Wednesday, April 25, 2012

Bahasa Melayu: Siri Cemerlang

KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU SPM – BM2.

LATIHAN 1

EJAAN DAN IMBUHAN

SOALAN SPM BM2 2006 – SOALAN

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat-ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

i. Gerakan Cintailah Bahasa Kita telah dilancarkan untuk mendokong usaha kemasyarakatan bahasa Melayu.

ii. Setiap pusat melupuskan sampah hendaklah sentiasa di pantau supaya mesra alam dan tidak memudaratkan penduduk sekitarnya.

iii. Pengurusan syarikat itu mensasarkan peningkatan jualan prodaknya sebanyak tujuh puluh peratus dalam jangka masa setahun.

JAWAPAN:

i. Gerakan Cintailah Bahasa Kita telah dilancarkan untuk mendukung usaha memasyarakatkan /pemasyarakatan bahasa Melayu.

ii. Setiap pusat pelupusan sampah hendaklah sentiasa dipantau supaya mesra alam dan tidak memudaratkan penduduk sekitarnya.

iii. Pengurusan syarikat itu menyasarkan peningkatan jualan produknya sebanyak tujuh puluh peratus dalam jangka masa setahun.

[6 markah]

LATIHAN 2.

EJAAN DAN IMBUHAN

SOALAN SPM BM2 2007 – SOALAN

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat-ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Wakil rakyat di kawasan pedalaman itu telah mensyorkan pembinaan sebuah stesen jana kuasa kecil di situ.

(ii) Penggunaan e-mail memberikan kemudahan untuk seseorang menyampai mesej dalam beberapa saat sahaja.

(iii) Kempen anti-dadah peringkat kebangsaan yang dilancar oleh kerajaan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat.

[6 markah]

JAWAPAN:

i. Wakil Rakyat di kawasan pedalaman itu telah mengesyorkan pembinaan sebuah stesen jana kuasa kecil di situ.

ii. Penggunaan e-mel memberikan kemudahan untuk seseorang menyampaikan mesej dalam beberapa saat sahaja.

iii. Kempen antidadah peringkat kebangsaan yang dilancarkan oleh kerajaan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat.

[6 markah]

LATIHAN 3.

EJAAN DAN IMBUHAN

SOALAN SPM B2 2009 – SOALAN 3:

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pengusaha kafetaria itu telah dikenakan tindakan kerana persediaan makanan yang tidak bersih.

(i) Peragawati itu menggunakan losyen berjenama terkenal untuk melembuti kulitnya.

(ii) Penggunaan peralatan eletronik membolehkan murid-murid mengikuti kaedah pelajaran terkini.

JAWAPAN:

(i) Kafetaria - kafeteria
Persediaan - penyediaan / menyediakan.

(ii) losyen - losen
melembuti - melembutkan.

(iii) eletronik - elektronik.
pelajaran - pembelajaran / pemelajaran.

[6 markah]

No comments:

Post a Comment