Friday, August 30, 2013

Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal


Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal
1
Bab 4
Variasi Bunyi Vokal
Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat
a. mengenal jenis-jenis vokal dalam bahasa Melayu dan mempelajari cara membunyikan vokal tersebut
b. membezakan antara vokal panjang dan vokal pendek
c. mengenal diftong dalam bahasa Melayu dan cara menghasilkannya
d. memahami kewujudan konsep triftong dalam bahasa
Garis latar modul
4.1.Pengenalan
4.2.Vokal dalam bahasa Melayu
4.3.Jenis-jenis Vokal
4.4.Bunyi vokal panjang dan pendek
4.5.Bunyi diftong
4.6.Bunyi triftong dalam bahasa
Istilah penting
Ringkasan
Rujukan
Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal
2
Aspek penyuaraan bunyi penting dalam bahasa.Bunyi bahasa dihasilkan dalam bentuk ujaran secara terus-menerus dan tidak berputus-putus.Secara umumnya, bunyi-bunyi yang dihasilkan dapat dibahagikan kepada dua bunyi utama, iaitu vokal dan konsonan.Cara pembahagian bunyi bahasa kepada dua jenis ini merupakan kaedah tradisional yang sudah lama digunakan dalam kajian fonetik dan fonologi.
Terdapat beberapa variasi dalam bunyi vokal.Misalnya, ada bunyi vokal yang panjang dan ada pula yang biasa, iaitu bunyinyayang pendek.Hal ini bermakna vokal boleh dibunyikan pendek dan panjang dalam bahasa, termasuk dalam bahasa Melayu.Bunyi vokal yang dihasilkan itu berbeza-beza bunyinya bergantung pada kedudukan organ seperti lidah, mulut khususnya bibir dan lelangit lembut semasa vokal tertentu dilafazkan.
Selain vokal, terdapat gabungan dua jenis bunyi vokal yang disebut sebagai diftong dan triftong.Kedua-dua bunyi tersebut penting juga dikaji di samping vokal dalam bahasa.Diftong bertindak sebagai satu fonem dan dilambangkan pula oleh dua lambang vokal.Terdapat tiga diftong dalam bahasa Melayu, iaitu [ai], [oi], dan [au].
Apakah maksud vokal?Vokal ialah sejenis bunyi bahasa yang dihasilkan tanpa mengalami sekatan arus udara.Bunyi bahasa ini dihasilkan apabila arus udara dari paru-paru keluar secara bebas melalui rongga mulut tanpa sekataan atau gangguan.Oleh hal yang demikian, vokal ialah sejenis bunyi yang bersuara apabila dihasilkannya.Kebanyakan vokal dihasilkan apabila udara keluar melalui rongga mulut. Dengan demikian udara tidak keluar melalui rongga hidung kerana disekat daripada keluar melalui rongga hidung.
Semua bahasa dunia mempunyai vokal, dan vokal memainkan peranan utama dalam fonetik bahasa Melayu dan menjadi nadi bunyi dalam urutan suku kata.Vokal membentuk suku kata dan biasanya wujud sebelum atau selepas konsonan.Vokal merupakan bunyi oral, iaitu bunyi yang dikeluarkan melalui rongga mulut. Namun, ada sebilangan dinasalkan seperti perkataan nyanyi [ɲaɲi]. Dalam perkataan nyanyi didapati vokal /a/dinasalkan seperti [ã] apabila dilafazkan perkataan tersebut.Fonem yang dinasalkan ditandakan dengan lambang [~].
Salah satu sistem untuk menghuraikan vokal, iaitu cardinal vowels(vokal kardinal) pernah diperkenalkan oleh Daniel Jones, ahli fonetik Inggeris yang
4.1 Pengenalan
Gambar 4.1 Daniel Jones
4.2 Vokal dalam bahasa Melayu
Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal
3
terkenal.Vokal kardinal ialah suatu set vokal rujukan bagi vokal yang ditetapkan nilai fonetik (Richard Ogden, 2009). Melalui sistem ini, Jones mencadangkan lapan vokal kardinal untuk menjadi titik rujukan bagi ahli fonetik.Kaedah pengkelasan ini merupakan sistem terbaik yang pernah dihasilkan. Lapan bunyi vokal yang dikenal sebagai vokal kardinal utama terdiri daripada vokal yang berikut:
1. [i] 5. [ɒ]
2. [e] 6. [ɔ]
3. [ε] 7. [o]
4. [a] 8. [u]
Lihat Rajah Kardinal yang diperkenalkan oleh Jones pada tahun 1930 dalam Rajah 4.1.
Rajah 4.1: Sistem vokal kardinal yang diperkenalkan oleh Jones
Vokal merupakan bunyi bersuara yang dihasilkan apabila udara dari paru-paru keluar melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang sekatan.Klasifikasi bunyi vokal ditentukan berdasarkan kedudukan lidah dan bentuk bibir.Vokal dalam bahasa Melayu pula dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:
a. vokal depan
b. vokal tengah
c. vokal belakang
Kedudukan vokal tersebut ditentukan oleh kriteria yang berikut:
a. peranan lidah, sama ada depan, tengah atau belakang
b. ketinggian lidah semasa dinaikkan
c. kedudukan bibir, sama ada bundar atau terhampar
d. keluasan pembukaan antara rahang
Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal
4
Vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang mempunyai vokal [i], [e], [ɑ], [ɒ],
[Ə],[o],[ɔ] dan [u] yang dapat dilambangkan oleh huruf a, e, i, o, dan u. Kedudukan vokal
tersebut dapat ditunjukkan seperti dalam Rajah 4.2.
Rajah 4.2Kedudukan vokal dalam bahasa Melayu
Hadapan Tengah Belakang
sempit [i] [u] belakang sempit
separuh sempit [e] [o] separuh sempit
[ə]
separuh luas [ ε] [ɔ] separuh luas
luas [ɑ] [ɒ ] luas
Seperti yang dipaparkan dalam Rajah 4.2, dalam pertuturan terdapat sembilan jenis vokal,
iaitu empat vokal hadapan ([i], [e], [ε] dan [ɑ])satu vokal tengah ([ə]), dan tiga jenis vokal
belakang ([u], [o], [ɔ])dalam bahasa Melayu. Bagi vokal [e], dan [ε], tidak ada huruf yang
khusus dalam sistem tulisan bahasa Melayu.Huruf /e/ digunakan bagi melambangkan bunyibunyi
tersebut.Manakala, untuk melambangkan bunyi [ɔ], fonem /o/ digunakan.Vokal-vokal
ini hanya wujud dalam dielak-dialek Melayu dan biasanya bunyi ini dianggap kelainan bagi
vokal [e], [e] dan [o]. Hal ini juga bermaksud bahawa bunyi-bunyi tersebut tidak termasuk
dalam sebutan baku bahasa Melayu. Seterusnya, dijelaskan cara membunyikan sembilan
jenis vokal tersebut dalam bahasa Melayu.
4.3. Jenis-jenis vokal
1. Apa itu vokal?
2. Kriteria apakah yang menentukan kedudukan vokal?
3. Layari laman sesawang yang berikut yang menerangkan cara menghasilkan
vokal cardinal yang diperkenalkan oleh Daniel Jones.
http://www.youtube.com/watch?v=6UIAe4p2I74
Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal
5
a. Vokal depan
Vokal depan ialah bunyi [i], [e], [ε] dan [a]. Alat artikulasi yang terlibat dalam menghasilkan bunyi ini ialah lidah dan saiz rongga mulut dan bentuk bibir.Daerah artikulasi yang terlibat ialah lelangit keras.
 Vokal depan sempit [i]
Vokal ini dihasilkan apabila bahagian hujung lidah diletakkan pada titik yang paling tinggi di bahagian hadapan mulut.Lihat Rajah 4.3.Lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak lalu ditutup rongga hidung.Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.Ketika melafazkan bunyi ini, bibir berada pada kedudukan terhampar.Kedudukan lidah ini adalah pada kedudukan yang paling tinggi dalam rongga mulut.
Rajah 4.3Vokal depan sempit [i]
Contoh penggunaan bunyi vokal depan [i] dalam bahasa Melayu
itik [itiʔ]
pilu [pilu]
silu [silu]
 Vokal depan separuh sempit [e]
Untuk menghasilkan bunyi vokal [e], hadapan lidah dinaikkan tetapi tidak setinggi seperti untuk membunyikan vokal [i].Lelangit lembut pula dinaikkan rapat ke belakang tekak dan untuk menutup rongga hidung.Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.Ketika bunyi ini dihasilkan, bibir pula pada kedudukan terhampar.Pembukaan bibir semasa melafazkan bunyi ini agak sederhana. Lihat Rajah 4.4 yang menunjukkan cara bunyi vokal [e] dihasilkan.
Rajah 4.4 Vokal depan separuh sempit [e]
Contoh penggunaan bunyi vokal depan [e] dalam perkataan Melayu
elok [eloʔ]
semak [semaʔ]
sate [sate]
Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal
6
 Vokal depan separuh luas [ε]
Vokal ini dihasilkan apabila depan lidah diturunkan dua pertiga dari kedudukan semasa melafazkan bunyi [e].Lelangit lembut pula dinaikkan rapat kepada belakang tekak dan rongga hidung ditutup.Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.Ketika bunyi ini dihasilkan, bibir dalam kedudukan terhampar. Lihat Rajah 4.5 yang menunjukkan cara bunyi ini dihasilkan.
Rajah 4.5 Vokal depan separuh luas [ε].
Contoh penggunaan bunyi vokal depan separuh luas [ε] dalam perkataan Melayu
elok [εloʔ]
leher [lεhεr]
modal [modε]
(Bunyi vokal separuh luas ini sering digunakan dalam dialek-dialek yang terdapat di Malaysia, seperti dialek Kedah).
 Vokal depan luas [a]
Vokal ini dihasilkan apabila depan lidah diturunkan ke titik yang paling bawah di rongga mulut. Pucak dari depan lidah ditarik ke belakang sedikit. Lelangit lembut diangkat rapat ke belakang tekak dan rongga hidung ditutup.Udara pula keluar melalui rongga mulut dan pita suara digetarkan.Ketika bunyi vokal dilafazkan bibir dalam kedudukan terhampar. Lihat Rajah 4.6 yang menunjukkan cara bunyi ini dihasilkan.
Rajah 4.6 Vokal depan luas [a]
Contoh penggunaan bunyi vokal depan luas [a] dalam bahasaMelayu
alat [alat]
dagu[dagu]
sila [sila]
Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal
7
b. Vokal tengah [ə]
Terdapat satu vokal tengah, iaitu vokal tengah pendek [ə] dalam bahasa Melayu.Untuk menghasilkan vokal tengah [ə], lidah diletakkan pada lantai rongga mulut.Bibir terbuka, tetapi tidak terlalu luas.Udara melalui rongga mulut dan terhasillah bunyi vokal [ə]. Lihat Rajah 4.7yang menunjukkan cara bunyi vokal ini dihasilkan.
Rajah 4.7 Vokal Tengah[ə]
Contoh penggunaan bunyi vokal tengah [ə] dalam perkataan Melayu
emak [əmaʔ]
lebah [ləbah]
ape [apə] (dalam dialek Johor Riau)
c. Vokal belakang
Terdapat empat vokal belakang, iaitu vokal [u], [o], [ɑ], dan [ɔ] dalam bahasa Melayu.Alat artikulasi yang terlibat dalam menghasilkan bunyi vokal ini termasuk lidah dan lelangit lembut.Daerah artikulasi yang terlibat ialah lelangit keras.Rongga mulut dan saiz bukaan mulut menentukan kadar bukaan luas (Indirawati Zahid dan Maridan Shah Omar, 2006).
 Vokal belakang sempit [u]
Vokal ini dihasilkan apabila belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin seperti merapati lelangit keras.Walau bagaimanapun tidak ada sekatan udara yang berlaku.Lelangit lembut pula dinaikkan rapat kepada belakang tekak dan rongga hidung ditutup.Oleh itu, udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.Apabila bunyi ini dilafazkan, bibir berada dalam kedudukan bundar. Lihat Rajah 4.8yang menunjukkan carabunyi vokal ini dihasilkan.
Rajah 4.8 Vokal Belakang Sempit[u]
Contoh penggunaan bunyi vokal belakang sempit [u] dalam perkataan Melayu
ulat [ulat]
suka [suka]
bisu [bisu]
Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal
8
 Vokal belakang separuh sempit [o]
Vokal ini dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan lebih rendah sedikit dari titik paling tinggi ketika menghasilkan bunyi [u].Lelangit lembut pula dinaikkan rapat kepada belakang tekak dan rongga hidung ditutup.Udara pula keluar melalui rongga hidung dengan menggetarkan pita suara.Apabila bunyi vokal ini dihasilkan, bibir berada dalam kedudukan bundar. Lihat Rajah 4.8 yang menunjukkan cara bunyi vokal separuh sempit ini dihasilkan.
Rajah 4.8 Vokal belakang separuh sempit [o]
Contoh penggunaan bunyi vokal separuh sempit [o] dalam perkataan Melayu
otak [otaʔ]
boros [boros]
sos [sos]
 Vokal belakang separuh luas[ɔ]
Bunyi vokal ini dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan lebih rendah sedikit ketika vokal sempit [o] dihasilkan.Lelangit lembut diangkat rapat ke belakang tekak dan rongga hidung ditutup.Udara keluar melalui rongga mulut dan pita suara digetarkan.Bibir dalam keadaan bundar.Lihat Rajah 4.9 yang menerangkan hal tersebut.
Rajah 4.9 Vokal belakang separuh luas [ɔ]
Contoh penggunaan bunyi vokal belakang separuh luas [ɔ]dalam perkataan Melayu
berbohong [bɔrak] (dialek Kedah)
mati [tumpɔ] (dialek Bota Perak)
(Dipetik daripada Fonetik dan Fonologi oleh Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar, 2006)
(Bunyi vokal ini hanya digunakan dalam dialek seperti dialek Kedah, Perak).
Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal
9
 Vokal belakang luas [ɑ]
Vokal belakang luas [ɑ] dihasilkan apabila belakang lidah diletakkan di titik paling bawah dan jauh ke belakang secara terus-menerus.Lelangit lembut pula dinaikkan ke belakang tekak.Rongga hidung ditutup.Udara pula keluar melalui rongga mulut dan pita suara digetarkan.Ketika bunyi vokal ini dihasilkan, bibir berada dalam kedudukan bundar. Lihat Rajah 4.10 yang menunjukkan cara vokal belakang luas [ɑ] dihasilkan.
Rajah 4.10 Vokal belakang luas [ɑ]
Secara ringkasnya, kedudukan lidah ketika bunyi-bunyi vokal tersebut dihasilkan dapat ditunjukkan seperti dalam Rajah4.11.
Rajah 4.11 Kedudukan Lidah Ketika melafazkan Bunyi Vokal
Sumber: Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar.Fonetik dan Fonologi, 2006.
Apabila bunyi vokal dihasilkan, kedudukan bibir akan berubah mengikut bunyi yang akan dihasilkan. Misalnya, bibir akan menjadi leper semasa bunyi vokal [i] dihasilkan, dan bibir akan dibundarkan apabila bunyi [ɔ] dihasilkan. Kedudukan bibir semasa menghasilkan vokal dalam bahasa Melayu dihuraikan seterusnya.
a. Vokal depan sempit [i]
Bunyi vokal depan sempit dihasilkan kerana hujung lidah dinaikkan setinggi yang boleh ke hadapan semasa kedua-dua bibir berada dalam keadaan leper dan dibuka sempit.
Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal
10
b. Vokal depan luas [o]
Bunyi vokal depan luas dihasilkan kerana hujung lidah diturunkan serendah yang boleh ke hadapan semasa kedua-dua bibir yang berbentuk leper dan dibuka luas.
c. Vokal depan separuh sempit [e ]
Bunyi vokal depan separuh sempit dihasilkan kerana hujung lidah diturunkan satu per tiga ( di antara jarak kedudukan lidah bagi menghasilkan vokal depan sempit dengan vokal depan luas) ke hadapan semasa kedua-dua bibir berbentuk leper dan dibuka separuh sempit.
d. Vokal depan separuh luas [ɔ]
Bunyi vokal depan separuh luas dihasilkan kerana hujung lidah diturunkan dua per tiga ke hadapan semasa kedua-dua bibir berbentuk separuh luas.
e. Vokal belakang luas [ ɑ]
Bunyi vokal belakang luas dihasilkan kerana belakang lidah dinaikkan sedikit ke belakang semasa kedua-dua bibir dileperkan dan dibuka luas.
f. Vokal belakang sempit [u ]
Bunyi vokal belakang sempit dihasilkan kerana belakang lidah dinaikkan ke atas setinggi yang mungkin semasa kedua-dua bibir berbentuk bundar dan dibuka sempit.
g. Vokal belakang separuh luas [ ε]
Bunyi vokal separuh luas dihasilkan kerana belakang lidah dinaikkan ke tahap yang sama dengan kedudukan hujung lidah untuk menghasilkan bunyi vokal depan separuh luas semasa kedua-dua bibir dibundarkan dan dibuka separuh luas.
h. Vokal belakang separuh sempit [ e ]
Bunyi vokal separuh sempit dihasilkan kerana belakang lidah dinaikkan ke tahap yang sama dengan kedudukan hujung lidah untuk menghasilkan bunyi vokal separuh sempit semasa kedua-dua bibir berbentuk bundar dan dibuka separuh sempit.
Vokal tengah [ə] tidak termasuk dalam jenis vokal kardinal. Namun, cara vokal tengah dihasilkan dapat diterangkan. Menurut Abdullah Hassan (2001), vokal tengah dihasilkan dengan lidah terhampar di lantai rongga mulut. Bahagian tengah lidah diangkat sedikit.Oleh itu, vokal ini disebut vokal tengah.Udara keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan.
Huraian bunyi vokal yang berdasarkan kedudukan rongga mulut khususnya kedudukan bibir dapat diperhatikan secara langsung semasa bunyi-bunyi vokal tersebut dihasilkan.Kedudukan organ lain tidak dapat diperhatikan, seperti lelangit lembut dan lidah tidak dapat diperhatikan semasa vokal-vokal dihasilkan.Kedudukan bentuk bukaan bibir apabila bunyi vokal dilafazkan dapat ditunjukkan seperti dalam Rajah 4.12.
Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal
11
Rajah 4.12Bentuk Bukaan Bibir
Sumber: Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar. Fonetik dan Fonologi, 2006.
1. Vokal dalam bahasa Melayu dibahagian kepada …………………,
…………………., dan …………………………
2. Lengkapkan rajah di bawah ini dengan bunyi vokal yang sesuai:
Jenis vokal depan tengah belakang
sempit
separuh
sempit
separuh luas
luas
3. Terangkan bagaimana vokal tengah [Ə] dihasilkan?
Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal
12
Dalam bahasa terdapat unsur bunyi yang panjang dan pendek, termasuk dalam vokal.Dengan demikian, vokal dapat dibahagikan kepada dua jenis, vokal pendek dan vokal panjang.Vokal panjang dibunyikan lebih panjang berbanding dengan bunyi vokal pendek yang dibunyikan pendek. Misalnya, vokal [i:] lebih panjang daripada vokal [i] dan vokal [u:] lebih panjang daripada vokal [u]. Vokal pendek dihasilkan dengan waktu yang sederhana, manakala vokal panjang dihasilkan dengan jarak waktu yang lebih panjang.Perhatikan hal ini dalam Rajah 4.13 yang menunjukkan bentuk gelombang dan spektrogram vokal panjang dan pendek.
Rajah 4.13 Bentuk gelombang dan spektrogram vokal panjang dan pendek
SumberPaitoon M. Chaiyanara, Pengenalan Fonetik dan Fonologi, 2006.
Dalam bahasa Inggeris terdapat banyak bunyi vokal pendek and lima vokal panjang. Vokal panjang biasanya ditandai oleh lambang vokal dan disusuli oleh tanda dua titik [:]. Contohnya seperti dalam kata Inggerispiece [piːs], bunyi vokal [i] dipanjangkan. Apabila bunyi vokal lebih nyaring dan lantang, lafaznya boleh dipanjangkan.
Adakala untuk membezakan antara pasangan perkataan yang mempunyai bunyi yang hampir sama, bunyi vokal panjang dan vokal pendek digunakan dalam bahasa Inggeris, seperti dalam pasangan beat [bi:t] dan bit [bɪt], foot /fʊt/ dan food food [/fuːd/:].Ada kalanya vokal panjang disebut sebagai mora, iaitu unit bunyi dalam fonologi yang membentuk tekanan dalam bahasa.Jadi, mora merupakan unit terkecil untuk mengukur kuantiti atau kepanjangan dalam sistem prosodi, biasanya lebih pendek daripada satu suku kata. Prosodi ialah pola tekanan dan intonasi dalam sesuatu bahasa.
Walau bagaimanapun unsur bunyi vokal panjang dan pendek tidak wujuddalam bahasa Melayu standard.Unsur mora juga tidak wujud dalam bahasa Melayu.Namun dalam dialek
4.3. Bunyi vokal panjang dan pendek
Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal
13
Melayu, terdapat vokal panjang,iaitu bunyi vokal yang dipanjangkan bunyi seperti vokal [a:]
dalam dialek Johor besar [besa:], vokal [Ə:] tiga [tigƏ:] dialek Pahang, dan vokal [ɔ:] sayur
[sayɔ:] dialek Perak. Walaupun mana-mana bunyi dalam bahasa Melayu standard boleh
dipanjangkan, namun hal ini tidak membawa apa-apa kepentingan fonemik.
1. Nyatakan perbezaan antara vokal pendek dan vokal panjang.
2. Apakah prosidi dan intonasi?
3. Terangkan secara ringkas tentang mora.
Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal
14
Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah.Contohnya, [ai] dalam pandai dan [au] dalam pulau.Oleh hal yang demikian, diftong merupakan bunyi geluncuran, iaitu bunyi vokal pertama menggeluncur ke atas bunyi vokal yang kedua.Hal ini juga bermaksud dua bunyi vokal dibunyikan secara berturut-turut.
4.3.1 Diftong [ai]
Bunyi diftong [ai] dihasilkan apabila kedudukan lidah secara anggaran pada kedudukan ketika menghasilkan bunyi vokal depan [a] dan cepatnya beralih kepada bunyi vokal depan [i]. Walau bagaimanapun, bahagian depan lidah yang dinaikkan ini tidak benar-benar sampai ke kedudukan seperti membunyikan bunyi [i]. Hujung lidah menyentuh gigi depan pada bahagian bawahnya. Kedudukan lelangit lembut dinaikkan dengan pita suara bergetar.Bibir pula dalam kedudukan neutral dan pembukaan rahang pula dalam keadaan antara sederhana dan luas.
Contoh bunyi diftong [ai] dalam bahasa Melayu
tupai [tupai]
sampai [sampai]
gulai [gulai]
4.3.2 Diftong [au]
Bunyi diftong [au] dihasilkan apabila lidah dalam kedudukan seperti membunyikan bunyi [a] dan beralih cepat kepada bunyi vokal belakang [u].Walau bagaimanapun bahagian lidah tidak benar-benar naik seperti membunyikan bunyi [u].Bibir berubah dari kedudukan bundar menjadi bundar. Hujung lidah hamper-hampir sentuh gigi depan bahagian bawah dan pembukaan rahang antara sederhana dan luas.
Contoh bunyi diftong [au] dalam bahasa Melayu
kalau [kalau]
surau [surau]
pulau [pulau]
4.4. Bunyi diftong
Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal
15
4.3.3 Diftong [oi]
Bunyi diftong [oi] dihasilkan apabila lidah mula menggeluncur pada kedudukan vokal
belakang separuh tertutup [o] cepat beralih kepada bunyi vokal depan tertutup. Walau
bagaimanapun, lidah tidak betul-betul sampai ke kedudukan tinggi lidah seperti
membunyikan vokal [i].Bibir dalam kedudukan bundar pada geluncuran pertama berubah
menjadi hampar apabila hampir selesai membunyikannya.
Contoh bunyi diftong [oi] dalam bahasa Melayu
sepoi[sƏpoi]
sekoi [sƏkoi]
amboi [amboi]
Selain diftong, terdapat satu lagi bunyi dalam bahasa yang disebut triftong.Triftong ialah
gabungan tiga vokal yang merupakan bunyi yang kompleks dalam bahasa.Bunyi triftong
dilafazkan dalam satu suku kata.Triftong berlaku dalam bahasa apabila berlaku geluncuran
dari satu vokal ke vokal lain, dan kemudian ke vokal yang ketiga dengan pantas tanpa
sebarang sekatan udara.Bunyi kompleks ini terdapat bahasa Inggeris seperti dalam kata hour
[aʊər] dan power [paʊər]. Bunyi triftong tidak terdapat dalam bahasa Melayu.
1. Apakah maksud bunyi diftong?
2. Nyatakan tiga jenis diftong bersertakan dengan dua contohnya sekali.
3. Adakah yang berikut termasuk dalam bunyi diftong?
gulai, hairan, naik, sakai, semai, misai, nilai, bangkai, baik
4.5. Bunyi triftong
Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal
16
ISTILAH PENTING
 Vokal ialah bunyi yang bersuara apabila udara dkeluarkan melalui rongga mulut.
 Terdapat sembilan jenis vokal dalam bahasa Melayu pada kedudukan vokal depan,
tengah dan belakang.
 Terdapat empat vokal depan, iaitu bunyi [i], [e], [ε] dan [a], satu vokal tengah, iaitu
bunyi [Ə], dan empat vokal belakang, iaitu vokal [u], [o], [ɑ], dan [ɔ] dalam bahasa
Melayu.
 Dalam kalangan vokal, ada yang dibunyikan pendek dan panjang, seperti dalam
bahasa Inggeris. Unsur bunyi vokal panjang dan pendek tidak terdapat bahasa Melayu
kecuali dalam beberapa dialek Melayu.
 Diftong merupakan gabungan dua vokal yang dilafazkan sebagai satu suku kata akibat
geluncuran vokal pertama ke atas vokal kedua. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga
diftong, iaitu [ai], [oi] dan [au].
 Triftong merupakan gabungan tiga vokal secara berturut-turut dalam bahasa. Jenis
bunyi tidak terdapat dalam bahasa Melayu.
1. Apakah maksud triftong? Adakah bunyi bahasa ini wujud dalam bahasa Melayu?
2. Bagaimana bunyi triftong berlaku?
Bab 4 : Variasi Bunyi Vokal
17
Abdullah Hassan. 2006. Linguistik Am Kuala Lumpur: PTS Professional
Indrawati Zahid dan Mardian Shah Omar. 2006. Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur: PTS Professional
Kamus Linguistik. 1997. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
M. Yunus Maris. 1980. The Malay Sound System. Kuala Lumpur; Penerbit Fajar Bakti
Nor Hashimah Jalaluddin. Asas Fonetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Paitoon M. Chaiyanara. 2006. Pengenalan Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Roach, Peter. 2009. English Phonetics and Phonology. Cambridge University Press

No comments:

Post a Comment