Wednesday, April 25, 2012

Bahasa Melayu: Cerpen Israk


CERPEN ISRAK

CERPEN ISRAK
Set 1
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Israk menekan punat televisyen. Malangnya tiada apa-apa pada skrin. Kaca TV hitam sahaja. Israk mencebik.
“TV pun rosak!” Sengaja ditinggikan suaranya seperti ‘injak naik’ yang menaikkan jumlah voltan arus yang mengalir.
Dengan spontan kerusi ditolak ke bawah meja. Mikraj menapak ke ruang tamu seluas 4m x 6m itu. Mata bundarnya memandang Israk yang mundar-mandir di situ. Bagaikan cacing kepanasan. Sesungguhnya dia tidak serasi dengan situasi di situ, di rumah Wah, Kampung Sayong.
“Bukankah Wah lebih tua daripada kita. Lagipun dia nenek kita. Tentu orang cerdik seperti abang tahu tanggungjawab!’
Israk melemparkan pandangan ke luar jendela. Daun pokok pisang melambai-lambainya seolah-olah mengejinya. Dia mengetap bibir.
“Abang, kalau tanpa Wah, pa tidak hadir ke dunia. Sekaligus kita berdua pun tidak melihat dunia seperti sekarang.”
“Teori pembiakan manusia itu abang sudah tahu. Tak perlu diajar lagi!”
“Ini peluang bagi abang …. Rebutlah. Jangan pula abang menyesal kemudian hari.”
“Kurang faham!”
“Abang terlalu mengikut hati. Atma, perasaan, jiwa, kalbu, garisah, naluri, dan sebagainya termasuk nafsu! Sepatutnya abang yang memandu hati, bukan hati yang memandu abang!”
(Dipetik daripada cerpen Israk
Oleh Erda Roslan Khairi dalam antologi Harga Remaja
Dewan Bahasa dan Pustaka.)
Cadangan jawapan
Set 1
(i) Maksud rangkai kata cacing kepanasan adalah:
- Menjadi tidak tentu arah.
- Menjadi gelisah/ tidak selesa/ terseksa
[2 markah]
(ii) Kita wajar menghormati orang yang lebih tua daripada kita kerana:
- Orang tua banyak mempunyai pengalaman/ berkemampuan untuk memberi nasihat atau panduan kepada kita.
- Orang tua seperti ibu bapa banyak jasanya kepada kita terutama dalam memberikan pendidikan dan menjaga keselamatan diri kita.
- Golongan muda perlu menjadi orang yang bersopan/ berbudi bahasa sesuai dengan budaya Timur/ nilai Islam.
- Menjadi tuntutan agama dan adat agar yang muda menghormati orang yang lebih tua.
[3 markah]
(iii) Satu latar masyarakat dalam petikan:
- Masyarakat yang suka memberi nasihat. Contohnya Mikraj tanpa jemu memberikan nasihat kepada Israk tentang tanggungjawabnya kepada nenek mereka/ menghormati nenek.
- Masyarakat yang sombong dan sukar menerima nasihat
Israk terlalu mengikut perasaannya dan tidak mahu menerima teguran Mikraj tentang pengorbanan Wah melahirkan bapa mereka , pa.
Satu latar masyarakat dalam keseluruhan cerpen.
- Masyarakat yang penyayang. Contohnya Mikraj sayang akan neneknya Wah.
- Masyarakat yang dibesarkan dan mendapat pendidikan di luar negara. Contohnya Israk dibesarkan di Perth dan mendapat pendidikan dalam bidang korporat.
- Masyarakat desa yang banyak mengusahakan kebun buah-buahan Contohnya Wah mengusahakan kebuh buah-buahan dan membesarkan Adam sehingga Berjaya dengan hasil tanaman.
- Masyarakat berpendidikan barat. Israk mendapat pendidikan tinggi di Australia
- Masyarakat yang terlalu mengagung-agungkan budaya dan cara hidup barat
Israk tidak selesa mengamalkan cara hidup kampung ketika berada di rumah Wah. Ketika Mikraj mengajaknya membersihkan kebun Wah, Israk bertengkar dengan Mikraj kerana tidak mahu mengikut Wah ke kebun.
[4 markah]
Set 2
Baca petikan cerpen di bawah ibi dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Gambaran ketidakselesaan jelas terbayang pada wajah Israk. Dia menjodong. Mujur gitar yang dibeli di Buenos Aires dibawa bersama. Penghibur ketika waktu bosan. Siti Hawa yang memerhatikan tingkah anak bujangnya itu hanya menggeleng. Geleng ibu bukan sebarang geleng. Ishak yang dibesarkan di Perth itu langsung tidak pernah menjejakkan kaki ke rumah Wah. Inilah pertama kali dia melihat Wah dari dekat. Hidup Wah Nampak berbeza daripada hidupnya. Baginya, pengajiannya dalam bidang korporat itu tidak akan menjadikan hidupnya seperti Wah. Temperamen mengatasi segalanya.
“Adam, bawalah anak bini kamu ke dapur. Tadi, mak pungut buah-buahan tu. Makanlah,” kata Wah dengan tenang sekali.
Mikraj mengintai Wah melalui langsir pintu bilik yang bergerak ditampar angin desa. Wah bersolat sebaik sahaja azan selesai berkumandang. Wah orang alim kerana lahir dalam kalangan orang alim.
“Wow, lawanya!” Mikraj berteriak ketika melihat isi buah durian yang keemas-emasan itu.
(Dipetik daripada cerpen Israk
Oleh Erda Roslan Khairi antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka.)
(i) Gambaran ketidakselesaan jelas terbayang pada wajah Israk.
Mengapakah Israk berkeadaan demikian?
Israk berkeadaan demikian kerana:
§ Israk dibesarkan dalam latar belakang yang berbeza iaitu di luar negara (Perth).
§ Itulah kali pertama Israk ke rumah Wah [2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah tindakan yang dapat anda lakukan untuk menggembirakan ibu bapa kita?
Berikan tiga tindakan.
[3 markah]
Antara tindakan yang boleh saya lakukan untuk mengembirakan hati orang tua adalah:
- Menjaga kebajikannya dan sentiasa membawa orang tua bersiar-siar.
- Sentiasa menjaga hati mereka dan tidak mengecilkan hati mereka.
- Cuba memenuhi permintaan mereka.
- Beri mereka hadiah pada hari istimewa mereka.
- Selalu berada di samping mereka.
- Selalu bertanya khabar jika tidak dapat menzirahi mereka
- Selalu meminta pandangan dan nasihat mereka
- Menjaga nama baik keluarga dan keturunan
[3 markah
(iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran lain yang terdapat dalam cerpen.
[4 markah]
Satu pengajaran yang terdapat dalam petikan:
- Kita mestilah ingat asal usul kitaTindakan Israk yang lupa akan asal usulnya iaitu tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan hidup di kampung tidak disenangi oleh ahli keluarganya terutamanya adiknya Mikraj.
Satu pengajaran yang terdapat dalam keseluruhan cerpen:
- Kita hendaklah sayang akan ahli keluarga kitaWah begitu menyayangi anak cucunya. Dia memungut durian dan membawanya ke rumah untuk dimakan oleh anak dan cucunya.
- Kita perlu tabah menghadapi dugaanWah membesarkan anaknya dengan tabah setelah kematian suaminya.
- Setiap orang hendaklah melaksanakan tanggungjawab masing-masingAdam dan keluarganya tetap menziarahi emaknya di kampung kerana dia sedar akan tanggungjawab terhadap ibunya.
- Setiap ahli keluarga mesti saling menasihati dan menegur antara satu sama lain –Wah mula menegur Israk dan Mikraj yang bertengkar dan meminta mereka berbaik semula.
- Kita mesti menghargai jurai keturunan kita walaupun di mana-mana kita tinggal/dibesarkan- Israk tidak dapat menerima cara hidup orang kampung seperti Wah kerana dibesarkan dalam budaya barat di Perth.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment