Friday, August 12, 2011

Bahasa Melayu: Latihan

Latihan

                                                                       Soalan 1 : Rumusan

[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha  membina negara Malaysia maju dan cabaran-cabarannya.  Panjang rumusan hedaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

              Usaha membina negara Malaysia yang maju,bertaraf dunia dan mampu bersaing di arena antarabangsa, menuntut penglibatan seluruh rakyat untuk bangkit menghadapi cabaran memenuhi keperluan mencapainya.  Kita memerlukan perubahan dan anjakan dari segi pemikiran,sikap dan minda.  Kejayaan hanya akan tercapai sekiranya, kita mahu keluar dari kepompong yang mengongkong kita untuk berfikiran lebih progresif. Kita perlu berfikiran global, bukan sekadar kekal sebagai jaguh kampung.  Sebagai pekerja kita tidak lagi boleh bersikap bekerja cuma untuk makan gaji.   Sekiranya sikap seperti ini terus kekal dalam jiwa kita, segala hasrat yang diimpikan dan dirangka dalam Wawasan 2020 hanya akan menjadi mimpi indah sahaja.

              Dari segi pembangunan dan pembinaan negara kita sebenarnya memiliki prasarana berkelas dunia.  Malangnya sikap negatif yang tidak dikikis dan masih membelenggu kita menyebabkan mentaliti kita masih di tahap dunia ketiga.  Dengan perkataan yang lebih tepat, negara kita memiliki perkakasan yang lengkap tetapi sedikit sahaja perisian.  Ini bermakna kita perlukan perubahan cara bekerja dan melakukan sesuatu selain meningkatkan tahap komitmen yang membabitkan segenap lapisan masyarakat.   Di samping itu,  kerenah birokrasi yang menghalang kemajuan mestilah dielakkan. Kelewatan yang membosankan seperti  berurusan di pejabat tanah yang memakan masa bertahun-tahun dan dokumentasi kelulusan pinjaman bank yang mengambil masa berbulan-bulan tidak seharusnya berlaku lagi. Semua urusan perkhidmatan dan pentadbiran seharusnya boleh diselaras dan dipermudahkan. 

              Dalam menjalankan sesuatu kerja atau tugasan yang ditetapkan oleh majikan, kita hendaklah menjalankan tugasan tersebut dengan seberapa segera yang boleh.  Ini sepatutnya menjadi etika kerja terutama di kalangan birokrat beragama Islam yang seharusnya memahami dan menghayati tuntutan agama bahawa kerja adalah suatu amanah yang harus dipikul dengan baik.  Ketika menjalankan tugas, segala-galanya hendaklah dilakukan dengan jujur dan ikhlas tanpa timbul  keperluan memberi rasuah untuk mendapat perkhidmatan terbaik.

              Di samping banyak usaha dijalankan seperti kempen,slogan dan budaya kerja yang murni masalah kerja sambil lewa dan lembab dalam bertindak sepatutnya tidak berlaku lagi.  Rata-rata pekerja,khususnya kakitangan awam sudah berasa selesa dengan kerja yang mereka lakukan.  Mereka selalu memikirkan, walaupun tidak semua, sama ada kerja kuat atau tidak, setiap tahun gaji tetap naik.  Walaupun kerja yang dilakukan di bawah tahap memuaskan, kerajaan tidak mudah untuk memecatnya.

              Sikap sebahagian kakitangan awam dan pekerja yang negatif ini tidak seharusnya membantutkan usaha untuk memajukan negara.  Kita percaya lebih ramai yang inginkan negara lebih maju, berbanding yang tidak mengharapkan apa-apa.
                                      
                                                     (Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Rencana Pengarang, Berita Harian,  2007)

Soalan 2 : Pemahaman

[ 35 markah ]

Soalan 2(a) – Pemahaman Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.


(i)  Berikan maksud  rangkai kata  berfikiran global                                       [2 markah]


(ii)  Apakah perkara-perkara yang menghalang ke arah merealisasikan hasrat Wawasan 2020?                                                    
  [3 markah]


(iii) Pada pendapat anda, jelaskan langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kecekapan bekerja dalam kalangan kakitangan awam?
                                                                                                             [4 markah]

              



Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

Jawab semua soalan.

(a)   Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan perkataan untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau  menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i)                     bakal                -           bekal

(ii)                    regu                 -           ragu

(iii)                   bantu               -           buntu
           
                                                                                      [ 6 markah]

(b)   Nyatakan subjek dan predikat dalam setiap ayat berikut.

(i)                  Mereka saintis terkenal.

(ii)                Bandar Putrajaya di Sepang bandar siber.

(iii)              Beberapa orang angkasawan itu rakyat Malaysia.

(iv)              Alat-alat muzik tradisional ini kepunyaan Istana Kelantan.

(v)                Kumpulan itu kumpulan kebudayaan dari utara Semenanjung

(vi)              Reka bentuk  Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur ilham Perdana Menteri.                                                                    [6 markah]

(c)    Dalam setiap ayat  di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)              Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dapatlah menganggap sebagai lagenda dalam dunia perfileman Melayu.

(ii)    Sehingga kini mereka tidak dapat mempastikan pihak yang melemparkan tuhmah terhadap biduanita itu.

(iii)     Pengetua itu menjanjikan untuk memulihkan tahap displin para pelajar di sekolah barunya.                                                                   [6 markah ]

(d)   Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)      Masalah kerosakan moral dalam kalangan remaja semakin memburuk di akhir-akhir ini.

(ii)               Jurulatih pasukan bola sepak Pahang menggugurkan penyerang yang banyak mensiakan peluang menjaringkan gol dalam perlawanan itu.

(iii)    Pemuliharaan haiwan ternakan yang beliau usahakan mendapat bantuan daripada kerajaan negeri.                                      [6 markah ]



(e)    Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.

Walaupun Jamilah dan Jalilah pasangan kembar, perangai mereka berdua sangat berbeza. Jamilah lembut dan bersopan-santun orangnya, manakala Jalilah agak kasar meskipun rupanya lebih cantik daripada Jamilah. Perbezaan yang ketara antara kedua-duanya menyebabkan mereka sering berselisih pendapat hingga mereka bermasam muka.

                                                                                                         [6 markah ]




Soalan 4 : Novel

[15 markah ]


Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:


(i)                 Azfa Hanani  karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
(ii)               Kembara Amira  karya  Amir Hmzah L. Kader



(a)    Berdasarkan novel yang anda pelajari, jelaskan cara pengarang menyudahkan cerita dalam novel tersebut.
                                                                                                       [7 markah ]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, bandingkan perwatakan watak sampingan dalam kedua-dua novel tersebut.
                                                                                                                       [8 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT

No comments:

Post a Comment