Friday, April 27, 2012

Geografi: KKG - Perniagaan Runcit Di Pasar Malam / Pekan Sari Slim River di Pekan Slim River, Perak




Templat KGT Geografi 2012

Bil
Aspek
Kriteria Penskoran
Contoh
Markah Maksimum
1.        
Tajuk:
Pekan Sari di Slim River
Menulis Tajuk
Perniagaan Runcit Di Pasar Malam / Pekan Sari di Pekan Slim River, Perak
    1 m
2
Senarai Kandungan
Senaraikan 6 atau lebih isi kandungan dengan sistem penomboran yg betul

(Calon WAJIB ikut sistem penomboran ini)

Perhatian:

Ms 1 ialah ms untuk aspek PENGHARGAAN dan seterusnya
1.0        Penghargaan
2.0    Pendahuluan
3.0    Objektif Kajian
4.0     Kaw Kajian
        - huraian kaw (kawasan)   kajian
       - Peta daerah dan peta lakar kaw kajian
5.0   Kaedah Kajian
6.0   Dapatan kajian
    6.1   konsep dan jenis perniagaan runcit di kaw kajian
6.2 Kepentingan Perniagaan Runcit
6.3  Faktor yang Mempengaruhi perniagaan runcit
6.4 kesan negatif perniagaan runcit
6.5 Cadangan mengurangkan kesan negatif
7.0   Rumusan
8.0   Lampiran

Contoh penulisan Senarai Kandungan

Bil
Perkara
Halaman
1.0
Penghargaan
1
2.0
Pendahuluan
2
3.0
Objektif Kajian
3
4.0
 Kaw Kajian
        - huraian kaw (kawasan)   
           kajian
       - Peta daerah dan peta lakar kaw kajian
4
(bukan 4-6)
5.0
Kaedah Kajian
7
6.0
Dapatan kajian
    6.1   konsep dan jenis perniagaan runcit di di Psr Mlm/ Pekan Sari di SR
6.2 Kepentingan perniagaan runcit di di Psr Mlm/ Pekan Sari di SR
6.3  Faktor yang Mempengaruhi perniagaan runcit di di Psr Mlm/ Pekan Sari di SR
6.4 kesan negatif perniagaan runcit di di Psr Mlm/ Pekan Sari di SR
6.5 Cadangan mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit di di Psr Mlm/ Pekan Sari di SR
8
(bukan 8-19)
7.0
Rumusan
20
8.0
Lampiran
21
9.0
Rujukan
22
1 m                  (senarai lebih dr 6 isi kandungan  berserta nombor halaman
3
1.0 Penghargaan
Namalah 3 atau lebih pihak yang terlibat
1.          Tuan Haji Mohd Zainul Arifien bin Mohd Jaid – Pengetua SMKA
2.          En. Ahmad Najib / Puan Hajah Sarimah – guru geografi
3.          Nama penuh ayah/ibu anda (pilih 1 sahaja)
4.          Rakan kelas anda ( 3 orang sahaja)
5.          Nama penuh responden anda ( 3 atau lebih)
2 m
(menyata dan menghurai lbh dr 4 pihak)
4
2.0 Pendahuluan
1.      Tulislah tajuk kajian dan hurailah 3 atau lbh aspek
2.      Aspek ilmiah
3.      Lama masa kajian dijalankan
1.       Tajuk kajian: perniagaan runcit di Pekan Slim River, Perak
2.       Slim River ialah sebuah pekan yang terletak di dalam  Daerah Batang Padang, Negeri Perak.Ia terletak di selatan Perak, kira-kira 20 km di utara Tanjung Malim dan 100 km di selatan Ipoh.Slim River merupakan pekan kedua terbesar di daerah Tanjung Malim dan ditadbir oleh Majlis Daerah Tanjong Malim. (http://wikimapia.org/66255/ms/Slim-River & http://ms.wikipedia.org/wiki/Slim_River)
3.       Slim River boleh dicapai melalui pengangkutan jalan raya dan pengangkutan keretapi. Terdapat Lebuhraya Utara-Selatan dan Laluan Persekutuan Malaysia 1 ke Slim River. Selain itu, stesen keretapi Slim River juga berkhidmat untuk bandar ini. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Slim_River)
4.       Sebab/huraian:
1.    Memberi peluang penduduk setempat menambahkan pendapatan atau berniaga
2. Tempat penduduk setempat mudah untuk mendapatkan barangan keperluan harian seperti ____, ___, ____ dan __
3.    Sumber pendapatan penduduk setempat dengan berniaga ___
3          Masa 5 -7 minggu kajian dilaksanakan
2 m                        (nama dan hurai lbh dr 3 aspek)
5
3.0 Objektif Kajian
Senarailah semua objektif kajian
1.               Memberikan definisi konsep dan jenis perniagaan runcit yang dijalankan di Pekan Sari Slim River, Perak
2.       Menyata dan menghuraikan kepentingan perniagaan runcit yang dijalankan di Pasar Malam /Pekan Sari di Slim River, Perak
3.       Menyata dan menjelaskan faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit yang dijalankan di Pasar Malam / Pekan Sari di Slim River, Perak
4.       Menyata dan menjelaskan kesan negatif dari perniagaan runcit yang dijalankan di di Pasar Malam / Pekan Sari Slim River, Perak
5.       Menyata dan  mencerakinkan cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit yang dijalankan di di Pasar Malam / Pekan Sari Slim River, Perak
6.       Menyata dan menjelaskan penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam perniagaan runcit yang dijalankan di Pekan Sari Slim River, Perak


2 m     (tulislah semua objektif)











6
4.0 Kawasan Kajian

 Kawasan kajian
1.            Kajian ini dijalankan di Pasar malam/Pekan Sari Slim River di Pekan Slim River, Perak.
2.            Pasar  malam/Pekan Sari ini beroperasi pada setiap hari ___________ bermula 7.00 pagi hingga 1.00 petang. Pelbagai barangan dijual seperti ___________, hasil pemerhatian saya semasa kegiatan jual beli berjalan.
3.            Lokasi pasar minggu ini ialah di pekan Slim River, Slim River, Perak.
4.            Pekan Slim River ini mempunyai bentuk muka bumi _____________. Pekerjaan utama penduduk ialah dalam sektor _________ dan sesetengahnya ___________
5.            Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-kira 150 km kilometer dari bandar Ipoh dan 100 km dari kota raya Kuala Lumpur, serta 7  km dari asrama tempat saya belajar







2 m                 (hurai 4 aspek /lbh)


Lokasi kawasan kajian
1.       Ciri
-          Lokasi
-          Kemudahan / infrastruktur
-          Perkhidmatan spt bank dll
2.       Sejarah/latar belakang
Sejaran nama SR. Slim River adalah tempat berlakunya pertempuran yang menentukan nasib Tentera British semasa serangan Jepun ke atas Tanah Melayu semasa Perang Dunia II. Tentera British telah mengalami kekalahan teruk semasa Pertempuran Jitra apabila Divisyen ke-11 India pimpinan Mej. Jen. David Murray-Lyon ditewaskan oleh Tenetra Jepun pimpinan Lt. Jen. Tomoyuki Yamashita dan yang memaksa mereka berundur ke Kampar. Tentera British mengatur pertahanan di Kampar. Tentera Jepun terus mara dan berhadapan dengan Tentera British dalam Pertempuran di Kampar. Tentera British memberikan tentangan hebat tetapi Tentera Imperial Jepun lolos melepasi barisan pertahanan British dan memaksa mereka berundur ke Slim River.

Lt. Jen. A. E. Percival dan Lt. Jen. Lewis Heath tahu sekiranya mereka gagal menyekat kemaraan Jepun dI Slim River, Tentera British tidak akan dapat mempertahankan Selangor dan Negri Sembilan. Bagaimanapun tentera British yang sedang berehat ketika berundur, telah diserang secara mengejut dalam satu pertempuran yang dikenali sebagai pertempuran di Slim River. Pertempuran ini terkenal kerana kejutan yang terhasil apabila sejumlah kecil tentera infantri Jepun dengan bantuan kereta kebal berjaya menumpaskan pasukan Tentera British yang lebih besar. Pertempuran ini mengakhiri harapan tentera British bagi mempertahankan Tanah Melayu.
Asal nama Slim River bermula daripada sungainya (Sungai Slim) yang sempit. Berdasarkan keadaan sungai yang sempit ini orang Inggeris telah menamakan bandar ini Slim River yang bermaksud sungai sempit di dalam Bahasa Malaysia. (http://www.mdtm.gov.my/web/guest/latarbelakang)

Majoriti penduduk di kawasan kajian ialah Melayu diikuti Cina dan India. Pekerjaan utama penduduk di kawasan ini ialah dalam sektor perniagaan, kaki tangan kerajaan dan swasta, bank, dan sebagainya. Kawasan kajian juga dilengkapi dengan kemudahan jalanraya, jalan kereta api, kemudahan perhubungan, elektrik dan air, premis perniagaan, bank dan sebagainya.
-          Sektor pekerjaan penduduk di SR
Peta

1.       Daerah Batang Padang



2.       Peta lakar
Peta mesti ada. ..
1.       Tajuk dan bingkai
2.       Petunjuk dan arah mata angin
·         Boleh fotokopi

1.       Lukis sendiri peta lakar dengan lengkap
-          Tajuk dan bingkai
-          Petunjuk dan arah mata angin
-          Simbol piawai
-          Kekemasan dan kesempurnaan peta
6 m                    (lengkapi peta dgn semua arahan)
7
5.0 Kaedah Kajian
Menamakan dan menghuraikannya kaedah kajian
1.       Soal selidik – saya telah menjalankan soal selidik di Pasar Sari / Pasar Malam Slim River pada _________ selama ____________ jam dengan menggunakan 20 soalan selidik untuk 20 responden (lihat lampiran)
2.       Temu bual – saya telah menenu bual ______ orang reseponden bagi/untuk mendapatkan maklumat berkaitan tajuk:_____________ yang dikaji/kesan negatif __________/latar belakang pekan SR / atau apa-apa yang anda fikirkan sesuai (minimim: 3 oranglihat lampiran soalan temu bual)
3.       Pemerhatian: saya telah membuat pemerhatian tentang bentuk muka bumi (bmb) di __________ / jenis-jenis barangan yang dipasarkan di __________ / atau mana-mana sesuai
4.       Rujukan internet: saya telah menggunakan kaedah rujukan internet bagi tujuan mengukuhkan fakta atau dapatan kajian saya seperti _______________ sebagai maklumat tambahan/ mana-mana yg sesuai
5.       Rujukan buku : _________
6.       Orang perseorangan: saya telah menemu bual En./Tuan/Puan/ Hajah _______________ (nama penuh) untuk mendapatkan maklumat tentang _____________.
2 m                    (hurai lbh dr 3 kaedah/lbh baik semua kaedah itu)
8
6.0 Dapatan Kajian






Setiap aspek dapatan kajian MESTILAH dikaitkan dengan kaedah kajian DAN menjawab soalan  OBJEKTIF KAJIAN
TEKNIK  MENULIS DAPATAN KAJIAN:

6.1        Definisi Konsep
Menurut Buku Teks Perdagangan Tingkatan Empat, perniagaan runcit ialah perniagaan yang menjalankan urusniaga menjual kepada pengguna terakhir dalam kuantiti yang sedikit untuk kegunaan diri sendiri, ahli keluarga, isi rumah atau untuk diberi kepada individu lain seperti rakan dan jiran.
Jenis perniagaan runcit yang terdapat di kawasan kajian ini ialah perniagaan runcit kecil-kecilan sahaja seperti menjual makanan dan minuman, penjual aiskrim, penjual ikan dan sayur, buah-buahan dan pakaian. Biasanya gerai yang didirikan bersifat sementara dan mereka ini akan bergerak daripada satu tempat ke tempat yang lain.
a.  Menurut Kamus Dewan Edisi ____, ms _____ kata perniagaan runcit bermaksud penjualan barang yang berbagai-bagai atau bermacam-macam,  manakala kata _________ membawa maksud _____________.
ATAU
b.   Kata _____________ bermaksud__________, manakala ______________ bermaksud ______ , iaitu pengertian yang berdasarkan Kamus Dewan Edisi ___, ms _______.
2 m            (berilah konsep  /definisi/ takrif frasa tertentu)


Apabila menghurai tentang kepentingan ini, silalah hurai mengikut yang paling tinggi peratusnya mengikut dapatan soal selidik.
6.2       Kepentingan perniagaan runcit
Masukkan jadual                                                   dan carta pai di sini dengan lengkap
 



a.                Berdasarkan hasil soal selidik yang telah saya jalankan mendapati bahawa kepentingan __________ paling tinggi, iaitu sebanyak _____ peratus, manakala kepentingan ___________, mendapat paling sedikit, iaitu sebanyak _____ peratus. Kepentingan seterusnya ialah ______ , _____, _______, dan ________, seperti carta pai di atas.

b.                  Kepentingan perniagaan runcit ini ialah menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar. Hal ini kerana ramai penduduk boleh menjalankan perniagaan di pasar malam/pekan sari ini dengan menjalankan perniagaan  seperti barangan makanan, keperluan rumah, pakaian, sayur-sayuran, buah-buahan, barangan perhiasan wanita dan sebagainya. Seterusnya, ia boleh mengurangkan kadar penggangguran dan masalah sosial penduduk seperti hasil temu bual saya dan  En. / Puan ________.  

ATAU
c.                 Hasil temu bual saya dengan En./ Puan  __________, mendapati bahawa kepentingan perniagaan runcit ini ialah menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar sebab mereka boleh menjalankan aktiviti perniagaan  seperti barangan makanan, keperluan rumah, pakaian, sayur-sayuran, buah-buahan, barangan perhiasan wanita dan sebagainya . Seterusnya, ia boleh mengurangkan kadar penggangguran dan masalah sosial penduduk.
ATAU
d.                Perniagaan Pasar Minggu / Pekan Sari ini dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada peniaga-peniaga kecil. Sebagai contohnya, berniaga _____________ dapat memberikan pendapatan tambahan kepada peniaga. Hal ini demikian kerana terdapat hampir ________ tapak jualan disediakan oleh pihak berkenaann. Dengan ini peluang untuk berniaga dari penduduk setempat adalah terbuka luas.
e.                 Kepentingan seterusnya ialah meningkatkan taraf hidup / pendapatan. Hal ini demikian kerana apabila peniaga dapat menjalankan perniagaan, mereka memperoleh pendapatan. Hasil daripada pendapatan inilah mereka gunakan untuk menabung, _________, _____ dan sebagainya. Dengan menabung untuk masa depan mereka dapat merancang untuk meningkatkan taraf hidup diri dan keluarga. Kesemua ini dapat meningkatkan punca pendapatannya dan kehidupan mereka.
f.                   Kepentingan seterusnya ialah membolehkan penduduk memasarkan barangan jualan. Hasil pemerhatian saya mendapati, terdapat banyak sayuran tempatan seperti kangkung, bayam, timun, petola dan beberapa sayuran lain dijual  di sini. Hal ini menunjukkan bahawa hasil pertanian tempatan dapat di pasarkan dengan segera dan dalam keadaan segar. Dengan ini, ia boleh menjamin mutu barangan tersebut. Di samping itu, penduduk tempatan untuk memasarkan barangan jualan mereka kerepek, hasil kraftangan dan lain-lain.
 
memudahkan penduduk tempatan membeli barangan
Di pasar malam / pasar sari  ini penjual menjual atau menyediakan pelbagai jenis barangan dan pembeli tidak perlu ke bandar ke Ipoh atau ke Kuala Lumpur yang terletak  jauh. Hal ini dapat menjimatkan masa dan kos kewangan penduduk untuk mendapat barangan keperluan itu. Di samping itu, harga yang ditawarkan di sini adalah berpatutan berbanding dengan tempat lain.  Hal ini dapat memupuk nilai berjimat cermat dalam berbelanja.
g.      h. menyediakan barangan segar
Di Pasar Malam / Pekan Sari  ini menjual barangan yang segar seperti ikan, ayam, daging lembu tempatan, sayur-sayuran dan buah-buahan dengan harga yang berpatutan dan mampu dibeli oleh penduduk. Makan sayuran segar dapat menjamin kesihatan yang baik.
h.      Kepentingan lain ialah _________.

Kepentingan seterusnya ialah ____.

Nilai:
Saya berasa amat bersyukur atas sebab kewujudan pasar malam/pekan sari dapat  memberi manfaat kepada penduduk setempat dalam mendapatkan barangan keperluan pada setiap minggu.
 Saya berasa amat bertuah/bangga berbelanja di  pasar malam/pekan sari di Pekan Slim River, Perak sebab penawaran harga barangan di sini ditawarkan dengan harga yg berpatutan di samping byk pilihan.












5m

(hurailah 5 atau lbh kepetingan berdasarkan soal selidik , dan tambahkan 1 kaedah lain dan 1 nilai)




















































































































































































f. * / **pilih yang pasar malam / pekan sari
6.3                Faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di Pekan Sari/Pasar Malam Slim River, di ______.

Berdasarkan soal selidik yang telah saya jalankan, didapati faktor ____________ merupakan faktor yang tertinggi, iaitu sebanyak _______ peratus, manakala faktor _______ adalah faktor paling rendah yang memperngaruhi perniagaan runcit di ______, iaitu sebanyak _____ peratus. Sementara faktor lain ialah ____, ____, ____, ___________ dan ________, seperti dalam graf bar di bawah.
Masukkan jadual lengkap dan graf bar mudah lengkap di sini
 




a.                  Faktor goverman menjadi faktor utama kerana banyak usaha yang dijalankan oleh kerajaan dalam memajukan pasar malam/pekan sari. Kerajaan telah menyediakan tapak pasar malam/pekan sari ini. Tapak yang disediakan pula strategi, iaitu berdekatan dengan bank / institusi kewang seperti Agrobank, Maybank dll, berdasarkan pemerhatian saya.
b.   Modal
Berniaga di Pasar Minggu / Pekan Sari ini tidak memerlukan modal yang besar. Kebanyakan peniaga mengeluarkan modal yang kecil antara RM 200 – RM 300 untuk berniaga di pasar minggu ini, malah ada juga yang mencecah ribuan ringgit. Jumlah barangan yang dijual juga tidaklah banyak dan pilihan barangan kepada pengguna adalah agak terhad. Keadaan ini adalah disebabkan modal yang terhad.
c.    Infrastruktur
Kemudahan infrastruktur seperti tapak perniagaan yang selesa dan strategik, namun hasil dari pemerhatian saya mendapati bahawa tempat meletakkan kenderaan perlu dibaiki dan adakan semula dan tempat pembuangan sampah yang sistematik. Pasar malam / pekan sari ini strategi sebab terletak berhampiran jalan utama yang menghubungkan Bandar Tg. Malim dan Ipoh, ibu negeri Perak. Di samping itu, kedudukan tapak pasar malam / pekan sari ini baik sebab berhampiran dengan stesen bas dan teksi. Hal ini memudahkan pembeli/pengguna untuk tidak berjalan kaki terlalu jauh apabila menggunakan kenderaan awam itu. Seterusnya, terdapat 3 pusat kewangan utama yang terletak berhampiran pasar malam / pecan sari ini di sini, iaitu Maybank Berhad, Agrobank Berhad dan Bank Simpanan Nasional. Dengan adanya kemudahan perbankan seperti ini, ia memudahkan pengguna untuk urusan pengeluaran wang bagi tujuan membeli barangan keperluan.
d.   Pertambahan penduduk
Kebiasaannya pasar malam / pasar sari  ini menjadi tumpuan penduduk untuk membeli belah. Hal ini disebabkan oleh bilangan penduduk di kawasan ini yang semakin bertambah. Pertambahan penduduk disebabkan berlakunya migrasi. Migrasi berlaku disebabkan terdapatnya institusi pendidikan seperti Politeknik Sultan Azlan Shah dan Universiti Pendidikan Sultan Idris yang menawarkan pendidikan kepada penduduk. Mereka menyewa rumah yang berdekatan dengan pasar malam / pekan sari Slim River ini. Di samping insitusi pendidikan, terdapat juga kilang kenderaan, iaitu kilang Proton yang menawarkan peluang pekerjaan.  Di samping itu, kehadiran penduduk di kawasan lain turut sama singgah ke pasar malam / pasar sari  ini , iaitu penduduk dari Felda Trolak, Felda Besout, Felcra Serigala dan Felda Sungai Behrang.
e.                Darjah ketersampaian
Lokasi Pasar Malam /Pasar Sari Slim River ini sangat strategik kedudukan yang terletak di tengah-tengah pekan Slim River, dengan berhadapan dengan Ibu Pejabat  Polis Slim River, 3 buah institusi kewangan, berhampiran dengan stesen bas dan teksi, stesen komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan mempunyai kemudahan jalan raya yang selesa dan berhampiran Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dan persimpangan keluar tol Slim River. Dengan adanya kemudahan pengangkutan, hal ini mempercepatkan proses darjah ketersampaian sebab perhubungan yang baik menjadikan penghantaran barangan lebih cepat dan pembangunan lebih maju
f.      Kesesuaian waktu berniaga
Di  Pasar malam / Pasar Sari  ini menjalankan kegiatan perniagaan pada hari Ahad (hujung minggu), iaitu bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada 1.00 petang / jam 4.30 petang hingga 10.00 malam. * Pada hujung minggu pula, penduduk membeli barangan keperluan untuk simpanan pada hari bekerja mereka nanti. Penawaran yang baik dapat membantu penduduk menyimpan barangan keperluan itu dengan mudah dan kualiti terjamin dan segar. ** Aktiviti perniagaan yang dijalankan pada waktu petang sesuai bagi pengguna di sini kerana mereka boleh menikmati barangan keperluan dengan mudah  terutamanya makanan. Hal ini demikian kerana banyak pengguna yang datang adalah mereka yang bekerja sehingga petang di persekitaran Pekan SR dan sekitarnya. Dengan mendapatkan barangan ini , mereka boleh mengurangkan penat untuk memasak, terutama pada waktu malam selepas bekerja, sambil menikmati hidangan lain seperti nasi kerabu, nasi dagang, sate dan seumpamanya.
g.   Unsur patriotisme
4         m  
(hurailah 5 atau lbh faktor berdasarkan soal selidik dan tambahkan kaedah kajian lain, serta tambahkan 1 nila)



6.4             Kesan negatif perniagaan runcit di Pasar Malam / Pasar Sari
Ketika melaksanakan kerja kursus ini, terdapat beberapa kesan negatif yang telah dikenal pasti.
a. Masalah sosial * jika ada- jika tiada jangan buat
Pasar malam / Pasar Sari  ini menjadi tempat pelajar sekolah berpeleseran dan melakukan perbuatan yang menjolok mata seperti berpegangan tangan dan memakai pakaian yang kurang sopan.
pelanggan yang mencuri barang perniagaan.          
b. Persaingan dengan kedai runcit tempatan
Keadaan ini boleh menyebabkan rasa tidak puas hati kerana pelanggan kedai runcit tempatan akan kehilangan pelanggan dan akibatnya mereka akan mengalami kerugian. Persaingan dalam menawarkan harga yang lebih rendah dengan kualiti barangan berlaku. Keadaan ini berlaku adalah disebabkan kurang pemantauan daripada pihak yang berkenaan. Disebabkan kurang kawalan, peniaga boleh menetapkan harga barangan itu sesukan sesuka hati. Dengan demikian, para penggunalah yang tertipu dalam situasi ini. Oleh itu, berhati-hatilah membeli barangan sekiranya tidak ingin ditipu penjual
c. Pencemaran
kebiasaannya selepas habis berniaga, persekitaran kawasan pasar malam /pekan sari ini akan dipenuhi dengan sampah sarap seperti sisa-sisa makanan, bungkusan makanan, barangan busuk, plastik dan sebagainya.sisa-sisa  makanan ini selalunya mengudang lalat, langau dan anjing liar. Keadaan ini menyebabkan berlakunya pencemaran bau dan tidak menyenangkan penduduk serta boleh menjemput pelbagai penyakit. Setiap pengguna pasar malam / pekan sari ini mengamalkan nilai kebersihan persekitaran dan kebersihan hati, barulah persekitaran pekan SR ini bersih dan bebas dari wabak penyakit.
d. Kesesakan lalu lintas
masalah kesesakan lalu lintas sering berlaku kerana pengunjung suka meletakkan kenderaan mereka sesuka hati terutamanya di bahu-bahu jalan yang mengganggu dan menyekat kenderaan lain.
e.  Harga tanpa kawalan
-
kebanyakan harga barang di pasar minggu ini tidak dipantau oleh pihak kerajaan. Oleh itu, terdapat kemungkinan pengunjung akan ditipu oleh peniaga yang menjual barangan melebihi harga biasa.
f. Barangan tidak berkualiti
- terdapat peniaga yang menjual barangan yang tidak berkualiti dan mudah rosak.
- jual madu palsu, ubat-ubatan yang palsu yang boleh memudaratkan kesihatan.

g. Unsur patriotisme
5 m     (hurailah 5 isi atau lbh berdasarkan soal selidik kedudukannya dan sertakan 1 nilai)



6.5 Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Negatif Perniagaan Runcit di Kawasan Kajian
a. Kuat kuasa undang-undang
- Pihak berkuasa hendaklah mengenakan denda dan hukuman yang berat kepada peniaga.
b. Pengawalan harga
- kerajaan perlu sentiasa memantau dan mengawal harga barangan yang dijual di pasar minggu ini bagi mengelakkan pembeli daripada ditipu oleh pihak peniaga.
c.  Kempen kesedaran
- boleh gunakan risalah – tampal poster dan banner bagi memberi kesedaran kepada pengunjung dan peniaga.
d. Menyediakan kemudahan asas
- pihak berkuasa perlu menyediakan lebih banyak tong sampah di kawasan perniagaan bagi memudahkan peniaga membuang sisa dan sampah ke dalam tong tersebut.

e. Unsur patriotisme
4 m    (hurailah 4 atau lbh cadangan berdasarkan kedudukan dlm soal selidik serta tambahkan kaedah kajian serta 1 nilai)
9
7.0 Rumusan
Merumus kembali objektif kajian dan hasil dapatan kajian
a.    perniagaan runcit pasar malam ini banyak memberi manfaat kepada peniaga dan pengunjung.
- dapat menambah pendapatan mereka manakala pembeli dapat membeli barangan keperluan harian dengan mudah dan dapat menjimatkan masa.
2 m  (hurailah rumusan semua kajian bersandarkan objektif dan 1 nilai)
10
8.0 Lampiran
Melampirkan semua surat, soalan kajian, soal selidik, gambar dll sebagai bahan sokongan
Susunan lampiran spt berikut:
1.       surat pengenalan diri calon
2.       surat kebenaran membuat kajian
3.       surat makluman kepada penjaga
4.       surat kebenaran ibu bapa*
5.       surat penghargaan
6.       soalan temu bual
7.       borang soal selidik
8.       gambar/foto
9.       bahan dr internet, buku, majalah dll
*tidak disediakan oleh sekolah ini
2 m                (sertalah 5 atau lbh bahan mengukit susuna dsb)
11
Penulisan Bibliografi
Teknik menulis bibliografi
Buku Ilmiah

Khairuddin Hj. Kamaruddin, 1992. Hutan Hujan Tropika Semenanjung Malaysia. Malaysia: Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
Lee Shok Mee, Tee Kim Hong, 1994, Pendidikan Alam Kanak-Kanak. Malaysia: Persatuan Pecinta Alam Malaysia.
ATAU
[nama pengarang, tahun buku dikeluarkan, tajuk buku. Tempat buku itu dikeluarkan]
Jurnal
Ranjit Gill. MAS AIRBONE: The Evolution And Birth Of Malaysia Airlines, dalam Jurnal  Malaysia Airlines. Bil. 9 jun 1993

Yayasan Warisan Johor 1999. Jilid 111. Jurnal Warisan Johor, dalam JSEAH. Vol.10 april 1989.
ATAU
[nama pengarang/jika tiada nama tajuk artikel jurnal itu, tajuk jurnal, jilid terbitan, tempat terbit]

Akhbar
Utusan Malaysia, 17 Jun 2005, halaman 10
[nama akhbar, tarikh terbitan dan halaman terbitan]

Orang Sumber
Encik Ahmad Najib, 48 Tahun, No. 2,  Jalan Mangsa Setia, Taman Mangsa Setia, 35900 Tanjong Malim, Perak.
Puan Hajjah Salimah, 52 tahun, No. 48, Jalan Manggis, Taman Manggis, 44010 Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Melawat Tempat Kajian

Pejabat Perhutanan Bukit Nanas, Jalan Bukit Nanas, 50250 Kuala Lumpur
Zoo Negara Malaysia, Jalan Ulu Kelang, 54200 Kuala Lumpur
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Jabatan Perhutanan Malaysia, Hutan Simpan Bukit Nanas, Jalan Raja Chulan, 50250 Kuala Lumpur.
Internet



1 comment: