Friday, April 27, 2012

Geografi: Tumbuhan Semulajadi





BAB 2 TUMBUHAN SEMULAJADI/ EKOSISTEM


CIRI-CIRI TUMBUHAN SEMULAJADI
Lokasi spesifik / negara.
Nama tumbuhan Semulajadi spt Monsun Tropika.
Lapisan / keIompok spt lapisan bawah jarang, dirian tulen dll.
Kepadatan spt jarang, padat.
Sifat pokok spt. kayu keras, berakar banir, gugur pada musim kemarau dll.
Ketinggian pokok.
Sifat daun spt lebar, berduri dll
Jenis haiwan.

LANGKAH-LANGKAH MENGEKALKAN TUMBUHAN SEMULAJADI

    Penghutanan / Menanam semula pokok yang ditebang.
mewujudkan hutan simpan / taman negara + cth.
mlewujudkan Estet Hutan Kekal + cth lokasi.
menebang pokok yang matang sahaja - garis pusat > 45 cm.
mendenda pembalak haram.
mengeluarkan / menghadkan lesen kepada pembalak.
menjalankan rawatan spt mencantas akar / sivilkultur.
Mewujudkan renjer hutan untuk mengawas pemalak haram / kebakaran hutan.
menghadkan kawasan pembalakan.
Peranan agensi kerajaan spt FRIM (Menjalankan penyelidikan).
Peranan pertubuhan antarabangsa spt. ITTA & TFAP.
alternatif lain spt kayu getah sebagai pengganti kayu balak.
undang-undang menghalang penerokaan hutan.
mengharamkan eksport kayu bulat.
menanam pokok / benih yang bermutu tinggi + cth pokok.
Kempen kesedaran di sekolah / badan pencinta alam /WWF.
latihan teknologi pengurusan hutan kepada pegawai hutan/ pembalak.
Akta perlindungan hidupan liar,
pusat pemulihan hidupan liar spt orang utan, badak,bison.
KEPENTINGAN TUMBUHAN SEMULAJADI
Membekalkan oksigen kepada manusia melalui proses fotosintesis.
menyederhanakan suhu melalui:
  1. proses fotosintesis dan sejat peluhan.
  1. Silara / payung yang menghalang cahaya matahari dari terus sampai ke permukaan bumi - mengurangkan kadar luluhawa fizikal,
Menghalang tiupan angin kencang.
Sumber kayu balak (kayu keras / lembut).
Sumber perubatan tradisional, rotan.
Bekalan kain bulu untuk industri kasut / pakaian
Habitat kepada haiwan.
Mengekalkan rantaian makanan haiwan herbivor
Sumber kraftangan seperti rotan dan buluh.
Kawasan tadahan hujan.
Akar pokok memperlahankan aliran air hujan - mengurangkan hakisan tanah.
Kawasan rekreasi / pelancongan melalui aktiviti tracking.
Menggalakkan proses larut resap- punca air bagi sungai.
Akar pokok mengurangkan kelajuan aliran air - kurangkan hakisan.
Mengurangkan bebanan sungai - menghalang berakunya banjir.
Mengekalkan kesuburan tanah - membekalkan humus / nutrien.
Pekerjaan bagi pemburu / pembalak / renjer.
 
KESAN ALAM SEKITAR AKIBAT KEPUPUSAN TUMBUHAN SEMULAJADI
PENINGKATAN SUHU
Cahaya matahari terus memancar ke permukaan bumi. Karbon dioksida melebihi oksigen di atmosfera
Kurangnya proses fotosintesis dan sejat peluhan.
Kurang penyederhanaan suhu kerana kadar sejatan yang tinggi.
Tiada pokok untuk menyerap haba matahari.
Tiupan angin kencang keran tiada pokok untuk menghalang tiupan angin.
Rantaian makanan haiwan terjejas.
Habitat haiwan terganggu.
Kekurangan sumber untuk industri pembalakan & kraftangan.
Hakisan tanah giat berlaku kerana permukaan tanah terdedah kepada hujan (i.e. akibat air larian) angin dan cahaya matahari.
Sungai cetek, keruh dan tercemar kerana mendapan bahan hakisan / kelodak.
Banjir kilat mudah berlaku kerana sungai cetek
AKTIVITI-AKTIVITI MANUSIA YANG MENGHAPUSKAN HUTAN
Penebangan hutan kerana pembukaan kawasan:
Pentanian / pertanian pindah + cth lokasi.
perlombongan + cth lokasi.
Petempatan + cth lokasi.
Perindustrian + cth lokasi.
Pembikinan jalan raya + cth lokasi.
Pembinaan empangan KEH untuk mengairi sawah padi.
Aktiviti pembalakan yang berleluasa / berlebihan.
Hujan asid akibat industri kilang yang mengeluarkan sulfur dioksida.
Peperangan di kawasan hutan.

No comments:

Post a Comment