Friday, April 27, 2012

Bahasa Melayu: Gurindam Tongak 12 - Dirgahayu Bahasaku



GURINDAM TONGAK DUA BELAS
Mohd Sidek Mohd Dollah (Mas Adeki) (Penyelenggara)

Hendak pandai mengahargai masa,
Jangan dinanti esok lusa.

Ketekunan akan membawa kejayaan,
Kegigihan bekerja dengan keupayaan.

Wajah ceria keseronokan bekerja,
Usah berduka bermuram durja.

Hidup alam kemuliaan kesederhanaan,
Bertindak dengan penuh kebijaksanaan.

Ketinggian peribadi jadi amalam,
Ketelusan hati jadi bekalan.

Kekuatan sifat baik hati,
Bertimbang rasa dan bersimpati.

Pengaruh kepeimpinan melalui teladan,
Baik buruk jadikan sempadan.

Menjadi kewajipan menjalan tugas,
Walaupun sederhana tetapi tegas.

Kebijaksanaan berhemat perlu diutama,
Tidak membazir teliti saksama.


Keutamaan kesabaran fikiran tenang,
Perkara susah menajdi senang.

Peningkatan bakat diberi sokongan,
Tunjukkan kebolehan jadikan dorongan.

Nikmat mencipta budaya kreatif,
Kembangkan bakat semoga aktif.

Seuntai Kasih Secebis Harapan, 2007
Akam Print

Tema:
Pembinaan jati diri manusia yang baik dan berguna kepada bangsa dan negara.

Persoalan;
1. Sifat-sifat murni yang perlu dimilki oleh setiap rakyat demi kesejahteraan negara
2. Stail kepimpinan yang mampu mempengaruhi gaya kerja rakyat.
3. Tanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
4. Ketinggian peribadi sangat penting semasa melaksanakn tugas.
5. Kepentingan pengurusan masa yang cekap semasa bekerja.
6. Keperluan budaya kreatif untuk mengembangkan bakat dan potensi bekerja.

Nilai
1. Menghargai masa
2. Ketekunan dan kegigihan
3. Kesederhanaan
4. Kebijaksanaan
5. Berhemah tinggi
6. Amanah/kejujuran
7. Baik hati
8. Bertimbang rasa
9. Bersimpati
10. Ketegasan
11. Kebijaksaan
12. Kesabaran

1. PENGAJARAN
1. Kita hendaklah mengghargai masa
2. Jangan bertangguh melaksanakan kerja
3. Kita hendaklah tekun dan gigih bekerja
4. Kita perlu ada perasaan suka bekerja agar sentiasa ceria di temapat kerja
5. Hendaklah mengamalkan kesedehanaan dalam hiudp
6. Hendaklah bijak membuat keputusan
7. Sentiasa ada perasaan baik hati, bertimbang rasa
8. Kita hendaklah menunjukkan contoh yang baik semasa bekerja
9. Kita hendaklah sabar dan sentiasa bertenang apabila berhadapan dengan masalah.
10. Jangan menyembunyikan bakat dan kebolehan yang ada
11. Kita hendaklah berani menonjolkan kebolehan diri.
12. Kita perlu kreatif agar kebolehan terserlah kebolehan diri.
13. Kita hendaklah berhemat apabila berbelanja agar tidak berlaku pembaziran.

Soalan;
Nyata nilai-nilai murni yang terdapat dalam gurindam di atas.
Pada pendapat anda, mengapakah pemimpin perlu menunjukkan contoh yang baik semasa bekerja?
Huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam gurindam di atas.
Berikan maksud
a. Rangkap 1
b. Rangkap 2
c. Rangkap 5

No comments:

Post a Comment