SOALAN 2(b)
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri
“Kalau abang kata saya liar, abang tu lagi liar. Akar hati abang ke sana ke mari
mencari kesalahan orang. Pucuk hati abang pula menari tanda riak, ujub, sombong,berlagak!” Bom radang Ghaza dilepaskannya.
“Hii, mengapa gaduh-gaduh ini! Adik-beradik tidak manis bertikam lidah. Kata orang tua carik-carik bulu ayam bercantum jua akhirnya. Tapi kamu berdua ni bila nak bercantum?” Wah mula masuk campur.
Israk dan Mikraj terpempan.
“Wah tahu, kamu berdua bertekak pasal Wah, bukan? Wah sedar siapa diri Wah. Wah tinggal di kampung, rumah buruk, tapi kamu tinggal di kediaman yang mewah. Setiap kali kamu melihat pencakar langit, tapi di sini Cuma ada pokok yang mencakar langit. Kamu makan yang enak-enak, tapi di sini Wah hanya makan makanan tradisional, tak sedap pada kamu. Wah sedar Israk selesa dengan keadaan itu. Wah tahu....”
Wah memandang cucu-cucunya. Kuyu mata Wah, tetapi kuyu lagi jiwa dan raganya.
“Wah tahu kamu berdua tak selorong. Tapi, jangan jadi macam anjing dengan kucing di dalam rumah Wah ini. Pantang nenek moyang Wah bertekak, bertikam lidah, tikai-menikai, maki-memaki, atau apa saja di dalam rumah , ni. Dulu, kalau kami bergaduh, deras ambil wuduk. Samalah macam bomba padamkan api. Kita juga bomba yang memadamkan syaitan yang dijadikan daripada api itu dengan wuduk. Sudahlah, berbaik-baiklah kamu, moga-moga Allah membahagiakan hidup kita sekeluarga.”
Wajah Wah sita sahaja, namun jiwa Wah terluka. Lukanya dalam.
(Dipetik daripada cerpen Israk,
Klik!Klik!, 2002
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Antologi Harga Remaja.)
i. Nyatakan perbezaan hidup antara Wah dengan Israk dan Mikraj.
P1 Wah tinggal di rumah buruk di kampung tetapi Israk dan
Mikraj tinggal di kediaman mewah ( 1 markah )
P2 Wah makan makanan tradisional yang tidak sedap tetapi
Israk dan Mikraj makan yang enak-enak
( 2 markah )
ii. Mengapakah Wah melarang Israk dan Mikraj bergaduh di dalam rumahnya
P1 menjadi pantang larang nenek Wah bergaduh/ bertikam lidah/
tikai-menikai/ maki-memaki di dalam rumahnya. ( 1 markah )
P2 dia berharap Allah SWT membahagiakan keluarga mereka
Apabila cuc-cunya berbaik-baik semula ( 1 markah )
ii. Pada pandangan anda, mengapakah Wah bertindak meleraikan pergaduhan antara Israk dan Mikraj?
( 3 markah )
P1 tidak mahu ikatan kekeluargaan menjadi longgar/ berpecah belah (1 M)
P2 mahu keluarganya hidup bersatu/kukuh ikatan keluarga ( 1 markah )
P3 tidak mahu kehidupan mereka tidak diberkati Tuhan/
Keluarga mereka sentiasa dirahmati Tuhan ( 1 markah )
P4 Wah tidak mahu cucu-cucunya berterusan bersikap individulistik/
mementingkan diri sendiri sahaja/ego/asyik menyalahkan antara
satu sama lain ( 1 markah )
P5 Keluarga/cucu-cucunya tidak akan dihormati oleh
masyarakat ( 1 markah )
P6 Wah mahu cucu-cucunya ada perasaan hormat terhadap
orang tua/Wah sebagai tuan rumah. ( 1 markah )
P7 Wah mahu keluarganya hidup saling menyayangi ( 1 markah )
P8 Wah mahu cucu-cucunya menghargai budaya hidup
Melayu/warisan keluarganya/ada jati diri bangsa ( 1 markah )
iii. Huraikan satu nilai berdasarkan petikan di atas dan tiga nilai berdasarkan keseluruhan cerpen.
( 4 markah )
Nilai daripada petikan
P1 berhemah tinggi. Wah menasihati Israk dan Mikraj dengan
lemah lembut semasa meleraikan pergaduhan mereka ( 1 markah )
P2 akur akan ajaran agama. Wah dan adik-beradiknya akan
berwuduk jika mereka bergaduh untuk meredakan kemarahan ( 1 markah )
Nilai daripada cerpen
P1 jati diri . Wah amat kuat jati diri orang Melayunya walaupun berkahwin
dengan Firdaus Frank/ Orang Inggeris . Dia membesarkan anaknyaAdam di kampung dalam suasana hidup tradisi orang Melayu. ( 1 markah )
P2 kegigihan/ketabahan. Wah gigih membesarkan Adam
dengan hasil dusunnya sehingga Adam menjadi seorang
yang berjaya dan dominan ( 1 markah )
P3 keberanian. Wah menyelamatkan Israk yang hampir
lemas di sungai walaupun dia tidak begitu kuat tenaganya ( 1 markah )
P4 keprihatinan. Mikraj amat prihatin akan perasaan Wah
yang sering terluka dengan sikap kasar dan biadap Israk
terhadap Wah. Dia sering membela Wah . ( 1 markah )
P5 kasih sayang. Wah mengusap lembut kepala Israk setelah
menyelamatkan Israk dari lemas di dalam sungai ( 1 markah )
P6 kesabaran. Wah amat bersabar dengan sikap Israk yang sering
bercakap kasar dengannya. ( 1 markah )
Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Dan sampailah di Kuala Johor. Maka orang Johor pun gegerlah, mengatakan, “Tuan kita sudah datang!” Dan mana suku Laksamana, semuanya datang, menghadap baginda. Maka kata orang Johor, “ Jikalau betul asal tuan kami, minta ditawarkan air yang masin.” Dan titah baginda, “Baiklah.” Dan lalu diambil rotan, dilingkar, dimasukkan ke dalam air yang masin, menjadi tawarlah.” Lalu dimasukkan ke dalam lingkaran rotan itu. Maka segera diambilnya air itu. Dan, masing-masing minum air itu, sangat tawarnya, lagi sejuk rasanya. Maka segala orang Johor pun bersoraklah, “Ialah, tuanku patik, Tuanku Yang Maha Mulia ini!” Dan banyaklah yang mengikut baginda. Dan baginda pun bertitah kepda segala rakyat, “ Hendaklah kamu mengatakan ‘daulat’.”
Maka baginda pun masuk ke Negeri Johor. Maka dibedil orang dari kubu Johor. Maka segala meriam pun keluar air pada mulut meriam. Satu pun tiada berbunyi. Maka
baginda pun mudik, didayungkan oleh segala rakyat, sambil bertimang,
berakung, lalu ke Pangkalan Rama, di atas jambatan dalam. Maka baginda pun melompat naik ke atas jambatan. Baginda memegang pedang kerajaan bernama Sepurejab, telah terhunus dari sarungnya. Setelah
dilihat oleh hulubalang yang berempat baginda seperti kilat melompat
naik ke atas jambatan, maka hulubalang keempat sama melompat dengan
pedang terhunus, mengiringkan baginda, dengan segala Orang Besar-besar, masing-masing dengan pedang dan perisai, seperti hadamat bunyinya.
( dipetik daripada Hikayat Siak muka surat 52-53,
Hikayat Siak, 1992,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Antologi Dirgahayu Bahasaku.)
i. Berikan maksud hadamat bunyinya.
Maksudnya: suasana yang riuh-rendah/suasana yang bising
( 2 markah )
ii. Nyatakan perkara-perkara pelik yang berlaku apabila ‘baginda’ sampai ke Kuala Johor dan
Negeri Johor.
P1 air masin berjaya ditawarkan oleh baginda/menjadi tawar ( 1 markah )
P2 air tawar boleh diminum ( 1 markah )
P3 air tawar sangat sejuk ( 1 markah )
P4 meriam yang ditembak mengeluarkan air ( 1 markah )
P5 tiada sebuah pun meriam meletup ( 1 markah )
( 3 markah )
iii. Pada pendapat anda, apakah kelebihan-kelebihan lain yang perlu ada pada diri ‘baginda’
jika ‘baginda’ hidup pada zaman sekarang.
‘baginda’ mesti
P1 mempunyai pegangan agama dan moral yang tinggi ( 1 markah )
P2 mempunyai kelayakan akademik/pelajaran bertaraf universiti ( 1 markah )
P3 bijak mengendalikan teknologi maklumat ( 1 markah )
P5 mahir menggunakan senjata moden seperti peluru berpandu ( 1 markah )
P6 berpengetahuan luas tentang isu global/antarabangsa ( 1 markah )
P7pandai menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara luar ( 1 markah)
P8 mahir mengendali dan membangunkan ekonomi negara ( 1 markah )
P9 bijak mengendalikan isu-isu strategik di peringkat global
isu pendatang asing, perang saudara,sempadan negara ( 1 markah )
P10 mempunyai barisan pemimpin dan pentadbir yang bijak/ berpelajaran
tinggi/mahir menguruskan negara dan hal ehwal antarabangsa (1 markah )
( 3 markah )
Soalan 2(d) Sajak
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri
Arkitek Kota
Muhammad Haji Salleh
hanya seniman peka
yang faham akan jiwa laut,
kenal lambung gelombagnya,
alur sungai serta diam batu,
perasaan musim,
fiil langit dan sabar bumi
berhak membina kota.
kerana arkitek matang itu anak di taman,
perenung di perpustakaan
orang muda pulang bertandang di lorong malam,
pemunggah barang pasar di subuh hari,
pengadil di bangku bijaksana,
dan datuk bandar yang bangga.
dia harus sayangkan lagu burung,
pemancing di teduh pohon,
pemerhati tasik,
pengawas bintang,
dan bunga menjalar di beranda.
pencipta kota ialah
pendekar muda dengan langkah berbagai-bagai,
kelakar tua yang mengampungkan cerita,
orang bercinta yang perlukan bulan.
dia pengukir ruang hidup,
penghias suasana sempurna,
membenarkan penemuan,
memungkinkan kemungkinan.
Dari Seberang Diri.
Tanah Airku Edisi Kedua, 2005
Dewan Bahasa dan Pustaka
Antologi Dirgahayu Bahasaku
i. Berikan maksud rangkap ketiga sajak,
dia harus sayangkan lagu burung,
pemancing di teduh pohon,
pemerhati tasik,
pengawas bintang,
dan bunga menjalar di beranda.
Maksud,
Arkitek kota/perancang bandar mestilah seorang yang
sayang / peka dan memelihara alam semula jadi /sekitar ( 2 markah )
ii. Sekiranya
anda ditugaskan untuk merancang pembinaan sebuah bandar moden, apakah
ciri-ciri penting yang perlu anda ambil kira dalam perancangan anda?
Ciri-ciri penting yang perlu diambil kira ialah
P1 penyediaan tapak bagi pusat ibadat agama yang selesa dan sesuai ( 1 M)
P2sistem saliran/longkang yang tersusun,kemas dan sesuai dengan
keluasan bandar ( 1M)
P3bentuk bangunan/bahan pembinaan bangunan bagi mengelakkan
kesan rumah hijau (1M)
P4kemudahan infrastruktur seperti sekolah, hospital, pusat rekreasi
pusat beli belah yang menjimatkan penggunaan masa penduduk ( 1M)
P5kemudahan perhubungan ; jalan raya yang berkualiti/jalur lebar
internet yang berkualiti (1M)
P6kepadatan penduduk yang bersesuaian dengan keluasan bandar
yang mahu dibina ( 1M)
P7keseimbangan ekosistem/pengekalan alam semula jadi/
menyusun atur landskap semula jadi . (1M)
P8meminimumkan penggondolan dan penebangan pokok hutan (1M)
( 3 markah )
iii. Nyatakan empat pengajaran daripada sajak di atas? ( 4 markah )
Pembangun bandar mesti mempunyai /hendaklah
P1 Pengetahuan dan pengalaman yang luas tentang perancangan pembangunan
P2Mengambil kira pandangan dan keperluan rakyat apabila merancang pembangunan
(1M)
P3Alam semula jadi mesti dipelihara apabila merancang pembangunan demi
kestabilan geografi setempat /tidak berlaku bencana alam (1M)
P4 sentiasa kreatif dan beridea baru apabila merancang pembangunan
agar kestabilan alam berkekalan (1M)
P5 amanah , ikhlas dan membina pembangunan bandar dengan penuh
tanggungjawab ( 1M)
No comments:
Post a Comment