demikian kerana OKU juga mempunyai perasaan ingin
dihargai,disayangi dan dihormati oleh masyarakat. Sebagai contoh,
anak-anak diajar supaya tidak memandang sebelah mata serta tidak
mentertawakan apabila berhadapan dengan golongan tersebut. Tegasnya, ibu
bapa perlu mendidik anak-anak supaya menghormati OKU.
Selain itu, pihak kerajaan boleh menyediakan pelbagai peluang pendidikan dan memberikan kemahiran kepada golongan OKU.
Hal ini demikian kerana .pendidikan dan kemahiran sangat penting demi
masa depan mereka. Langkah pihak kerajaan mewujudkan Kelas Pendidikan
Khas patut dipuji..Jelaslah bahawa, pihak kerajaan memainkan peranan
penting dalam membantu OKU sebagaimana slogan yang dilaungkan oleh
Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak ,’Rakyat
Didahulukan,Pencapaian Diutamakan’.
Di samping itu, pihak swasta juga hendaklah turut sama membantu golongan OKU menjalani kehidupan yang lebih baik. Mereka
tidak seharusnya bersikap lepas tangan dan jangan menganggap OKU
sebagai beban.Sebagai contoh, usaha murni pengusaha pusat beli-belah
yang menyediakan kemudahan untuk golongan OKU seperti lorong khas,
tandas dan tempat letak kenderaan amat dihargai. Sikap pihak swasta yang
menunjukkan keperihatinan dan menunaikan tanggungjawab mereka terhadap
golongan yang kurang bernasib baik ini perlu dicontohi.
Seterusnya, pihak media massa boleh memainkan peranan mereka dengan menyebarkan maklumat peluang pendidikan dan kerjaya bagi OKU. Setiap maklumat mestilah disampaikan dan disebarkan oleh pihak media massa kepada orang ramai. Kempen Masyarakat
Penyayang yang dilancarkan oleh pihak kerajaan perlulah disampaikan
melalui saluran media massa, maklumat boleh disalurkan melalui
iklan,kempen,dan melalui drama. Kesannya, orang ramai akan mendapat
maklumat tentang OKU secara telus. Jelaslah, nasib OKU akan terbela
dengan adanya peranan media massa.
Setiap individu perlu menunjukkan nilai-nilai murni.
Hal ini demikan kerana setiap individu mempunyai tangungjawab
masing-masing. Sebagai contoh, mereka perlu membantu golongan OKU semasa
melintas jalan, menaiki bas atau ketika OKU memerlukan sebarang
bantuan, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Pendek kata,
setiap individu hendaklah mengamalkan nilai-nilai murni bagi membantu
golongan ini.
Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh, pelbagai
pihak perlu memainkan peranan untuk membantu OKU. Semua pihak perlu
berganding bahu, bak kata peribahasa berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing, bagi membela nasib dan masa depan golongan OKU.
9
KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN
Nusa
tercinta kita Malaysia merupakan negara yang mempunyai anak watan
berbilang kaum dan hidup secara bersama sehati sejiwa ibarat seikat bak sirih serumpun bak serai. Sehubungan dengan itu, kebanyakan
anggota masyarakat hidup berjiran di kawasan bandar ataupun di kawasan
luar bandar dan mereka saling berhubung, bertemu dan berurusan antara
satu sama lain. Namun ada lakaran suram yang menyelubungi kita bahawa
ada pandangan yang menyatakan bahawa semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat Malaysia pada masa ini dikatakan semakin terhakis ibarat hidup segan mati tak mahu. Banyak kempen dan usaha
telah dijalankan oleh pelbagai pihak untuk merapatkan kembali hubungan
dalam kalangan jiran kerana semangat kejiranan begitu penting dalam
kehidupan bermasyarakat.
Sebenarnya semangat kejiranan dapat memupuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat
di sesuatu tempat . Kerjasama ini boleh dipupuk melalui penglibatan
anggota masyarakat dalam pelbagai aktiviti yang diadakan di kawasan
tempat mereka tinggal. Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong,
majlis sambutan perayaan atau
perjumpaan bulanan komuniti dapat mempertemukan semua jiran, saling
berkenalan dan merapatkan hubungan . Mereka akan lebih mesra, saling
membantu bagai aur dengan tebing
tanpa membezakan warna kulit, bangsa atau kepercayaan. Hal ini
menunjukkan bahawa semangat kejiranan yang dipupuk dapat membentuk
kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat seterusnya membentuk ukhuwah
yang kukuh dan ampuh.
Selain itu semangat kejiranan juga penting kerana dapat membentuk semangat kekitaan dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu.
Mengimbas kembali Peristiwa 13 Mei 1969 menunjukkan bahawa jika
masyarakat tidak bersatu padu dan berpecah-belah, negara akan musnah dan
kehidupan anggota masyarakat tidak akan selesa dan aman. Tuntasnya, semangat
kejiranan membolehkan semua anggota masyarakat memahami antara satu
sama lain. Masyarakat yang berbilang kaum ini boleh mempelajari perbezaan
budaya dan sistem sosial masyarakat lain seterusnya memahami
sensitiviti mereka agar dapat bertoleransi, bekerjasama dan saling
menghormati. Tegasnya semangat kejiranan penting dalam membentuk
masyarakat yang bersatu padu dan seterusnya dapat memacu pembangunan
negara ke arah kegemilangan.
Di samping itu, semangat kejiranan juga penting kepada negara kerana memudahkan kerajaan melaksanakan pelbagai program pembangunan dan membawa kemajuan kepada rakyat. Slogan Negara Maju Rakyat Sihat
menunjukkan apabila rakyat hidup dalam keadaan sihat sejahtera maka
pelbagai rancangan pembangunan dapat diatur, dirancang dan dilaksanakan
secara lancar tanpa sebarang kekangan. Jika masyarakat dapat hidup
bersama dalam suasana yang aman dan harmoni maka segala kemajuan yang
disediakan oleh kerajaan di seluruh pelosok tanah air akan dapat
dinikmati bersama-sama secara adil dan saksama. Sebagai contohnya,
kerajaan telah berupaya membina pelbagai kemudahan dan infrastrukutr di
kawasan taman-taman perumahan seperti dewan orang ramai, balai raya,
taman permainan kanak-kanak mahupun pusat komuniti atas inisiatif,
semangat kejiranan dan perpaduan yang ditunjukkan oleh anggota
masyarakat di sesetengah kawasan tempat tinggal. Jelaslah semangat
kejiranan penting bagi membantu anggota masyarakat dalam suatu kawasan
kejiranan menikmati pelbagai kemudahan awam yang disediakan oleh pihak
kerajaan.
Negara
yang cemerlang lahir daripada rakyatnya yang berhemah tinggi dan hidup
bersatu padu seia sekata . Jika masyarakat dapat berganding bahu dan
saling mengekalkan kehidupan yang harmoni maka negara akan melakar
kejayaan gemilang. Semangat kejiranan merupakan salah satu elemen
penting dan vital yang membantu melahirkan anggota masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri dan semangat cinta akan negara .
Melalui hubungan kejiranan, pelbagai aktiviti berbentuk pemupukan
nilai-nilai patriotisme dapat diimplimentasikan. Sebagai contoh,
mengibarkan jalur gemilang, mengadakan pameran sempena ulang tahun
kemerdekaan negara ataupun menyertai perarakan dalam sesebuah pesta.
Datuk Azhar Bin Mansor merupakan contoh paling jelas, dan atas sokongan rakyat
Malaysia membolehkan beliau melakukan pelayaran solo mengelilingi dunia
sambil mengibarkan jalur gemilang dengan penuh kejayaan. Hal Ini jelas
menunjukkan keharmonian kehidupan rakyat Malaysia membolehkan mereka melakukan sesuatu hal dan perkara yang amat hebat bagi melaonjakkan Malaysia di persada antarabangsa.
Semangat kejiranan yang wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum juga penting sebagai produk pelancongan.
Sesungguhnya, kedatangan pelancong asing ke negara ini banyak
disebabkan kehidupan masyarakat Malaysia yang unik, mempunyai pelbagai
seni budaya yang menarik dan hidup secara harmoni dalam komuniti
kejiranan. Sesungguhnya, perpaduan masyarakat banyak membantu menarik
kehadiran pelancong terutamanya ketika musim perayaan besar. Sebagai
contohnya pada sambutan Hari Kemerdekaan, Majlis Rumah Terbuka dan
sambutan pesta-pesta tertentu menampilkan perpaduan masyarakat berbilang
kaum di negara kita yang amat disukai
oleh para pelancong asing tersebut . Selain di kawasan bandar, produk
pelancongan seperti Program Homestay atau Inap Desa di kawasan luar
bandar juga dapat menunjukkan semangat hidup berjiran dalam kalangan
masyarakatnya . Maka sememangnya semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat Malaysia sangat berfaedah dan membawa pulangan ekonomi yang
begitu memberangsangkan kepada negara.
Intihanya,
semangat kejiranan merupakan sebahagian daripada amalan dan menjadi
budaya masyarakat di Malaysia yang menjadikan negara kita unik pada
pandangan masyarakat di luar sana malah dikenali di seluruh dunia.
Tuntasnya, Semangat kejiranan bukan sahaja penting dalam mengekalkan
suasana harmoni dalam kalangan rakyat di negara kita malah sumbangannya
cukup besar terutamanya bagi memastikan Malaysia terus cemerlang dan
mampu berdaya saing pada masa akan datang kerana rakyatnya
yang bersahsiah terpuji bagi melahirkan modal insan berminda kelas
pertama yang dapat memacu negara tercinta ke arah kegemilangan di puncak
jagat.
10
KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG
Dasawarsa,
sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan
pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Sejak dua dan tiga dekad belakangan ini kita dapat menyaksikan lambakan jenama makanan yang memenuhi pasaran. Pada
realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa makanan yang kita
nikmati akan membentuk fizikal, mental waima keperibadian seseorang. Sebagaimana yang kita ketahui, makanan
seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh
badan manusia yang amat memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran
dan penjagaan kesihatan. Media
massa turut berperanan menggalakkan pengambilan makanan seimbang dalam
kalangan masyarakat. Kendatipun demikian, kita seharusnya memastikan
pengambilan makanan yang seimbang mampu membawa kemaslahatan kepada setiap lapisan masyarakat.
Pada realitinya memang tidak dapat dinafikan bahawa pemakanan seimbang mampu menjadi faktor dominan yang merangsang tumbesaran seseorang itu lebih sempurna daripada aspek fizikal. Bagi membina tubuh badan yang kuat dan kudrat tulang empat kerat yang berfungsi dengan sempurna, kita memerlukan zat yang mencukupi. Antara zat yang diperlukan oleh tubuh badan ialah protein, karbohidrat dan kalsium. Berdasarkan petikan hadis yang berbunyi, “Jagalah masa sihat kamu sebelum datang masa sakit…” jelas menyatakan bahawa kesihatan merupakan aset yang paling bernilai dalam hidup. Tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas membolehkan seseorang manusia itu mampu melunaskan amanah yang terpikul di pundak mereka dengan begitu lancar dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang amat penting bukan sahaja untuk tumbesaran fizikal manusia malahan turut menjadi agen penggerak yang paling efektif bagi memastikan kesejahteraan berkekalan.
Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, kepentingan pemakanan seimbang yang menunjangi perkembangan mental seseorang. Selain itu, pemakanan yang seimbang boleh mengelakkan perkembangan mental seseorang itu terganggu. Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu terganggu dan mengalami pelbagai kemudaratan. Keadaan ini juga menyebabkan kita mudah berasa letih. Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah sekiranya seseorang kekurangan sumber vitamin c dan zat yang penting, mereka akan menghadapi masalah daya ingatan. Hal ini juga menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Sudah terang lagi bersuluh, pemakanan seimbang menjadikan pemikiran manusia lebih stabil dan berdaya tahan persis cogan kata badan sihat otak cerdas.
Kita mengakui hakikat bahawa, pemakanan seimbang juga dapat membekalkan vitamin yang cukup kepada badan seseorang. Keperluan
vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih sihat dan
cergas. Sebagai contoh, vitamin c amat diperlukan untuk kesihatan kulit.
Vitamin ini sangat mustahak untuk tulang dan gigi, untuk pembuluh darah, dan penyembuhan luka.
Vitamin C juga membantu dalam proses metabolisme beberapa jenis asid amino dan hormon.
Keseimbangan vitamin ini turut mengandungi antioksida, dengan membantu badan mengeluarkan kumuhan karcinogenik hasil dari proses metabolisme yang digelar sebagai radikal bebas. Antara pemakanan seimbang yang terdapat dalam piramid makanan ialah buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. Oleh itu, keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan manusia lebih sihat.
Vitamin C juga membantu dalam proses metabolisme beberapa jenis asid amino dan hormon.
Keseimbangan vitamin ini turut mengandungi antioksida, dengan membantu badan mengeluarkan kumuhan karcinogenik hasil dari proses metabolisme yang digelar sebagai radikal bebas. Antara pemakanan seimbang yang terdapat dalam piramid makanan ialah buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. Oleh itu, keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan manusia lebih sihat.
Pengambilan makanan seimbang juga dapat mengelakkan seseorang daripada dijangkiti penyakit.
Dengan cara ini,seseorang itu tidak mudah dijangkiti penyakit. Penyakit
seperti kencing manis dan darah tinggi dapat dielakkan.Hal ini
bersesuaian dengan peribahasa mencegah lebih baik daripada mengubati.
Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan sihat
sepanjang hayat.
Malahan, pemakanan seimbang turut dikatakan mampu mengawal kadar obesiti (kegemukan) dalam kalangan masyarakat .
Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah
mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup berkhasiat. Pengawalan
pemakanan sebegini menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk
dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama
aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.
Sudah terang lagi bersuluh, makanan seimbang amat penting kepada setiap orang. Oleh itu, kita perlu mengambil makanan yang seimbang agar kesihatan kita terjamin. Jika kita masih
ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit
kronik di negara ini akan bertambah. Ketika itu mungkin sudah terlewat
untuk kita semua merancang prakarsa yang prakmatik.
11
KEPENTINGAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)
Mutakhir
ini, arus globalisasi yang menerjah dunia telah memberi impak dan
perubahan yang besar kepada negara sama ada dari segi politik, ekonomi
dan sosial. Dalam menongkah dan mengejar arus modenisasi ini, kerajaan
kita telah menggagaskan konsep 1 Malaysia yang berpaksikan slogan “Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Hal ini juga merupakan rentetan
kepada Dasar Ekonomi Baru supaya semua lapisan masyarakat dapat
menikmati kemakmuran negara secara adil dan saksama. Menyedari hakikat
inilah kerajaan telah memperuntukkan sejumlah dana yang besar bagi
memajukan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Hal ini bertepatan dengan
peribahasa Melayu hati kuman sama di cecah, hati gajah sama dilapah. IKS telah dibangunkan dengan pesatnya umpama cendawan tumbuh selepas hujan.
Contoh Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ialah kilang kraf tangan,
kilang keropok, perusahaan batik, kilang mi dan lain-lain lagi. Terdapat
banyak kepentingan IKS kepada masyarakat dan negara.
Salah satu kepentingan IKS ialah dapat meningkatkan ekonomi masyarakat terutamanya penduduk di luar bandar. Kita sedia maklum bahawa industri ini banyak didirikan di kawasan luar bandar selaras dengan konsep ‘Satu Kampung Satu Produk’. Sebagai contoh kilang membuat kerepek, kilang membuat sos tomato, kilang kraf tangan dan lain-lain lagi. Pengusaha
kilang dapat menjual hasil keluaran mereka kepada penduduk-penduduk
kampung serta pengunjung-pengunjung yang lain. Selain itu, mereka juga
boleh memasarkan hasil IKS ini di pasar malam, pasar tani serta di
karnival-karnival jualan. Meskipun keuntungan penjualannya tidaklah
seberapa, namun sikap gigih dan istiqamah pengusaha IKS menyebabkan
produk mereka akhirnya mendapat perhatian para pengguna. Dalam usaha
untuk mempromosi produk IKS ini, peribahasa yang pipih tidak datang melayang, yang bulat tidak datang bergolek haruslah dijadikan pegangan. Prinsip membujur lalu, melintang patah iaitu berani menghadapi cabaran dan dugaan dalam perniagaan merupakan resipi kejayaan ramai pengusaha IKS pada hari ini. Oleh
hal yang demikian, jelaslah bahawa IKS ini sangat penting untuk
meningkatkan pendapatan penduduk di luar bandar dan seterusnya
meningkatkan ekonomi negara.
Selain itu, IKS juga dapat membuka dan memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat terutamanya
penduduk kampung. Kita sedia maklum bahawa untuk menjana dan
meningkatkan hasil pengeluarannya pengusaha IKS ini memerlukan pekerja
yang ramai. Sebagai contoh, kilang membuat kerepek memerlukan pekerja
untuk menyediakan bahan, memasak, membungkus serta memasarkan produk
mereka. Sekurang-kurangnya kilang IKS tersebut memerlukan antara 15
hingga 20 orang pekerja untuk menjalankan operasinya. Dalam usaha untuk
meminimumkan kos serta meningkatkan produktiviti, sudah tentu pengusaha
IKS akan memilih para pekerja dalam kalangan masyarakat setempat . Hal
ini telah akan membuka peluang kepada suri rumah, ibu tunggal atau orang
kurang upaya (OKU) untuk bekerja di situ. Sikap pengusaha IKS yang
prihatin serta mengutamakan khidmat sosial kepada masyarakat setempat,
akan mewujudkan perasaan kekitaan terhadap IKS yang diwujudkan di
sesuatu kawasan itu. Peribahasa Melayu ada mengatakan orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa, ironinya,
para pekerja tersebut akan berusaha dengan gigih untuk meningkatkan
mutu serta kualiti produk kilang tersebut. Jelaslah bahawa IKS ini bukan
sahaja dapat membuka peluang pekerjaan kepada penduduk kampung malah
dapat membantu negara mengurangkan masalah pengangguran.
Di samping itu, pembinaan IKS di kawasan-kawasan luar bandar juga dapat membantu meningkatkan sektor pertanian dan perikanan.
Kita sedia maklum bahawa IKS memerlukan bahan-bahan mentah untuk proses
pengeluaran kilang mereka. Biasanya bahan-bahan mentah ini adalah
daripada hasil pertanian,
perikanan atau perhutanan. Tamsilnya kilang membuat keropok memerlukan
hasil tangkapan laut, manakala kilang kerepek pula memerlukan hasil
pertanian seperti ubi, keladi, pisang, jagung dan lain-lain. Secara
tidak langsung aktiviti pertanian dan perikanan
turut meningkat di kawasan tersebut. Hasil pertanian sara diri penduduk
kampung yang selama ini sukar untuk dipasarkan, kini telah menjadi
rebutan para pengusaha IKS. Hukum ekonomi menjelaskan bahawa kadar
permintaan mempengaruhi penawaran dan harga barangan. Implikasinya harga
barang mentah pertanian seperti ubi, pisang, keledek, keladi akan
meningkat. Secara tidak langsung
sektor pertanian akan meningkat. Hal ini, diperkukuhkan lagi dengan
dasar kerajaan yang memberi perhatian serius untuk membantu meningkatkan
pendapatan petani dan nelayan. Oleh hal yang demikian, dalam usaha
memenuhi permintaan IKS terhadap bahan mentah yang semakin meningkat
kerajaan melalui agensi-agensi pertanian seperti FAMA, MARDI, PELADANG
dan sebagainya telah memberi khidmat kepakaran dan subsidi kewangan
kepada para petani dan nelayan. Tuntasnya, IKS ini merupakan serampang dua mata kerana kewujudannya bukan sahaja dapat meningkatkan ekonomi malahan dapat membasmi kadar kemiskinan rakyat di negara kita yang tercinta ini.
Ada
pendapat yang mengatakan bahawa melancong ke Malaysia umpama telah
melancong ke separuh dunia. Hal ini kerana, di Malaysia terdapat
pelbagai kesenian dan budaya daripada penduduk pelbagai bangsa dan
agama. Apakah kaitan penyataan ini dengan IKS? Kolerasinya ialah
kewujudan IKS dapat meningkatkan sektor pelancongan di negara kita. Kita sedia maklum bahawa para pelancong suka membeli kraftangan
untuk dibawa pulang. Sebenarnya di Malaysia terdapat banyak barangan
kraftangan daripada pelbagai etnik dan kaum yang menjadi warganegara
Malaysia. Sebagai contoh perusahaan membuat tembikar, pasu bunga,
ukiran, labu sayong, batik, songket, tikar, bakul barangan hutan dan
lain-lain lagi. Hasil kraf tangan melambangkan identiti serta jati diri
negara. Para pelancong membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membeli kraftangan ini sebagai cenderamata kenang-kenangan atau hadiah kepada rakan-rakan apabila pulang kelak. Dalam hal ini peribahasa Melayu ada menyebut bahawa “tak tumbuh, tak melata, tak sungguh orang tak kata”. Hal ini menjelaskan bahawa kualiti serta keunikan kraftangan Malaysia akan
menarik lebih ramai pelancong ke negara kita. Ironinya perkara ini
bukan sahaja akan meningkatkan imej Malaysia sebagai negara berbilang
bangsa malahan dapat meningkatkan ekonomi negara menerusi sektor
pelancongan.
Konklusinya, terdapat
banyak kemaslahatan Indutri Kecil dan Sederhana (IKS) kepada masyarakat
dan negara kita. Sebagai rakyat Malaysia kita tidak seharusnya
membiarkan peluang ini berlalu begitu sahaja. Kita perlu gigih
meningkatkan kualiti IKS kerana industri ini sebenarnya merupakan
sebahagian daripada barangan keluaran tempatan yang berperanan
meningkatkan imej negara di mata dunia. Apabila masyarakat sama ada di
dalam atau di luar negara menggunakan sahaja barangan IKS, maka secara
tidak langsung jati diri negara telah terserlah. Oleh
hal yang demikian, semua pihak iaitu pihak kerajaan, swasta, masyarakat
serta individu perlulah bekerjasama untuk meningkatkan industri ini.
Dana yang besar telah diperuntukkan oleh kerajaan perlu digunakan
sebaik-baiknya bagi tujuan memajukan IKS. Diharapkan barangan keluaran IKS mampu bersaing dalam pasaran di peringkat tempatan dan juga persada antarabangsa. Hal ini juga selaras dengan gagasan 1 Malaysia iaitu, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.
992 patah perkataan
12
Kepentingan ilmu pengetahuan
Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China merupakan ungkapan yang amat sinonim dengan kepentingan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan merupakan sesuatu maklumat yang diperoleh melalui pelbagai sumber. Antara sumber untuk memperoleh pelbagai jenis ilmu pengetahuan ialah daripada media cetak dan media elektronik. Ilmu pengetahuan mempunyai pelbagai kepentingan kepada semua anggota masyarakat.
Antara kepentingan memiliki ilmu pengetahuan ialah seseorang boleh meluaskan kosa kata. Hal ini demikian kerana kosa kata seseorang boleh bertambah jika mereka banyak membaca. Bahan bacaan yang boleh membantu untuk meluaskan kosa kata ialah seperti majalah, akhbar,novel,dan cerpen. Jelaslah bahawa penguasaan kosa kata yang luas merupakan kepentingan ilmu yang harus dimanfaatkan oleh seseorang.
Selain itu, kepentingan ilmu pengetahuan juga boleh menjamin masa hadapan yang cemerlang. Jika seseorang berusaha bersungguh-sungguh, mereka akan memperoleh ilmu yang dipelajari kerana usaha tangga kejayaan . Sebagai contoh, mereka boleh menimba ilmu pengetahuan daripada guru yang mengajar mata pelajaran sejarah di sekolah. Menerusi mata pelajaran ini mereka dapat mengetahui sejarah kejayaan seseorang tokoh. Secara tidak langsung mereka akan menjadikan tokoh tersebut sebagai idola dalam usaha mencapai cita-cita.
Kepentingan
ilmu pengetahuan lain yang boleh dimanfaatkan ialah seseorang dapat
mengetahui ilmu dalam pelbagai bidang yang dipelajari. Hal ini demikian kerana mereka boleh mendapat ilmu dalam pelbagai bidang melalui mata pelajaran yang dipelajari di sekolah seperti sains, matematik, perdagangan, ekonomi dan sastera. Ilmu yang diperoleh boleh diamalkan dalam kehidupan seharian mereka. Sudah terang lagi bersuluh seseorang akan berjaya jika mereka boleh menguasai ilmu pelbagai bidang yang dipelajari.
Seterusnya, seseorang juga mampu menyelesaikan masalah jika mereka memiliki ilmu pengetahuan yang berguna. Dalam menjalani kehidupan seharian kita akan mengalami pelbagai masalah. Cara yang paling baik untuk mengatasi masalah dengan berkesan,mereka harus memiliki ilmu pengetahuan kerana ilmu pelita hidup. Contohnya, jika seseorang pelajar mempunyai ilmu agama yang tinggi, mereka akan dapat menyelesaikan masalah tanpa tindakan yang terburu-buru. Oleh itu kemahiran menyelesaikan masalah dengan berkesan boleh dikuasai jika kita mempunyai ilmu pengetahuan.
Dengan memiliki ilmu pengetahuan, kita juga boleh menjadi insan yang memiliki sahsiah terpuji. Hal ini demikian kerana kita akan mendapat panduan yang baik melalui ilmu pengetahuan yang dimiliki. Sebagai contoh, seseorang yang berilmu akan dapat memanfaatkan nilai-nilai murni yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Antara nilai murni yang boleh diamalkan ialah saling menghormati, bertanggungjawab, bertimbang rasa dan menghargai. Sesungguhnya, kita akan menjadi insan yang berakhlak mulia jika kita berilmu pengetahuan.
Kesimpulannya, setiap anggota masyarakat perlu menuntut ilmu pengetahuan bagi memastikan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat dilahirkan. Hasrat ini perlu direalisasikan agar rakyat dapat menyumbang ke arah kemajuan negara menjelang tahun 2020.
13
KELUARGA IMPIAN SAYA
“Rumahku, syurgaku”,
ungkapan keramat ini memanifestasikan peri pentingnya setiap ahli dalam
sesebuah keluarga memainkan peranan masing-masing dengan sebaik mungkin
sehingga menjelmakan kebahagiaan yang menjadikan rumah seumpama syurga.
Semua insan mengidamkan sebuah keluarga yang bahagia, tidak terkecuali
saya. Dalam sebuah keluarga yang bahagia nilai toleransi, bertimbang
rasa, kasih sayang, hormat menghormati dan kejujuran sewajarnya
menunjangi kehidupan seharian ahli-ahlinya. Tidak lengkap jika setiap
ahli keluarga hanya melakukan kerja sendiri tanpa mempedulikan ahli
keluarga yang lain kerana sikap saling membantu bagai aur dengan tebing
harus diamalkan dalam sesebuah keluarga. Hal ini dapat diibaratkan
seperti makan nasi tidak berlauk. Sukar untuk dipercayai jika seseorang
itu mengatakan bahawa dia tidak mengimpikan keluarga yang bahagia lagi
harmoni. Kita harus membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan
kegelapan itu kerana tanpa keluarga tidak mungkin kita akan menjadi
insan yang berjaya dalam kehidupan.
Sesungguhnya
setiap individu harus memikul dan melaksanakan kewajipan masing-masing
demi mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia. Ibu bapa haruslah
memainkan peranan penting untuk membina keluarga yang harmoni dan
mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga. Ibu bapalah yang akan membentuk
sahsiah anak-anak. Ibu bapa jugalah yang akan memberikan bekalan yang
terbaik kepada anak-anak seperti ilmu pengetahuan dan penerapan
nilai-nilai murni. Anak-anak pada era globalisasi ini semakin cepat menerima apa-apa
yang dipelajari, maka anak-anak ini perlu dibaja dengan perkara yang
baik dan berfaedah serta membuahkan hasil. Anak-anak diibaratkan seperti
sehelai kain putih yang harus dicorakkan oleh ibu bapa mereka supaya
menjadi sehelai kain batik yang cantik lagi menarik. Sewaktu anak-anak
masih kecil, ibu bapalah yang menjadi
guru mereka kerana merekalah guru yang pertama dan terdekat yang boleh
membimbing anak-anak supaya menjadi insan yang berwawasan apabila dewasa
kelak. Anak-anak akan meniru jejak langkah ibu dan bapa mereka sejak
kecil lagi kerana mereka merupakan idola anak-anak mereka semasa kecil
dan hal ini dapat diibaratkan seperti bagaimana acuan, begitulah
kuihnya. Haruslah diingatkan bahawa setiap tingkah laku yang dipamerkan
oleh ibu bapa pasti ada yang akan menjejaki langkah mereka. Tuntasnya,
benarlah bahawa ibu bapa haruslah membentuk sahsiah anak-anak mereka untuk menjadi insan yang cemerlang dari segi fizikal mahupun rohani mereka dan ciri keluarga beginilah yang menjadi impian saya.
Pendidikan bermula dari rumah. Ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak mereka “yang mana intan, yang mana kaca”,
iaitu mereka bijak membezakan antara perbuatan yang baik dan
sebaliknya. Hal ini disebabkan oleh kedapatan anak-anak yang bersifat
lurus bendul yang tidak berupaya membezakan antara perbuatan yang baik dan perbuatan yang buruk. Dalam konteks ini ibu bapa haruslah mengajar anak-anak mereka tentang
realiti menempuh kehidupan yang diredai Tuhan. Ibu bapa harus mengawasi
pergaulan anak-anak di luar rumah kerana dikhuatiri mereka terlampau
bebas sehingga terjerumus ke lembah dunia yang penuh dengan masalah
sosial dan susila yang meruncing sedangkan mereka masih berumur setahun
jagung, setampuk darah pinang. Ibu bapa haruslah memastikan anak-anak
mereka agar tidak bergaul dengan
rakan yang buruk akhlaknya kerana hal tersebut akan menggelapkan masa
depan mereka. Tidak cukup jika kasih sayang yang diberikan seperti bena
tak bena. Sebaliknya, ibu bapa haruslah memberikan kasih sayang mereka
dengan secukupnya selain menganggap anak-anak seperti “menatang minyak
yang penuh”. Didikan agama harus ada dalam diri seseorang. Ibu bapa
wajib memastikan anak-anak mereka
memperoleh didikan agama tersebut kerana tanpa pegangan agama yang
kukuh kita akan tersesat seperti layang-layang yang terputus talinya.
Ibu bapa haruslah menerapkan ajaran agama ini sejak anak-anak masih
kecil lagi. Hal ini kerana hati anak yang tidak dicemari dosa mudah
untuk dipupuk kerana “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Ironinya,
ibu bapa haruslah mendidik anak-anak sejak mereka kecil lagi supaya mereka tidak tersesat ketika menempuh belantara kehidupan. Dalam benak saya, inilah antara ciri yang perlu ada dalam keluarga yang menjadi idaman saya.
Anak-anak akan kehilangan semangat untuk melakukan sebarang kerja seharian jika ibu bapa tidak meluangkan masa dengan mereka walaupun hanya untuk bertanyakan khabar. Lantaran itu, ibu bapa haruslah menitikberatkan perkara
ini dan haruslah berusaha sedaya mungkin untuk meluangkan masa bersama
dengan anak-anak. Meluangkan masa bersama-sama ahli keluarga tidak
bererti mereka hanya melakukan aktiviti di luar rumah, bahkan usaha tersebut boleh
juga dilakukan di dalam rumah sepeti membincangkan masalah yang
membelenggu pemikiran anak-anak di samping menyelesaikannya. Ibu bapa
haruslah mengambil berat terhadap anak-anak dengan
bertanyakan masalah yang dihadapi, perkembangan pelajaran di sekolah
dan kehidupan sosial mereka. Ibu bapa tidak seharusnya memperlihatkan
sikap rakus dalam mengejar fatamorgana dalam aspek kebendaan sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap
anak-anak. Wang ringgit bukanlah penyelesaian bagi setiap masalah yang
dihadapi tetapi kasih sayang yang ikhlas dari lubuk hati yang suci itu
adalah penting bagi menjana keluarga bahagia. Tidak salah jika ibu bapa
mencari rezeki pada siang hari, tetapi jika sering pulang lewat petang sehingga mengabaikan makan minum anak-anak, tentu mereka akan makan
hati. Peribahasa Arab pernah mengatakan bahawa anak-anak yang kurang
memperoleh kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim. Walau
bagaimanapun, ibu bapa haruslah meluangkan masa mereka bersama dengan anak-anak agar mereka tidak kesunyian di samping dapat membina keluarga bahagia.
Menjadi
anak yang derhaka ialah perkara yang dilarang sama sekali dalam
mana-mana ajaran agama. Untuk mewujudkan keluarga bahagia, anak-anak
haruslah menuruti perintah ibu bapa mereka. Anak-anak hendaklah belajar
dengan penuh kesungguhan dan mendapat keputusan yang cemerlang kerana
pencapaian trsebut dapat membanggakan ibu bapa untuk membalas jasa
mereka. Anak-anak seharusnya memuliakan maruah diri dan maruah keluarga
dengan tidak melibatkan diri dengan aktiviti yang tidak sihat seperti
vandalisme, lumba haram, dan menagih dadah. Anak-anak sewajarnya
mendengar nasihat ibu bapa, bukannya menjadikan diri mereka tidak ubah
seperti mencurahkan air ke daun keladi. Tidak sepatutnya jasa ibu bapa
yang tidak terbalas itu dilupakan begitu sahaja. Sebagai insan yang bergelar anak kita
haruslah mengenang jasa mereka kerana kita ditegah untuk menjadi
seperti “kacang lupakan kulit”. Anak-anak haruslah mengambil alih tugas
ibu bapa yang dahulu menjaga kita sewaktu kecil dan kini tugas itu
diambil oleh generasi muda untuk menjaga ibu bapa mereka yang sudah uzur
yang sudah tidak boleh menguruskan diri mereka lagi. Jika ibu bapa
boleh menatang kita seperti menatang minyak yang penuh, mengapa kita
sebagai anak tidak boleh melakukan hal yang sama? Hal ini disebabkan
oleh mereka masih tidak bijak untuk menghargai seseorang yang telah
berjasa kepada diri mereka sedangkan ibu
bapalah yang telah membimbing, mendidik dan menjaga mereka sejak mereka
kecil lagi. Seandainya tiada ibu bapa,siapa kita pada hari ini? Akhir
sekali,anak-anak harus mentaati perintah ibu bapa agar keluarga bahagia dapat dibina. Sejujurnya, inilah antara ciri yang perlu ada dalam sebuah keluarga yang menjadi idaman saya.
Haruslah menjadi kewajipan dalam institusi kekeluargaan untuk saling hormat menghormati antara
satu sama lain. Ahli keluarga sewajarnya mengelakkan daripada
mencetuskan pertelingkahan, terutamanya antara ibu bapa dengan anak-anak
kerana keluarga bahagia tidak seharusnya ada sikap sepeti ini dan hal
ini boleh mencemarkan nama baik keluarga secara tidak langsung. Ramai
orang mengatakan bahawa keluarga yang bahagia ialah keluarga yang
harmoni, aman dan damai. Sebagai ahli keluarga yang prihatin dan
mengambil berat terhadap keluarga, mereka haruslah mewujudkan situasi
ini dalam keluarga agar keluarga kita dihormati oleh masyarakat luar dan
tidak dipandang serong serta dipandang hina. Ahli keluarga haruslah bahu-membahu
antara satu sama lain. Seandainya dalam keluarga itu ada seorang yang
lemah dalam subjek matematik, haruslah dibantu oleh adik beradik yang
lain kerana sikap bantu membantu ialah sikap yang baik dan mulia. Orang
yang kedekut ilmu selalunya merupakan orang yang rugi kerana mereka
tidak ingin membantu memajukan generasi akan datang, malah mereka lebih
rela melihat generasi akan datang dipijak oleh penjajah. Kita haruslah
mengamalkan sikap “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” dan “ke
gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni”. Tegasnya, setiap ahli keluarga haruslah mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan untuk membina keluarga bahagia di samping membangunkan generasi akan datang agar sesebuah institusi keluarga itu menjadi keluarga yang dihormati.
Keseluruhan
di atas merupakan antara ciri keluarga bahagia yang menjadi impian
saya, terutamanya setelah saya dewasa dan membina keluarga sendiri.
Semuanya akan menjadi kenyataan sekiranya saya berjaya dalam bidang
pelajaran yang sudah pasti akan menjadikan masa hadapan saya cerah
kerana kedudukan ekonomi saya yang stabil. Selain itu, saya dan pasangan
yang menjadi suri kehidupan saya akan memikul tanggungjawab dengan
sebaik yang mungkin agar anak-anak akan menjadikan kami sebagai rol
model mereka. Dengan keizinan daripada Yang Maha Esa, mudah-mudahan
impian saya akan tercapai. Lebih jauh lagi, saya mesti berussaha dengan
penuh kesungguhan agar impian tidak tinggal sebagai mimpi pada siang
hari kerana tanpa usaha tiadalah kejayaan. Semoga fajar yang menyingsing pada sekurang-kurangnya sepuluh tahun akan datang memberikan sinaran paling gemilang dalam kehidupan saya berkeluarga.
14
Kaedah-Kaedah Mengatasi Kejadian Tanah Runtuh
Kejadian
tanah runtuh saban tahun berlaku di Malaysia. Peristiwa tanah runtuh di
Highland Towers dan bukit kawasan perumahan Bukit Antarabangsa di Kuala
Lumpur merupakan kejadian yang paling tragis dan menyayat hati.
Kejadian tersebut telah meragut berpuluh-puluh nyawa yang tidak
berdosa.. Kejadian tanah runtuh sering dimomokkan dengan keadaan cuaca
yang tidak menentu dan aktiviti pembangunan yang tidak terancang.
Persoalannya, apakah cara-cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi kejadian tanah runtuh ini?
Antaranya syarikat-syarikat
pemaju perlulah meneliti kawasan yang ingin dijadikan lokasi pembinaan
sebelum membina sebarang bangunan di kawasan tersebut. Mereka
hendaklah melakukan pemeriksaan terhadap keadaan tanah serta kedudukan
kawasan itu. Hal ini demikian untuk mengelakkan sebarang kejadian yang
tidak diingini berlaku. Pemaju juga disarankan agar mendirikan bangunan
atau kawasan perumahan di tanah lapang dan rata. Mereka perlu
mengelakkan kawasan-kawasan seperti bukit dan sungai. Hal ini demikian
kerana, kawasan tersebut merupakan kawasan yang berpotensi tinggi
mengalami kejadian tanah runtuh.
Selain itu, badan kerajaan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) perlu sentiasa menyelenggara jalan-jalan raya di lereng-lereng bukit.
Kebanyakan jalan terutamanya lebuh aya di bahagian utara Malaysia
melalui kawasan gunung. Hal ini sangat membahayakan keselamatan pengguna
jalan raya. Oleh hal yang demikian, JKR
serta pihak pengurusan Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) mestilah
sentiasa memantau keadaan di situ kerana bak kata pepatah, malang tidak
berbau.
PLUS pula disarankan agar mencari jalan untuk memperbesarkan lebuh raya.
Hal ini demikian supaya para pengguna lebuh raya berasa selamat dengan
ruang laluan yang lebih luas lebih-lebih lagi ketika melalui kawasan
bukit dan gunung. Selain itu, PLUS mestilah mengutamakan keselamatan
pengguna lebuh raya. PLUS hendaklah memasang penghadang di
kawasan-kawasan bukit dan gunung bagi mengelakkan tanah daripada runtuh.
Perkara ini bersesuaian dengan peribahasa melayu, mencegah lebih baik
daripada mengubati.
Rentetan daripada huraian di atas, terdapat satu lagi cara yang boleh dilakukan bagi mengatasi kejadian tanah runtuh. Tindakan undang-undang yang lebih tegas mesti dikenakan terhadap pembalak-pembalak haram.
Hanya kerana wang, mereka sanggup mengambil risiko dengan menggondolkan
kawasan-kawasan hutan yang merupakan tempat tadahan air. Akibat
daripada perbuatan mereka, tanah runtuh berlaku. Hal ini demikian kerana
ketiadaan pokok-pokok untuk menyerap air hujan yang turun dan menahan
tanah daripada runtuh. Kegiatan membalak boleh dilakukan tetapi
hendaklah secara sistematik. Pembalakan perlu dilakukan sehingga pokok-pokok itu tumbuh semula dan membesar. . Oleh yang demikian, kejadian tanah runtuh dapat dielakkan.
Kesimpulannya,
pihak-pihak berkenaan hendaklah membuka mata dan meneliti
masalah-masalah berhubung dengan kejadian tanah runtuh ini. Mereka perlu
bekerjasama bagi mengatasi kejadian tanah runtuh kerana tiada penyakit
yang tiada penawarnya. Usaha-usaha ini juga perlu dilakukan berterusan
dan tidak secara sambalewa ibarat hangat-hangat tahi ayam atau hanya seperti melepaskan batuk di tangga .Justeru kejadian tanah runtuh akan dapat di atasi.
15
DISIPLIN TERAS KEJAYAAN
Mendepani
realiti baru era milenium yang pantas berubah dan berkembang ini,
masyarakat dinamik, madani serta inovatif amat diperlukan untuk mencapai
kejayaan agar dapat ‘duduk sama rendah, berdiri sama tinggi’ dengan
negara-negara gergasi seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Perancis. Hal
ini demikian, disiplin merupakan cerucuk fundamental bagi kejayaan
sesebuah bangsa. Secara holistik, disiplin merupakan pemangkin bagi
melahirkan sebuah masyarakat yang progresif, berketrampilan serta
sakinah.
Disiplin
dapat melahirkan pelajar yang mempunyai keinsanan yang syumul. Hal ini
demikian, disiplin merupakan asas bagi sesebuah kejayaan. Contohnya,
seseorang pelajar yang ingin berjaya mestilah rajin untuk mengulang kaji
pelajaran, bangun awal ke sekolah, membuat semua kerja sekolah yang
diberikan dan mematuhi peraturan sekolah. Tanpa disiplin, tidak mungkin
seseorang pelajar dapat melakukan perkara-perkara tersebut. Malahan,
budaya pesimistik dalam kalangan pelajar mestilah dikikis demi menyambut
gamitan menara impian. Tamsilnya, Nik Nur Madihah yang merupakan
pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2008 mendapat 20
A dalam peperiksaan awam. Beliau tidak menjadikan kemiskinan yang
membelenggu hidupnya sebagai batu penarung. Sebaliknya, disebabkan
kerajinan, kegighan, ketekunan dan yang paling perdana iaitu disiplin
beliau yang tinggilah yang menjadi punca kejayaan bak kata pepatah,
‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’. Jelaslah bahawa disiplin
merupakan formula yang paling manjur untuk anak watan ini berjaya di
menara gading.
Selain
itu, ibu bapa juga memerlukan disiplin yang tinggi untuk melahirkan
sebuah keluarga yang bahagia. Ibu bapa memikul tanggungjawab yang berat
dalam sesebuah institusi keluarga. Ibu bapa memainkan peranan yang
penting dalam mendidik anak-anak agar menjadi warganegara yang berguna
kerana anak yang baru lahir ibarat kain putih dan ibu bapalah yang
mencorak, mewarnai dan membentuk keperibadian cahaya mata mereka. Tidak
lain tidak bukan, disiplinlah yang diterapkan dalam diri ibu bapa untuk
membentuk diri anak mereka yang gemilang. Bukan itu sahaja, ibu bapa
juga mestilah menunjukkan tauladan yang baik kerana segala perwatakan
ibu bapa akan dicontohi anak-anak bak kata peribahasa, ‘bagaimana
acuannya, begitulah kuihnya’. Malahan, ibu bapa bukan sahaja perlu
mendidik anak-anak, mereka juga perlu menyediakan segala keperluan serta
membesarkan anak-anak. Izharnya, ibu bapa juga hendaklah mempunyai
disiplin diri untuk mewujudkan sebuah keluarga bahagia dan melahirkan
anak yang penuh dengan sifat mahmudah.
Sementelahan
itu, pekerja-pekerja sektor kerajaan mahupun swasta juga tidak terlepas
daripada mempunyai disiplin dan komitmen yang tinggi terhadap pekerjaan
mereka. Golongan pekerja berkolar putih dan biru ini mestilah menepati
masa, bertanggungjawab dan amanah. Contohnya, seorang pegawai bank
mestilah menepati masa untuk datang ke tempat kerja. Beliau juga
hendaklah bertanggungjawab melakukan segala tugas yang diberikan dan
amah terhadap duit-duit yang dipegangnya. Usahlah kita diibaratkan
seperti dalam pepatah ‘harapkan pagar, pagar makan padi’. Ternyata
bahawa, dalam melakukan sesuatu pekerjaan disiplin diri amat penting
kerana kejayaan tidak datang bergolek.
Seterusnya,
sebagai pengguna jalan raya, kita mestilah berdisiplin dan memandu
secara berhemah. Disiplin yang diamalkan dalam pemanduan dapat
mengurangkan kadar kemalangan yang semakin hari semakin meningkat.
Seorang pemandu mestilah mematuhi peraturan jalan raya dengan memasang
tali pinggang keledar, mematuhi had laju dan peka terhadap papan tanda
di tepi jalan. Secara tidak langsung, kadar kalangan yang sudah mencapai
tahap mencemaskan ini lebih-lebih lagi semasa musim perayaan dapat
dikurangkan. Jelaslah bahawa, pemandu yang berdisiplin dan berhemah
dapat membantu mengurangkan kehilangan nyawa yang lebih banyak dan ini
bertepatan dengan slogan, ‘pandu cermat, jiwa selamat’.
Di
samping itu, sebagai pengguna kita mestilah bijak berbelanja. Dalam
dunia yang serba canggih dan wujudnya internet, masyarakat dapat membeli
dan berbelanja dengan kemudahan yang terletak di hujung jari sahaja.
Masyarakat yang naïf dengan mata kebendaan yang melalaikan akan memboros
dan berbelanja mengikut hawa nafsu dan bukannya keperluan. Oleh sebab
itu, golongan ini mestilah mempunyai disiplin diri agar dapat
berjimat-cermat dan bijak merancang keperluan mereka. Secara tidak
langsung, golongan ini dapat mengelakkan diri daripada berhutang dengan
bank atau lintah darat. Mukhtasarnya, individu yang dapat mengawal diri
daripada terlalu mengikut hawa nafsu dan berlatih untuk mendisiplinkan
diri pasti dapat mengecapi kehidupan yang sempurna dan mempunyai sumber
kewangan yang stabil bak kata peribahasa ‘ beringat sebelum kena,
berjimat sebelum habis’.
Akhirulkalam,
disiplin merupakan cerucuk utama pembangunan negara kerana dengan
disiplin kita mampu untuk mengadun satu kombinasi usaha yang cukup padu
agar nama Malaysia gah di seluruh pojok dunia. Oleh itu, marilah kita
bergabung sinergi dan mengambil langkah sederap untuk mengotakan iltizam
serta aspirasi negara iaitu Wawasan 2020 yang bakal tiba.
16
CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG
Berderap seiring berjalan pulang,
Mawar disisip hiasan si dara,
Remaja kini berperibadi cemerlang,
Menjadi tunjang aspirasi negara.
Pantun di atas menerangkan bagaimana seorang pelajar yang cemerlang dapat memberikan kebaikan kepada negara. Hal
ini demikian kerana pelajar cemerlang mampu merealisasikan aspirasi
negara dan seterusnya bakal menerajui tampuk pemerintahan negara.
Sehubungan dengan itu, setiap pelajar perlu mengambil inisiatif untuk
menjadi pelajar yang cemerlang, bak kata peribahasa, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Bagi menjadi pelajar yang cemerlang, pelbagai kriteria yang positif perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka.
Ciri utama yang perlu ada dalam diri seorang pelajar cemerlang ialah mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul.
Seorang pelajar yang mempunyai peribadi yang unggul akan sentiasa
menjaga hubungan baik sesama manusia tidak kiralah ketika bersama
keluarga, guru mahupun rakan-rakan.Sebagai contoh, pelajar yang
cemerlang sentiasa menghormati dan menyayangi guru mereka. Mereka juga
sentiasa berlapang dada
untuk membantu rakan-rakan dalam pelajaran. Sifat sombong dan angkuh
tidak pernah wujud dalam kamus hidup seorang pelajar yang cemerlang.
Mereka sentiasa mengamalkan sikap bermurah hati dan tidak pilih kasih
dalam pergaulan dengan membeza-bezakan bangsa, agama dan prestasi
akademik kerana menyedari bahawa setiap manusia adalah sama di sisi
Allah. Sahsiah dan peribadi pelajar yang cemerlang yang unggul disenangi
oleh orang di sekelilingnya kerana mereka tetap bergaul mesra kerana
tidak bersikap seperti kera sumbang. Oleh itu, jelaslah bahawa pelajar cemerlang mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul.
Seterusnya, pelajar yang cemerlang sentiasa mengikut ajaran agama.
Setiap agama di dunia ini menganjurkan manusia melakukan kebaikan tidak
kiralah agama Islam, Kristian, Hindu mahupun Buddha. Pelajar yang
cemerlang sentiasa menjadikan agama sebagai panduan hidup. Agama menjadi
landasan yang paling ampuh dalam membentuk diri pelajar yang cemerlang
seperti kata seorang cendekiawan, permulaan hidup seseorang manusia adalah mengenal Tuhan dan agamanya. Pelajar
yang cemerlang akan sentiasa mempunyai nawaitu yang suci dalam setiap
tindakan yang dilakukan oleh mereka. Sebagai contoh, seorang pelajar
Islam yang cemerlang sentiasa menunaikan tanggungjawabnya terhadap Allah
iaitu dengan menunaikan solat serta sentiasa berdoa untuk mencapai
kejayaan. Oleh itu, jelaslah bahawa agama menjadi pegangan pelajar yang
cemerlang agar mereka tidak terpesong daripada matlamat sebenar hidup di
dunia ini serta seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial (JERIS).
Selain itu, pelajar yang cemerlang sentiasa menyedari hakikat bahawa masa itu emas dan tidak mensia-siakan setiap saat yang dimilikinya. Mereka
sentiasa mengisi masa terluang dengan melakukan pelbagai aktiviti yang
berfaedah seperti membaca buku, mengulang kaji pelajaran, dan beriadah.
Mereka juga menyediakan jadual aktiviti harian yang fleksibel agar
aktiviti yang mereka lakukan seimbang daripada aspek jasmani dan rohani.
Penyediaan jadual aktiviti harian amat penting bagi memastikan pelajar
tidak hanya menghabiskan masa selama 24 jam di meja belajar sahaja.
Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan
mereka dengan membaca buku sekiranya mempunyai masa yang terluang. Hal
ini demikian kerana, mereka menyedari melalui pembacaan, mereka akan
dapat meluaskan horizon pemikiran mereka dan seterusnya menjadikan diri
mereka seorang pelajar yang cemerlang. Mereka juga sentiasa menyiapkan
setiap tugasan yang diberi dan tidak menangguhkannya. Mereka juga tidak
mengamalkan sikap seperti pahat dengan penukul
dalam proses menuntut ilmu. Oleh hal yang demikian, jelaslah kepada
kita semua bahawa pelajar yang cemerlang sentiasa bijak dalam mengisi
setiap saat dan minit dalam kehidupan mereka agar tidak berakhir dengan
penyesalan.
Di samping itu, ciri pelajar yang cemerlang termasuklah sentiasa memberikan tumpuan ketika guru sedang mengajar.
Hal ini demikian kerana, perhatian dan tumpuan yang diberikan menjadi
salah satu medium pembentukan pelajar yang cemerlang di samping
meningkatkan pemahaman mengenai subjek yang dipelajari. Sebagai contoh,
seseorang pelajar haruslah memberi sepenuh perhatian dan fokus ketika
proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Mereka harus
menghargai setiap detik waktu dalam proses tersebut kerana masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya,maka ia akan memotong kita.
Tumpuan dan perhatian pelajar di dalam kelas sahaja menjadi salah satu
ciri pelajar cemerlang malahan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan
mereka dalam sesuatu subjek yang dipelajari. Tambahan lagi, sekiranya
mereka menerapkan ciri yang berikut dalam diri mereka, mereka akan
disenangi oleh para guru. Para guru akan berasa senang hati ketika
mengajar seterusnya memberi keberkatan kepada pelajar tersebut untuk
memperoleh kejayaan dalam pelajaran, peperiksaan bahkan dalam kerjaya
mereka pada masa akan datang. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa
pelajar yang cemerlang sentiasa memberikan tumpuan semasa guru sedang megajar di dalam kelas.
Bukan itu sahaja, pelajar yang cemerlang juga mempunyai wawasan hidup.
Hal ini demikian kerana wawasan hidup diperlukan supaya mereka sentiasa
dapat mencapai segala cita-cita dalam hidup mereka. Sebagai contoh,
mereka yang cemerlang sentiasa mempunyai sasaran dalam peperiksaan dan
berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Selain itu, wawasan hidup
mampu mengajar mereka erti berdisiplin dan bertanggungjawab dalam hidup
berikutan mereka akan lebih teliti dan kreatif dalam menyusun masa
belajar dan melakukan aktiviti seharian. Wawasan hidup merupakan ciri
dominan pada diri pelajar cemerlang kerana apabila mereka berwawasan,
mereka sentiasa berusaha gigih kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Pelajar
yang mempunyai wawasan juga lebih mengetahui hala tuju kehidupan serta
tidak mudah berputus asa dalam kehidupan mereka. Walaupun mereka mungkin
menemui kegagalan dalam sesuatu perkara, mereka tidak akan mudah
bersedih malahan menjadikan kegagalan tersebut sebagai batu loncatan
untuk berusaha dengan lebih gigih pada masa hadapan. Wawasan hidup juga
mampu menjauhkan diri daripada sifat menangguhkan kerja dalam kalangan
pelajar cemerlang. Setiap pekerjaan haruslah dilakukan hingga selesai,
bak kata peribahasa, alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. Sifat
negatif tersebut tidak akan lagi menjadi penghalang kepada diri mereka
dalam menempa kejayaan hidup. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa
pelajar yang berwawasan merupakan pelajar yang cemerlang.
Sementara itu, untuk
menjadi seorang pelajar yang cemerlang, setiap pelajar hendaklah
sentiasa aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Hal ini
demikian kerana, melalui aktiviti kokurikulum di sekolah, bakat dan
kebolehan para pelajar akan terserlah dan dapat terus digilap untuk
mencapai kejayaan. Tamsilannya, para pelajar akan sentiasa melibatkan
diri dalam sebarang aktiviti yang diadakan oleh unit beruniform, serta
kelab dan persatuan seperti berkawad dan berkhemah. Dalam konteks ini,
para pelajar bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan mereka malah
turut dapat mencerdaskan otak mereka kerana otak yang cerdas lahir daripada badan yang cergas.
Para pelajar juga haruslah menyertai sebarang pertandingan bagi
mengenal pasti potensi diri sama ada melalui unit beruniform mahupun
akademik. Contohnya, pelajar yang cemerlang akan menyertai pertandingan
yang dapat menguji minda serta pemikiran mereka seperti pertandingan
perbahasan, forum dan catur. Oleh hal yang demikian, setiap pelajar
perlu bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk menjadi seorang
pelajar yang cemerlang dan seimbang.
Intihnya,
kriteria-kriteria yang positif perlu ada dalam diri setiap pelajar bagi
melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua skop kehidupan. Pelajar
yang cemerlang mampu berfikir luar daripada kotak pemikiran
dan seterusnya mampu merealisasikan aspirasi negara. Hal ini demikan
kerana, pelajar yang cemerlang merupakan pemacu jentera negara dan akan
menerajui tampuk pemerintahan negara pada masa hadapan. Oleh itu,
generasi pelajar yang cemerlang perlu dipupuk sejak kecil lagi bak kata
peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
17
CARA-CARA MENGHARGAI WARGA TUA
Warga
tua merujuk ibu, bapa,datuk atau nenek,bapa saudara atau ibu saudara
yang sudah berumur. Mereka merupakan golongan yang paling berjasa kepada
keluarga, masyarakat dan negara. Warga tua telah melalui pelbagai
rintangan dan dugaan untuk membesarkan anak-anak. Namun, pada hari ini,
warga tua sering diabaikan ibarat peribahasa melukut di tepi gantang dan jasa mereka dilupakan oleh masyarakat.
Ahli
keluarga perlu menyayangi warga tua. Warga tua yang terdiri daripada
ibu melahirkan zuriat dan berperanan mengurus rumah tangga serta
mendidik anak-anak. Manakala bapa membanting tulang empat kerat mencari rezeki membesarkan
anak-anak. Pengorbanan ibu bapa perlu diingati serta dibalas dengan
sebaik-baiknya. Sebagai anak kita perlu menjaga ibu bapa kita ketika
mereka tua serta uzur.Anak-anak tidak seharusnya menghantar mereka ke
rumah orang tua-tua.
Di samping itu, guru menjadi suri teladan menasihati
pelajar agar menghormati ibu bapa serta warga tua.Kita perlu memberi
perhatian dan sering mendampingi mereka. Selain itu, anak-anak perlu
bertutur dengan sopan apabila berkomunikasi dengan ibu bapa mereka
kerana kasih ibu membawa ke syurga dan kasih bapa sanggupkah berpisah berkorban nyawa. Sewajarnya anak-anak tidak mengabaikan warga tua tersebut.
Seterusnya, kerajaan dan pihak swasta turut berperanan menghargai warga tua. Kerajaan dan pihak swasta berganding bahu seperti aur dengan tebing menyediakan
pelbagai kemudahan untuk warga tua. Sebagai contohnya, pembinaan rumah
penjagaan warga tua yang mempunyai pelbagai kemudahan penjagaan. Di
samping itu, warga tua turut mendapat rawatan percuma di hospital
kerajaan dengan kadar bayaran rendah di hospital kerajaan atau klinik
swasta. Keperihatinan tersebut menunjukkan sikap mengambil berat tanpa
mengira pangkat, demi keselesaan warga tua.
Media
massa tidak terkecuali dalam usaha menghargai warga tua. Media massa
seperti surat khabar dan televisyen serta internat boleh menyiarkan
cerita-cerita berkaitan penderitaan hidup warga tua. Contohnya rancangan
yang disiarkan oleh TV3 ’Bersamamu”, menunjukkan terdapat pelbagai
pihak yang sanggup menghulurkan bantuan khususnya kepada warga tua yang
daif. Hal ini menyedarkan kita tentang pentingnya warga tua dalam hidup
kita. Oleh itu, kita tidak boleh mengabaikan warga tua.
Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu berusaha untuk menghargai jasa dan pengorbanan warga tua. Tanpa mereka siapalah kita,jangan sesekali kita bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing,
suatu hari nanti, kita juga pasti ’tua’.Kita tidak boleh mengabaikan
warga tua kerana merekalah yang sanggup berkorban melahirkan, membesarkan,dan mendidik anak-anak hingga berjaya dalam hidup.
LANGKAH-LANGKAH MEMBANTU ORANG KURANG UPAYA(OKU)
ISI –ISI PENTING
- Ibu bapa mendidik anak-anak supaya tidak menghina Orang Kurang Upaya (OKU)
- Kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan pendidikan dan memberikan kemahiran
- Pihak swasta menjaga kebajikan OKU
- Media massa menyampaikan maklumat tentang OKU
- Setiap individu menunjukkan nilai murni
KARANGAN CONTOH:
Orang
Kurang upaya merupakan orang yang kurang bernasib baik.Mereka
dilahirkan dalam keadaan cacat atau mengalami kemalangan yang
menjejaskan anggota badan. Mereka tidak dapat menjalani kehidupan yang
sempurna kerana kekurangan yang dimiliki. Mereka perlu dibantu untuk
melakukan sesuatu pekerjaan. Terdapat pelbagai pihak yang perlu
memainkan peranan untuk membantu Orang Kurang Upaya (OKU).
Ibu bapa berperanan mendidik anak-anak mereka supaya menghormati serta tidak memandang hina OKU.
Hal ini demikian kerana OKU juga mempunyai perasaan ingin
dihargai,disayangi dan dihormati oleh masyarakat. Sebagai contoh,
anak-anak diajar supaya tidak memandang sebelah mata serta tidak
mentertawakan apabila berhadapan dengan golongan tersebut. Tegasnya, ibu
bapa perlu mendidik anak-anak supaya menghormati OKU.
Selain itu, pihak kerajaan boleh menyediakan pelbagai peluang pendidikan dan memberikan kemahiran kepada golongan OKU.
Hal ini demikian kerana .pendidikan dan kemahiran sangat penting demi
masa depan mereka. Langkah pihak kerajaan mewujudkan Kelas Pendidikan
Khas patut dipuji..Jelaslah bahawa, pihak kerajaan memainkan peranan
penting dalam membantu OKU sebagaimana slogan yang dilaungkan oleh
Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak ,’Rakyat
Didahulukan,Pencapaian Diutamakan’.
Di samping itu, pihak swasta juga hendaklah turut sama membantu golongan OKU menjalani kehidupan yang lebih baik. Mereka
tidak seharusnya bersikap lepas tangan dan jangan menganggap OKU
sebagai beban.Sebagai contoh, usaha murni pengusaha pusat beli-belah
yang menyediakan kemudahan untuk golongan OKU seperti lorong khas,
tandas dan tempat letak kenderaan amat dihargai. Sikap pihak swasta yang
menunjukkan keperihatinan dan menunaikan tanggungjawab mereka terhadap
golongan yang kurang bernasib baik ini perlu dicontohi.
Seterusnya, pihak media massa boleh memainkan peranan mereka dengan menyebarkan maklumat peluang pendidikan dan kerjaya bagi OKU. Setiap maklumat mestilah disampaikan dan disebarkan oleh pihak media massa kepada orang ramai. Kempen Masyarakat
Penyayang yang dilancarkan oleh pihak kerajaan perlulah disampaikan
melalui saluran media massa, maklumat boleh disalurkan melalui
iklan,kempen,dan melalui drama. Kesannya, orang ramai akan mendapat
maklumat tentang OKU secara telus. Jelaslah, nasib OKU akan terbela
dengan adanya peranan media massa.
Setiap individu perlu menunjukkan nilai-nilai murni.
Hal ini demikan kerana setiap individu mempunyai tangungjawab
masing-masing. Sebagai contoh, mereka perlu membantu golongan OKU semasa
melintas jalan, menaiki bas atau ketika OKU memerlukan sebarang
bantuan, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Pendek kata,
setiap individu hendaklah mengamalkan nilai-nilai murni bagi membantu
golongan ini.
Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh, pelbagai
pihak perlu memainkan peranan untuk membantu OKU. Semua pihak perlu
berganding bahu, bak kata peribahasa berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing, bagi membela nasib dan masa depan golongan OKU.
18
CARA-CARA MENGHARGAI JASA GURU
Guru
ialah insan mulia yang mengajar dan mendidik kita tanpa mengira masa ,
tenaga serta wang ringgit. Mereka ibarat lilin yang membakar diri demi
memberikan didikan terbaik kepada pelajar. Tanpa usaha dan pengorbanan
guru tidak mungkin pelajar mencapai kejayaan yang cemerlang Lantaran
itu, sewajarnya kita menghargai guru jasa dan pengorbanan para guru.
Budi
bahasa dan adab sopan amalan yang mulia. Pelajar yang menjaga tutur
kata dan adab ketika berhadapan dengan guru merupakan antara cara kita
menghargai jasa guru. Para pelajar perlulah sentiasa bermuka manis
sambil mengucapkan selamat sejahtera atau memberi salam ketika
berhadapan atau berselisih dengan guru tanpa mengira keadaan. Semasa di
dalam kelas, pelajar yang menghormati guru tidak sesekali membuat bising
sehingga mengganggu guru
menjalankan tugasnya. Mereka sewajarnya memberi tumpuan dan perhatian
sepenuhnya semasa pengajaran guru dan sentiasa mengambil peluang
bertanya dan berbincang tentang pelajaran. Ketika mengadakan sesi
perbincangan di kelas, pelajar perlu menjaga tata
susila, tidak meninggikan suara dan memandang guru serta rakan dengan
mesra. Bukankah guru merupakan lubuk akal lautan ilmu? Tegasnya, berbudi
bahasa serta beradab sopan merupakan amalan terpuji bagi menghargai
guru yang mengajar serta mendidik kita.
Selain itu, berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah juga cara
menghargai jasa d guru. Antara ciri-ciri pelajar berdisiplin ialah
mereka sentiasa datang awal ke sekolah, sentiasa menepati masa, tidak
terlibat dalam gangsterisme, vandalisme mahupun ponteng sekolah. Selain
itu, pelajar berpakaian seragam dengan kemas dengan
rambut bersisir rapi. Amalan seumpama ini, memupuk disiplin pelajar
untuk bersedia belajar seterusnya mematuhi peraturan yang ditetapkan
oleh pihak sekolah. Jika disiplin terkawal sudah tentu memudahkan tugas
guru untuk mengajar seterusnya mendidik pelajar agar berjaya dengan
cemerlang. Peribahasa “bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana
muafakat”,membuktikan kerjasama erat antara guru dan pelajar dalam
mematuhi peraturan yang
ditetapkan pasti menjadi pemangkin kecemerlangan akademik serta sahsiah
pelajar. Jelaslah, mematuhi disiplin mencerminkan penghormatan pelajar
kepada guru.
Di
samping itu, pelajar perlu prihatin dan menunjukkan kasih sayang
terhadap guru. Amalan mengingati dan menghargai jasa guru adalah amalan
yang mulia. Para guru akan merasakan bahawa jasa mereka
dihargai walaupun mereka tidak berkhidmat sebagai seorang tenaga
pengajar lagi. Kita boleh menghargai jasa guru dengan meraikan sambutan
Hari Guru pada setiap tanggal 16 Mei. Pada hari ini juga,kita boleh memberikan hadiah kepada guru yang mengajar kita sebagai tanda penghargaan atas
segala usaha dan titik peluh yang dicurahkan. Hadiah yang diberikan
tidak semestinya berpaksi kepada wang ringgit semata-mata tetapi
mestilah disertakan dengan hati yang tulus lagi ikhlas. Barang yang
murah akan menjadi tanda mata yang sangat berharga jika pemberian
tersebut dengan hati penuh ikhlas. Jika tidak mampu memberi hadiah,
ucapan selamat hari guru sudah cukup bermakna buat para guru.
Menziarahi
guru ketika mereka mengalami kesusahan dan sakit juga cara kita
menghargai jasa para guru. Sebagai manusia tentunya para guru menghadapi
pelbagai masalah dalam kehidupan. Misalnya guru mungkin ditimpa
kemalangan, bencana, menghidapi penyakit dan sebagainya. Sebagai murid,
kita perlu menziarahi mereka jika mereka menghadapi situasi tersebut
sebagai tanda melahirkan rasa simpati ibarat cubit peha kanan peha kiri
terasa sakitnya. Ketika menziarahi mereka sakit, kita perlulah membawa
buah tangan sebagai tanda kita bersimpati terhadap mereka. Jika mereka
mengalami kemalangan atau bencana alam, kita perlu mengutip derma bagi
meringankan beban yang mereka tanggung. Jelaslah bahawa frasa ‘guru,
jasamu dikenang, budimu disanjung’ bukanlah sekadar omongan kosong
kerana pengorbanan guru sentiasa dikenang oleh para pelajar.
Selain
itu,kita juga boleh menghargai jasa guru dengan mendoakan kesejahteraan
guru yang telah mengajar dan mendidik kita. Mendoakan kesejahteraan
guru sama ada semasa hayatnya atau sesudah mereka kembali ke rahmatullah
membuktikan kita sentiasa mengenang jasa mereka. Kita perlulah
mendoakan mereka agar sentiasa sihat sejahtera dan
dielakkan daripada segala bahaya. Hal ini kerana jika guru sihat sudah
tentu mereka akan dapat menjalankan tugas mendidik kita dengan sempurna.
Bagi mereka yang telah meninggal dunia, kita perlulah mendoakan agar
dosa-dosa mereka diampunkan agar mereka sejahtera di alam barzakh.
Sesungguhnya harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan
nama dan sudah tentu jasa serta pengorbanan guru akan terus dikenang
sepanjang masa.
Sudah terang lagi bersuluh, jasa dan pengorbanan
seseorang guru itu sukar untuk dibalas walau dengan segunung intan.
Tanpa guru siapalah kita kerana gurulah yang mengajar kita mengenali
erti kehidupan. Justeru, marilah kita bersama-sama menghargai jasa guru
agar ilmu yang kita perolehi daripadanya mendapat keberkatan daripada
tuhan. Renungilah bait puisi di bawah.
Guru,
kau ibarat dian yang membakar diri
melahirkan insan yang lestari
tanpa mengira waktu dan hari
segala ilmu dicurah dan diberi
kerana kau sedar tanggungjawab yang diberi
tanpamu negara tak mungkin teguh berdiri.
19
CARA-CARA MENANGANI KENAIKAN HARGA BARANG
Setelah menghela nafas kemerdekaan selama 54 tahun, ibu pertiwi kita yang telah bebas daripada cengkaman penjajah begitu pesat membangun bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Sehubungan itu, peribahasa ada menyebut bahawa, ada bukit, ada paya,
justeru kita masih tidak boleh mendabik dada kerana di sebalik kemajuan
yang sedang dikecapi,negara kita masih lagi terkongkong dalam gelombang
inflasi yang semakin rumit. Walaupun isu ini hangat diperkatakan dan
sering meniti di bibir masyarakat, tetapi pernahkah terlintas dalam benak fikiran kita bahawa apakah yang dimaksudkan dengan inflasi? Mengikut
penjelasan yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga, inflasi
didefinisikan sebagai keadaan kenaikan harga barangan yang disebabkan
oleh bertambahnya kuasa membeli. Oleh itu, masalah ini tidak boleh
dipandang remeh bagai melepaskan batuk di tangga dan formula penyelesaian harus diimplimentasikan untuk merungkai masalah ini bak kata peribahasa, tak ada gunung yang tak dapat didaki, tak ada lurah yang tak dapat dituruni.
Setiap
penyakit ada penawarnya yang mustajab, setiap masalah ada jalan
penyelesaian yang berkesan, pihak kerajaan sewajarnya mengambil
inisiatif dengan menganjurkan Kempen Berhemat secara istiqamah dan
konsisten ke seluruh pelosok negara dan bukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam. Memetik kata-kata azimat Lootze, “kehidupan membazir dan tamak haloba mendorong manusia kea rah kebinasaan”. Lantaran itu, kempen
tersebut haruslah menekankan kepentingan amalan berjimat cermat supaya
amalan murni ini dapat dijadikan agenda perdana dalam kehidupan
masyarakat Malaysia. Yang afdal, masyarakat sewajarnya diseru supaya
berbelanja mengikut kemampuan sendiri ibarat mengukur baju di badan sendiri dan usahlah bersikap membesarkan kerak nasi dalam berbelanja dengan mengikut hawa nafsu. Peribahasa Melayu ada menyatakan, ikut nafsu lesu, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Tambahan
pula, pihak kerajaan juga harus mengadakan pertandingan yang dapat
menggamit khalayak seperti sayembara puisi, menulis esei, persembahan
artis dan sebagainya dalam usaha menyebarluaskan kempen tersebut.
Jelaslah bahawa Kempen Berhemat merupakan perisai yang ampuh untuk
merungkai masalah kenaikan harga barangan.
“Jika
satu pintu tertutup, pintu lain akan terbuka. Namun, terkadang kita
melihat dan menyesali pintu yang tertutup tersebut terlalu lama sehingga
tidak dapat melihat pintu lain yang telah terbuka”. Kata-kata mutiara
Alexander Graham Bell, seorang ahli sains dan matematik Barat sengaja
dipetik bagi menunjukkan bahawa setiap masalah pasti ada cara yang
berkesan untuk mengatasinya. Sebagai kesinambungan idea,fokus
perbincangan ini akan ditumpukan pada peranan organisasi bukan kerajaan
atau NGO seperti Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia atau FOMCA dan
Persatuan Pengguna Pulau Pinang atau CAP yang mendukung obligasi untuk
melindungi hak para pengguna. Pihak-pihak ini berperanan untuk menerima
sebarang aduan dan menyiasat segala permasalahan yang dihadapi
termasuklah masalah kenaikan harga barangan yang semakin parah.
Seterusnya FOMCA dan CAP haruslah mengambil tindakan yang sewajarnya
untuk memastikan hak golongan pengguna akan terpelihara dan tidak mudah
dieksploitasi oleh peniaga-peniaga yang licik dan tidak
bertanggungjawab. Deduksinya, organisasi seperti ini haruslah
menjalinkan hubungan ukhuwah ibarat seikat bak sirih,serumpun bak serai dan berpegang pada falsafah Confusius, “Apakah
gunanya sekiranya kita tidur sebantal tetapi mimpi kita lain-lain,
lebih baik kita tidur bantal yang berlainan, tetapi mimpi kita tetap
sama”.
Tokoh
psikologi Barat pernah mengungkapkan bahawa “Tiada masalah yang tidak
boleh diselesaikan, sebaliknya hidup tanpa dibebani masalah adalah
kosong”. Kata-kata ini memang berpijak di bumi nyata kerana setiap
kemelut yang kita hadapi mesti ada uslub dan minhaj yang komprehensif.
Bertitik tolak daripada manifestasi ini, pihak kerajaan seharusnya
sentiasa membuat pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap
mana-mana pihak yang menaikkan harga barangan sesuka hati tanpa
memperoleh kelulusan daripada pihak kerajaan.Pegawai kerajaan berkaitan
juga haruslah memainkan peranan yang penting untuk mengadakan lawatan
secara mengejut dari semasa ke semasa untuk memastikan para peniaga
mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan tidak bersikap seperti lintah darat.
Sementelahan itu, pihak kerajaan juga haruslah melunaskan tanggungjawab
yang terletak di atas pundak mereka untuk menggubal, mengkodifikasika
seterusnya menguatkuasakan undang-undang secara serius
dan telus supaya dapat menggerunkan golongan peniaga. Tamsilnya,
mana-mana peniaga yang cuba menaikkan harga barangan atau memasang lukah di pergentingan hendaklah didakwa di mahkamah agar tidak berulang ibarat pisang berbuah dua kali.
“Lampu
Aladdin tidak akan bersinar sendiri, tetapi Aladdin akan menggosoknya
terlebih dahulu’. Persis kata mutiara Alex Osborn telah membuktikan
bahawa kejayaan semanis madu tidak akan terjana tanpa curahan usaha yang bersungguh-sungguh kerana peribahasa Melayu ada menyebut, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.Hakikatnya,
media massa menggalas kewajipan dalam menangkis masalah
inflasi.Sebagaimana yang kita ketahui, ilmu kepenggunaan dalam kalangan
masyarakat Malaysia masih berada di takuk lama. Oleh itu, tidak
hairanlah sekiranya segelintir golongan peniaga yang mengutamakan
keuntungan akan bersikap ibarat menangguk di air keruh
menindas gologan pengguna yang tidak berdosa. Oleh hal yang demikian,
media massa haruslah menyumbang tenaga secara optimum dengan menerapkan
pengetahuan berkaitan hak-hak pengguna kepada seluruh strata masyarakat.
Dengan bantuan pihak media massa, pengguna akan mengetahui kaedah yang
efisien untuk menuntut hak mereka daripada dimanipulasikan oleh para
peniaga durjana. Misalnya, apabila berlaku kenaikan harga barangan,
pengguna akan dapat membuat aduan kepada organisasi seperti FOMCA dan
CAP supaya hak mereka dapat dipertahankan.Tuntasnya, para pengguna,
terutamanya suri rumah tangga akan memperoleh ilmu kepenggunaan secara
total dalam memperjuangkan hak mereka.
Setelah meniti perbincangan secara panjang lebar, sudah terang lagi bersuluh
bahawa segenap lapisan masyarakat mesti menggembleng tenaga
bersama-sama untuk mengekang kenaikan harga barangan sehingga ke akar
umbinya. Sebagai manusia yang kamil dan soleh,kita tidak ajar menadah
tangan ke langit menunggu kejatuhan lampu ajaib Aladdin kerana pepatah
Melayu ada menyebut, yang bulat tak datang bergolek,yang pipih tak datang melayang. Oleh itu,semua masyarakat haruslah mendukung semangat habis kapak berganti beliung untuk membendung masalah tersebut. Dengan itu, Wawasan 2020 yang dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri kita yang keempat bukan lagi angan-angan mat jenin
No comments:
Post a Comment