Friday, April 27, 2012

Geografi: Taburan Penduduk




BAB 7: TABURAN PENDUDUK


 
BAB 7: TABURAN PENDUDUK MALAYSIA
 1. Umum.
- Jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2008 ialah ±27.73 juta orang (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2008).
2. Taburan Penduduk.
- Taburan penduduk di Malaysia adalah tidak sekata.
- 95% penduduk tinggal di kawasan:
• Dataran.
• Lembah sungai.
• Kaki bukit.
• Pinggir pantai.

- 62% penduduk tinggal di bandar dan 38% tinggal di kawasan luar bandar. - Formula untuk mengira kepadatan penduduk :

- Tumpuan penduduk di semanjung Malaysia ialah di barat dan di dataran pantai timur laut.

  









Peta Malaysia: Taburan Penduduk


B7 Latihan 1
Arahan: Sediakan 2 buah peta Malaysia berdasarkan lakaran pada peta 7.2.

1. Pada peta 1 tandakan bandar-bandar utama di Malaysia.
2. Pada peta 2 lorekan taburan kepadatan penduduk Malaysia.
Peta Kosong
Peta 7.2: Peta Kosong Malaysia

2.1 Kawasan berpenduduk padat.
-     Di Malaysia, kawasan yang dianggap berpenduduk padat ialah di kawasan yang mempunyai lebih daripada 200 orang sekilometer persegi.
-   Kawasan berpenduduk padat:

A.         Semenanjung Malaysia:
A.1       Dataran Pantai Barat:
1.         Dataran kedah-Perlis
2.         Pulau Pinang
3.         Seberang Prai
4.         Lembah Kinta
5.         Lembah Klang
6.         Seremban
7.         Bandar Raya Melaka
8.         Bandar Raya Johor Bahru  

A.2       Dataran Pantai Timur:
1.         Dataran Kelantan   
2.         Bandar Kota Bahru
3.         Dataran Terengganu
4.         Bandar Kuala Terengganu
5.         Bandar Kuantan

B. Sabah:
1.         Bandar Raya Kota Kinabalu.
2.         Sandakan  
3.         Tawau

B. Sarawak:
1.         Bandar Raya Kuching
2.         Sibu
3.         Miri
4.         Bintulu


-           Di Pantai Timur Semenanjung Malaysia kawasan tumpuan penduduk ialah di Dataran Kelantan, Dataran Terengganu dan bandar Kuantan.
-           Tumpuan penduduk di Malaysia ialah kawasan dataran dan delta kerana kawasan ini terdiri daripada tanah aluvium yang subur untuk kegiatan pertanian.
-           Di kawasan lain, penduduk tertumpu di kawasan pusat bandar utama kerana berfungsi sebagai ibu negeri, pusat perniagaan dan perdagangan serta perindustrian.
-           Bandaraya Kota Kinabalu dan Bandaraya Kuching berpenduduk padat kerana ia merupakan ibu negeri.
-           Lembah Kinta dan Lembah Klang berpenduduk padat akibat daripada kesan perlombongan bijih timah.

B7 Latihan 2.

Jawab semua soalan di bawah.
1. Berapa ramaikah jumlah penduduk di sesuatu kawasan yang boleh dianggap sebagai kawasan padat penduduk?
2. Taburan penduduk adalah ______________ kerana penduduk tertumpu di tempat-tempat tertentu.
3. Mengapakah penduduk Malaysia tertumpu di kawasan dataran dan delta?
4. Nyatakan 2 bandar yang berpenduduk padat akibat daripada kesan perlombongan bijih timah.
1. _______________________________
2. _______________________________
5. Berikan 3 contoh kawasan berpenduduk padat di Sabah.
1. _______________________________
2. _______________________________
3. _______________________________



2.2 Kawasan berpenduduk sederhana padat.
-           Di Malaysia, kawasan yang dianggap berpenduduk sederhana padat ialah di kawasan yang mempunyai kepadatan di antara 50 - 200 orang sekilometer persegi.

-           Kawasan berpenduduk padat:
C.         Semenanjung Malaysia:
A.1       Dataran Pantai Barat:
1.         Kulim
2.         Jitra
3.         Teluk Intan
4.         Port Dickson
5.         Jasin
6.         Muar

A.2       Dataran Pantai Timur:
1.         Bachok
2.         Marang
3.         Kuala Berang
4.         Jerantut
5.         Bandar Kuantan

B.         Sabah:
1.         Semporna
2.         Tuaran
3.         Keningau

D.         Sarawak:  
1.         Samarahan
2          Sri Aman
3.         Limbang

-           Kawasan berpenduduk sederhana padat dikaitkan dengan aktiviti perikanan dan pertanian.
-           Aktiviti pertanian melibatkan aktiviti penanaman padi, getah dan kelapa sawit seperti Segi  
            Tiga Jengka, Pahang Tenggara, Johor Tenggara dan Kelantan Selatan.
-           Kawasan perikanan biasanya melibatkan kawasan pelabuhan perikanan seperti Mersing.
B7 Latihan 3.

Jawab semua soalan di bawah.

1. Berapa ramaikah jumlah penduduk di sesuatu kawasan yang boleh dianggap sebagai kawasan sederhana padat penduduk?
2. Nyatakan 2 contoh kawasan yang berpenduduk sederhana padat yang dikaitkan dengan aktiviti perikanan.
     1. _______________________________
      2. _______________________________
3. Berikan 3 contoh kawasan berpenduduk sederhana padat di Sabah.
      1. _______________________________
  2. _______________________________
  3. _______________________________
4. Berikan 3 contoh kawasan berpenduduk sederhana padat di Sarawak.
     1. _______________________________
     2. _______________________________
  3. _______________________________


2.3 Kawasan berpenduduk jarang.
-    Di Malaysia, kawasan yang dianggap berpenduduk jarang ialah di kawasan yang mempunyai kepadatan kurang daripada 50 orang sekilometer persegi.

- Kawasan berpenduduk padat:
A.         Semenanjung Malaysia:
1.         Felda Triang
2.         Felda Jengka Tiga Segi
B. Sabah:
1.         Felda Umas
2.         Felda Sahabat
C. Sarawak:
1.         Sarikei
-           Kawasan pedalaman Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak yang gunung-ganang serta berhutan tebal mempunyai kepadatan penduduk kurang daripada 10 orang sekilometer persegi.
-           Kawasan pedalaman adalah kurang penduduk kerana kekurangan kemudahan sistem pengangkutan dan kurang kegiatan ekonomi di mana penduduk mengamalkan kegiatan pertanian pindah dan tinggal berselerak.


B7 Latihan 4.
Jawab semua soalan di bawah.
1. Berapa ramaikah jumlah penduduk di sesuatu kawasan yang boleh dianggap sebagai kawasan berpenduduk jarang?

2. Nyatakan 2 contoh kawasan yang berpenduduk jarang yang terdapat di Sabah.
      1. _______________________________
2. _______________________________
3. Mengapakah kawasan pedalaman Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak mempunyai kepadatan penduduk yang sangat jarang?

4. Nyatakan 2 sebab utama kawasan pedalaman mengalami penduduk jarang.
  1. _________________________________________________________
  2. _________________________________________________________
5. Nyatakan 2 ciri kehidupan penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman.
     1. _________________________________________________________
    2. _________________________________________________________



3.         Faktor yang mempengaruhi taburan penduduk Malaysia.
- Taburan penduduk Malaysia adalah tidak sekata kerana dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti yang ditunjukkan dalam Peta Minda 7.1 di bawah.

3.1        Bentuk Muka Bumi
-           Kawasan tanah pamah yang subur dan datar merupakan kawasan tumpuan penduduk kerana kawasan ini memudahkan pelbagai aktiviti dijalankan.
-           Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan, Dataran Kerian dan Dataran Terengganu merupakan kawasan yang subur dengan jenis tanih aluvium yang menggalakkan penanaman padi.
-           Kawasan kaki bukit yang beralun terdiri daripada tanih jenis laterit sesuai untuk penanaman tanaman getah dan kelapa sawit menjadikan kawasan ini menjadi tumpuan penduduk seperti Baling dan kulim, Kedah serta di sekitar Kerian dan Kuala Kangsar.
-           Kawasan pinggir pantai juga merupakan kawasan tumpuan penduduk kerana kawasan ini dikaitkan dengan aktiviti perikanan, pelancongan dan juga pelabuhan.

-           Kawasan pedalaman adalah kawasan jarang penduduk kerana kawasan ini terpencil dan kekurangan kemudahan kecuali tempat-tempat tertentu yang menjadi kawasan pertanian dan pelancongan seperti Tanah Tinggi Cameron, Kundasang, Bukit Fraser dan Tanah Tinggi Genting.

3.2        Faktor ekonomi.
-           Tumpuan penduduk biasanya di kawasan yang mempunyai aktiviti ekonomi yang banyak seperti kawasan perindustrian, kawasan pertanian, perikanan dan juga kawasan perlombongan.

3.2.1 Kawasan Perindustrian.
1. Mergong, Kedah.
2. Mak Mandin dan Perai, Pulau Pinang.
3. Shah Alam dan Petaling Jaya, Selangor.
4. Larkin dan Tampoi, Johor.
5. Sandakan, Tawau, Likas dan Kepayan, Sabah.
6. Bintulu dan Sg. Antu, Sarawak.

3.2.2 Kawasan Perikanan.
1. Kuala Perlis, Perlis.
2. Kuala Kedah, Kedah.
3. Kuala Kemaman, Terengganu.
4. Papar, Kudat, Sandakan, Lahad Datu dan Semporna, Sabah.
5. Lutong, Miri, Bintulu dan Kuching, Sarawak.
3.2.3 Kawasan Pertanian.
- Kawasan pertanian merupakan kawasan yang mempunyai jumlah penduduk sederhana padat seperti di Sg. Tiong dan Jerangau, Terengganu, sekitar Keningau, Tenom dan Ranau, Sabah serta di sekitar Sri Aman, Kapit, Sarikei dan Sibu, Sarawak.
- Kawasan pertanian yang dibuka oleh FELDA merupakan kawasan pertanian yang berpenduduk jarang di Malaysia seperti di FELDA Jengka Tiga Segi, Pahang, FELDA Kemahang, Kelantan dan FELDA Sahabat dan Umas, Sabah.
Maklumat Tambahan:
FELDA - Federal Land Development Authority / Lembaga Kemajaun Tanah Persekutuan (LKTP)
B7 Latihan 5.
Jawab semua soalan di bawah.
1. Mengapakah kawasan tanah pamah menjadi tumpuan penduduk?
2. Nyatakan 2 contoh kawasan yang berpenduduk padat yang terdapat di Semenanjung Malaysia akibat daripada kesuburan tanah jenis aluvium.
1. _______________________________
2. _______________________________
3. Nyatakan 4 kawasan tanah tinggi yang mempunyai kepadatan penduduk sederhana akibat daripada kegiatan pertanian dan juga pelancongan.
1. _________________________________________________________
2. _________________________________________________________
3. _________________________________________________________
4. _________________________________________________________
4. Nyatakan 5 kawasan yang berpenduduk padat akibat daripada aktiviti perindustrian di Malaysia.
1. _________________________________________________________
2. _________________________________________________________
3. _________________________________________________________
4. _________________________________________________________
5. _________________________________________________________

3.3        Faktor sejarah.
- Petempatan awal di Malaysia terletak di muara sungai, tebing sungai dan pinggir laut.
-     Selat Melaka yang menjadi jalan perdagangan sejak dahulu lagi telah menyebabkan perkembangan pelabuhan dan perdagangan di pantai barat Semenanjung Malaysia termasuk kesan pentadbiran British yang hanya mengutamakan kawasan pantai barat semenanjung kerana atas dasar kepentingan ekonomi.
3.4        Sumber mineral.
-           Kawasan yang kaya dengan sumber mineral juga merupakan kawasan tumpuan penduduk seperti Lembah Kinta dan Sg. Lembing yang kaya dengan sumber mineral timah.  Bukit Besi yang kaya dengan mineral besi.
-           Paka, Kerteh, Lutong, Miri dan perairan Labuan yang kaya dengan sumber petroleum dan gas asli.
-           Kehabisan sumber mineral di sesuatu kawasan akan menyebabkan tumpuan penduduk akan beralih ke tempat lain dan penduduk akan menjadi berkurangan di kawasan berkenaan seperti Sg. Lembing dan Bukit Besi.
-           Kuala Lumpur, Ipoh dan Taiping merupakan bandar yang padat penduduk akibat daripada aktiviti perlombongan mineral timah.

-           Aktiviti perlombongan petroleum dan gas asli yang diusahakan di luar pantai Terengganu, Sarawak dan Sabah mewujudkan pelbagai jenis industri di kawasan sekitarnya.

-           Penapisan petroleum dibuat di Kertih, Lutong, Port Dickson dan Tangga Batu.

-           Bintulu adalah pusat mencairkan gas asli.

-           Bandar Miri dan Paka menjadi tumpuan penduduk kerana perlombongan petroleum dan gas asli.

3.5        Dasar kerajaan.
-           Dasar kerajaan memainkan peranan penting dalam usaha penyebaran penduduk di sesebuah negara yang membawa kesan pada taburan penduduk terutama sekali Dasar Perindustrian Negara dan Dasar Pertanian Negara.
-           Dasar Perindustrian Negara bertujuan untuk menggalakkan penubuhan kawasan perindustrian bebas cukai.
-           Kawasan perindustrian terancang seperti:
1. Sg. Way dan Teluk Panglima Garang, Selangor .
2. Bayan Lepas dan Perai, Pulau Pinang.
3. Jelapang dan Kinta, Perak.
4. Sama Jaya, Sarawak.
5. Pasir Gudang, Johor.
6. Teluk Kalong Kemaman, Terengganu.

-     Pembukaan rancangan kemajuan tanah merupakan satu usaha kerajaan memindahkan penduduk dari kawasan padat penduduk ke kawasan jarang penduduk melalui usaha pembukaan tanah baru untuk tujuan penanaman kelapa sawit dan getah.
-           Agensi kerajaan yang terlibat :
1. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
2. Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
3. Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
4. Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
5. Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDA)
6. Lembaga Simpanan dan Kemajuan Tanah Kuching (LCDA)  

B7 Latihan 6.
Jawab semua soalan di bawah.
1. Mengapakah kawasan muara sungai, tebing sungai dan juga pinggir pantai menjadi tumpuan  penduduk dalam penempatan awal di Malaysia?
2.  Nyatakan 2 contoh kawasan yang berpenduduk padat akibat daripada sumber mineral petroleum dan  gas asli.
1. _______________________________
2. _______________________________
3.  Nyatakan 2 contoh kawasan yang mengalami pengurangan penduduk akibat daripada kehabisan sumber mineral.
1. _________________________________________________________
2. _________________________________________________________
4.  Nyatakan 6 agensi kerajaan yang terlibat dalam usaha penempatan baru penduduk ke kawasan tanah baru di Malaysia.
1. _________________________________________________________
2. _________________________________________________________
3. _________________________________________________________
4. _________________________________________________________
5. _________________________________________________________
6. _________________________________________________________

3.6        Pengangkutan dan perhubungan.
-           Kemudahan pengangkutan dan perhubungan memainkan peranan penting sebagai pusat tumpuan penduduk.
-           Kawasan yang kurang jaringan pengangkutan adalah kurang penduduk seperti di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.
-           Sistem pengangkutan seperti Lebuh Raya Utara-Selatan telah menggalakkan perkembangan beberapa kawasan di sepanjang laluannya seperti:-
1.         Sungai Petani, Kedah.
2.         Bukit Tengah dan Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.
3.         Jelapang, Perak.
4.         Senai, Johor.
-           Pembinaan lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang dan Bayan Lepas menyebabkan kawasan sekitarnya menjadi tumpuan penduduk.
-           Peluang pekerjaan yang terdapat di kawasan pelabuhan seperti pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Pasir Gudang, Pelabuhan Tanjung pelepas dan Pelabuhan Kuantan menggalakkan kawasan ini menjadi tumpuan penduduk.
7 Latihan 7.
Jawab semua soalan di bawah.
1. Mengapakah pengangkutan dan perhubungan memainkan peranan dalam hal kepadatan penduduk?
2. Nyatakan 2 contoh kawasan yang berpenduduk jarang akibat daripada sistem pengangkutan yang   kurang.
1. _______________________________
2. _______________________________
3. Nyatakan 4 kawasan yang telah berkembang akibat daripada wujudnya pengangkutan Lebuh Raya  Utara Selatan.
1. _________________________________________________________
2. _________________________________________________________
3. _________________________________________________________
4. _________________________________________________________

B7 Latihan 8.
Jawab semua soalan di bawah. Nyatakan taburan penduduk sama ada padat, sederhana padat atau jarang dan faktor utama yang mempengaruhi taburan penduduk di dalam jadual di bawah. Kawasan


Kawasan
Taburan
Faktor Yang Mempengaruhi
Ipoh


Bayan Lepas


Genting Highlands


Banjaran Kapuas


Mersing


Banjaran Tahan


Seremban


Kerteh



1 comment:

  1. No deposit bonus codes 2021 - DrmCD
    The best no deposit bonus codes 2021, all from 속초 출장샵 top casino sites and top bonuses. Register and start earning 나주 출장마사지 real money with 강원도 출장마사지 our no deposit bonus codes 성남 출장마사지 now. 구리 출장안마

    ReplyDelete