Friday, August 30, 2013

Bab 10: Fonetik Akustik dan Fonetik Auditori


Bab 10: Fonetik Akustik dan Fonetik Auditori
1
Bab 10
Fonetik Akustik dan Fonetik Auditori
Pada akhir topik, pelajar akan dapat
a. memahami bidang fonetik akustik dan fonetik auditori dalam bidang fonetik.
b. mengenal konsep penting dalam bidang akustik dan auditori.
c. mengenal ciri-ciri fizikal fonetik akustik dan auditori.
d. mengenal fungsi alat-alat yang digunakan dalam fonetik akustik
e. mengenal fungsi telinga dan otak dalam fonetik auditori
Garis latar modul
10.1. Pengenalan
10.2 Fonetik akustik
10.3 Ciri-ciri fizikal bunyi akustik
10.4 Alat-alat pengukuran bunyi
10.5 Fonetik auditori
10.6 Ciri-ciri fizikal bunyi auditori
10.7 Fungsi telinga dan otak
Istilah penting
Ringkasan
Rujukan
Bab 10: Fonetik Akustik dan Fonetik Auditori
2
Bidang fonetik yang menghuraikan bunyi bahasa manusia dapat dibahagikan kepada tiga cabang kecil lagi, iaitufonetik akustik, fonetik artikulasi dan fonetik auditori. Bidang fonetik artikulasi, iaitu sub bidang kajian tentang cara bunyi manusia dihasilkan, sudah pun dibincangkan secara panjang lebar dalam beberapa bab yang lepas.
Fonetik auditori difahami sebagai cabang fonetik yang memberi tumpuan terhadap sifat akustik gelombang bunyi yang menghasilkan ujaran, manakala fonetik auditori meneliti cara telinga dan otak menterjemahkan ujaran dalam bahasa. Fonetik akustik meneliti ciri-ciri akustik bunyi bahasa dan fonetik auditori mengkaji cara telinga dan sistem persepsi menerima dan memproses bunyi bahasa manusia.
Fonetik akustik meneliti bunyi bahasa dari persepsi sifat fizikal bunyi. Ada kalanya istilah fonetik peralatan (fonetik instrumental) juga digunakan untuk merujuk kepada cabang ilmu fonetik ini kerana beberapa buah alat digunakan untuk menyukat kualiti bunyi yang dihasilkan di dalam bidang ini.Antara alat yang digunakan dalam subbidang ini termasuk spektogram,spektograf dan sinar katod.
Fonetik auditori, iaitu cabang fonetik yang berbeza daripada fonetik artikulasi dan fonetik akustik mengkaji persepsi terhadap bunyi ujaran.Kajiannya melibatkan hubungan antara rangsangan ujaran oleh penutur dan respons pendengar terhadap rangsangan tersebut melalui perantaraan sistem pendengaran dan otak manusia.
Dalam Bab 10 ini, kedua-dua cabang kecil bidang fonetik ini, iaitu fonetik akustik dan fonetik auditori akan dihuraikan. Selalunya, fonetik auditori merupakan bidang yang dikaji selepas bidang fonetik artikulasi. Oleh itu, bidang fonetik auditoriakan dihuraikan terlebih dahulu dan kemudian disusuli oleh bidang fonetik akustik.
10.1 PENGENALAN
Bab 10: Fonetik Akustik dan Fonetik Auditori
3
a. Definisi
Fonetik akustik ialah kajian terhadap bunyi bahasa.Ilmu ini mengkaji ciri-ciri fizikal bunyi dan gelombang bunyi bahasa yang dihasilkan oleh penutur. Fonetik akustik merujuk kepada kajian transmisi isyarat bunyi dari penutur kepada pendengar semasa komunikasi berlangsung (Indrawati Zahid & Mardian Shah Omar, 2007).
Menurut Nor Hashimah Jalaludin (2007), bidang fonetik akustik melibatkan pengkajian gelombang udara yang membawa bunyi ke telinga. Kamus Linguistik(1997) mentakrifkan fonetik akustik sebagai kajian tentang sifat fizikal bunyi bahasa, seperti frekuensi, amplitud yang teralir antara mulut dan telinga.
Jackson, Howard (2007) menjelaskan bidang akustik sebagai cabang fonetik yang meneliti bunyi bahasa dari sudut ciri-ciri fizikalnya.Malmkjaer, K. (2004) pula menerangkan fonetik akustik sebagai bidang yang meneliti ciri-ciri bunyi seperti yang diwakili oleh variasi tekanan udara.
Dengan demikian dapat dirumuskan bahawa fonetik akustik ialah bidang yang memberikan tumpuan terhadap sifat akustik gelombang suara, iaitu sifat fizikal bunyi yang menyampaikan ujaran. Alatan seperti spektograf digunakan untuk menganalisis bunyi akustik tersebut.
Pertama, beberapa konsep dan istilah asas dalam disiplin fonetik akustik akandihuraikan. Konsep ini adalah berkaitan dengan ciri-ciri fizikal bahasa.
b. Ciri-ciri fizikal bahasa
Fonetik akustik melibatkan ciri-ciri fizikal ujaran bahasa. Terdapat tiga ciri fizikal, iaitu nada, kelantangan dan kepanjangan dalam fonetik akustik.Kesemua ciri dapat diterangkan dengan menggunakan spektrogram, iaitu alat elektronik yang digunakan untuk merakam bunyi.
i. Nada
Nada merujuk kepada aras kelangsingan distingtif sesuatu suku kata. Nada bergantung pada kekerapan getaran pita suara. Ada beberapa jenis nada dan nada ini mempunyai kualiti yang berbeza. Umumnya, bunyi vokal merupakan bunyi bersuara yang lebih ketara didengar berbanding dengan nada bunyi tak bersuara atau bunyi bisikan.
Bunyi vokal mempunyai nada yang berlainan.Ada dua ciri nada yang membezakan bunyi vokal. Vokal depan seperti [i, e, ɛ] mempunyai nada yang tinggi kalau dibandingkan dengan vokal
10.2 FONETIK AKUSTIK
Bab 10: Fonetik Akustik dan Fonetik Auditori
4
belakang [u, o, ɔ a]. Didapati paras nada suara berbeza antara individu dan antara bunyi yang diucapkan oleh seseorang penutur.
ii. Kelantangan
Kelantangan merujuk kepada keamatan sesuatu bunyi yang dapat didengar bergantung kepada gabungan frekuensi dan amplitud gelombang.Kelantangan suara ialah istilah yang merujuk kepada kekuatan suara yang bergantung kepada kuantiti tenaga yang dibawa bersama gelombang.Kelantangan ialah kadar kekuatan atau keamatan bunyi yang dipersepsikan oleh pendengar. Kenyaringan ialah parameter yang merujuk kepada kelantangan yang didengar. Kelantangan suara ini berkaitan dengan ampitud yang merujuk kepada pergerakan partikel udara dalam gelombang bunyi. Amplitud ialah sukatan terhadap turun naik bentuk gelombang. Amplitud ialah jarak antara puncak gelombang bunyi dengan normanya.(Lihat Rajah 10.1).
Rajah 10.1 Amplitud dalam kitaran gelombang
Sesuatu suku kata boleh menjadi lebih lantang jika dibandingkan dengan suku kata yang lain.Satu bunyi dianggap lantang disebabkan oleh perubahan nada yang hadir bersama-sama kelantangan.Hal ini dapat dikesan daripada ciri bunyinya yang lebih panjang daripada bunyi yang mendampinginya.Kelantangan boleh dikaitkan dengan kepadatan semasa menghasilkan bunyi.
Selain itu, kelantangan juga ada kena-mengena dengan saiz dan amplitud getaran serta perasaan pendengar semasa memberikan penekanan bunyi.Penambahan atau peningkatan tekanan udara dari paru-paru mempunyai pengaruh untuk menghasilkan bunyi yang lebih lantang. Bunyi lantang akan menghasilkan getaran. Kesannya, amplitud yang luas tercipta.Ringkasnya, apabila bunyi atau suku kata ditekan, tekanan udara bertambah dan kesanya lebih luas amplitud getaran dapat dihasilkan.
amplitud
Masa
Bab 10: Fonetik Akustik dan Fonetik Auditori
5
Getaran dalam satu tempoh tidak mengambil kira amplitud. Satu pusingan boleh disempurnakan dalam jangka waktu yang pendek atau panjang berdasarkan masa dan kepanjangan masa. Jumlah pusingan bagi setiap 1 saat = frekuensi bagi getaran. Rajah 10.2 menunjukkan satu period (pusingan).Satu pusingan adalah dari tempat permulaan kearah titik amplitud yang maksimum dalam satu arah dan dari situ kembalike titik yang satu lagi.
Rajah 10.2 Period (pusingan) dalam kitaran gelombang
iii. Kepanjangan
Untuk mengukur sempadan bagi sesuatu bunyi atau suku kata, tidaklah menjadi masalah.Dengan menggunakan osilogram atau spektrogram sempadan bagi bunyi bagi sesuatu bunyi atau suku kata.Caranya adalah dengan menggunakan osilogram atau spektogram. Tempoh kepanjangan bagi bunyi atau suku kata bergantung pada kelajuan sesuatu ujaran.Secara purata 6-20 fonem atau segmen dihasilkan dalam 21 saat.
iv. Gelombang bunyi
Gelombang bunyi adalah suatu gangguan berkala yang bergerak dalam suatu halatuju tertentu melalui ruang dengan bentuknya yang tidak berubah semasa bergerak. Gelombang secara umumnya akan menghasilkan sumber yang bergetar. Gelombang bunyi pula yang merupakan gelombang membujur memerlukan ruang untuk disebarkan.
v. Bunyi periodik dan aperiodik
Terdapat dua jenis gelombang bunyi yang dirujuk sebagai gelombang sine (gelombang mudah), iaitu periodik dan aperiodik. Periodik pula terbahagi kepada gelombang periodik yang mudah dan gelombangperiodik yang kompleks.
a. Gelombang periodik
Periodik ialah bentuk gelombang yang mempunyai pola gelombang yang sama. Bunyi periodik dihasilkan apabila jarak antara pusingan adalah sama. Bunyi periodik memberikan sensasi nada yang jelas. Ketinggian nada dapat dikaitkan dengan frekuensi
Bab 10: Fonetik Akustik dan Fonetik Auditori
6
getaran. Semakin tinggi frekuensi semakin tinggi nada. Bunyi-bunyi periodik mempunyai bentuk sinusoid, iaitu rangkaian gelombang atau lipatan.
Gelombang periodik mudah mempunyai ciri yang dapat mengulangi pola gelombang yang sama seperti dalam Rajah 10.3yang berikut:
Rajah 10.3 Gelombang periodik mudah
b. Gelombang aperiodik
Aperiodik ialah bentuk gelombang yang tidak mempunyai pola gelombang yang sama seperti gelombang periodik. Gelombang periodik kompleks pula mempunyai gabungan dua gelombang mudah yang berbeza frekuensinya seperti dalam Rajah 10.2 di bawah:
Rajah 10.4 Gelombang periodik kompleks
Bab 10: Fonetik Akustik dan Fonetik Auditori
7
Gelombang aperiodik juga terbahagi kepada dua jenis, iaitu aperiodik bersinambung dan aperiodik alihan. Aperiodik bersinambung merujuk kepada ‘bunyi bising’. Keadaan gelombang ini diberikan nama bising putih (white noise). Lihat Gelombang aperiodik bersinambung bising putih dalam Rajah 10.5.
Rajah 10.5 Gelombang Bising Putih
Gelombang aperiodik alihan pula merujuk kepada keadaan amat pendek temponya. Walaupun keadaan gelombang kelihatan seperti periodik, iaitu turun naik seakan-akan berpola, tetapi yang membezakannya ialah pergerakannya yang lebih cepat tamat, untuk menghasilkan pola yang seterusnya. Gelombang aperiodik tersebut dapat ditunjukkan dalam Rajah 10.4 di sebelah.
Rajah 10.6 Gelombang Aperiodik Alihan
vi. Tempo
Tempo ialah kadar kelajuan artikulasi yang lazimnya diukur menurut bilangan suku kata yang diujar dalam sesaat. Tempo merupakan satu lagi ciri akustik. Setiap bunyi, sama ada vokal atau konsonan mempunyai masa tempo yang berbeza-beza. Tempo lazimnya diukur dalam unit saat (s).
vii. Harmonik
Harmonik ialah getaran pada frekuensi yang merupakan gandaan frekuensi dasar. Kualiti sesuatu bunyi bergantung pada jenis dan darjah kenyaringan harmonik yang wujud. Dengan demikian harmonik merujuk kepada komponen dalam gelombang periodik kompleks. Harmonik yang paling rendah frekuensinya disebutkan fundamental atau harmonik pertama. Konsep ini diberikan nama berdasarkan fundamental.
viii. Kelangsingan (pitch)
Kelangsingan ialah nilai tinggi dan rendah nada yang dipersepsikan oleh khayalak yang mendengar. Dalam akustik, sifat bunyi yang diukur berdasarkan kekerapan getaran pita suara. Kekerapan yang tinggi menghasilkan kelangsingsan yang tinggi, dan kekerapan rendah menghasilkan kelangsingan yang rendah.
Bab 10: Fonetik Akustik dan Fonetik Auditori
8
ix. Kitaran gelombang
Satu fitur penting dalam gelombang mudah ialah keadaannya yang menunjukkan
perulangan. Keadaan ini dihuraikan sebagai kitaran atau gelombang. Tempo untuk satu
kitaran dinamakan period, iaitu dari puncak kitaran pertama ke puncak kitaran kedua.
Lihat Rajah 10.5 yang menunjukkan kitaran (period).
x. Kualiti suara
Kualiti suara merujuk kepada sifat khusus bunyi yang dihasilkan oleh suara tertentu atau
alat nyanyian. Hal ini adalah bergantung kepada cara lipatan vokalnya bergetar.
Perbezaan yang ketara dalam bunyi ialah frekuensi utama yang dirasai sebagai nada oleh
pendengar. Perbezaan lain pula ialah keadaan rapat dua lipatan vokal, iaitu sama ada
hampir sama atau tidak teratur yang berlaku di sepanjang sisi lipatan. Ringkasnya, sifat
yang berkaitan dengan kualiti suara adalah berkaitan dengan kebolehan seseorang itu
memudahkan getarannya.
1. Berikan definisi fonetik akustik.
2. Apakah ciri-ciri bunyi fizikal? Jelaskan.
3. Bezakan antara aperiodik bersinambung dan aperiodik alihan.
4. Tontonilah klip video yang menerangkan cara spektogram berfungsi.
http://www.youtube.com/watch?v=csRsQPjOMn0
Bab 10: Fonetik Akustik dan Fonetik Auditori
9
Terdapat dua jenis alat yang digunakan untuk merakam dan menganalisis bunyi akustik. Yang pertama ialah alat yang menganalisis input akustik. Antaranya termasuk mikrofon, alat perakam, dan pita rakaman. Yang kedua merupakan alat yang menganalisis output data dari pelbagai sumber. Alat-alatnya ialah osiloskop sinar katod dan spektogram.
Alat-alat yang digunakan untuk menganalisis input akustik:
i. Mikrofon
Mikrofon ialah alat pengumpul bunyi yang sangat responsif terhadap gelombang tekanan yang dikenakan oleh gelombong bunyi pada molekul udara. Mikrofon juga berfungsi untuk menukarkan variasi tekanan gelombang bunyi yang mengetarkan molekul udara tadi kepada signal elektrik.
ii. Alat perakam
Alat perakam digunakan untuk merakam bunyi. Alat ini mempunyai pelbagai spesifikasi bagi memudahkan pengkaji membuat rakaman. Selain berfungsi untuk merakam, alat ini dapat memainkan rakaman semula, memadam, dan merakam yang sudah dirakam.
iii. Pita rakaman
Pita rakaman ialah alat yang menerima data yang dirakam. Kini dengan kemajuan teknologi sudah terdapat rakaman yang boleh disimpan secara digital.
Ciri-ciri fizikal bunyi dapat diukur dengan menggunakan beberapa alat mengukur dalam bidang fonetik akustik seperti spektogram (lihat Rajah 10.7) dan osilogram.
Rajah 10.7 Alat Spektogram
10.3. ALAT MENGUKUR FONETIK AKUSTIK
Bab 10: Fonetik Akustik dan Fonetik Auditori
10
i. Spektogram
Spektogram ialah alat yang menterjemah bunyi ke representasi visual dalam bentuk komunikasi frekuensi. Kepadatan komunikasi frekuensi dapat dikesan berdasarkan tanda yang gelap dalam Rajah 10.8 di bawah.
forman tanda gelap
Rajah 10.8 Spektograf
ii. Sinar Katod
Sinar katod terdiri daripada sinar katod osiloskop dan sinar katod osilomink. Lihat gambar osiloskop dalam Rajah 10.9.Osiloskop ialah alat pengujian elektronik yang memaparkan rupa bentuk gelombang pada tabir tiub sinar katod.Sinar kata osiloskop memaparkan bentuk gelombang di muka tiub seperti yang dipancarkan di televisyen. Osilomink ialah penulisan dakwat osilograf. Sinod katod tidak dapat mencatat semua bunyi kerana pen yang digunakan tidak selaju bunyi bahasa yang keluar.
Rajah 10.9 Osiloskop
Bab 10: Fonetik Akustik dan Fonetik Auditori
11
Kesimpulannya, fonetik akustik ialah cabang ilmu dalam bidang fonetik yang berkaitan dengan
bunyi ujaran dari segi frekuensi, tempo, kenyaringan, terutama yang dianalisis dengan
menggunakan peralatan seperti spektograf dan osilograf.
Fonetik akustik merupakan cabang fonetik yang ada kaitan dengan persepsi bunyi
bahasa.Dengan demikian, kajian ini meneliti hubungan antara rangsangan bahasa dengan respons
pendengar terhadap rangsangan tersebut.Bidang ini berbeza daripada fonetik artikulasi atau
fonetik akustik.Bidang ini kurang dikaji dalam fonetik memandangkan kesulitan untuk mengenal
pasti dan menyukat bunyi bahasa.
Namun dalam kajian fonetik auditori, kedua-dua bidang tersebut saling dimanfaatkan kerana
hubungan erat dengan kedua-dua bidang tersebut.Disiplin ilmu ini mengkaji cara fizikal
gelombang bunyi yang dihasilkan oleh manusia ditukar menjadi unit ujaran yang bermakna.
Fonetik auditori menghuraikan cara gelombang kompleks melalui telinga dan cara bunyi bahasa
didekod menjadi isyarat neutral yang kemudian dipindahkan ke otak manusia.
Ringkasnya, cabang bidang fonetik menerangkan hal yang berlaku kepada bunyi yang dikutip
oleh telinga luar dari persekitaran. Kemudian bunyi tersebutdibesarkan bunyi oleh telinga tengah
bunyi lalu dimasukkannya ke telinga dalam. Dari sini, impuls dihantar ke saraf pendengaran dan
akhirnya ke otak manusia.Justeru, telinga memainkan peranan perantara antara bunyi dan otak,
10. 4 FONETIK AUDITORI
1. Berikan dua contoh alat yang menganalisis input akustik.
2. Apakah fungsi spektogram?
3. Apakah itu osiloskop?
4. Tontonlah klip video yang menunjukkan cara menggunakan osiloskop.
http://www.youtube.com/watch?v=g0tBJlOEz00
Bab 10: Fonetik Akustik dan Fonetik Auditori
12
iaitu transmisi bunyi bahasa antara penutur dan pendengar, seperti yang ditunjukkan dalam rajah yang berikut.
a. Definisi konsep
Clyton Valli (2000) menerangkan fonetik auditori sebagai kajian tentang persepsi bunyi bahasa. Menurut Nor Hashimah (2007) pula, fonetik auditori adalah berkenaan dengan pendengaran dan proses yang wujud apabila diterima bunyi dan cara bunyi tersebut dirasai.Dengan demikian, ilmu ini melibatkan organ telinga dan otak.
Fonetik auditori ialah kajian sebutan bunyi yang didengar dan berkaitan dengan soalan “bagaimana bunyi diterima dan dikenal sebagai tuturan bunyi yang berbeza.” Proses yang terlibat dinamakan sebagai mendekod (Indrawati & Mardian Shah Omar, 2006). Kamus Lingustik (1997) pula mentakrifkan bidang ini sebagai fonetik pendengaran yang mengkaji pendengaran dan persepsi bunyi bahasa.
Crystal, David (1991) mendefinisikan fonetik auditori sebagai cabang fonetik yang mengkaji respons terhadap persepsi bunyi bahasa seperti yang diertikan oleh telinga, saraf pendengaran, dan otak. Manakala, Finch, Geoffrey (2000) mendefinisikan fonetik auditori sebagai cabang lingustik yang berkaitan dengan persepsi bunyi bahasa, iaitu cara bunyi tersebut didengar.
Kesimpulannya, fonetik auditori yang merupakan cabang fonetik ialah bidang kajian tentang persepsi bunyi tuturan, iaitu cara bunyi tersebut didengar.
b. Fungsi telinga dan otak Bunyi merupakan gelombang udara yang dihasilkan oleh pelbagai sumber.Bunyi yang dibawa oleh angin pada mulanya diterimanya oleh telinga. Gelombang bunyi pula melalui gegendang telinga dan kemudian ke dalam telinga tengah. Sebenarnya, pada mula telinga luar memungut bunyi dan telinga tengah pula membesarkan (amplify) bunyi tersebut.Lihat Rajah
Penutur pendengar
Bab 10: Fonetik Akustik dan Fonetik Auditori
13
10.10.Kemudian, telinga dalaman menghantarnya ke otak melalui saraf pendengaran seperti dalam Rajah 10.11.
Rajah 10.11 Gelombang udara ke otak menerusi telinga
Rajah 10.10 Bahagian-bahagian telinga
Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 10.12, gelombang bunyi bertembung pada telinga luar dan gelombang itu bergerak melalui liang telinga untuk sampai ke gegendang telinga. Gegendang telinga ialah membran kulit yang nipis yang kelihatan seperti kepala gendang yang terkeluar pada penghujung liang telinga. Gelombang bunyi disalurkan melalui satu liang yang menyebabkan gegendang telinga bergetar. Seperti membran sebuah mikrofon, gegendang bergerak sebagai respons kepada turun naik tekanan udara.
telinga luar rantaian tulang saraf pendengaran liang telinga
Bab 10: Fonetik Akustik dan Fonetik Auditori
14
gegendang telinga koklea
Rajah 10.12 Bahagian utama dalam sistem auditori manusia
Pergerakan ini dikendalikan oleh rantaian tiga tulang kecil di telinga tengah untuk membawanya ke telinga dalam yang berisi cecair.Terdapat satu membran basilar yang masuk ke tengah-tengah telinga dalam, iaitu di koklea.Koklea ialah bahagian telinga dalam yang berkaitan dengan pendengaran, yang bergelung secara berlingkar seperti cangkerang siput.Membran ini mempunyai satu hujung yang lebih tebal daripada hujung lain yang nipis. Hujung nipis yang terdekat dengan rantaian tulang memberi respons kepada isyarat akustik yang berfrekuensi tinggi manakala hujung tebal memberi respons kepada isyarat akustik yang berfrekuensi rendah.
Kemudian, isyarat-isyarat akustik ini dibawa oleh saraf pendengaran ke otak untuk diproses dan difahami sebagai maklumat.Seperti yang dijelaskan, terdapat tiga bahagian telinga yang memainkan peranan untuk membawa gelombong bunyi dari luar ke otak penerimanya.
Berdasarkan huraian di atas, dapat disimpulkan bahawa telinga mempunyai tiga fungsi yang utama, iaitu
a. menerima rangsangan b. memindahkan rangsangan c. kadangkala menganalisis rangsangan yang diterima
c. Ciri-ciri Fizikal bunyi Penerimaan bunyi dalam fonetik auditori berasaskan tiga perkara, iaitu nada, kelantangan dan kualiti bunyi.
i. Nada Apabila kemampuan telinga terbukti, perbezaan nada antara dua bunyi semininum tiga pusiangan bagi satu saat jaraknya. Di sini dapat dikesan perbezaan penerimaan nada dan hubungannya dengan getaran pita suara atau frekuensi dasar bagi bunyi peridik dan getaran aperiodik bagi bunyi lain.
ii. Kelantangan
Kelantangan dikaitkan dengan kepadatan bunyi. Bahagian tengah telinga memainkan peranan penting dalam menangkap nada yang mempunyai kepadatan bunyi yang rendah. Nada yang paling tinggi dan rendah frekuensinya memerlukan faktor kepadatan bagi kita merasai perbezaannya.
iii. Kualiti
Bagi kualiti bunyi pula, hal ini dihubungkan dengan pola spektra dan gerakan pita suara yang menghasilkan spektra tersebut. Perbezaan saiz dan rupa bagi rongga vokal
Bab 10: Fonetik Akustik dan Fonetik Auditori
15
setiap individu, struktur pita suara, pengawalan pada getaran dan ciri pengaliran udara
semuanya memberi kesan kepada kualiti bunyi.
Rumusannya, fonetik auditori ialah cabang ilmu fonetik yang memberikan tumpuan terhadap
cara telinga dan otak menerima dan menginterpretasi ujaran manusia. Kedua-dua fonetik auditori
dan fonetik akustik merupakan cabang bidang fonetik yang amat penting dalam kajian dan
analisis terhadap bunyi dalam ilmu lingustik. Kedua-dua bidang tersebut saling melengkapi
dalam bidang fonetik, walaupun berbeza antara satu sama lain.
ISTILAH PENTING
fonetik auditori fonetik akustik fonetik peralatan
nada kelantangan kepanjangan
gelombang bunyi gelombang periodik gelombang aperiodik
aperiodik alihan aperiodik bersinambung spektogram
sinar katod fonetik pendengaran koklea
membran basilar
1. Berikan definisi anda tentang fonetik auditori.
2. Apakah fungsi telinga dalam fonetik auditori? Jelaskan.
3. Nyatakan tiga ciri fizikal fonetik auditori.
4. Tontonlah klip video yang menerangkan proses pendengaran oleh telinga.
http://www.youtube.com/watch?v=pCCcFDoyBxM
Bab 10: Fonetik Akustik dan Fonetik Auditori
16
1. Fonetik terbahagi kepada tiga cabang utama, iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori.
2. Fonetik akustik mengkaji sifat akustik gelombang suara, iaitu sifat fizikal bunyi melalui alat seperti spektograf.
3. Ciri-ciri fizikal fonetik akustik terdiri daripada nada, kelantangan, kepanjangan, gelombang bunyi, tempo, kelangsingan dan kitaran gelombang.
4. Alat-alat seperti mikrofon, alat perakam, pita rakaman, spektogram, osiloskop digunakan untuk menganalisis bunyi.
5. Fonetik auditori mengkaji persepsi bunyi tuturan, iaitu cara bunyi tersebut didengar dan difahami.
6. Telinga dan otak merupakan organ penting untuk menerima rangsangan dan menganalisis rangsangan tersebut.
7. Ciri-ciri fizikal fonetik auditori terdiri daripada nada, kelantangan, dan kualiti bunyi.
8. Fonetik akustik dan fonetik auditori saling melengkapi dalam bidang fonetik.
Bab 10: Fonetik Akustik dan Fonetik Auditori
17
Clayton, Valli. 2000.Linguistics of American Sign Language: An Introduction. 3rd Edition Gallaudet University United States of America
Finch, Geofrey. 2000. Linguistic Terms and Concepts. London: Macmillan Press Ltd
Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar. 2006. Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur: PTS Professional
Jackson, Howard. 2007. Key Terms in Linguistic. London: Continuum
Johnson, Keith. 2012. Acoustic and Auditory Phonetics 3rd Edition. Wiley-Blackwell
Kamus Linguistik. 1997. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Malmkjaer, Kristen. (Ed) 2004. The Linguistic Encyclopedia 2nd Edition London: Routledge
Nor Hashimah Jalaludin. 2007. Asas Fonetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Paitoon M. Chaiyanara. 2006. Pengenalan Fonetik dan Fonologi.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

No comments:

Post a Comment