Friday, August 30, 2013

Nota phonetic phonology


Bab 10: Fonetik Akustik dan Fonetik Auditori


Bab 10: Fonetik Akustik dan Fonetik Auditori
1
Bab 10
Fonetik Akustik dan Fonetik Auditori
Pada akhir topik, pelajar akan dapat
a. memahami bidang fonetik akustik dan fonetik auditori dalam bidang fonetik.
b. mengenal konsep penting dalam bidang akustik dan auditori.
c. mengenal ciri-ciri fizikal fonetik akustik dan auditori.
d. mengenal fungsi alat-alat yang digunakan dalam fonetik akustik
e. mengenal fungsi telinga dan otak dalam fonetik auditori
Garis latar modul
10.1. Pengenalan
10.2 Fonetik akustik
10.3 Ciri-ciri fizikal bunyi akustik
10.4 Alat-alat pengukuran bunyi
10.5 Fonetik auditori
10.6 Ciri-ciri fizikal bunyi auditori
10.7 Fungsi telinga dan otak
Istilah penting
Ringkasan
Rujukan
Bab 10: Fonetik Akustik dan Fonetik Auditori
2
Bidang fonetik yang menghuraikan bunyi bahasa manusia dapat dibahagikan kepada tiga cabang kecil lagi, iaitufonetik akustik, fonetik artikulasi dan fonetik auditori. Bidang fonetik artikulasi, iaitu sub bidang kajian tentang cara bunyi manusia dihasilkan, sudah pun dibincangkan secara panjang lebar dalam beberapa bab yang lepas.
Fonetik auditori difahami sebagai cabang fonetik yang memberi tumpuan terhadap sifat akustik gelombang bunyi yang menghasilkan ujaran, manakala fonetik auditori meneliti cara telinga dan otak menterjemahkan ujaran dalam bahasa. Fonetik akustik meneliti ciri-ciri akustik bunyi bahasa dan fonetik auditori mengkaji cara telinga dan sistem persepsi menerima dan memproses bunyi bahasa manusia.
Fonetik akustik meneliti bunyi bahasa dari persepsi sifat fizikal bunyi. Ada kalanya istilah fonetik peralatan (fonetik instrumental) juga digunakan untuk merujuk kepada cabang ilmu fonetik ini kerana beberapa buah alat digunakan untuk menyukat kualiti bunyi yang dihasilkan di dalam bidang ini.Antara alat yang digunakan dalam subbidang ini termasuk spektogram,spektograf dan sinar katod.
Fonetik auditori, iaitu cabang fonetik yang berbeza daripada fonetik artikulasi dan fonetik akustik mengkaji persepsi terhadap bunyi ujaran.Kajiannya melibatkan hubungan antara rangsangan ujaran oleh penutur dan respons pendengar terhadap rangsangan tersebut melalui perantaraan sistem pendengaran dan otak manusia.
Dalam Bab 10 ini, kedua-dua cabang kecil bidang fonetik ini, iaitu fonetik akustik dan fonetik auditori akan dihuraikan. Selalunya, fonetik auditori merupakan bidang yang dikaji selepas bidang fonetik artikulasi. Oleh itu, bidang fonetik auditoriakan dihuraikan terlebih dahulu dan kemudian disusuli oleh bidang fonetik akustik.
10.1 PENGENALAN
Bab 10: Fonetik Akustik dan Fonetik Auditori
3
a. Definisi
Fonetik akustik ialah kajian terhadap bunyi bahasa.Ilmu ini mengkaji ciri-ciri fizikal bunyi dan gelombang bunyi bahasa yang dihasilkan oleh penutur. Fonetik akustik merujuk kepada kajian transmisi isyarat bunyi dari penutur kepada pendengar semasa komunikasi berlangsung (Indrawati Zahid & Mardian Shah Omar, 2007).
Menurut Nor Hashimah Jalaludin (2007), bidang fonetik akustik melibatkan pengkajian gelombang udara yang membawa bunyi ke telinga. Kamus Linguistik(1997) mentakrifkan fonetik akustik sebagai kajian tentang sifat fizikal bunyi bahasa, seperti frekuensi, amplitud yang teralir antara mulut dan telinga.
Jackson, Howard (2007) menjelaskan bidang akustik sebagai cabang fonetik yang meneliti bunyi bahasa dari sudut ciri-ciri fizikalnya.Malmkjaer, K. (2004) pula menerangkan fonetik akustik sebagai bidang yang meneliti ciri-ciri bunyi seperti yang diwakili oleh variasi tekanan udara.
Dengan demikian dapat dirumuskan bahawa fonetik akustik ialah bidang yang memberikan tumpuan terhadap sifat akustik gelombang suara, iaitu sifat fizikal bunyi yang menyampaikan ujaran. Alatan seperti spektograf digunakan untuk menganalisis bunyi akustik tersebut.
Pertama, beberapa konsep dan istilah asas dalam disiplin fonetik akustik akandihuraikan. Konsep ini adalah berkaitan dengan ciri-ciri fizikal bahasa.
b. Ciri-ciri fizikal bahasa
Fonetik akustik melibatkan ciri-ciri fizikal ujaran bahasa. Terdapat tiga ciri fizikal, iaitu nada, kelantangan dan kepanjangan dalam fonetik akustik.Kesemua ciri dapat diterangkan dengan menggunakan spektrogram, iaitu alat elektronik yang digunakan untuk merakam bunyi.
i. Nada
Nada merujuk kepada aras kelangsingan distingtif sesuatu suku kata. Nada bergantung pada kekerapan getaran pita suara. Ada beberapa jenis nada dan nada ini mempunyai kualiti yang berbeza. Umumnya, bunyi vokal merupakan bunyi bersuara yang lebih ketara didengar berbanding dengan nada bunyi tak bersuara atau bunyi bisikan.
Bunyi vokal mempunyai nada yang berlainan.Ada dua ciri nada yang membezakan bunyi vokal. Vokal depan seperti [i, e, ɛ] mempunyai nada yang tinggi kalau dibandingkan dengan vokal
10.2 FONETIK AKUSTIK
Bab 10: Fonetik Akustik dan Fonetik Auditori
4
belakang [u, o, ɔ a]. Didapati paras nada suara berbeza antara individu dan antara bunyi yang diucapkan oleh seseorang penutur.
ii. Kelantangan
Kelantangan merujuk kepada keamatan sesuatu bunyi yang dapat didengar bergantung kepada gabungan frekuensi dan amplitud gelombang.Kelantangan suara ialah istilah yang merujuk kepada kekuatan suara yang bergantung kepada kuantiti tenaga yang dibawa bersama gelombang.Kelantangan ialah kadar kekuatan atau keamatan bunyi yang dipersepsikan oleh pendengar. Kenyaringan ialah parameter yang merujuk kepada kelantangan yang didengar. Kelantangan suara ini berkaitan dengan ampitud yang merujuk kepada pergerakan partikel udara dalam gelombang bunyi. Amplitud ialah sukatan terhadap turun naik bentuk gelombang. Amplitud ialah jarak antara puncak gelombang bunyi dengan normanya.(Lihat Rajah 10.1).
Rajah 10.1 Amplitud dalam kitaran gelombang
Sesuatu suku kata boleh menjadi lebih lantang jika dibandingkan dengan suku kata yang lain.Satu bunyi dianggap lantang disebabkan oleh perubahan nada yang hadir bersama-sama kelantangan.Hal ini dapat dikesan daripada ciri bunyinya yang lebih panjang daripada bunyi yang mendampinginya.Kelantangan boleh dikaitkan dengan kepadatan semasa menghasilkan bunyi.
Selain itu, kelantangan juga ada kena-mengena dengan saiz dan amplitud getaran serta perasaan pendengar semasa memberikan penekanan bunyi.Penambahan atau peningkatan tekanan udara dari paru-paru mempunyai pengaruh untuk menghasilkan bunyi yang lebih lantang. Bunyi lantang akan menghasilkan getaran. Kesannya, amplitud yang luas tercipta.Ringkasnya, apabila bunyi atau suku kata ditekan, tekanan udara bertambah dan kesanya lebih luas amplitud getaran dapat dihasilkan.
amplitud
Masa
Bab 10: Fonetik Akustik dan Fonetik Auditori
5
Getaran dalam satu tempoh tidak mengambil kira amplitud. Satu pusingan boleh disempurnakan dalam jangka waktu yang pendek atau panjang berdasarkan masa dan kepanjangan masa. Jumlah pusingan bagi setiap 1 saat = frekuensi bagi getaran. Rajah 10.2 menunjukkan satu period (pusingan).Satu pusingan adalah dari tempat permulaan kearah titik amplitud yang maksimum dalam satu arah dan dari situ kembalike titik yang satu lagi.
Rajah 10.2 Period (pusingan) dalam kitaran gelombang
iii. Kepanjangan
Untuk mengukur sempadan bagi sesuatu bunyi atau suku kata, tidaklah menjadi masalah.Dengan menggunakan osilogram atau spektrogram sempadan bagi bunyi bagi sesuatu bunyi atau suku kata.Caranya adalah dengan menggunakan osilogram atau spektogram. Tempoh kepanjangan bagi bunyi atau suku kata bergantung pada kelajuan sesuatu ujaran.Secara purata 6-20 fonem atau segmen dihasilkan dalam 21 saat.
iv. Gelombang bunyi
Gelombang bunyi adalah suatu gangguan berkala yang bergerak dalam suatu halatuju tertentu melalui ruang dengan bentuknya yang tidak berubah semasa bergerak. Gelombang secara umumnya akan menghasilkan sumber yang bergetar. Gelombang bunyi pula yang merupakan gelombang membujur memerlukan ruang untuk disebarkan.
v. Bunyi periodik dan aperiodik
Terdapat dua jenis gelombang bunyi yang dirujuk sebagai gelombang sine (gelombang mudah), iaitu periodik dan aperiodik. Periodik pula terbahagi kepada gelombang periodik yang mudah dan gelombangperiodik yang kompleks.
a. Gelombang periodik
Periodik ialah bentuk gelombang yang mempunyai pola gelombang yang sama. Bunyi periodik dihasilkan apabila jarak antara pusingan adalah sama. Bunyi periodik memberikan sensasi nada yang jelas. Ketinggian nada dapat dikaitkan dengan frekuensi
Bab 10: Fonetik Akustik dan Fonetik Auditori
6
getaran. Semakin tinggi frekuensi semakin tinggi nada. Bunyi-bunyi periodik mempunyai bentuk sinusoid, iaitu rangkaian gelombang atau lipatan.
Gelombang periodik mudah mempunyai ciri yang dapat mengulangi pola gelombang yang sama seperti dalam Rajah 10.3yang berikut:
Rajah 10.3 Gelombang periodik mudah
b. Gelombang aperiodik
Aperiodik ialah bentuk gelombang yang tidak mempunyai pola gelombang yang sama seperti gelombang periodik. Gelombang periodik kompleks pula mempunyai gabungan dua gelombang mudah yang berbeza frekuensinya seperti dalam Rajah 10.2 di bawah:
Rajah 10.4 Gelombang periodik kompleks
Bab 10: Fonetik Akustik dan Fonetik Auditori
7
Gelombang aperiodik juga terbahagi kepada dua jenis, iaitu aperiodik bersinambung dan aperiodik alihan. Aperiodik bersinambung merujuk kepada ‘bunyi bising’. Keadaan gelombang ini diberikan nama bising putih (white noise). Lihat Gelombang aperiodik bersinambung bising putih dalam Rajah 10.5.
Rajah 10.5 Gelombang Bising Putih
Gelombang aperiodik alihan pula merujuk kepada keadaan amat pendek temponya. Walaupun keadaan gelombang kelihatan seperti periodik, iaitu turun naik seakan-akan berpola, tetapi yang membezakannya ialah pergerakannya yang lebih cepat tamat, untuk menghasilkan pola yang seterusnya. Gelombang aperiodik tersebut dapat ditunjukkan dalam Rajah 10.4 di sebelah.
Rajah 10.6 Gelombang Aperiodik Alihan
vi. Tempo
Tempo ialah kadar kelajuan artikulasi yang lazimnya diukur menurut bilangan suku kata yang diujar dalam sesaat. Tempo merupakan satu lagi ciri akustik. Setiap bunyi, sama ada vokal atau konsonan mempunyai masa tempo yang berbeza-beza. Tempo lazimnya diukur dalam unit saat (s).
vii. Harmonik
Harmonik ialah getaran pada frekuensi yang merupakan gandaan frekuensi dasar. Kualiti sesuatu bunyi bergantung pada jenis dan darjah kenyaringan harmonik yang wujud. Dengan demikian harmonik merujuk kepada komponen dalam gelombang periodik kompleks. Harmonik yang paling rendah frekuensinya disebutkan fundamental atau harmonik pertama. Konsep ini diberikan nama berdasarkan fundamental.
viii. Kelangsingan (pitch)
Kelangsingan ialah nilai tinggi dan rendah nada yang dipersepsikan oleh khayalak yang mendengar. Dalam akustik, sifat bunyi yang diukur berdasarkan kekerapan getaran pita suara. Kekerapan yang tinggi menghasilkan kelangsingsan yang tinggi, dan kekerapan rendah menghasilkan kelangsingan yang rendah.
Bab 10: Fonetik Akustik dan Fonetik Auditori
8
ix. Kitaran gelombang
Satu fitur penting dalam gelombang mudah ialah keadaannya yang menunjukkan
perulangan. Keadaan ini dihuraikan sebagai kitaran atau gelombang. Tempo untuk satu
kitaran dinamakan period, iaitu dari puncak kitaran pertama ke puncak kitaran kedua.
Lihat Rajah 10.5 yang menunjukkan kitaran (period).
x. Kualiti suara
Kualiti suara merujuk kepada sifat khusus bunyi yang dihasilkan oleh suara tertentu atau
alat nyanyian. Hal ini adalah bergantung kepada cara lipatan vokalnya bergetar.
Perbezaan yang ketara dalam bunyi ialah frekuensi utama yang dirasai sebagai nada oleh
pendengar. Perbezaan lain pula ialah keadaan rapat dua lipatan vokal, iaitu sama ada
hampir sama atau tidak teratur yang berlaku di sepanjang sisi lipatan. Ringkasnya, sifat
yang berkaitan dengan kualiti suara adalah berkaitan dengan kebolehan seseorang itu
memudahkan getarannya.
1. Berikan definisi fonetik akustik.
2. Apakah ciri-ciri bunyi fizikal? Jelaskan.
3. Bezakan antara aperiodik bersinambung dan aperiodik alihan.
4. Tontonilah klip video yang menerangkan cara spektogram berfungsi.
http://www.youtube.com/watch?v=csRsQPjOMn0
Bab 10: Fonetik Akustik dan Fonetik Auditori
9
Terdapat dua jenis alat yang digunakan untuk merakam dan menganalisis bunyi akustik. Yang pertama ialah alat yang menganalisis input akustik. Antaranya termasuk mikrofon, alat perakam, dan pita rakaman. Yang kedua merupakan alat yang menganalisis output data dari pelbagai sumber. Alat-alatnya ialah osiloskop sinar katod dan spektogram.
Alat-alat yang digunakan untuk menganalisis input akustik:
i. Mikrofon
Mikrofon ialah alat pengumpul bunyi yang sangat responsif terhadap gelombang tekanan yang dikenakan oleh gelombong bunyi pada molekul udara. Mikrofon juga berfungsi untuk menukarkan variasi tekanan gelombang bunyi yang mengetarkan molekul udara tadi kepada signal elektrik.
ii. Alat perakam
Alat perakam digunakan untuk merakam bunyi. Alat ini mempunyai pelbagai spesifikasi bagi memudahkan pengkaji membuat rakaman. Selain berfungsi untuk merakam, alat ini dapat memainkan rakaman semula, memadam, dan merakam yang sudah dirakam.
iii. Pita rakaman
Pita rakaman ialah alat yang menerima data yang dirakam. Kini dengan kemajuan teknologi sudah terdapat rakaman yang boleh disimpan secara digital.
Ciri-ciri fizikal bunyi dapat diukur dengan menggunakan beberapa alat mengukur dalam bidang fonetik akustik seperti spektogram (lihat Rajah 10.7) dan osilogram.
Rajah 10.7 Alat Spektogram
10.3. ALAT MENGUKUR FONETIK AKUSTIK
Bab 10: Fonetik Akustik dan Fonetik Auditori
10
i. Spektogram
Spektogram ialah alat yang menterjemah bunyi ke representasi visual dalam bentuk komunikasi frekuensi. Kepadatan komunikasi frekuensi dapat dikesan berdasarkan tanda yang gelap dalam Rajah 10.8 di bawah.
forman tanda gelap
Rajah 10.8 Spektograf
ii. Sinar Katod
Sinar katod terdiri daripada sinar katod osiloskop dan sinar katod osilomink. Lihat gambar osiloskop dalam Rajah 10.9.Osiloskop ialah alat pengujian elektronik yang memaparkan rupa bentuk gelombang pada tabir tiub sinar katod.Sinar kata osiloskop memaparkan bentuk gelombang di muka tiub seperti yang dipancarkan di televisyen. Osilomink ialah penulisan dakwat osilograf. Sinod katod tidak dapat mencatat semua bunyi kerana pen yang digunakan tidak selaju bunyi bahasa yang keluar.
Rajah 10.9 Osiloskop
Bab 10: Fonetik Akustik dan Fonetik Auditori
11
Kesimpulannya, fonetik akustik ialah cabang ilmu dalam bidang fonetik yang berkaitan dengan
bunyi ujaran dari segi frekuensi, tempo, kenyaringan, terutama yang dianalisis dengan
menggunakan peralatan seperti spektograf dan osilograf.
Fonetik akustik merupakan cabang fonetik yang ada kaitan dengan persepsi bunyi
bahasa.Dengan demikian, kajian ini meneliti hubungan antara rangsangan bahasa dengan respons
pendengar terhadap rangsangan tersebut.Bidang ini berbeza daripada fonetik artikulasi atau
fonetik akustik.Bidang ini kurang dikaji dalam fonetik memandangkan kesulitan untuk mengenal
pasti dan menyukat bunyi bahasa.
Namun dalam kajian fonetik auditori, kedua-dua bidang tersebut saling dimanfaatkan kerana
hubungan erat dengan kedua-dua bidang tersebut.Disiplin ilmu ini mengkaji cara fizikal
gelombang bunyi yang dihasilkan oleh manusia ditukar menjadi unit ujaran yang bermakna.
Fonetik auditori menghuraikan cara gelombang kompleks melalui telinga dan cara bunyi bahasa
didekod menjadi isyarat neutral yang kemudian dipindahkan ke otak manusia.
Ringkasnya, cabang bidang fonetik menerangkan hal yang berlaku kepada bunyi yang dikutip
oleh telinga luar dari persekitaran. Kemudian bunyi tersebutdibesarkan bunyi oleh telinga tengah
bunyi lalu dimasukkannya ke telinga dalam. Dari sini, impuls dihantar ke saraf pendengaran dan
akhirnya ke otak manusia.Justeru, telinga memainkan peranan perantara antara bunyi dan otak,
10. 4 FONETIK AUDITORI
1. Berikan dua contoh alat yang menganalisis input akustik.
2. Apakah fungsi spektogram?
3. Apakah itu osiloskop?
4. Tontonlah klip video yang menunjukkan cara menggunakan osiloskop.
http://www.youtube.com/watch?v=g0tBJlOEz00
Bab 10: Fonetik Akustik dan Fonetik Auditori
12
iaitu transmisi bunyi bahasa antara penutur dan pendengar, seperti yang ditunjukkan dalam rajah yang berikut.
a. Definisi konsep
Clyton Valli (2000) menerangkan fonetik auditori sebagai kajian tentang persepsi bunyi bahasa. Menurut Nor Hashimah (2007) pula, fonetik auditori adalah berkenaan dengan pendengaran dan proses yang wujud apabila diterima bunyi dan cara bunyi tersebut dirasai.Dengan demikian, ilmu ini melibatkan organ telinga dan otak.
Fonetik auditori ialah kajian sebutan bunyi yang didengar dan berkaitan dengan soalan “bagaimana bunyi diterima dan dikenal sebagai tuturan bunyi yang berbeza.” Proses yang terlibat dinamakan sebagai mendekod (Indrawati & Mardian Shah Omar, 2006). Kamus Lingustik (1997) pula mentakrifkan bidang ini sebagai fonetik pendengaran yang mengkaji pendengaran dan persepsi bunyi bahasa.
Crystal, David (1991) mendefinisikan fonetik auditori sebagai cabang fonetik yang mengkaji respons terhadap persepsi bunyi bahasa seperti yang diertikan oleh telinga, saraf pendengaran, dan otak. Manakala, Finch, Geoffrey (2000) mendefinisikan fonetik auditori sebagai cabang lingustik yang berkaitan dengan persepsi bunyi bahasa, iaitu cara bunyi tersebut didengar.
Kesimpulannya, fonetik auditori yang merupakan cabang fonetik ialah bidang kajian tentang persepsi bunyi tuturan, iaitu cara bunyi tersebut didengar.
b. Fungsi telinga dan otak Bunyi merupakan gelombang udara yang dihasilkan oleh pelbagai sumber.Bunyi yang dibawa oleh angin pada mulanya diterimanya oleh telinga. Gelombang bunyi pula melalui gegendang telinga dan kemudian ke dalam telinga tengah. Sebenarnya, pada mula telinga luar memungut bunyi dan telinga tengah pula membesarkan (amplify) bunyi tersebut.Lihat Rajah
Penutur pendengar
Bab 10: Fonetik Akustik dan Fonetik Auditori
13
10.10.Kemudian, telinga dalaman menghantarnya ke otak melalui saraf pendengaran seperti dalam Rajah 10.11.
Rajah 10.11 Gelombang udara ke otak menerusi telinga
Rajah 10.10 Bahagian-bahagian telinga
Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 10.12, gelombang bunyi bertembung pada telinga luar dan gelombang itu bergerak melalui liang telinga untuk sampai ke gegendang telinga. Gegendang telinga ialah membran kulit yang nipis yang kelihatan seperti kepala gendang yang terkeluar pada penghujung liang telinga. Gelombang bunyi disalurkan melalui satu liang yang menyebabkan gegendang telinga bergetar. Seperti membran sebuah mikrofon, gegendang bergerak sebagai respons kepada turun naik tekanan udara.
telinga luar rantaian tulang saraf pendengaran liang telinga
Bab 10: Fonetik Akustik dan Fonetik Auditori
14
gegendang telinga koklea
Rajah 10.12 Bahagian utama dalam sistem auditori manusia
Pergerakan ini dikendalikan oleh rantaian tiga tulang kecil di telinga tengah untuk membawanya ke telinga dalam yang berisi cecair.Terdapat satu membran basilar yang masuk ke tengah-tengah telinga dalam, iaitu di koklea.Koklea ialah bahagian telinga dalam yang berkaitan dengan pendengaran, yang bergelung secara berlingkar seperti cangkerang siput.Membran ini mempunyai satu hujung yang lebih tebal daripada hujung lain yang nipis. Hujung nipis yang terdekat dengan rantaian tulang memberi respons kepada isyarat akustik yang berfrekuensi tinggi manakala hujung tebal memberi respons kepada isyarat akustik yang berfrekuensi rendah.
Kemudian, isyarat-isyarat akustik ini dibawa oleh saraf pendengaran ke otak untuk diproses dan difahami sebagai maklumat.Seperti yang dijelaskan, terdapat tiga bahagian telinga yang memainkan peranan untuk membawa gelombong bunyi dari luar ke otak penerimanya.
Berdasarkan huraian di atas, dapat disimpulkan bahawa telinga mempunyai tiga fungsi yang utama, iaitu
a. menerima rangsangan b. memindahkan rangsangan c. kadangkala menganalisis rangsangan yang diterima
c. Ciri-ciri Fizikal bunyi Penerimaan bunyi dalam fonetik auditori berasaskan tiga perkara, iaitu nada, kelantangan dan kualiti bunyi.
i. Nada Apabila kemampuan telinga terbukti, perbezaan nada antara dua bunyi semininum tiga pusiangan bagi satu saat jaraknya. Di sini dapat dikesan perbezaan penerimaan nada dan hubungannya dengan getaran pita suara atau frekuensi dasar bagi bunyi peridik dan getaran aperiodik bagi bunyi lain.
ii. Kelantangan
Kelantangan dikaitkan dengan kepadatan bunyi. Bahagian tengah telinga memainkan peranan penting dalam menangkap nada yang mempunyai kepadatan bunyi yang rendah. Nada yang paling tinggi dan rendah frekuensinya memerlukan faktor kepadatan bagi kita merasai perbezaannya.
iii. Kualiti
Bagi kualiti bunyi pula, hal ini dihubungkan dengan pola spektra dan gerakan pita suara yang menghasilkan spektra tersebut. Perbezaan saiz dan rupa bagi rongga vokal
Bab 10: Fonetik Akustik dan Fonetik Auditori
15
setiap individu, struktur pita suara, pengawalan pada getaran dan ciri pengaliran udara
semuanya memberi kesan kepada kualiti bunyi.
Rumusannya, fonetik auditori ialah cabang ilmu fonetik yang memberikan tumpuan terhadap
cara telinga dan otak menerima dan menginterpretasi ujaran manusia. Kedua-dua fonetik auditori
dan fonetik akustik merupakan cabang bidang fonetik yang amat penting dalam kajian dan
analisis terhadap bunyi dalam ilmu lingustik. Kedua-dua bidang tersebut saling melengkapi
dalam bidang fonetik, walaupun berbeza antara satu sama lain.
ISTILAH PENTING
fonetik auditori fonetik akustik fonetik peralatan
nada kelantangan kepanjangan
gelombang bunyi gelombang periodik gelombang aperiodik
aperiodik alihan aperiodik bersinambung spektogram
sinar katod fonetik pendengaran koklea
membran basilar
1. Berikan definisi anda tentang fonetik auditori.
2. Apakah fungsi telinga dalam fonetik auditori? Jelaskan.
3. Nyatakan tiga ciri fizikal fonetik auditori.
4. Tontonlah klip video yang menerangkan proses pendengaran oleh telinga.
http://www.youtube.com/watch?v=pCCcFDoyBxM
Bab 10: Fonetik Akustik dan Fonetik Auditori
16
1. Fonetik terbahagi kepada tiga cabang utama, iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori.
2. Fonetik akustik mengkaji sifat akustik gelombang suara, iaitu sifat fizikal bunyi melalui alat seperti spektograf.
3. Ciri-ciri fizikal fonetik akustik terdiri daripada nada, kelantangan, kepanjangan, gelombang bunyi, tempo, kelangsingan dan kitaran gelombang.
4. Alat-alat seperti mikrofon, alat perakam, pita rakaman, spektogram, osiloskop digunakan untuk menganalisis bunyi.
5. Fonetik auditori mengkaji persepsi bunyi tuturan, iaitu cara bunyi tersebut didengar dan difahami.
6. Telinga dan otak merupakan organ penting untuk menerima rangsangan dan menganalisis rangsangan tersebut.
7. Ciri-ciri fizikal fonetik auditori terdiri daripada nada, kelantangan, dan kualiti bunyi.
8. Fonetik akustik dan fonetik auditori saling melengkapi dalam bidang fonetik.
Bab 10: Fonetik Akustik dan Fonetik Auditori
17
Clayton, Valli. 2000.Linguistics of American Sign Language: An Introduction. 3rd Edition Gallaudet University United States of America
Finch, Geofrey. 2000. Linguistic Terms and Concepts. London: Macmillan Press Ltd
Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar. 2006. Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur: PTS Professional
Jackson, Howard. 2007. Key Terms in Linguistic. London: Continuum
Johnson, Keith. 2012. Acoustic and Auditory Phonetics 3rd Edition. Wiley-Blackwell
Kamus Linguistik. 1997. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Malmkjaer, Kristen. (Ed) 2004. The Linguistic Encyclopedia 2nd Edition London: Routledge
Nor Hashimah Jalaludin. 2007. Asas Fonetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Paitoon M. Chaiyanara. 2006. Pengenalan Fonetik dan Fonologi.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu


Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu
1
Bab 9
Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu
Pada akhir topik, pelajar akan dapat
a. memahami konsep suku kata dalam bahasa Melayu.
b. mengenal jenis-jenis suku kata dalam bahasa Melayu.
c. menjelaskan stuktur suku kata dan pola-polanya.
d. memahami konsep tekanan dalam suku kata dan perkataan serta penggunaan tekanan dalam ayat bahasa Melayu.
e. mengenal sebutan e pepet dalam bahasa Melayu.
Garis latar modul
9.1. Pengenalan
9.2. Suku Kata dalam Bahasa Melayu
9.3. Jenis-jenis Suku Kata
9.4. Tekanan suku kata dan perkataan
9.5. Sebutan pepet
Istilah penting
Ringkasan
Rujukan
Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu
2
Suku kata ialah unit ujaran yang penting dalam bahasa.Suku kata merupakan sebahagian daripada perkataan.Setiap suku kata ada strukturnya.Suku kata mengandungi fonem tertentu mengikut urutan yang tertentu.
Apakah itu suku kata? Suku kata difahami sebagai unit bunyi yang boleh terdiri daripada satu vokal atau daripada vokal yang didahului atau diikuti oleh konsonan.Suku kata ialah unit bunyi yang lebih besar daripada bunyi tunggal seperti [b] tetapi lebih kecil daripada perkataan.Ada juga ahli fonetik yang berpendapat bahawa suku kata menjadi unit terkecil penghasilan bahasa dan bukannya fonem atau alofon.
Perkataan dalam bahasa terdiri daripada satu atau lebih suku kata.Setiap bahasa terdiri daripada bunyi bahasa yang bercantum untuk menjadi suku kata, seperti b dan a bercantum menjadi ba,atau r dan u bercantum menjadi ru. Setiap suku kata bahasa Melayu hendaklah ditandai oleh vokal. Vokal itu didahului atau diikuti oleh konsonan, seperti dalam ba dan tu. Suku kata ba dan ru pula boleh bercantum untuk membentuk perkataan, seperti baru. Demikian juga suku kata baboleh bergabung dengan pa untuk membentuk perkataan bapa.
Bunyi vokal ialah bunyi silabik.Bunyi silabik bermaksud bunyi yang menjadi puncak kelantangan dalam sesuatu perkataan (Kamus Linguistik, 1997). Suku kata juga ialah gabungan bunyi dengan satu kemuncak utama antara bunyi. Contohnya, dalam suku kata ba, kemuncak utama terletak pada bunyi kedua [a] dan bunyi kedua [u] dalam suku kata ru. Kemuncaknya terletak pada bunyi vokal. Hal ini demikian kerana dalam bahasa Melayu, bunyi vokal lebih menonjol daripada konsonan.
9.1 PENGENALAN
ma
Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu
3
Apabila bercakap tentang struktur suku kata, halnya adalah berkenaan dengan susunan fonem
untuk membentuk sesuatu suku kata. Struktur suku kata membawa maksud binaan fonem
dalam perkataan. Sesuatu suku kata haruslah mempunyai puncak, dan puncak ini hendaklah
terdiri daripada fonem yang mempunyai ciri vokalik. Fonem seperti ini terdiri daripada vokal
dan juga konsonan. Dalam bahasa
Melayu, fonem yang berfungsi sebagai
puncak bagi suku kata ialah vokal.
Suku kata mengandungi fonem dalam
urutan yang tertentu.Misalnya, kata kek,
sen dan pen terdiri daripada tiga fonem
dalam urutan yang tertentu.Fonem dalam
ketiga-tiga perkataan terdiri daripada
urutan fonem yang berbeza.
Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga
binaan suku kata. Yang pertama terdiri
daripada satu vokal, seperti u dalam yu.
Binaan suku kata kedua terdiri daripada deretan konsonan dan diikuti oleh vokal, seperti bu
dalam bukit. Binaan suku kata yang ketiga ialah konsonan dan diikuti oleh vokal dan
diakhirinya oleh konsonan lagi, seperti ter dalam terbit.
9.1 STUKTUR SUKU KATA BAHASA MELAYU
1. Apakah maksud suku kata?
2. Berapakah suku kata yang terdapat dalam perkataan yang berikut?
buku sekolah makan mahasiswa
3. Bunyi silabik ialah …………………………………………………………..
Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu
4
Sebahagian besar perkataan dalam bahasa mempunyai gabungan bunyi konsonan (K) dan vokal (V), seperti VK, KV, KVK, dan VKK.Gabungan antara konsonan dan vokal ini disebut suku kata.Dari segi persukuan kata, perkataan mengandungi satu suku atau lebih daripada satu suku kata. Sesuatu suku kata pula dibentuk oleh satu vokal sahaja atau satu vokal disertai satu konsonan atau beberapa konsonan. Konsonan hadir sama ada di hadapan vokal atau di belakangnya atau di hadapan vokal dan di belakangnya secara serentak.
Setiap suku kata ada segmen suku kata, biasanya terdiri daripada vokal dan kebanyakan suku kata ada juga konsonan yang merupakan segmen bukan silabik.Konsonan biasanya berdiri sebelum atau selepas vokal.
Ciri silabik adalah di tengah atau nukleus perkataan.Konsonan yang menyusulinya ialah permula atau onset suku kata tersebut. Konsonan yang akhirnya disebutpenutup atau koda (coda). Adakala pemula terdiri daripada fonem kosong, seperti dalam kata enak, ikan, oren, dan penutup terdiri daripada fonem kosong, seperti dalam kata buka, sila, dan mi. Struktur suku kata dalam perkataan dapat ditunjukkan seperti dalam Rajah 9.1:
Rajah 9.1 Stuktur suku kata
Suku kata
Pemula Tengah Penutup (Onset) (Nukleus) (Koda) b i n (bin) p
ə n (pen) t o ŋ (tong) Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis suku kata, iatu ekasuku, dwisuku, dan banyak suku.Setiap jenis ini ada ciri-cirinya yang tertentu.
Suku kata
Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu
5
a. Ekasuku
Ekasuku ialah perkataan yang mempunyai satu suku kata.Dalam bahasa-bahasa dunia tidak terdapat banyak bahasa yang mempunyai ekasuku. Misalnya, dalam bahasa Inggeris terdapat perkataan seperti I, eye, oh yang mempunyai satu suku kata sahaja. Dalam bahasa Melayu pula, terdapat kira-kira dua puluh ekasuku, iaitu perkataan yang mempunyai satu suku kata.
Kebanyakan ekasuku dalam bahasa Melayu terdiri daripada konsonan dan vokal.Antaranya termasuk ru, yu dan ya. Ada sebilangan kecil yang terbentuk oleh vokal dan konsonan, seperti kata am. Namun, bilanganperkataan berekasuku terhad dalam bahasa Melayu. Lihat beberapa contoh ekasuku yang wujud dalam bahasa Melayu dalam Rajah 9.1.
Rajah 9.1 Kata ekasuku dalam bahasa Melayu
ai am ba ca ci di ke ga ha mi oh po ro wa za
b. Dwisuku
Dwisuku ialah perkataan yang mempunyai dua suku kata.Kebanyakan perkataan asas dalam bahasa Melayu terbentuk oleh perkataan yang dwisuku.Antaranya termasuk perkataan seperti air, aib dan wang.Lihat beberapa contoh perkataan Melayu yang mempunyai dwisuku dalam Jadual 9.2 Jadual 9.2Perkataan dwisuku dalam bahasa Melayu
a+bu a+jal ba+ca ba+la ca+ci can+du da+da da+na e+nak fa+ham ge+lut gi+la ka+ki la+yar ma+kin na+kal pa+ti re+da
Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu
6
c. Banyak suku kata
Oleh sebab perbendaharan kata bahasa Melayu mengalami perkembangan yang pesat,
banyak perkataan asing masuk ke dalamnya.Dengan pertambahan kosa kata Melayu,
banyak perkataan telah terbentuk oleh lebih dua suku kata.Perkataan yang mempunyai
lebih dua suku kata disebut sebagai banyak suku (polysyllable). Perhatikan antara
beberapa perkataan Melayu yang mempunyai banyak suku dalam Jadual 9.3:
Jadual 9.3 Banyak suku dalam perkataan Melayu
Bilangan Suku Kata Contoh
Tiga suku kata per+ka+kas ke+lin+dan
Empat suku kata re+for+ma+si pe+da+go+gi
Lima suku kata ma+la+pe+ta+ka si+la+tur+ra+him
Enam suku kata ma+ha+ra+ja+le+la per+so+ni+fi+ka+si
1. Ekasuku bermaksud ……………………………………………
2. Berikan DUA contoh perkataan Melayu yang mempunyai dua suku kata.
3. Nyatakan bilangan suku kata dalam perkataan Melayu yang berikut:
- masalah kugiran gembleng
- sosiopolitik cemerlang penyelewengan
Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu
7
Pada mulanya, pola suku kata dalam bahasa Melayu mempunyai pola yang mudah, iaitu yang terdiri daripada empat pola sahaja. Hal ini demikian kerana struktur suku kata bahasa Melayu yang asli adalah seperti yang berikut:
V= a+pa
VK= am+bang
KV=ba+ru
KVK=a+nak
Namun dengan kemasukan kata-kata asing ke dalam bahasa Melayu, kini sudah terdapat rangkap konsonan yang berfungsi sebagai pemula dan penutup suku kata.Hal ini telah menyebabkan binaan pola-pola suka kata yang baharu dalam bahasa Melayu. Antara pola suku kata yang baharu tersebut ialah:
KKV=dra+ma, indus+tri
KKVK = draf
KVKK=teks+til
VKK = eks+tra
KKVK = trak+tor, elek+trik
KKVKK=kom+pleks
KKKV = stra+tegi, skru
KKKVK = struk+tur, skrip
Dengan hal yang demikian, bilangan pola suku kata kini sudah bertambah. Sekarang, terdapat sebelas pola suku kata dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:
Pola Contoh i. V i-bu, gu-a ii. VK er-ti, ma-in iii. KV ra-kit, ba-tu iv. KVK pin-tu, hi-lang
9.2. Pola Suku Kata
Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu
8
v. KKV dra-ma, indus-tri vi. KKKV trak-tor,elek-trik vii. VKK eks-port viii. KVKK bank-rap, kon-teks ix. KKVKK kom-pleks x. KKKV stra-tegi, skru xi. KKKVK struk-tur, spring (Dipetik daripada Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, 1989)
Pola (i) hingga (iv) ialah empat pola umum suku kata yang terdapat pada kebanyakan kata dasar di dalam bahasa Melayu. Pola (v) hingga (xi) ialah tujuh pola suku kata yang dibentuk oleh huruf konsonan rangkap, iaitu daripada perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris.
a. Jenis Suku Kata
Dalam bahasa Melayu, terdapat dua jenis suku kata, iaitu suku kata terbuka dan suku kata tertutup. Suku kata terbuka ialah suku kata yang berakhir dengan vokal, seperti buka. Manakala, suku kata tertutup berakhir dengan konsonan, seperti kasut. Sebelas pola suku kata di dalam bahasa Melayu terdiri daripada empat pola suku kata terbuka dan tujuh pola suku kata tertutup. Perhatikan contoh suku kata terbuka dan tertutup dalam Jadual 9.4 dan 9.5 yang berikut:
i. Suku kata terbuka
Suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri dengan vokal dalam bahasa. Perhatikan beberapa contoh suku kata terbuka dalam Jadual 9.4:
Jadual 9.4 Suku Kata Terbuka
a+pi ru+pa sa+na sa+ya ka+ki na+ma dra+ma ke-lam-bu pu+lau
Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu
9
bo+ne+ka as+ta+ka pu+sa+ra
er-ti sa+ri sen+da+wa
ii. Suku Kata Tertutup
Suku kata tertutup ialah suku kata yang berakhiri dengan konsonan. Lihat beberapa contoh
suku kata tertutup dalam Jadual 9.5 di bawah:
kam+pung sem+pit ja+lan
se+ko+lah bi+lik co+ret
stuk+tur sem+pa+dan long+kang
mi+si+kin pu+lang sing+gah
Jadual 9.5 Suku Kata Tertutup
1. Nyatakan bilangan suku kata asli dalam bahasa Melayu.
2. Bezakan antara suku kata tertutp dan tertutup.
3. Nyatakan pola suku kata bagi perkataan yang berikut:
banyak perigi sentiasa
santun desa melankolik
Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu
10
Tekanan merupakan aspek yang penting dalam hal memahami dan mempelajari bahasa lisan.Unsur tekanan merupakan salah satu aspek sebutan dalam bahasa.Tekanan diberikan pada suku kata dan perkataan dalam bahasa.Tekanan perkataan juga dikenal sebagai tekanan leksikal.
Tekanan biasanya ditandakan dengan lambang [ʹ] dalam penulisan.Lambang ini diletakkan di atas suku kata yang menerima tekanan itu, seperti dalam [búda?] dan [méjε]. Tekanan membawa maksud suku kata yang diucapkan lebih keras daripada kata atau suku kata yang lain. Ringkasnya, tekanan suku kata bermaksud suku kata diucapkan dengan keras atau lembut penyebutan suku kata.Ada kala tekanan dirujuk sebagai aksen dalam bahasa, iaitu tekanan suara yang diberikan pada perkataan atau suku kata.
a. Tekanan pada perkataan
Dalam bahasa Melayu, tekanan keras selalu berlaku pada suku kata kedua dalam perkataan, seperti [ruʹmah], dan [kamʹpung]. Dalam setiap perkataan yang dibentuk oleh dua atau lebih suku kata diberi tekanan kepada satu suku kata. Contohnya, dalam perkataan makan, suku kata ma diberi tekanan dan dalam buku suku kata bu diberikan tekanan. Apabila struktur sesuatu perkataan dihuraikan, hal tekanan menjadi penting.
Dalam beberapa bahasa tertentu, tekanan bagi perkataan telah ditetapkan, seperti tekanan pada suku kata awal atau suku kata akhir. Perkataan cónduct berbeza maknanya dengan condućt dalam bahasa Inggeris. Yang pertama ialah kata nama yang bermaksud ‘kelakuan’ dan yang kedua ialah kata kerja yang bermaksud ‘mengendalikan’.
9.3. TEKANAN SUKU KATA DAN PERKATAAN
Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu
11
Dalam bahasa Inggeris, tekanan digunakan dalam perkataan untuk menunjukkan perbezaan makna, seperti dalam rajah di sebelah.Oleh hal yang demikian, unsur tekanan menjadi unsur fomenik dalam bahasa Inggeris kerana [ʹ] merupakan salah satu fonem.Hal yang demikian tidak berlaku dalam bahasa Melayu kerana tekanan tidak digunakan untuk membezakan makna perkataan.Dalam kamus Inggeris, lambang [ʹ] digunakan untuk bagi entri perkataan Inggeris yang diberikan tekanan, seperti dalam gambar di sebelah.Namun, lambang seumpama ini tidak terdapat dalam kamus Melayu.
Dengan hal yang demikian, perkataan yang diberi tekanan dan ada perkataan yang tidak diberi tekanan. Dalam bahasa hal ini dirujuk sebagai bentuk kuat dan bentuk lemah.Hal bentuk kuat dan lemah amat ketara dalam bahasa, seperti dalam bahasa Inggeris.Hal yang sedemikian tidaklah penting dalam bahasa Melayu.Tekanan hanya diberikan semasa ayat diujarkan dalam situasi yang tertentu, terutamanya untuk menekankan sesuatu hal melalui perkataan yang diberikan tekanan.
Tekanan dalam suku kata dan perkataan merujuk kepada darjah tekanan yang digunakan untuk menghasilkan kemuncak pada suku kata kerana terdapat suara nyaring bagi suku kata yang diberikan tekanan.Lazimnya, bunyi suku kata dipanjangkan dan dibunyi dalam nada tinggi.Pendek kata, tekanan memainkan peranannya dalam hal menyebut perkataan dengan betul.
a. Tekanan dalam ayat
Tekanan dalam ayat bermaksud tekanan yang diberikan pada sesuatu perkataan di dalam ayat untuk memberi tegasan (Kamus Linguistik, 1997).Umumnya, tekanan tidak diberikan kepada semua perkataan dalam satu-satu ayat.Biasanya, berlaku perubahan apabila perkataan dibunyikan dalam ayat.Perubahan atau modifikasi bermaksud ada perkataan yang diberikan tekanan dahulu, kini tidak diberikan tekanan dalam ayat (Ladefoged, P, 2006). Tekanan pada perkataan dalam ayat bergantung pada golongan kata yang hendak ditekankan dalam ayat
Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu
12
tersebut.Misalnya, dalam ayat “Saya ditanya”, saya ditekankan, manakala dalam ayat “Saya
ditanya”, ditanya ditekankan.
Umumnya, kata isi, iaitu seperti kata nama, kata adjektif, kata kerja dan adverba diberikan
tekanan. Kata tugas yang terdapat dalam ayat jarang-jarang diberikan tekanan. Perhatikan
tekanan yang diberikan pada perkataan dalam ayat-ayat yang berikut:
i. ˈPak Mat ˈmembina sebuah ˈrumah baharu di ˈTaiping.
ii. ˈPelajar-pelajar sekolah hendaklah ˈmemakai lencana ˈsekolah semasa ˈberada
di kawasan ˈsekolah.
iii. ˈMasyakarat Malaysia ˈhidup berharmoni dan ˈsaling menghormati antara satu
sama lain untuk ˈmemelihara ˈperpaduan
Dalam ayat (i), kata nama khas Pat Mat, Taiping, kata nama am rumah dan kata kerja
membina diberi tekanan. Kata tugas seperti di dan sebuah tidak diberi tekanan. Dalam ayat
(ii) pula, kata nama am pelajar, sekolah dan kata kerja memakai diberi tekanan. Kata tugas
seperti hendaklah dan di tidak ditekankan dalam ayat tersebut.Akhirnya, kata nama khas am
masyarakat, perpaduan, dan kata kerja hidup dan saling menghormati diberikan tekanan.
Kata tugas seperti dan, antara, dan untuk tidak diberikan tekanan.
1. Apakah tujuan sesuatu perkataan diberikan tekanan?
2. Mengapa semua perkataan tidak diberikan tekanan dalam ayat? Jelaskan.
3. Sila letakkan lambang ˈ pada perkataan dalam ayat berikut yang harus
diberikan tekanan:
i. Nama saya Mohan.
ii. Saya bertugas sebagai guru di sekolah tersebut.
iii. Apabila hujan turun, perlawanan bola sepak antara sekolah ini akan
diberhentikan.
Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu
13
Schwa didefinisikan dalam bahasa Inggeris sebagai vokal [e] yang tidak ditekankan pada kedudukan tengah perkataan, seperti [matə] matter (Matthews, P.H. 1997). Schwa dianggap vokal ditekankan secara lembut dan lemah dalam bahasa Inggeris seperti dalam perkataan the, and dan for.
Dalam bahasa Melayu pula, schwa dirujuk sebagai e pepet.Dalam bahasa Melayu, terdapat lima vokal, iaitu /a/, /e/, /i/, /o/ dan /u/. Dengan demikian, hurufe merupakan salah satu vokal daripada lima vokal.Semua vokal ini dilafazkan dengan satu bunyi yang tertentu, kecuali bunyi vokal /e/. Vokal /e/ pula dibunyikan dua cara yang berbeza. Hal ini bererti huruf e, ada dua bunyi.Huruf e digunakan untuk melambangkan dua fonem huruf e, iaitu:
i. fonem e pepet yang ditulis secara fonetik [ə] dan ii. fonem e taling yang ditulis secara fonetik [e].
Oleh hal yang demikian, schwadalam bahasa Melayu merujuk kepada bunyi pepet [ə] yang dibunyikan berbeza daripada bunyi e taling [e].Huruf e pepet dikenal sebagai huruf e bertanda di atas, iaitu ĕ dalam ejaan lama atau ejaan Rumi Za’ba (sebelum tahun 1972).Tanda diakritik di atas e pepet (ĕ) tidak lagi digunakan dalam ejaan Rumi sekarang. Lihat penggunaan (ĕ) dan (e) dalam contoh di bawah:
ĕmak jadi emak kĕledek jadi keledek mĕnteri jadi menteri tĕmpohjadi tempoh pĕtak jadi petak
Bunyi pepet [ə ] boleh berlaku di awal dan tengah perkataan Melayu. Kini, bunyi pepet juga berlaku pada akhir perkataan.Bilangan bunyi pepet e di akhir perkataan tidaklah banyak dalam bahasa Melayu.Kebanyakan perkataan tersebut merupakan kata serapan. Perhatikan beberapa sebutan bunyi e pepet [ə] di awal, tengah dan akhir perkataan Melayu di bawah:
9.4 SEBUTAN PEPET (SCHWA)
Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu
14
[ə+mak] [əm+but] [ə+nau]
[ə+rat] [ər+ti] [ə+sa]
[kə+mas] [cə+tə+ra] [fi+ləm]
[in+də+ra] [ka+bəl] [pə+cah]
[rə+zə+ki] [si+rən] [tə+lah]
[na+sio+na+lis+mə] [e+go+is+mə] [sə +ku+la+ris+mə]
Jadual 9.6 Bunyi e pepet dalam perkataan Melayu
1. Apakah maksud schwa dalam bahasa Melayu?
2. Dua jenis fonem e adalah…………………….. dan ………………………
3. Bulatkan perkataan dalam senarai di bawah yang mempunyai bunyi e pepet.
erat teliti tekun
sate nasionalisme sukses
cedera mereka mesin
Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu
15
 Suku kata ialah unit bunyi yang boleh terdiri daripada satu vokal atau daripada vokal yang didahului atau diikuti oleh konsonan.
 Setiap suku kata bahasa Melayu ditandai oleh sebuah vokal.
 Terdapat tiga binaan suku kata dalam bahasa Melayu, iaitu ekasuku, dwisuku dan banyak suku.
 Terdapat sebelas pola suku kata dalam bahasa Melayu
 Dalam bahasa Melayu, terdapat dua jenis suku kata, iaitu suku kata terbuka dan suku kata tertutup.
 Tekanan membawa maksud suku kata yang diucapkan lebih keras daripada kata atau suku kata yang lain.
 Tekanan perkataan dalam ayat terjadi pada kata isi dalam bahasa Melayu.
 Schwa dalam bahasa Inggeris dirujuk sebagai e pepet dalam bahasa Melayu.
 Sebutan e pepet merupakan salah satu bunyi bagi huruf e dalam bahasa Melayu.
Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu
16
Abdullah Hassan. 2006. Linguistik Am. Kuala Lumpur: PTS Professional
Asmah Hj Omar. 2008. Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia. 1981. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Daftar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu. 1991. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Ismail Dahaman. 2000. Pedoman Ejaaan Rumi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kamus Linguistik. 1997. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kreidler. 1997. Charles. M. Describing Spoken English: An Introduction. London: Routledge
Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu. 2000. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Small. Larry. H. 1999. Phonetics: A Practical Guide for Students. Boston: Allyn & Bacaon.
Yunus Maris. The Malay Sound System. 1980. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd

Bab 8: Fonem Suprasegmental Dalam Bahasa Melayu


Bab 8: Fonem Suprasegmental Dalam Bahasa Melayu
1
Bab 8
FONEM SUPRASEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU
Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat
a. Memahami konsep fonem suprasegmental dan dapat membezakannya dengan fonem segmental
b. Memahami konsep tekanan, kepanjangan, mora, jeda, tona dan intonasi dalam bahasa Melayu
c. Membezakan antara tekanan, kepanjangan, mora, jeda, tona dan intonasi dalam bahasa Melayu
Garis latar modul
8.1. Pengenalan
8.2. Tekanan
8.3. Kepanjangan
8.4. Jeda
8.5. Tona
8.6. Intonasi
8.7. Intonasi dalam ayat bahasa Melayu
Ringkasan bab
Rujukan
Bab 8: Fonem Suprasegmental Dalam Bahasa Melayu
2
Fonologi dapat dibahagikan kepada dua bidang, iaitu fonologi segmental dan fonologi suprasegmental. Bidang pertama adalah berkaitan dengan bunyi-bunyi bahasa.(Hal ini sudah diperincikan dalam Topik 7). Bidang kedua, iaitu fonologi suprasegmental pula berkaitan dengan unit yang lebih besar daripada bunyi, seperti suku kata, perkataan dan intonasi frasa (Gut, Ulrike, 2009). Suprasegemental merupakan fenomena fonologi seperti tekanan perkataan, intonasi dan tona yang lebih tinggi daripada segmen asas(Carr, P, 2008). Suprasegmental merupakan aspek bahasa yang ada kaitan dengan banyak segmen, seperti durasi, kelantangan, tempo, sifat nada dan kualiti suara (Ogden, R, 2009).Tekanan, nada dan intonasi juga dikenal sebagai fonem suprasegmental.
Menurut Ladefoged, P (2006), suprasegmental ialah ciri-ciri fonetik seperti tekanan, panjang-pendek, tona, dan intonasi yang tidak menjadi ciri bagi konsonan atau vokal tunggal. Hal ini juga bermakna suprasegmental melibatkan ciri yang lebih daripada satu konsonan atau vokal.
Fonem suprasegmental bahasa terdiri daripada beberapa jenis. Fonem suprasegmental bahasa Melayu terdiri daripada lima jenis, iaitu tekanan, panjang-pendek, jeda, intonasi dan nada (Raminah Sabaran & Rahim Syam, 1987). Menurut Abdullah Hassan (2006), terdapat empat bunyi suprasegmental yang bertaraf fonem, iaitu tekanan, panjang, tona dan persendian.
Sering juga istilah prosodi digunakan sebagai alternatif untuk merujuk kepada fonologi suprasegmental .Prosodi ialah pola tekanan dan intonasi dalam sesuatu bahasa.Kajian prosidi ialah kajian tentang ciri-ciri suprasegmental ujaran, seperti tekanan pada perkataan, ritma, dan intonasi (Carr, P, 2008). Oleh itu, aspek bahasa seperti tekanan, durasi, dan intonasi dirujuk sebagai suprasegmental. Seperti yang terkandung dalam maksud awalan supra, ciri-ciri bahasa melampaui sempadan bunyi segmen atau fonem bahasa, dan memberi kesan terhadap keseluruhan ujaran bahasa.
Fonem suprasegmental yang juga disebut fonem suprapenggalan ialah ciri atau sifat bunyi yang menindihi atau menumpangi sesuatu fonem. Maksudnya, cirri suprasegmental hadir bersama-sama fonem penggalan dengan cara menumpangi bunyi segmental. Fonem suprasegmental ini bukannya bunyi segmental atau bunyi penggalan, tetapi ciri yang hadir bersama dengan cara menindihi atau menumpangi bunyi penggalan.
Suprasegmental penting untuk menandakan semua jenis makna, khususnya untuk mengenal sikap penutur atau pendiriannya tentang hal yang dikatakan olehnya.Ringkasnya, fonem
8.1 PENGENALAN
Bab 8: Fonem Suprasegmental Dalam Bahasa Melayu
3
suprasegmental terdiri daripada tekanan, kepanjangan (durasi), jeda, tona dan intonasi.Hal ini dapat dirumuskan dalam Rajah 8.1 di bawah.
8.1 Jenis fonem segmental dalam bahasa Melayu
Ujaran
Segmental Suprasegmental
tekanan
kepanjangan (durasi)
jeda tona intonasi
Tekanan merupakan ciri suprasegmental dalam ujaran bahasa.Tekanan bukan sahaja dikenakan pada vokal dan konsonan tertentu malah pada kesuruhan suka kata.Suku kata yang ditekankan selalunya menerima banyak tenaga berbanding dengan suku kata yang tidak diberi tekanan (Lodefoged, 2006).
Unsur tekanan ialah bunyi suprasegmental yang dihasilkan bersama perkataan atau suku kata (Abdullah Hassan, 2006).Tekanan ialah ciri lemah atau kerasnya suara ketika sesuatu suku kata dilafazkan.Tekanan biasanya berlaku pada suku kata perkataan. Tekanan biasanya ditunjukkan dengan lambang (ˈ) pada suku kata
8.2. Tekanan
Bab 8: Fonem Suprasegmental Dalam Bahasa Melayu
4
tersebut, seperti [búdaʔ], [kértas] dan [méja].Seperti yang ditunjukkan dalam contoh, tekanan
berlaku pada vokal dalam bahasa Melayu. Bunyi vokal dalam bahasa Melayu disebut secara
lantang dan boleh juga dipanjangkan.
Dalam bahasa Melayu, tekanan tidak membezakan makna perkataan seperti dalam bahasa
Inggeris. Lihat beberapa contoh perkataan Inggeris yang dibezakan makna dengan
penggunaan tekanan ketika perkataan tersebut dilafazkan di bawah:
a. cónduct (kelakuan) berbeza daripada condúct (mengendalikan sesuatu)
b. súrvey (meninjau) berbeza daripada survéy (tinjauan)
c. éxport (mengeksport) berbeza daripada ex´port (benda yang dieksport)
d. pro´gress (memajukan) berbeza ´progress (kemajuan)
Seperti yang dijelaskan, perkataan pro´gress bermaksud “memajukan” (kata kerja)manakala
´progress bermaksud “kemajuan” (kata nama). Demikian juga perkataan cónductyang
tekanannya diletakkan pada awal suku kata membawamaksud “kelakuan” (kata nama)
sedangkan condúctyangtekanannya dilakukan pada suku kata kedua membawa maksud
“mengendalikan sesuatu” (kata kerja). Cara melafazkannya kedua-dua perkataan tersebut pun
berbeza. Demikianlah terdapat banyak perkataan Inggeris yang boleh membawa maksud
berbeza apabila dikenakan tekanan pada suku kata yang tertentu.
1. Fonologi suprasegmental fonologi berkaitan dengan apa?
2. Bahagikan fonem suprasegmental kepada jenis-jenisnya.
3. Apakah fungsi tekanan dalam bahasa?
Bab 8: Fonem Suprasegmental Dalam Bahasa Melayu
5
Bunyi segmen dalam suku kata boleh dibunyikan panjang atau pendek dalam bahasa-bahasa yang tertentu.Dalam rajah gambar sebelah bunyinya dilafazkan panjang.Misalnya, vokal dalam kata Inggerisbad dibunyikan lebih panjang berbanding dengan bat. Kepanjangan atau panjang pendek bunyi merupakan ciri khusus yangterdapat pada perkataan dalam bahasa-bahasa tertentu.Ciri kepanjangan ataupanjang pendek ini boleh membezakan makna dalam bahasa-bahasa tertentuseperti bahasa Inggeris dan Arab. Dalam bahasa Melayu kepanjangantidak membezakan makna dalam bahasaMelayu.
Carr, P (2008) menjelaskan mora sebagai istilah yang digunakan untuk menghuraikan panjang pendek segmen dalam bahasa.Kamus Linguistik (1997) mendefinisikan mora sebagai unit terkecil untuk mengukur kuantiti atau kepanjangan dalam sistem prosidi, iaitu nada, kelantangan atau irama bunyi.
Vokal panjang dikatakan mempunyai dua mora manakala dalam vokal pendekterdapat hanya satu mora.Dalam kata bahasa Hindi, misalnya sepertidalam rajah di sebelah, jap merupakan vokal pendek manakala jaap merupakan vokal panjang. Ciri panjang pendek ini ditanda oleh tanda titik yang disebut mora.Jikatanda mora itu satu titik (.), kepanjangan bunyinya setengah mora; dua titik (:),kepanjangannya satu mora; dan jika empat titik (::), kepanjangannya ialah duamora.
Dalam bahasa Inggeris, perbezaan makna terjadi apabila kepanjangan inidigunakan.Dengan demikian, unsur ini menjadi ciri distingtif dalam bahasa Inggeris.Contohnya, perkataan sit[sit]bermakna “duduk”, dan seat [si:t]bermakna“tempat duduk”; ship[šip]maknanya “kapal” dan sheep [ši:p]bermakna “kambing biri-biri”. Demikian juga dalam perkataan fit
8.3. Kepanjangan
Bab 8: Fonem Suprasegmental Dalam Bahasa Melayu
6
[fit] (sesuai) berbeza makna dengan feet [fi:t] (kaki). Oleh sebab unsur suprasegmental /:/ ini
membezakan makna, maka mora juga bertaraf fonem (Abdullah Hassan, 2006).
Jeda(pause) merujuk kepada sebarang kesenyapan yang berlaku
antara perkataan atau bahagian-bahagian perkataan semasa
bercakap (Matthews, P.H.1997). Menurut Abdullah Hassan
(2006), jeda ialah unsur senyap dalam ujaran. Dengan demikian,
jeda merupkan kesenyapan atau hentian yang berlaku suku kata
atau perkataanyang dilafazkan. Jeda yang juga disebut
persendian ialah ciri atau unsur hentian (senyap) dalamujaran
sebagai tanda memisahkan unsur linguistik, iaitu perkataan, ayat
ataurangkai kata. Adakala istilah jungtur (juncture) juga
digunakan untuk merujuk kepada unsur senyap dalam ujaran ini.
Jeda atau persendian yang merupakan hentian pendek dalam pertuturan dilambangkan oleh
tanda (+).Apabila mentranskripsikan ujaran yang bersambung seperti rumah besar, adalah
perlu untuk menandakan kewujudan jeda antara kedua-dua perkataan tersebut.Dengan
demikian, rumah besar ditranskripsikan sebagai [rumah+besar].Dengan adanya lambang jeda
[+], dua perkataan dalam rumah besar dapat disebutkan dengan hentian selepas satu
perkataan.Demikian juga jadual waktu dan mata pelajaran yang dapat ditranskripsikan
sebagai [jadual+waktu] dan [mata+pelajaran].Jadi, lambang persendian [+] ini, iaitu tanda
plus ini memisahkan perkataan dan dilafazkan satu selepas satu dua perkataan tersebut.
8.4 Jeda
1. Apakah fungsi panjang dan pendeknya bunyi dalam bahasa?
2. Berikan definisi mora.
3. Berikan dua contoh mora yang menunjukkan perbezaan makna perkataan
dalam bahasa Inggeris.
Bab 8: Fonem Suprasegmental Dalam Bahasa Melayu
7
Dalam bahasa yang tertentu, seperti bahasa Inggeris, unsur jeda ini amat berguna untuk membezakanmakna. Misalnya, ujaran I scream,(saya menjerit) dan ice-cream(aiskrim) bunyiujarannya sama dan dengan demikian sukar untuk dibezakan maknanya, sekiranya kita tidakmembezakannya dengan jeda. Lihat contohnya seperti yang berikut:
a. I scream / ai+skri:m /(saya menjerit) dan ice cream /ais+kri:m /(aiskrim)
b. night rate /naɪt+ reɪt/ (kadar malam) dan nitrate /naɪtret/ (nitrat)
c. a name /a+néim/ (satu nama) dan an aim [ən+éim] (satu matlamat)
Dalam bahasa Melayu juga terdapat rangkai kata yang boleh mengelirukanmakna sekiranya tidak dipakai tanda jeda. Misalnya, ujaran belikantin (belikan tin) dan belikantin (beli kantin). Untuk membezakan makna ujaran tersebut, rangkai kata itu perlu ditandai oleh tanda jeda seperti yang berikut:
/ belikan + tin / (membelikan tin) = tin yang dibeli”
/ beli + kantin /(membeli kantin) = kantin yang dibeli”
Sebenarnya, jeda atau persendian merupakan unsur pembeza dalam bahasa.Jeda juga digunakan untuk membezakan makna ayat. Contoh ayat “Saya membaca buku kakak” boleh dibezakan maknanya dengan memakai jeda seperti yang berikut:
a. / # Saya membaca buku kakak # /
(Maksudnya saya membaca buku kepunyaan kakak)
b. / # Saya membaca buku # kakak /
(Maksudnya saya memberitahu kakak bahawa saya membaca buku)
Perhatikan beberapa contoh ayat yang dibezakan makna kerana jeda.
c. / # Kami makan sate kambing # /
(Maksudnya kami makan sate daging kambing)
d. / # Kami makan sate # kambing /
(Maksudnya kami memberitahu kambing bahawa kami makan sate)
e. /#Meena# lembu#/
(Maksudnya, Meena diberitahu ada lembu)
f. /#Meena lembu#/
(Maksudnya, Meena dimarahi dan diumpamakan sebagai lembu)
Bab 8: Fonem Suprasegmental Dalam Bahasa Melayu
8
Lebih 50% peratus daripada bahasa dunia merupakan bahasa yang mempunyai tona. Di
Afrika, umpamanya terdapat lebih 100 bahasa bertona (Victoria Fromkin, et.al. 2011).
Apakah itu tona (tone) Arbak Othman (1983) mentakrifkan tona sebagai nada suara yang
tinggi atau turun apabila menyebut sesuatu suku kata atau morfem. Justeru, tona merujuk
kepada hal naik atau turunnya suara dalam pengucapan suku kata atau
perkataan.Banyakbahasa mempunyai tona. Dalam sesetengah bahasa, perubahan makna
perkataan dapat dinyatakan dengan tona, seperti bahasa Mandarin, bahasa Thai, bahasa
Vietnam, bahasa Laos, bahasa Myanmar dan bahasaKampuchea.
Terdapat dua cara yang digunakan untuk membezakan tinggi rendahnya bunyi satu-satu
perkataan itu dalam bahasa tonaan.Yang pertama adalah menggunakan tanda diakatik untuk
menyatakan tona menaik, tona tengah, tona meninggi dan tona rendah seperti yang berikut:
Tona menaik [ ]
Tona tengah [- ]
Tona meninggi[ ´]
Tona rendah [ `]
Tona menurun [ ]
Cara kedua pula adalah dengan menggunakan tanda nombor 1 hingga 4 untuk
menunjukkanperbezaan tona seperti yang berikut:
8.4 Tona
1. Jeda bermaksud ……………………………………………………………….
2. Berikan DUA contoh jeda yang digunakan dalam bahasa Melayu.
3. Bagaimanakah ayat yang berikut dapat ditunjukkan perbezaan makna –
“Salmah kambing”.
Bab 8: Fonem Suprasegmental Dalam Bahasa Melayu
9
Tona tinggi (sangat keras) 1
Tona sederhana tinggi (keras) 2
Tona rendah (lemah) 3
Tona sangat rendah (sangat lemah) 4
Walau bagaimanapun, ada pandangan yang berbeza antara ahli bahasa yang menggunakan tona 4 untuktona tinggi (sangat keras), 3 untuk tona sederhana tinggi (keras), 2 untuk tonarendah (lemah) dan 1 untuk tona sangat rendah (sangat lemah).
Dalam bahasa Mandarin, terdapat perkataan yang berbeza kerana perbezaan tona dalam sebutannya.Bahasa Mandarin menggunakan empat tona, iaitu nada tengah [-], nada meninggi [´], nada menaik [ ]dan nada rendah [`]. Perhatikan Rajah 8.1 yang menunjukkan empat tona yang berbeza bagi perkataan ma dalam bahasa Mandarin.
Rajah 8.1 Tona bagi kata madalam bahasa Mandarin
Tona menaik mӑ(kuda)
Tona tengah mā(ibu)
Tona meninggimá (jerami)
Tona rendah mà(marah)
Demikian juga kata fangdalam bahasa Mandarin dapat dinyatakan dengan unsur tona yang berbeza seperti yang berikut:
Tona menaik f ӑng (meniru)
Tona tengah f āng (segi empat)
Tona meninggi f áng (rumah)
Tona rendahf àng (letak bawah)
Bab 8: Fonem Suprasegmental Dalam Bahasa Melayu
10
Dalam bahasa Thai pula terdapat lima tona, iaitu nada rendah [ ` ], tengah [ - ], meninggi [´ ],
menurun [ ] dan menaik [ ]. Perhatikan contoh tona bagi perkataan na di bawah:
Tona rendah [nà:] nama timangan
Tona tengah [nā:] padi
Tona meninggi [ná] pakcik atau makcik muda
Tona menurun [nâ] muka
Tona menaik [nӑ] tebal
(Dipetik daripadaVictoria Fromkin, et.al, (2011)
Apakah itu intonasi?Nik Safiah Karim et.al (2008) mendefinsikan intonasi sebagai nada suara
naik turun yang wujud sewaktu mengucapkan ayat atau bahagian ayat. Intonasi ialah nada
tentang corak pertuturan (Beverly Collins, B & Mees, I. M (2009). Dengan demikian dapat
dirumuskan bahawa intonasi ialah turun naik nada suara dalam pengucapan ayat atau
frasa.Intonasijuga disebut sebagai lagu bahasa.Apabila kita bertutur, kita menggunakan ayatayat
yang diucapkan secara bersambung-sambung. Ayat-ayat yang dituturkan itu turut
menggunakan intonasi atau lagu bahasa yang berbeza-beza.
Intonasi dalam ayat dalam bahasa Melayu adalah berbeza-beza, Intonasi berita misalnya
menurun pada akhir ayat, manakala dalam ayat tanya intonasinya meninggi pada akhir ayat.
Tingkat nada dalam intonasi biasanya ditandakan dengan angka 1, 2, 3, dan 4, seperti yang
berikut:
1 - Nada yang paling rendah
2 - Nada yang permulaan dalam ujaran sesuatu ayat
8.6 Intonasi
1. Nyatakan dua cara tona dapat ditunjukkan dalam bahasa.
2. Catatkan empat tanda diakratik yang digunakan untuk menunjukkan tona
dalam bahasa.
Bab 8: Fonem Suprasegmental Dalam Bahasa Melayu
11
3 - Nada yang dianggap sebagai nada tekanan
4 - Nada yang paling tinggi
(Dipetik daripada Tatabahasa Dewan Edisi Keempat, Nik Safiah Karim et.al, 2008)
8.5.1 Intonasi dalam ayat bahasa Melayu
Semua jenis ciri suprasegmental atau suprapenggalan, iaitu tekanan,kepanjangan, jeda dan tona secara kombinasi turut membentuk intonasi ayat, dan digunakan dalam pertuturan.Berikut diturunkan beberapa contoh pola intonasi ayat bahasaMelayu seperti yang berikut:
a. Intonasi ayat penyata
b. Intonasi ayat tanya
c. Intonasi ayat perintah
d. Intonasi ayat songsang
e. Intonasi ayat pasif
a. Intonasi ayat penyata
Intonasi ayat penyata mempunyai pola intonasi 2-4-2-3, seperti dalam ayatyang berikut:
4 3
Orang itu guru (2-4-2-3)
2 2
Frasa subjek orang itu ditandai oleh tingkat nada 2-4, manakala frasa predikat guruditandai oleh tingkat 2-3.Pemisahan frasa subjek daripada predikat menjadi jelas disebabkan nada suara turun daripada tingkat 4 pada subjek orang itu ke tingkat nada 2, iaitu nada permulaan bagi frasa predikat guru.Tingkat nada 3 pada suku kata akhir menandakan selesainya pengucapan frasa predikat guru.
b. Intonasi ayat tanya
Dalam bahasa Melayu, intonasi ayat tanya biasa ditandai dengan tingkat nada 2-4-3-4. Tingkat nada 3 pada suku kata akhir ayat naik semula ke nada 4 sebagai tanda selesainya pengucapan ayat. Contohnya:
Bab 8: Fonem Suprasegmental Dalam Bahasa Melayu
12
4 3 4
Orang itu guru? (2-4-3-4)
2
Intonasi ayat tanya seperti contoh di atas digunakan dalam bentuk pertanyaan kepada seorang pendengar untuk dijawab oleh pendengar berkenaan.Ayat tanya dapat juga dibentuk dengan meletakkan partikel -kah padabahagian predikat ayat. Dalam hal ini, oleh sebab predikat yang disertai partikel -kah dipentingkan, maka predikat dipindahkan ke bahagian hadapan ayatmenjadi:
Gurukah orang itu?
Intonasi bagi ayat tanya di atas ditandai dengan tingkat nada 2-3-1-4 seperti dalam contoh yang berikut:
3 4
Gurukah orang i tu? (2-3-1-4)
2 1
c. Intonasi ayat perintah
Dalam ayat perintah, bahagian predikat lebih dipentingkan berbanding dengan bahagiansubjek. Sebagai contoh, ayat Pergi! sebenarnya terbit daripada ayat Awak pergi!Kata ganti nama diri kedua, iaitu awak digugurkan dan meninggalkan predikatpergi. Frasa predikat pergi dilafazkan dengan tingkat nada 2-3 seperti yang berikut:
3
Pergi! (2-3)
2
d. Intonasi ayat songsang
Ayat bahasa Melayu dalam bentuk susunan biasa ialah Subjek + Predikat. Walaubagaimanapun, dalam percakapan atau pertuturan seharian, kerap berlaku susunan ayat yang berlawanan dengan pola biasa tersebut, iaitu bahagian predikatayat mendahului bahagian subjek. Ayat yang mempunyai susunan sedemikiandisebut ayat terbalik atau ayat songsang. Contoh:
Susunan biasa :Kucing itu + comel
Ayat songsang :Comel + kucing itu
Susunan biasa : Pelajar itu + pengawas
Bab 8: Fonem Suprasegmental Dalam Bahasa Melayu
13
Ayat songsang : Pengawas + pelajar itu
Intonasi ayat penyata biasa seperti yang telah dijelaskan mempunyai tingkatnada 2-4-2-3 seperti yang berikut:
4 3
Kucing i tu comel (2-4-2-3)
2 2
Apabila ayat tersebut disongsangkan, intonasinya bertukar menjadi 2-3-1,seperti yang berikut:
3
Comel kucing itu. (2-3-1)
2 1
e. Intonasi ayat pasif
Ayat pasif mempunyai intonasi yang sama seperti ayat aktif biasa, iaitu 2-4-2-3.Perhatikan contoh ayat aktif dahulu seperti yang berikut:
4 3
Ahmad akanmembeli rumah i tu. (2-4-2-3)
2 2
Ayat pasif:
4 3
Rumah itu akan dibeli oleh Ahmad. (2-4-2-3-1)
2 2 1
Dalam ayat-ayat di atas, bahagian pertama yang mempunyai tingkat nada 2-4 merupakan subjek, manakala bahagian kedua yang mempunyai tingkat nada 2-3 pula merupakan bahagian predikat ayat.Demikianlah terdapat lima jenis intonasi ayat dasar yang terdapat dalam bahasa Melayu. Seperti yang dijelaskan, nada intonasi didapati berbeza-beza berdasarkan ayat yang dilafazkan dalam bahasa Melayu.
Bab 8: Fonem Suprasegmental Dalam Bahasa Melayu
14
Intonasi mempunyai beberapa fungsi dalam bahasa. Fungsi pentingnya adalah untuk
membezakan makna antara perkataan dalam bahasa-bahasa tertentu, seperti bahasa
Inggeris.Intonasi juga menjelaskan fungsi nahu, iaitu menyatakan jenis ayat yang dilafazkan.
Misalnya, ayat tanya atau atau ayat penyata. Selain itu, intonasi juga berguna untuk
mengetahui sikap pengguna bahasa semasa berkomunikasi. Intonasi yang digunakan oleh
penutur dapat menunjukkan sikap marah, kejengkelan, kehairanan, atau sindirannya.
1. Apakah maksud intonasi?
2. Lakarkan intonasi bagi ayat tanya yang berikut:
“Mereka sudah pulang”.
Bab 8: Fonem Suprasegmental Dalam Bahasa Melayu
15
1. Fonem suprasegmental terdiri daripada tekanan, jeda, mora, tona, intonasi dalam bahasa Melayu.
2. Tekanan ialah ciri lemah atau keras suara apabila sesuatu suku kata dilafazkan.
3. Salah satu fungsi tekanan adalah untuk membezakan makna.
4. Kepanjangan ialah bunyi panjang atau pendek dalam suku kata untuk membezakan makna.
5. Jeda ialah kesenyaan dalam suku kata.
6. Jeda dilambangkan oleh tanda plus (+).
7. Tona ialah nada suara yang tinggi atau turun.
8. Tona ditunjukkan oleh tanda diakratik dan nombor.
9. Intonasi ialah turun naik nada suara dalam pengucapan ayat atau frasa.
10. Intonasi dalam bahasa Melayu berbeza mengikut jenis-jenisnya.
Bab 8: Fonem Suprasegmental Dalam Bahasa Melayu
16
Abdullah Hassan. 2006. Linguistik Am. Kuala Lumpur: PTS Professional
Arbak Othman. 1983. Permulaan Ilmu Linguistik. Sarjana Enterprise: Kuala Lumpur
Collins, Beverley dan Mees, Inger. M. 2009. Practical Phonetics and Phonology: A resource book for students. New York: Routedge
Indrawati Zahid dan Mardian Shah Omar. 2006. Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur: PTS Professional
Kamus Linguistik. 1997. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Ladefoged, Peter. 2006. A Course in Phonetics.Thomson Boston: Wadsworth
Nik Safiah Karim et.al. 2008. Tatabahasa Dewan. Edisi KetigaKuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nor Hashimah Jalaluddin Asas Fonetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Paitoon M. Chaiyanara. 2006. Pengenalan Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Peter Carr. 2008. A Glossary of Phonology. Edinburg: Edinburg University Press.
P.H. Matthews. 1997. Oxford Concise Dictionary of Linguistics. Oxford: Oxford University Press
Raminah Sabaran &Rahim Syam. 1989. Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab MaktabPetaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti
Richard Ogden. An Introduction to English Phonetics.Edinburg: Edinburg University Press.
Roach, Peter. 1995. English Phonetics and Phonology. Cambridge University Press. Urika Gut. 2009. Introduction to English Phonetics and PhonologyFrankfurt: Verlag de Wissenschaften
Victoria Fromklin.et.al 2011.Introduction to LanguageBoston: Wodsworth

Bab 7: Bidang Fonemik


Bab 7: Bidang Fonemik
1
Bab 7
Bidang Fonemik
Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat
a. memahami konsep fonem dan alofon dalam bidang fonemik
b. membezakan antara fonem dan alofon
c. menjelaskan konsep pasangan minimal dalam bahasa Melayu
d. mengenal pasti vokal rangkap dan gugus konsonan
Garis latar modul
7.1. Pengenalan
7.2. Fonem
7.3. Alofon
7.4. Pasangan Minimal
Istilah penting
Ringkasan
Rujukan
Bab 7: Bidang Fonemik
2
Umumnya, kajian terhadap bidang fonemik sering dicampuradukkan dengan bidang fonetik. Hal ini berlaku kerana kajian fonemik selalunya dianggap sebagai sebahagian daripada kajian fonetik. Kini,kedua-dua bidang tersebut berdiri sebagai bidang yang tersendiri.Walau bagaimanapun, hubungan antara kedua-dua bidang fonetik dan fonemik adalah amat erat.Kedua-dua bidang tersebut saling melengkapi.
Bidang fonemik mengkaji fonem dan sistem fonemik dalam bahasa. Jadi, bidang fonemik merupakan salah satu cabang dalam fonologi yang menitikberatkan analisis sistem bunyi bahasa secara sinkronik(Kamus Linguistik, 1997). Dengan membuat analisis, bunyi-bunyi bahasa dapat dikelompokkan kepada fonem-fonem tertentu. Bunyi-bunyi tersebut dianalisis dan ditentukan taraf bunyi itu,sama ada bunyi itu distingtif atau tidak distingtif. Distingtif bermaksud yang membezakan makna manakala tidak distingtif bererti yang tidak membezakan makna. Jika bunyi itu bertaraf distingtif, bunyi itu dianggap bertaraf fonem. Sebaliknya, jika bunyi itu tidak distingtif, bunyi tersebut dianggap sebagai alofon.
Fonem dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu fonem segmental dan fonem suprasegmental (Raminah Sabaran & Rahim Syam, 1987). Kajian terhadap fonem segmental termasuk kajian aspek fonemserta alofon manakala kajian fonem suprasegmental termasuk aspek tekanan, pola intonasi, corak susunan perkataan dan jeda. (Aspek suprasegmental akan dihuraikan dalam Topik yang berikutnya). Segmental atau penggalan bermaksud fonem yang dipenggal-penggalkan atau dipisah-pisahkan antara satu sama lain. Fonem segmental terbahagi khususnya kepada vokal dan konsonan.Dari segi penyebaran (distribusi), fonem-fonem tersebut menduduki tempat pada awal, tengah dan akhir perkataan.
Sementara itu, hierarki segmental terdiri daripada beberapa peringkat.Yang pertama ialah peringkat fonemik.Fonem terletak di tangga teratas dalam hieraki segmental atau penggalan bahasa.Unit asas tahap fonemik ialah fonem. Fonem dengan sendirinya tidak mendukung apa-apa makna. Fonem berfungsi semata-mata untuk membezakan makna dalam perkataan, seperti b dan m dalam /buat/ dan /muat/.Justeru, fonem merupakan unit terkecil yang membezakan perkataan dalam bahasa.
7.1. Pengenalan
Bab 7: Bidang Fonemik
3
Rumusannya, bidang fonemik merupakan bidang yang meneliti aspek fonem dan alofon yang
terdapat dalam sesuatu bahasa.Berikutnya akan dihuraikan kedua-dua konsep fonem dan
alofon yang penting dalam bidang fonemik.
1. Fonem dalam bahasa Melayu terbahagi kepada berapa jenis?
2. Terangkan tentang bidang fonemik dalam bahasa Melayu.
3. Huraikan dengan ringkas tentang fungsi fonem.
Bab 7: Bidang Fonemik
4
Fonem merupakan unit dalam bidang fonologi dan bukannya dalam bidang fonetik.Fonem ialah salah satu unit bunyi yang asas atau terkecil dalam bahasa. Semua bahasa yang dituturkan dalam dunia memiliki set asas unit bunyi, iaitu konsonan dan vokal. Bilangan fonem yang terdapat dalam satu bahasa berbeza daripada bahasa yang lain. Bilangan fonem secara purata dalam bahasa adalah antara 25-30 (Trask, R.L 1999). Fonem biasanya dilambangkan oleh simbol yang diletakkan dalam garis miring atau condong, seperti /b/ atau /ʔ/. Simbol itu disebut sebagai lambang fonetik.
Apakah itu fonem? Menurut Kamus Linguistik (1997), fonem ialah unit terkecil abstrak yang membezakan maknaberdasarkan fungsi. Contohnya, dalam perkataan /baku/ bakudan /paku/ paku, /b/ dan /p dianggap dua fonem yang berbeza. Oleh itu, fonem ialah unit bunyi yang terkecil yang membawa perbezaan makna dalam perkataan. Dengan demikian, fonem dapat membezakan satu perkataan dengan perkataan lain. Perbezaan makna dapat dilihat pada pasangan perkataan, seperti saku dan daku; dalang dan malangdalam bahasa Melayu. Kedua-dua pasangan tersebut mempunyai bunyi yang hampir sama, namun dibezakan oleh fonem yang berlainan.
Dalam contoh pasangan perkataan tersebut, bunyi awal perkataan adalah berbeza atau yang disebut sebagai distintif.Dalam pasangan pertama, bunyi /s/ dan /d/ adalah berbeza manakala dalam pasangan kedua, bunyi /d/ dan /m/adalah berbeza.Oleh itu, sdan d; d dan madalah bertaraf fonem yang berbeza dan dengan demikian bunyi fonem tersebut diletakkan dalam kurungan, seperti / s/ dan / d/; /d/ dan /m/.
Perhatikan beberapa contoh pasangan perkataan dalam bahasa Melayu yang dibezakan makna kerana berlainan fonem seperti yang berikut:
i. suka /suka/ -duka /duka/
Dalam pasangan perkataan ini, fonem /d/ dan /s/ merupakan dua fonem yang berbeza.Oleh sebab fonem awal berbeza, makna kedua-dua perkataan tersebut adalah berbeza.
7.2. Fonem
Bab 7: Bidang Fonemik
5
ii. buang /buaŋ/ -tuang /tuaŋ/
Dalam pasangan perkataan ini, fonem / b / dan / t / merupakan dua fonem yang
berbeza.Oleh itu, makna kedua-dua perkataan tersebut pun berbeza.
iii. pukul /pukul/ - tukul /tukul/
Dalam pasangan perkataan ini, fonem / p / dan / t / ialah dua fonem yang berbeza dan
dengan demikian, makna kedua-dua perkataan tersebut menjadi berbeza.
iv. cari /cari/ - dari /dari/
Dalam pasangan perkataan ini, fonem / c / dan / d / merupakan dua fonem yang
berbeza.Dengan demikian, makna kedua-dua perkataan tersebut pun berbeza.
v. data /data/ - bata /bata/
Dalam pasangan perkataan ini, fonem / d / dan / b / ialah dua fonem yang berbeza dan
dengan demikian, makna kedua-dua perkataan tersebut menjadi berbeza.
1. Apakah itu fonem?
2. Berikan dua contoh pasangan perkataan yang berbeza kerana fonemnya.
3. Mengapa alofon dikatakan varian bagi fonem? Jelaskan.
4. Berikan TIGA contoh alofon dalam bahasa Melayu.
Bab 7: Bidang Fonemik
6
Apakah maksud alofon? Menurut Ladefoged, P (2006) alofon ialah varian bagi fonem. Oleh itu, alofon ialah kelainan bunyi bagi satu fonem (Kamus Linguistik, 1997). Hal ini juga bermakna alofon ialah ahli dalam keluarga satu fonem. Alofon juga merupakan kelainan bunyi antara satu sama lain tetapi masih tergolong ke dalam satu fonem. Kewujudan alofon biasanya dapat ditentukan oleh kedudukannya dalam perkataan, sama ada pada awal, tengah atau akhir. Kelainan bunyi yang tergolong ke dalam satu fonem ini berlaku akibat terpengaruholeh bunyi tertentu,sama ada yang terdahulu atau terkemudian daripadanya. Misalnya, bunyi fonem /a/ dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa kelainanbunyi kerana terpengaruh oleh bunyi di sekitarnya, seperti alofon [a], [ ], [aw] dan [ay] dalam perkataan ayah [ayah], nasi [n si], maut [mawut] dan main [mayen].
Dalam perkataan ayah, nasi, maut dan main, fonem /a/ akan dibunyikan berbeza apabila hadir di dalam keadaan yang tertentu, seperti yang berikut:
i. [a] - hadir dalam keadaan biasa, tidak mengikuti oleh konsonan sengauan dan tidak diikuti oleh vokal-vokal lain
ii. [ ] – hadir apabila [a] diikuti oleh konsonan sengauan
iii. [aw] – hadir apabila [a] diikuti oleh vokal [u] (dan juga [o])
iv. [ay] – hadir apabila [a] diikuti oleh vokal [e] (dan juga [i])
Berdasarkan penjelasan di atas, dapat difahami bahawa [a], [ ], [aw] dan [ay] ialah alofon bagi fonem /a/. Selain itu, alofon mempunyai ciri-ciri fonetik yang sama, iaitu asas pembunyian adalah sama. Pembunyiannya ialah vokal hadapan luas dan lambang asasnya juga adalah sama, iaitu /a/. Cuma yang berbeza ialah lambang diakratiknya seperti [~], [w] dan [y].
Demikian juga fonem /k/ mempunyai alofon [k] dan [ʔ] seperti dalam perkataan [sukat] dan [budaʔ].Dalam hal ini, alofon k dan ʔ merupakan dua alofon daripada keluarga bunyi yang sama, iaitu fonem /k/. Kedua-dua bunyi k, dan ʔ ialah bunyi yang mempunyai kesamaan fonetik.Hali ini juga bererti bunyi-bunyi alofon tersebut hampir-hampir sama dari segi cara pengucapannya dan juga cara penghasilannya. Kedua-dua bunyi tersebut adalah saling
7.3. Alofon
Bab 7: Bidang Fonemik
7
melengkapi. Saling melengkapi bermaksud masing-masing bunyi tersebut menduduki posisi tertentu (tempat masing-masing) dalam bahasa Melayu.
Ladefoged, P (2006) merumuskan alofon kepada fonem terdiri daripada satu set bunyi, iaitu yang
i. tidak mengubah makna sesuatu perkataan
ii. selalunya hampir sama dengan fonem yang lain
iii. berlaku dalam konteks fonetik yang berbeza daripada yang lain.
Umumnya, alofon dapat dikenal pasti berdasarkan tiga aspek, iaitu kesamaan fonetik, saling melengkapi dan pemolaan simetri (symmetrical patterning). Berikutnya akan dihuraikan aspek-aspek tersebut.
a. Saling melengkapi
Konsep saling melengkapi dapat difahami sebagai lingkungan yang diisi oleh satu anggota kepada satu fonem yang tidak boleh diisi oleh anggota lain daripada fonem yang sama dalam perkataan (Arbak Othman, 1983). Misalnya, bunyi [k] dalam perkataan kakak [kakaʔ], bunyi awal suku kata ialah huruf k manakala bunyi [ʔ] selalu terjadi pada akhir suku kata. Hal yang sama juga terjadi dalam perkataan seperti tidak, katak, dan kutuk. Berdasarkan lingkungan atau tempat kedua-dua bunyi ini dalam perkataan tersebut, bunyi [k] dan [ʔ] adalah saling melengkapi antara satu sama lain. Hal ini demikian kerana satu bunyi menduduki satu tempat tertentu sahaja dalam perkataan, manakala bunyi atau ahli lain yang mempunyai kesamaan fonetik itu menduduki pada tempat yang lain pula. Oleh hal yang demikian, [k] dan [ʔ] merupakan alofon kepada fonem /k/ dalam bahasa Melayu.
b. Kesamaan fonetik
Kesamaan fonetik merupakan satu cara atau kriteria yang digunakan untukmenentukan sama ada bunyi-bunyi itu merupakan alofon kepada satufonem. Cara yang lain untuk menentukan alofon bagi satu fonem ialah saling melengkapi seperti yang dihuraikan sebelum ini.
Bab 7: Bidang Fonemik
8
Bunyi kesamaan fonetik ialah bunyi yang mempunyai sifat fonetik yang sama.Bunyi kesamaan fonetik ini boleh terjadi dengan cara bunyi tertentu yangmendapat pengaruh artikulasi tambahan, iaitu koartikulasi seperti pembibiran, penyengauan(penasalan), penglelangitkerasan, dan pengglotisan. Contohnya bunyi k dengan bunyi kw(k yang mendapat pengaruhdaripada vokal depan dan kw pembibiran) yang terdapat pada perkataan kawandan buwku merupakan bunyi yang mempunyai kesamaan fonetik (k, dan kw). Olehitu, k dan kwialah alofon kepada fonem yang sama, iaitu k.
Begitu juga dengan bunyi vokal a dalam perkataan dalam dan ã sengauan (nasalisasi) dalamperkataan mãlam juga merupakan bunyi yang mempunyai kesamaan fonetik (yangsatu merupakan vokal biasa sedangkan satu lagi vokal a disengaukan). Oleh hal yang demikian, bunyi a biasa dan bunyi a yang disengaukan itu dikatakanbunyi yang mempunyai kesamaan fonetik.
Dalam bahasa Inggeris, terdapat juga bunyi yang mempunyai kesamaan fonetik.Contohnya bunyi p yang mendapat pengaruh koartikulasi hembusanseperti dalam perkataan pen (phen) mempunyai kesamaan fonetis dengan p yangtidak dihembus yang berada di akhir kata dalam perkataan top.Oleh hal yangdemikian, bunyi ph(yang diiringi oleh hembusan) dengan p (yang tidakdihembuskan) ialah alofon kepada fonem p.
c. Pemolaan simetri
Konsep ini adalah berdasarkan prinsip bahawa sistem bunyi dalam bahasa cenderung untuk mempunyai pola bezaan yang simetri, iaitu pada kedua-dua belahnya yang sama. Mengikut prinsip ini, fonem konsonan tertentu dipilih dan dipasangkan dengan kesamaan perlakuannya, seperti /p/ dengan /b/, /t/ dengan /d/ dan /f/ dengan /v/. Bunyi-bunyi tersebut berbeza dari segi fonetik kerana bunyi /p/ merupakan bunyi dua bibir manakala bunyi /t/ ialah bunyi gigi-gusi.
Terdapat enam fonem dalam bahasa, iaitu /p/, /t/, /k/, /b/, /d/, dan /g/ yang dapat berkontras dengan satu sama lain berdasarkan asas fonetik yang sama pada kedudukan awal dan akhir. Alofonnya berbeza daripada satu sama lain secara selari. Fonem awal /p-/ berbeza daripada fonem awal /t-/ dan /k-/ kerana fonem pertama ialah bunyi dua bibir manakala yang dua lagi ialah bunyi gusi-gigi.
Bab 7: Bidang Fonemik
9
Perbezaan yang sama dapat dilihat dalam fonem akhir /-p/, /-t/ dan /-k/. Fonem awal /b-/, /d-/ dan /g-/ dan fonem akhir /-b/, /-d/ dan /-g/ juga berbeza dengan cara yang sama. Justeru, istilah pemolaan simetri digunakan untuk merujuk kepada jenis keselarian atau perulangan (recurrence) ini.Dalam bahasa Melayu, hentian tak bersuara /p/, /t/, /k/ mempunyai padanan simetri dengan hentian bersuara /b/, /d/ dan /g/.Lihat beberapa perkataan bahasa Melayu yang mempunyai padanan simetri dalam contoh yang berikut:
i. pagi /pagi/ dengan bagi /bagi/ (fonem awal /p-/ dan fonem awal /b-/
ii. tuli /tuli/ dengan duli /duli/ (fonem awal /t-/ dan fonem awal /d-/
iii. beg /bég/ denganbek /bék/ (fonem akhir /-g/ dan fonem akhir /-k/
d. Variasi bebas
Dua bunyi yang berbeza secara fonetik boleh terjadi secara tidak berkontras antara sama lain dalam lingkungan yang sama, iaitu satu dapat saling berganti dengan yang lain tanpa membawa perbezaan makna. Dalam hal ini, kedua-dua bunyi yang mempunyai kesamaan fonetik dikatakan bervariasi bebas antara satu sama lain. Misalnya, bunyi [f] adalah bervariasi bebas dengan bunyi [p], seperti dalam perkataan pikir [fiker] dan piker [piker] dalam bahasa Melayu. Kedua-dua perkataan itu mempunyai erti yang sama walaupun berbeza secara fonetik pada bunyi pertamanya. Oleh itu, [f] dan [p] ialah alofon kepada fonem /p/ dalam bahasa Melayu.
Alofon juga boleh terjadi daripada bunyi yang bervariasi bebas. Dengan bervariasi bebas dimaksudkan walaupun bunyi-bunyi itu berbeza dalam perkataan tertentu, misalnya fikir dengan pikir, tetapi perbezaan bunyi tidak membawa makna yang berbeza (maknanya sama).
e. Kelainan (alternasi) bebas
Ketika membuat pertimbangan untuk menentukan alofon bagi sesuatu fonem dalam sesuatu bahasa, seseorang harus dapat membezakan keadaan seolah-olah yang sama dengan variasi bebas apabila kerap terjadi sebutan alternatif bagi sesuatu kata yang memperlihatkan perbezaan fonemik. Dengan kata lain, unit bunyi yang boleh saling berganti secara alternatifmerupakan fonem yang sudah terbukti penggunaannya dalam sesuatu bahasa.
Bab 7: Bidang Fonemik
10
Terdapat bunyi dalam bahasa Melayu yang bertaraf fonem tetapi tidak berkontras dalam
pasangan terkecil dalam konteks lain. Hal ini dapat dilihat dalam contoh /agama/, /ugama/
dan /igama/. Dalam bahasa Melayu perkataan agama yang bunyi pertama /a/ boleh diganti
dengan /i/ atau /u/ supaya perkataan yang sama dapat disebut igama atau ugama. Oleh sebab
/a/, /i/ dan /u/ sudah kian terbukti sebagai fonem yang berasingan dalam bahasa Melayu,
maka /a/, /i/ dan /u/ yang boleh saling berganti pada tempat yang sama tanpa membezakan
makna perkataan yang sama itu menjadi kelainan bebas. Fonemnya pula dapat saling berganti
pada lingkungan yang sama dalam perkataan, iaitu atas dasar penggunaan yang tidak
standard. Ejaan yang baku ialah perkataan agama.
Perkataan-perkataan agama, ugama dan igamahampir sama dari segi sebutan, tetapi
maknanya sama (tidak berbeza). Walaupun perkataan agama, ugama dan igama tidak berbeza
dari segi makna, namun vokal a, u dan i pada asalnya merupakan fonem yang berbeza kerana
terdapat pasangan minimal masing-masing yang dapat membezakan makna, seperti dalam
baru, buru, biru. Oleh sebab itu, vokal a, u dan i adalah distingtif (membezakan makna),
maka bunyi a, u dan i adalah bertaraf fonem.Apabila bunyi a, u dan i sudah bertaraf fonem,
maka bunyi a, u dan i adalah bertaraf kelainan bebas.
1. Jelaskan konsep saling melengkapi dengan memberikan beberapa contoh.
2. Mengapa alofon dikatakan varian bagi fonem? Jelaskan.
3. Berikan TIGA contoh alofon dalam bahasa Melayu yang bervariasi bebas.
4. Berikan DUA contoh alofon dalam bahasa Melayu yang mempunyai kelainan
bebas.
Bab 7: Bidang Fonemik
11
Menurut Kamus Linguistik (1997), pasangan minimal ialah dua butir linguistik yang hanya berbeza pada satu unit, seperti batu dan baku. Perbezaan berlaku pada fonem /t/ dan /k/.Dua fonem berkontras dalam dua perkataan yang membawa makna yang berbeza.Perbezaan yang wujud hanya melibatkan satu fonem.Namun, perbezaan ini membawa perbezaan makna. Dengan demikian, pasangan minimal ialah pasangan terkecil perkataan, iaitu pasangan perkataan yang hampir sama dari segi sebutan dan juga cara menghasilkan bunyi perkataan tersebut tetapi masih terdapat perbezaan kecil pada bunyi (fonem) tertentu yang membezakan makna antara perkataan tersebut. Oleh itu, pasangan minimal ialah pasangan perkataan yang dibezakan oleh satu fonem sahaja.Ringkasnya, pasangan minimal ialah pasangan kata yang mempunyai perbezaan fonem terbatas pada satu fonem sahaja (Paitoon, 2006).
Contoh pasangan minimal adalah seperti yang berikut:
paku/paku/ - baku /baku/
padan /padan/- padam /padam/
tari /tari/ - dari /dari/
laku /laku/- lagu /lagu/
baca /baca/- baja /baja/
sama /sama/- sana /sana/
bawang /bawaŋ/- bayang /bayaŋ/
situ /situ/ -satu /satu/
garu/garu/ -guru /guru/
bila /bila/ - bela /bela/
serong /səroŋ/- sorong /soroŋ/
buka/buka/ - buku /buku/
karam /karam/ - garam /garam/
kali /kali/ - gali /gali/
guli /guli/ - kuli /kuli/
Pasangan minimal seperti yang dijelaskan di atas, memberikan bukti akan kewujudan kontras fonemik dalam bahasa. Pasangan minimal bukan sahaja penting dalam analisis fonemik,
7.3. Pasangan Minimal
Bab 7: Bidang Fonemik
12
malah penting juga dalam pengajaran bahasa.Dengan memberikan contoh pasangan minimal, pelajar dapat mengenal pasti perbezaan bunyi (fonem) dan perbezaan makna dalam pasangan perkataan tersebut. Pelajar juga dapat dilatih untuk membina perkataan berdasarkan pasangan minimal, seperti dalam contoh yang berikut:
a. buku – duku, suku, kuku
b. cam – dam, pam, tam
c. pas – das, tas, cas, bas
d. maki – baki, daki, kaki
e. peria – ceria, deria
f. wira – nira, kira, sira
b. Fonem vokal rangkap
Fonem vokal rangkap ialah fonem yang hadir berturut-turut dalam satu perkataan.Vokal rangkap ialah vokal penuh yang diucapkan dengan penuh pada setiap satu dalam perkataan, seperti kata ajaib, dia, bau, jauh, buah, syair dan taip. Fonem vokal rangkap ini berbeza daripada diftong.
Bunyi diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah.Diftongialah dua vokal yang hadirberturut-turut dalam perkataan yang dilafazkan secara geluncuran. Dengan demikian,cara penghasilan diftong itu berbeza daripada vokal rangkap. Oleh sebab terdapat ciri geluncuran ketika diftong dihasilkan, gabungan vokal diucapkan separuh sahaja.Maksudnya semasa menghasilkan bunyi vokal penuh,kedudukan lidah kemudiannya berubah dan geluncur kepada bunyi vokal yanglain. Contohnya perkataan kerbau (kerbaw), pakai (pakay), rambai (rambay), sampai (sampay) dan amboi(amboy).Hal ini berbeza dalam vokal rangkap vokal kerana kedua-dua vokal dilafazkan penuh.
c. Fonem Konsonan Rangkap
Fonem konsonan rangkap ialah dua konsonan yang hadir berturut-turut dalamsatu-satu perkataan.Konsonan rangkap juga dikenal sebagai gugus konsonan, iaitu gabungan dua konsonan atau lebih yang bersebelahan dalam satu suku kata, seperti proses (Kamus
Bab 7: Bidang Fonemik
13
Linguistik, 1997).Kini, gugus konsonan berlaku pada awal, tengah dan akhir perkataan
bahasa Melayu.
Pada mulanya, konsonan rangkap tidak wujud dalam bahasa Melayu. Selepas proses
peminjaman perkataan daripada bahasa asing berlaku dengan pesat, kini sudah terdapat
banyak kata pinjaman daripada bahasa lain, seperti bahasa Arab, Jawa, Inggerisdan Sanskrit
yang terdiri daripada gugus konsonan dalam bahasa Melayu.
Kini, konsonan rangkap dalam bahasa Melayu terdapat dengan banyak dalam kata pinjaman..
Dalam kata pinjaman daripada bahasa Inggeris, terdapat perkataan seperti blok, draf, drama,
projek, proses, teksdan stesentermasuk dalam kelompok gugus konsonan.Banyak kata
pinjaman daripada bahasa Arab juga terdiri daripada konsonan rangkap, seperti mazhab,
khabar, ikhlas,waktu, mahkamah, dan syukur.Sebilangan kata pinjaman Sanskrit juga
terdiri daripada rangkap konsonan, seperti kata laksa, persada, gerhana,angkara, syurga,
dan raksasa.
Dalam bahasa-bahasa lain seperti bahasa Belanda, Jawa, Parsi dan Tamil juga terdapat
banyak perkataan yang bergugus konsonan.Misalnya, daripada bahasa Jawa seperti
trampildanprihatin, Tamil seperti mahligai, keldai dan candi, Parsi seperti nakhoda,
takhta, dan serban.
1. Jelaskan maksud pasangan minimal dengan memberi contohnya sekali.
2. Bagaimana guru dapat memanfaatkan pasangan minimal dalam pengajaran?
3. Apakah beza antara vokal rangkap dan diftong?
4. Berikan TIGA contoh gugus konsonan dalam bahasa Melayu.
5. Manakah antara perkataan gugus konsonan yang berikut, merupakan kata
pinjaman Arab:
tahkta, mahligai, maksiat, ikhlas, nafsu, salji, khabar.
Bab 7: Bidang Fonemik
14
 Bidang fonemik merupakan cabang dalam ilmu fonologi.
 Bidang fonemik mengkaji dan menentukan taraf bunyi sebagai unit yang distintif.
 Unit yang distingtif ialah fonem.
 Varian bagi fonem disebut alofon.
 Saling melengkapi merujuk kepada keadaan yang wujudnya dua kelainan yang saling menyingkari dalam lingkungan yang tertentu, seperti dalam [k] dan [ʔ] dalam [kakaʔ].
 Kesamaan fonetik bermaksud bunyi yang mempunyai sifat fonetik yang sama.
 Pemolaan simetri merujuk kepada prinsip bahawa sistem bunyi dalam bahasa cenderung untuk mempunyai pola bezaan yang simetri.
 Variasi bebas ialah dua bunyi yang berbeza secara fonetik yang terjadi secara tidak kontras antara satu sama lain dalam lingkungan yang sama.
 Kelainan bebas merujuk kepada bunyi yang bertaraf fonem tetapi tidak berkontras dalam pasangan terkecil dalam konteks lain.
 Pasangan minimal ialah set perkataan yang berbeza dengan yang lain oleh satu bunyi sahaja.
 Vokal rangkap terdiri daripada fonem vokal yang berturut-turut dalam satu perkataan.
 Gugus konsonan dibentuk oleh dua konsonan yang hadir berturut-turut dalam satu perkataan.
Bab 7: Bidang Fonemik
15
Abdullah Hassan. 2006. Linguistik Am. Kuala Lumpur: PTS Professional
Arbak Othman. 1983. Permulaan Ilmu Linguistik. Sarjana Enterprise: Kuala Lumpur
Collins, Beverley dan Mees, Inger. M. 2009. Practical Phonetics and Phonology: A resource book for students. New York: Routedge
Indrawati Zahid dan Mardian Shah Omar. 2006. Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur: PTS Professional
Kamus Linguistik. 1997. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Ladefoged, Peter. 2006. A Course in Phonetics.Thomson Boston: Wadsworth
Nor Hashimah Jalaluddin Asas Fonetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Paitoon M. Chaiyanara. 2006. Pengenalan Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Roach, Peter. 1995. English Phonetics and Phonology. Cambridge University Press.

Bab 6: Penyuaraan Dan Konsonan


Bab 6: Penyuaraan Dan Konsonan
1
Bab 6
Penghasilan Konsonan dan Koartikulasi
Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat
a. memahami cara bunyi konsonan sengau dihasilkan dalam bahasa Melayu.
b. Memahami cara penghasilan konsonan pinjaman dalam bahasa Melayu.
c. Mengenali koartikulasi.
Garis latar modul
6.1. Pengenalan
6.2. Bunyi sengau
6.3. Konsonan pinjaman dalam bahasa Melayu
6.4. Pengertian artikulasi
Istilah penting
Ringkasan
Rujukan
Bab 6: Penyuaraan Dan Konsonan
2
Secara umumnya, konsonan diklasifikasikan berdasarkan bunyi yang dihasilkan dalam bahasa.Terdapat dua kategori umum bagi jenis bunyi konsonan.Pertama ialah bunyi konsonan yang bersuara dan yang kedua-dua ialah bunyi yang tak bersuara.Cara kedua-dua konsonan dibunyikan kelihatan sama. Misalnya, dalam bahasa Melayu, konsonan b, d, dan g dianggap sebagai konsonan letupan bersuara manakala konsonan p,t dan k pula sebagai konsonan letupan tak bersuara.
Apakah itu bunyi sengau?Bunyi sengau difahami sebagai bunyi yang dihasilkan apabila rongga mulut ditutup sepenuhnya dan lelangit lembut pula diturunkan untuk membolehkan udara keluar melalui rongga hidung, seperti dalam perkataan minum dan nasi. Lihat rajah di sebelah.Oleh sebab bunyi sengau dihasilkan dengan cara yang sama seperti letupan, bunyi tersebut tergolong dalam bunyi letupan dalam bahasa Melayu.
Terdapat empat bunyi konsonan sengau atau nasal dalam bahasa Melayu, iaitu bunyi m [m], n[n], ng [ŋ], dan ny[ɲ]. Semua bunyi sengau ini bersuara.Bunyi ini dikategorikan sebagai sengau kerana bunyi ini bersuara apabila udara melalui rongga hidung.Bunyi sengau melibatkan empat alat artikulasi dalam bahasa Melayu, iaitu bibir, lelangit keras, lelangit lembut, dan gusi.
Semua bunyi sengau dalam bahasa Melayu adalah bersuara kerana pita suara bergetar apabila udara keluar melalui rongga hidung.Bunyi sengau boleh wujud pada kedudukan awal, tengah dan akhir perkataan.Lihat contoh penggunaan sengau dalam Jadual 5.3.
Fonem Awal Tengah Akhir
[m]
malas [malas]
emas [əmas]
dulam [dulam]
[n]
nasi [nasi]
panas [panas]
segan [segan]
[ŋ] ng
nganga [ŋaŋa]
sangka [saŋka]
sambung [sambuŋ]
[ɲ] ny
nyaris [ɲaris]
banyak [baɲaʔ]
-
Jadual 5.3 Bunyi sengau pada awal, tengah dan akhir perkataan
6.1. Pengenalan
6.2. BUNYI SENGAU
Bab 6: Penyuaraan Dan Konsonan
3
Setelah mengenal pembunyian sengau pada kedudukan awal, tengah dan akhir, perhatikan cara bunyi sengau tersebut dihasilkan dalam bahasa Melayu.
a. Sengau dua bibir bersuara [m]
Konsonan sengau dua bibir bersuara [m] dihasilkan dengan cara:
 Bibir bawah dirapatkan pada bibir atas untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.
 Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan supaya suara dapat memasuki rongga hidung.
 Pita suara dirapatkan.
 Udara dari paru-paru memasuki rongga mulut dan keluar melalui rongga hidung. Bibir mulut dibuka semasa menyebut bunyi [m] dan pita suara digetarkan.
Penghasilan konsonan [m]
b. Sengau Gusi Bersuara [n]
Bunyi sengau gusi bersuara [n] dihasilkan dengan cara:
 Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.
 Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka rongga hidung supaya udara dapat keluar melalui rongga hidung.
 Pita suara dirapatkan.
 Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada bahagian gusi, kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan.
 Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi sengau gusi bersuara [n]
Bab 6: Penyuaraan Dan Konsonan
4
Penghasilan konsonan [n]
c. Sengau Lelangit Keras-Gusi Bersuara [ɲ] ny
Untuk menghasilkan bunyi ini, proses yang berikut turut berlaku:
 Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras-gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.
 Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka ruang rongga ke hidung supaya udara dari paru-paru dapat keluar melalui rongga hidung.
 Pita suara dirapatkan.
 Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada daerah lelangit keras-gusi, kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan.
 Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan sengau lelangit keras gusi bersuara [ɲ]
Penghasilan konsonan [ɲ]
Bab 6: Penyuaraan Dan Konsonan
5
d. Sengau Lelangit Lembut Bersuara [ŋ] ng
Bunyi konsonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] dihasilkan melalui proses
yang berikut:
 Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan kepada lelangit lembut untuk menyekat
udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.
 Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka rongga hidung supaya udara
dapat keluar melalui rongga hidung.
 Pita suara dirapatkan.
 Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada daerah lelangit
lembut, kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan.
 Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi sengau lelangit lembut bersuara [ŋ]
Penghasilan konsonan [ŋ]
1. Apakah maksud bunyi sengau?
2. Bulatkan transkripsi fonetik yang betul bagi perkataan sengau yang berikut:
[buɲi ] [ŋaris] [seɲum] [leŋgaŋ] [naŋka] [boraŋ] [miɲaʔ]
3. Lukiskan rajah yang menerangkan cara bunyi sengau [ŋ] ng dihasilkan.
Bab 6: Penyuaraan Dan Konsonan
6
Dengan konsonan pinjaman, dimaksudkan konsonan-konsonan yang bukan berasal daripada bahasa Melayu tetapi dipinjam daripada bahasa lain, seperti bahasa Arab, Sanskrit, Inggeris dan sebagainya. Konsonan-konsonan ini telah umum dipakai dalam perkataan-perkataan yang dipinjam daripada bahasa asing. Konsonan-konsonan tersebut terdiri daripada:
(i) Geseran bibir-gigi tidak bersuara [f]
(ii) Geseran bibir-gigi bersuara [v]
(iii) Geseran gigi tidak bersuara []
(iv) Geseran gigi bersuara [ð]
(v) Geseran gusi bersuara [z]
(vi) Geseran lelangit keras tidak bersuara [š, ž]
(vii) Geseran lelangit lembut tidak bersuara [x]
(viii) Geseran lelangit lembut bersuara [Ɣ]
a. Cara Menghasillan Konsonan Pinjaman Dalam Bahasa Melayu?
i. Geseran Bibir-Gigi Tidak Bersuara [f]
 Bibir bawah dihampirkan pada gigi atas untuk membuat sempitan supaya udara keluar dengan menggeser melalui ruang yang sempit.
 Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
 Pita suara dibuka (direnggangkan).
 Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan pada daerah bibir-gigi. Pita suara tidak digetarkan.
 Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi geseran bibir-gigi tidak bersuara [f]
Penghasilan konsonan [f]
6.3. KONSONAN PINJAMAN DALAM BAHASA MELAYU
Bab 6: Penyuaraan Dan Konsonan
7
ii. Geseran Bibir-Gigi Bersuara [v]
Bunyi konsonan geseran bibir-gigi bersuara [v] dihasilkan dengan cara:
 Bibir bawah dihampirkan pada gigi atas untuk membuat sempitan supaya udara keluar dengan menggeser melalui sempitan.
 Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
 Pita suara dirapatkan.
 Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan pada daerah bibir-gigi. Pita suara digetarkan.
 Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi geseran bibir-gigi bersuara [v]
Penghasilan Konsonan [v]
iii. Geseran Gigi Tidak Bersuara []
Konsonan geseran gigi tidak bersuara [] dihasilkan melalui cara:
 Hujung lidah dihampirkan kepada daerah antara gigi atas dengan gigi bawah untuk membuat sempitan pada daerah antara gigi atas dan gigi bawah supaya udara keluar dengan menggeser.
 Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
 Pita suara dibuka (direnggangkan).
 Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan antara gigi atas dan gigi bawah. Pita suara tidak digetarkan.
 Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi geseran gigi tidak bersuara []
Bab 6: Penyuaraan Dan Konsonan
8
Penghasilan Konsonan []
Artikulasi tambahan atau koartikulasi ialah sebutan tambahan yang terjadi akibat daripada
pengaruh penyebutan sesuatu bunyi tertentu. Sewaktu menyebutkan sesuatu bunyi tertentu,
terjadi juga sebutan tambahan secara sampingan kerana dalam proses penyebutan sesuatu
bunyi tertentu, beberapa alat artikulasi turut terlibat, misalnya bibir, rongga hidung, lelangit
keras, rengkung dan seumpamanya sehingga berlakunya artikulasi tambahan seperti:
i. pembibiran,
ii. penyengauan,
iv. penglelangitkerasan,
v. perengkungan, dan
vi. pengglotisan (Glotalisasi)
6.4. Pengertian Koartikulasi?
1. Berikan contoh-contoh konsonan pinjaman.
2. Konsonan pinjaman berasal daripada bahasa apa? Berikan contoh.
3. Lukiskan gambar rajah 2 daripada konsonan pinjaman dan huraikan cara
penghasilannya.
Bab 6: Penyuaraan Dan Konsonan
9
a. Proses Pembibiran?
Pembibiran atau dikenal sebagai labialisasi ialah artikulasi tambahan yang berlaku semasa hendak menyebut bunyi vokal belakang. Misalnya, semasa kita menyebut bunyi perkataan [kuniŋ]. Sebenarnya semasa kita hendak menyebut bunyi konsonan [k] yang diikuti oleh vokal belakang [u] dalam perkataan “kuning” itu, berlaku sedikit pembundaran bibir, iaitu pengaruh daripada hendak menyebut bunyi vokal belakang [u] dalam perkataan “kuning” itu. Artikulasi tambahan pembibiran ditanda dengan lambang w seperti dalam contoh yang berikut:
[kwuniŋ]
[kwučiŋ]
[lwubaŋ]
[swulit]
[twolaʔ]
b. Proses Penyengauan?
Penyengauan atau nasalisasi merupakan artikulasi tambahan yang berlaku pengaruh daripada proses penyebutan bunyi perkataan yang mengandungi konsonan sengau yang diikuti oleh vokal. Semasa menyebutkan bunyi sengau, misalnya, [m, n, ɲ, ŋ] seperti dalam perkataan malam, nasi, nyamuk, nganga, pengaruh bunyi sengau [m, n, ɲ, ŋ] merebak kepada bunyi vokal kerana rongga hidung tidak sempat ditutup sepenuhnya semasa menyebut bunyi vokal dalam perkataan tersebut. Lambang penyengauan atau nasalisasi ditanda dengan
lambang ~ seperti dalam perkataan yang berikut:
[mãkan]
[nãŋka]
[ɲãɲi]
[məŋãntoʔ]
c. Proses Penglelangitkerasan?
Penglelangitkerasan atau palatalisasi merupakan artikulasi tambahan yang berlaku akibat proses penghasilan bunyi lelangit keras. Penglelangitkerasan ini terhasil sebelum bunyi letusan lelangit keras [č] dan [ǰ] dan lambang yang digunakan untuk melambangkan penglelangitkerasan ialah lambang [^] di bawah atau [ǰ] di sebelah kanan atas lambang fonetik konsonan berkenaan, seperti dalam contoh yang berikut:
[punǰča]
[manǰja]
[belanjǰa]
[senǰǰa]
[belunǰǰur]
Bab 6: Penyuaraan Dan Konsonan
10
d. Proses Perengkungan?
Perengkungan ialah artikulasi tambahan yang berlaku akibat daripada pengucapan bunyi
rengkungan. Bunyi seperti ini banyak terdapat dalam bahasa Arab. Simbol yang digunakan
bagi melambangkan bunyi perengkungan ialah seperti yang terdapat pada fonem yang
berikut:
L, d dan z
e. Proses Pengglotisan (Glotalisasi)?
Pengglotisan atau glotalisasi merupakan ciri suprasegmental yang berlaku sebelum
penyebutan bunyi vokal. Glotalisasi biasanya berlaku pada awal bunyi vokal yang hadir pada
perkataan yang disebut secara satu-satu. Sebelum bunyi vokal itu dilafazkan, alat artikulasi
mengambil sedikit masa untuk melafazkan bunyi vokal tersebut dan ini mengakibatkan udara
terhenti sebentar pada glotis semasa menyebut bunyi vokal dalam perkataan itu. Misalnya,
[ʔadeʔ], [ʔabaŋ], [ʔalat] dan seumpamanya.
Glotalisasi juga berlaku antara dua vokal yang berdekatan dalam perkataan. Semasa
menyebut vokal pertama, udara terhenti sekejap pada glotis dan memakan sedikit masa untuk
menyebut vokal yang berikutnya. Contohnya, [saʔat], [ǰumaʔat], [faʔedah] dan
seumpamanya.
1. Nyatakan perbezaan antara pembibiran,
penyengauan, penglelangitkerasan, perengkungan
dan pengglotisan
2. Nyatakan artikulasi tambahan yang terlibat dalam
contoh-contoh perkataan di bawah:
(a) [kwuraŋ] ____________________
(b) [tanǰǰaʔ] ____________________
(c) [ʔiteʔ] ____________________
(d) [taʔat] ____________________
(e) [mãsin] ____________________
(f) [punjčaʔ] ____________________
(g) [kwotaʔ] ____________________
(h) [panǰǰat] ____________________
(i) [ŋãŋã] ____________________
(j) [kaʔedah] ____________________
Bab 6: Penyuaraan Dan Konsonan
11
 Bunyi sengau ialah bunyi yang dihasilkan apabila rongga mulut ditutup sepenuhnya dan lelangit lembut pula diturunkan untuk membolehkan udara keluar melalui rongga hidung.
 Terdapat empat bunyi konsonan sengau atau nasal dalam bahasa Melayu, iaitu bunyi m [m], n[n], ng [ŋ], dan ny[ɲ].
 Konsonan pinjaman terdiri daripada geseran bibir-gigi tidak bersuara [f], geseran bibir-gigi bersuara [v], geseran gigi tidak bersuara [], geseran gigi bersuara [ð], geseran gusi bersuara [z], geseran lelangit keras tidak bersuara [š, ž], geseran lelangit lembut tidak bersuara [x], geseran lelangit lembut bersuara [ɣ]
 Artikulasi tambahan atau koartikulasi ialah sebutan tambahan yang terjadi akibat daripada pengaruh penyebutan sesuatu bunyi tertentu.
 Penyengauan atau nasalisasi merupakan artikulasi tambahan yang berlaku pengaruh daripada proses penyebutan bunyi perkataan yang mengandungi konsonan sengau yang diikuti oleh vokal.
 Pembibiran atau dikenal sebagai labialisasi ialah artikulasi tambahan yang berlaku semasa hendak menyebut bunyi vokal belakang.
 Penglelangitkerasan atau palatalisasi merupakan artikulasi tambahan yang berlaku akibat proses penghasilan bunyi lelangit keras.
 Perengkungan ialah artikulasi tambahan yang berlaku akibat daripada pengucapan bunyi rengkungan.
 Pengglotisan atau glotalisasi merupakan ciri suprasegmental yang berlaku sebelum penyebutan bunyi vokal.
Bab 6: Penyuaraan Dan Konsonan
12
Abdullah Hassan. 2006. Linguistik Am. Kuala Lumpur: PTS Professional
Beverley Collins & Inger M. Mees. 2009. Practical Phonetics and Phonology: A resource book for students. 2nd Edition. Oxon:Routledge
Henning Reatz &Allard Jongman. 2009. Phonetics: Transcription, Production, Acoustics and Perception Wiley Blackwell.
Indrawati Zahid dan Mardian Shah Omar. 2006. Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur: PTS Professional
Kamus Linguistik. 1997. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Ladefoged, Peter. 2006. A Course in Phonetics. Thomson Wadsworth: Boston
Larry H. Small. 1999. Phonetics: A Practical Guide to Students. Allyn & Bacon
Nor Hashimah Jalaluddin.2007. Asas Fonetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Paitoon M. Chaiyanara. 2006. Pengenalan Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Peter Roach. 2009. English Phonetics and Phonology. 4th Edition Cambridge: Cambridge University Press.
Richard Ogden. 2009. An Introduction to English Phonetics. Edinburg: Edinburg University Press Ltd
Trask, R.L. 1999. Key Concepts in Language and Linguistics. Florence: Routledge
Bab 6: Penyuaraan Dan Konsonan
13
Bab 6: Penyuaraan Dan Konsonan
14
ISTILAH PENTING