Friday, August 30, 2013

Bab 6: Penyuaraan Dan Konsonan


Bab 6: Penyuaraan Dan Konsonan
1
Bab 6
Penghasilan Konsonan dan Koartikulasi
Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat
a. memahami cara bunyi konsonan sengau dihasilkan dalam bahasa Melayu.
b. Memahami cara penghasilan konsonan pinjaman dalam bahasa Melayu.
c. Mengenali koartikulasi.
Garis latar modul
6.1. Pengenalan
6.2. Bunyi sengau
6.3. Konsonan pinjaman dalam bahasa Melayu
6.4. Pengertian artikulasi
Istilah penting
Ringkasan
Rujukan
Bab 6: Penyuaraan Dan Konsonan
2
Secara umumnya, konsonan diklasifikasikan berdasarkan bunyi yang dihasilkan dalam bahasa.Terdapat dua kategori umum bagi jenis bunyi konsonan.Pertama ialah bunyi konsonan yang bersuara dan yang kedua-dua ialah bunyi yang tak bersuara.Cara kedua-dua konsonan dibunyikan kelihatan sama. Misalnya, dalam bahasa Melayu, konsonan b, d, dan g dianggap sebagai konsonan letupan bersuara manakala konsonan p,t dan k pula sebagai konsonan letupan tak bersuara.
Apakah itu bunyi sengau?Bunyi sengau difahami sebagai bunyi yang dihasilkan apabila rongga mulut ditutup sepenuhnya dan lelangit lembut pula diturunkan untuk membolehkan udara keluar melalui rongga hidung, seperti dalam perkataan minum dan nasi. Lihat rajah di sebelah.Oleh sebab bunyi sengau dihasilkan dengan cara yang sama seperti letupan, bunyi tersebut tergolong dalam bunyi letupan dalam bahasa Melayu.
Terdapat empat bunyi konsonan sengau atau nasal dalam bahasa Melayu, iaitu bunyi m [m], n[n], ng [ŋ], dan ny[ɲ]. Semua bunyi sengau ini bersuara.Bunyi ini dikategorikan sebagai sengau kerana bunyi ini bersuara apabila udara melalui rongga hidung.Bunyi sengau melibatkan empat alat artikulasi dalam bahasa Melayu, iaitu bibir, lelangit keras, lelangit lembut, dan gusi.
Semua bunyi sengau dalam bahasa Melayu adalah bersuara kerana pita suara bergetar apabila udara keluar melalui rongga hidung.Bunyi sengau boleh wujud pada kedudukan awal, tengah dan akhir perkataan.Lihat contoh penggunaan sengau dalam Jadual 5.3.
Fonem Awal Tengah Akhir
[m]
malas [malas]
emas [əmas]
dulam [dulam]
[n]
nasi [nasi]
panas [panas]
segan [segan]
[ŋ] ng
nganga [ŋaŋa]
sangka [saŋka]
sambung [sambuŋ]
[ɲ] ny
nyaris [ɲaris]
banyak [baɲaʔ]
-
Jadual 5.3 Bunyi sengau pada awal, tengah dan akhir perkataan
6.1. Pengenalan
6.2. BUNYI SENGAU
Bab 6: Penyuaraan Dan Konsonan
3
Setelah mengenal pembunyian sengau pada kedudukan awal, tengah dan akhir, perhatikan cara bunyi sengau tersebut dihasilkan dalam bahasa Melayu.
a. Sengau dua bibir bersuara [m]
Konsonan sengau dua bibir bersuara [m] dihasilkan dengan cara:
 Bibir bawah dirapatkan pada bibir atas untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.
 Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan supaya suara dapat memasuki rongga hidung.
 Pita suara dirapatkan.
 Udara dari paru-paru memasuki rongga mulut dan keluar melalui rongga hidung. Bibir mulut dibuka semasa menyebut bunyi [m] dan pita suara digetarkan.
Penghasilan konsonan [m]
b. Sengau Gusi Bersuara [n]
Bunyi sengau gusi bersuara [n] dihasilkan dengan cara:
 Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.
 Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka rongga hidung supaya udara dapat keluar melalui rongga hidung.
 Pita suara dirapatkan.
 Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada bahagian gusi, kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan.
 Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi sengau gusi bersuara [n]
Bab 6: Penyuaraan Dan Konsonan
4
Penghasilan konsonan [n]
c. Sengau Lelangit Keras-Gusi Bersuara [ɲ] ny
Untuk menghasilkan bunyi ini, proses yang berikut turut berlaku:
 Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras-gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.
 Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka ruang rongga ke hidung supaya udara dari paru-paru dapat keluar melalui rongga hidung.
 Pita suara dirapatkan.
 Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada daerah lelangit keras-gusi, kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan.
 Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan sengau lelangit keras gusi bersuara [ɲ]
Penghasilan konsonan [ɲ]
Bab 6: Penyuaraan Dan Konsonan
5
d. Sengau Lelangit Lembut Bersuara [ŋ] ng
Bunyi konsonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] dihasilkan melalui proses
yang berikut:
 Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan kepada lelangit lembut untuk menyekat
udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.
 Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka rongga hidung supaya udara
dapat keluar melalui rongga hidung.
 Pita suara dirapatkan.
 Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada daerah lelangit
lembut, kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan.
 Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi sengau lelangit lembut bersuara [ŋ]
Penghasilan konsonan [ŋ]
1. Apakah maksud bunyi sengau?
2. Bulatkan transkripsi fonetik yang betul bagi perkataan sengau yang berikut:
[buɲi ] [ŋaris] [seɲum] [leŋgaŋ] [naŋka] [boraŋ] [miɲaʔ]
3. Lukiskan rajah yang menerangkan cara bunyi sengau [ŋ] ng dihasilkan.
Bab 6: Penyuaraan Dan Konsonan
6
Dengan konsonan pinjaman, dimaksudkan konsonan-konsonan yang bukan berasal daripada bahasa Melayu tetapi dipinjam daripada bahasa lain, seperti bahasa Arab, Sanskrit, Inggeris dan sebagainya. Konsonan-konsonan ini telah umum dipakai dalam perkataan-perkataan yang dipinjam daripada bahasa asing. Konsonan-konsonan tersebut terdiri daripada:
(i) Geseran bibir-gigi tidak bersuara [f]
(ii) Geseran bibir-gigi bersuara [v]
(iii) Geseran gigi tidak bersuara []
(iv) Geseran gigi bersuara [ð]
(v) Geseran gusi bersuara [z]
(vi) Geseran lelangit keras tidak bersuara [š, ž]
(vii) Geseran lelangit lembut tidak bersuara [x]
(viii) Geseran lelangit lembut bersuara [Ɣ]
a. Cara Menghasillan Konsonan Pinjaman Dalam Bahasa Melayu?
i. Geseran Bibir-Gigi Tidak Bersuara [f]
 Bibir bawah dihampirkan pada gigi atas untuk membuat sempitan supaya udara keluar dengan menggeser melalui ruang yang sempit.
 Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
 Pita suara dibuka (direnggangkan).
 Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan pada daerah bibir-gigi. Pita suara tidak digetarkan.
 Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi geseran bibir-gigi tidak bersuara [f]
Penghasilan konsonan [f]
6.3. KONSONAN PINJAMAN DALAM BAHASA MELAYU
Bab 6: Penyuaraan Dan Konsonan
7
ii. Geseran Bibir-Gigi Bersuara [v]
Bunyi konsonan geseran bibir-gigi bersuara [v] dihasilkan dengan cara:
 Bibir bawah dihampirkan pada gigi atas untuk membuat sempitan supaya udara keluar dengan menggeser melalui sempitan.
 Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
 Pita suara dirapatkan.
 Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan pada daerah bibir-gigi. Pita suara digetarkan.
 Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi geseran bibir-gigi bersuara [v]
Penghasilan Konsonan [v]
iii. Geseran Gigi Tidak Bersuara []
Konsonan geseran gigi tidak bersuara [] dihasilkan melalui cara:
 Hujung lidah dihampirkan kepada daerah antara gigi atas dengan gigi bawah untuk membuat sempitan pada daerah antara gigi atas dan gigi bawah supaya udara keluar dengan menggeser.
 Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
 Pita suara dibuka (direnggangkan).
 Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan antara gigi atas dan gigi bawah. Pita suara tidak digetarkan.
 Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi geseran gigi tidak bersuara []
Bab 6: Penyuaraan Dan Konsonan
8
Penghasilan Konsonan []
Artikulasi tambahan atau koartikulasi ialah sebutan tambahan yang terjadi akibat daripada
pengaruh penyebutan sesuatu bunyi tertentu. Sewaktu menyebutkan sesuatu bunyi tertentu,
terjadi juga sebutan tambahan secara sampingan kerana dalam proses penyebutan sesuatu
bunyi tertentu, beberapa alat artikulasi turut terlibat, misalnya bibir, rongga hidung, lelangit
keras, rengkung dan seumpamanya sehingga berlakunya artikulasi tambahan seperti:
i. pembibiran,
ii. penyengauan,
iv. penglelangitkerasan,
v. perengkungan, dan
vi. pengglotisan (Glotalisasi)
6.4. Pengertian Koartikulasi?
1. Berikan contoh-contoh konsonan pinjaman.
2. Konsonan pinjaman berasal daripada bahasa apa? Berikan contoh.
3. Lukiskan gambar rajah 2 daripada konsonan pinjaman dan huraikan cara
penghasilannya.
Bab 6: Penyuaraan Dan Konsonan
9
a. Proses Pembibiran?
Pembibiran atau dikenal sebagai labialisasi ialah artikulasi tambahan yang berlaku semasa hendak menyebut bunyi vokal belakang. Misalnya, semasa kita menyebut bunyi perkataan [kuniŋ]. Sebenarnya semasa kita hendak menyebut bunyi konsonan [k] yang diikuti oleh vokal belakang [u] dalam perkataan “kuning” itu, berlaku sedikit pembundaran bibir, iaitu pengaruh daripada hendak menyebut bunyi vokal belakang [u] dalam perkataan “kuning” itu. Artikulasi tambahan pembibiran ditanda dengan lambang w seperti dalam contoh yang berikut:
[kwuniŋ]
[kwučiŋ]
[lwubaŋ]
[swulit]
[twolaʔ]
b. Proses Penyengauan?
Penyengauan atau nasalisasi merupakan artikulasi tambahan yang berlaku pengaruh daripada proses penyebutan bunyi perkataan yang mengandungi konsonan sengau yang diikuti oleh vokal. Semasa menyebutkan bunyi sengau, misalnya, [m, n, ɲ, ŋ] seperti dalam perkataan malam, nasi, nyamuk, nganga, pengaruh bunyi sengau [m, n, ɲ, ŋ] merebak kepada bunyi vokal kerana rongga hidung tidak sempat ditutup sepenuhnya semasa menyebut bunyi vokal dalam perkataan tersebut. Lambang penyengauan atau nasalisasi ditanda dengan
lambang ~ seperti dalam perkataan yang berikut:
[mãkan]
[nãŋka]
[ɲãɲi]
[məŋãntoʔ]
c. Proses Penglelangitkerasan?
Penglelangitkerasan atau palatalisasi merupakan artikulasi tambahan yang berlaku akibat proses penghasilan bunyi lelangit keras. Penglelangitkerasan ini terhasil sebelum bunyi letusan lelangit keras [č] dan [ǰ] dan lambang yang digunakan untuk melambangkan penglelangitkerasan ialah lambang [^] di bawah atau [ǰ] di sebelah kanan atas lambang fonetik konsonan berkenaan, seperti dalam contoh yang berikut:
[punǰča]
[manǰja]
[belanjǰa]
[senǰǰa]
[belunǰǰur]
Bab 6: Penyuaraan Dan Konsonan
10
d. Proses Perengkungan?
Perengkungan ialah artikulasi tambahan yang berlaku akibat daripada pengucapan bunyi
rengkungan. Bunyi seperti ini banyak terdapat dalam bahasa Arab. Simbol yang digunakan
bagi melambangkan bunyi perengkungan ialah seperti yang terdapat pada fonem yang
berikut:
L, d dan z
e. Proses Pengglotisan (Glotalisasi)?
Pengglotisan atau glotalisasi merupakan ciri suprasegmental yang berlaku sebelum
penyebutan bunyi vokal. Glotalisasi biasanya berlaku pada awal bunyi vokal yang hadir pada
perkataan yang disebut secara satu-satu. Sebelum bunyi vokal itu dilafazkan, alat artikulasi
mengambil sedikit masa untuk melafazkan bunyi vokal tersebut dan ini mengakibatkan udara
terhenti sebentar pada glotis semasa menyebut bunyi vokal dalam perkataan itu. Misalnya,
[ʔadeʔ], [ʔabaŋ], [ʔalat] dan seumpamanya.
Glotalisasi juga berlaku antara dua vokal yang berdekatan dalam perkataan. Semasa
menyebut vokal pertama, udara terhenti sekejap pada glotis dan memakan sedikit masa untuk
menyebut vokal yang berikutnya. Contohnya, [saʔat], [ǰumaʔat], [faʔedah] dan
seumpamanya.
1. Nyatakan perbezaan antara pembibiran,
penyengauan, penglelangitkerasan, perengkungan
dan pengglotisan
2. Nyatakan artikulasi tambahan yang terlibat dalam
contoh-contoh perkataan di bawah:
(a) [kwuraŋ] ____________________
(b) [tanǰǰaʔ] ____________________
(c) [ʔiteʔ] ____________________
(d) [taʔat] ____________________
(e) [mãsin] ____________________
(f) [punjčaʔ] ____________________
(g) [kwotaʔ] ____________________
(h) [panǰǰat] ____________________
(i) [ŋãŋã] ____________________
(j) [kaʔedah] ____________________
Bab 6: Penyuaraan Dan Konsonan
11
 Bunyi sengau ialah bunyi yang dihasilkan apabila rongga mulut ditutup sepenuhnya dan lelangit lembut pula diturunkan untuk membolehkan udara keluar melalui rongga hidung.
 Terdapat empat bunyi konsonan sengau atau nasal dalam bahasa Melayu, iaitu bunyi m [m], n[n], ng [ŋ], dan ny[ɲ].
 Konsonan pinjaman terdiri daripada geseran bibir-gigi tidak bersuara [f], geseran bibir-gigi bersuara [v], geseran gigi tidak bersuara [], geseran gigi bersuara [ð], geseran gusi bersuara [z], geseran lelangit keras tidak bersuara [š, ž], geseran lelangit lembut tidak bersuara [x], geseran lelangit lembut bersuara [ɣ]
 Artikulasi tambahan atau koartikulasi ialah sebutan tambahan yang terjadi akibat daripada pengaruh penyebutan sesuatu bunyi tertentu.
 Penyengauan atau nasalisasi merupakan artikulasi tambahan yang berlaku pengaruh daripada proses penyebutan bunyi perkataan yang mengandungi konsonan sengau yang diikuti oleh vokal.
 Pembibiran atau dikenal sebagai labialisasi ialah artikulasi tambahan yang berlaku semasa hendak menyebut bunyi vokal belakang.
 Penglelangitkerasan atau palatalisasi merupakan artikulasi tambahan yang berlaku akibat proses penghasilan bunyi lelangit keras.
 Perengkungan ialah artikulasi tambahan yang berlaku akibat daripada pengucapan bunyi rengkungan.
 Pengglotisan atau glotalisasi merupakan ciri suprasegmental yang berlaku sebelum penyebutan bunyi vokal.
Bab 6: Penyuaraan Dan Konsonan
12
Abdullah Hassan. 2006. Linguistik Am. Kuala Lumpur: PTS Professional
Beverley Collins & Inger M. Mees. 2009. Practical Phonetics and Phonology: A resource book for students. 2nd Edition. Oxon:Routledge
Henning Reatz &Allard Jongman. 2009. Phonetics: Transcription, Production, Acoustics and Perception Wiley Blackwell.
Indrawati Zahid dan Mardian Shah Omar. 2006. Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur: PTS Professional
Kamus Linguistik. 1997. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Ladefoged, Peter. 2006. A Course in Phonetics. Thomson Wadsworth: Boston
Larry H. Small. 1999. Phonetics: A Practical Guide to Students. Allyn & Bacon
Nor Hashimah Jalaluddin.2007. Asas Fonetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Paitoon M. Chaiyanara. 2006. Pengenalan Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Peter Roach. 2009. English Phonetics and Phonology. 4th Edition Cambridge: Cambridge University Press.
Richard Ogden. 2009. An Introduction to English Phonetics. Edinburg: Edinburg University Press Ltd
Trask, R.L. 1999. Key Concepts in Language and Linguistics. Florence: Routledge
Bab 6: Penyuaraan Dan Konsonan
13
Bab 6: Penyuaraan Dan Konsonan
14
ISTILAH PENTING

No comments:

Post a Comment