Friday, August 30, 2013

Bab 5: Penyuaraan Dan Konsonan


Bab 5: Penyuaraan Dan Konsonan
1
Bab 5
Penyuaraan Dan Konsonan
Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat
a. Mengenal konsonan letupan, letusan, geseran, getaran, sisian dan separuh vokal dalam bahasa Melayu.
b. Memahami cara membunyikan konsonan-konsonan tersebut.
c. Membunyikan konsonan letupan, geseran, dan getaran dengan betul.
d. Memahami konsep bunyi hembusan yang terdapat dalam bahasa.
Garis latar modul
5.1. Pengenalan
5.2. Konsonan letupan
5.3. Konsonan letusan
5.4. Konsonan geseran
5.5. Konsonan getaran dan konsonan sisian
5.6. Konsonan separuh vokal
5.7. Bunyi konsonan hembusan
Ringkasan
Rujukan
Bab 5: Penyuaraan Dan Konsonan
2
Konsonan ialah satu lagi bunyi bahasa selain bunyi vokal yang terdapat dalam bahasa.Umumnya, bilangan konsonan didapati lebih banyak daripada vokal dalam bahasa.Hal ini juga bermakna terdapat banyak fonem konsonan berbanding dengan fonem vokal.Misalnya, terdapat 17 fonem konsonan berbanding dengan 14fonem vokal dalam bahasa Inggeris (Larry, H. Small,1999).Sementara itu, terdapat 18 fonem konsonan asli dan enam fonem vokal asli dalam bahasa Melayu (Abdullah Hassan, 2006).
Apakah itu konsonan? R.L. Trask (1999) menerangkan konsonan sebagai bunyi bahasa yang dihasilkan apabila aliran udara melalui saluran suara disekat secara signifikan.Semua bunyi bahasa dihasilkan dengan memanipulasikan saluran suara apabila udara mengalir melaluinya.Jika manipulasi tidak menghasilkan sebarang sekatan secara signifikan, hasil bunyi tersebut ialah vokal.Jika terdapat sekatan, bunyinya ialah konsonan (R.L.Trask).Konsonan ialah bunyi bahasa yang terhasil apabila bunyi yang dikeluarkan mengalami sekatan, sempitan ataupun geseran, sama ada di rongga mulut, tekak atau hidung.
Menurut P.H.Matthews (1997) pula kebanyakan konsonan merupakan bunyi yang disekat arus udara ketika dihasilkan sama ada di mulut, kerongkong atau larinks. Konsonan didapati dibunyikan lebih sempit di dalam saluran suara berbanding dengan bunyi geluncuran.Bunyi konsonan biasa berlaku di sekitar vokal untuk membentuk suku kata (M. Stanley Whitney, 2002).Dengan demikian, bunyi konsonan boleh terdiri daripada bunyi konsonan yang bersuara atau bunyi yang tidak bersuara.
Konsonan biasanya dihuraikan berdasarkan penyuaraan, tempat artikulasi dan cara artikulasi bunyi tersebut (Richard Ogden, 2009). Oleh itu, terdapat beberapa kriteria yang tertentu untuk menentukan bunyi konsonan.Umumnya, bunyi konsonan dapat dikategorikan berdasarkan perkara yang berikut:
a. bersuara atau tidak bersuara
b. tempat pengeluaran bunyi diberikan sekatan
c. cara aliran udara disekat
d. cara bunyi tersebut dihasilkan
Konsonan diklasifikasikan kepada beberapa jenis, bergantung kepada jenis sekatan yang dialami oleh bunyi tersebut.Misalnya, jika saluran udara tersekat sepenuhnya, dan kemudian sekatan udara tersebut dilepaskan serta-merta, bunyi konsonan letupan, seperti [p] atau [d] dihasilkan.Jika saluran suara tidak disekat sepenuhnya, dan terdapat sedikit pembukaan yang membolehkan udara dipaksa keluar, maka dihasilkan bunyi konsonan geseran.Apabila saluran suara disekat sepenuhnya dan lelangit lembut diturunkan ke bawah, udara pula keluar
5.1. Pengenalan
Bab 5: Penyuaraan Dan Konsonan
3
secara bebas untuk menghasilkan bunyi konsonan nasal atau sengau, seperti [m] atau [n] (R.L.Trask, 1999).
Seperti yang dijelaskan pada awal, terdapat dua jenis bunyi konsonan, iaitu bunyi konsonan bersuara dan tak bersuara dalam bahasa Melayu. Bunyi konsonan dalam bahasa Melayu didapati dihasilkan di enam daerah atau kawasan artikulasi. Antara daerah artikulasi tersebut termasuk bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut dan pita suara.
Rajah 5.1. Daerah sebutan konsonan dalam bahasa Melayu.
Terdapat dua kelompok konsonan dalam bahasa Melayu. Kelompok pertama ialah konsonan asli dan kelompok kedua merupakan konsonan pinjaman. Konsonan asli merupakan konsonan yang memang terdapat sistem bunyi bahasa Melayu sejak dahulu lagi. Bunyi-bunyi ini telah digunakan tanpa sebarang perubahan.Contoh konsonan asli adalah seperti /b/, /p/, /k/, /g/, /c/, /ŋ / dan /ʔ/.Bunyi-bunyi dihasilkan di beberapa daerah artikulasi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.1.Bunyi konsonan sengau pula dihasilkan apabila udara yang tersekat dalam rongga mulut keluar melalui rongga hidung.
Konsonan pinjaman ialah bunyi konsonan yang tidak berasal daripada bahasa Melayu, tetapi dipinjam daripada bahasa lain seperti bahasa Arab, Sanskrit dan Inggeris. Namun, kebanyakan konsonan pinjaman didapati terdiri daripada konsonan bahasa Arab.Contoh konsonan pinjaman adalah seperti /f/, /v/, /x/ dan /θ.
Bab 5: Penyuaraan Dan Konsonan
4
Rajah 5.2. Carta konsonan bahasa Melayu
Seperti yang dijelaskan pada awal, bunyi konsonan terhasil apabila sekatan berlaku pada
aliran udara pada kadar yang tertentu. Sekatan terhadap aliran udara menghasilkan beberapa
jenis konsonan.Antaranya termasuk konsonan letupan, letusan, geseran, getaran, sisian,
sengau dan separuh vokal.Bunyi konsonan ini dibahagikan berdasarkan daerah artikulasi
bunyi tersebut. Berikutnya, jenis-jenis konsonan tersebut akan dihuraikan.
1. Senaraikan konsonan asli bahasa Melayu dan konsonan pinjaman bahasa
Melayu.
2. Nyatakan empat kategori bunyi konsonan.
Bab 5: Penyuaraan Dan Konsonan
5
Apakah itu konsonan letupan?Bunyi letupan ialah hentian yang dilepaskan serta-merta dengan arus udara dari paru-paru, seperti [p] dalam kata [padu] dan [t] dalam [tidur].Lihat rajah di sebelah yang menunjukkan cara letupan berlaku.Terdapat beberapa konsonan letupan dalam bahasa Melayu. Antaranya termasuk konsonan letupan konsonan [p] dan [b], konsonan [d] dan [t], dan konsonan letupan pita suara [ʔ].
Konsonan letupan ialah bunyi konsonan seperti [p] dan [b] yang dihasilkan apabila udara disekat dan kemudian dilepaskan dengan cepat.Cara konsonan ini dihasilkan disebut sebagai letupan.Berikutnya, akan diterangkan beberapa jenis konsonan letupan yangdihasilkan dalam bahasa Melayu.
a. Letupan Dua Bibir Tidak Bersuara [p]
Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dihasilkan melalui proses seperti yang berikut:
 Dua bibir dirapatkan untuk menghalang sepenuhnya udara dari paru-paru yang keluar ke rongga mulut.
 Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak bagi menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Pita suara dibuka (direnggangkan).
 Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara tersekat sepenuhnya pada bibir, kemudian dilepaskan serta-merta.
 Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p]
Penghasilan Konsonan [p]
5.2. Konsonan letupan
Bab 5: Penyuaraan Dan Konsonan
6
[p] pasu[pasu] sopan [sopan] lembap [ləmbap]
pili [pili] sopan [sopan] hembap [həmbap]
b. Letupan Dua Bibir Bersuara [b]
Konsonan ini dihasilkan melalui proses seperti yang berikut:
 Dua bibir dirapatkan untuk menghalang sepenuhnya udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.
 Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
 Pita suara dirapatkan.
 Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut dan tersekat sepenuhnya seketika pada bibir mulut, kemudian udara dilepaskan dengan serta-merta.
 Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan dua bibir bersuara [b].
Penghasilan Konsonan [b]
[b] bila[bila] abu [abu] kebab [kəbab]
bapa[bapa] sabun [sabun] sebab [səbab]
c. Letupan Gusi Tidak Bersuara [t]
Konsonan letupan gusi tidak bersuara dihasilkan melalui proses seperti yang berikut:
 Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.
 Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
 Pita suara dibuka (direnggangkan).
Bab 5: Penyuaraan Dan Konsonan
7
 Udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut keluar tanpa menggetarkan pita suara, kemudian tersekat pada bahagian gusi. Udara kemudiannya dilepaskan dengan serta-merta.
 Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan letupan gusi tidak bersuara [t]
Penghasilan Konsonan [t]
[t] tali[tali] sate [satə] sakit [sakit]
titi [titi] satu [satu] pusat [pusat]
d. Letupan Gusi Bersuara [d]
Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini, proses yang berikut perlu berlaku:
 Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.
 Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
 Pita suara dirapatkan.
 Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut dan tersekat sepenuhnya pada gusi, kemudian udara tersebut dilepaskan dengan serta-merta.
 Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan dua bibir bersuara [d].
Penghasilan Konsonan [d]
Bab 5: Penyuaraan Dan Konsonan
8
[d] dadu[dadu] padu [padu] abad [abad]
dam [dam] sudah [sudah] had [had]
e. Letupan Lelangit Lembut Tidak Bersuara [k]
Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dihasilkan melalui proses seperti yang berikut:
 Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.
 Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan pada dinding tekak untuk menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
 Pita suara dibuka (direnggangkan).
 Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara tersekat pada bahagian lelangit lembut, kemudian dilepaskan dengan serta-merta.
 Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k]
Penghasilan Konsonan [k]
[k] kari[kari] sukar [sukar] kotak[kotaʔ]
kita [kita] sakit [sakit] politik [politik]
f. Letupan Lelangit Lembut Bersuara [g]
Bagi menghasilkan konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g], proses berikut perlu dilakukan:
 Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru.
 Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan kepada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
 Pita suara dirapatkan.
Bab 5: Penyuaraan Dan Konsonan
9
 Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut dan tersekat pada bahagian lelangit lembut. Udara tersebut kemudiannya dilepaskan dengan serta-merta.
 Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g]
Penghasilan Konsonan [g]
[g] gari[gari] segak [segaʔ] beg [bəg]
gam [gam] saga [saga] monolog [monolog]
g. Hentian Glotis [ʔ]
Untuk menghasilkan bunyi hentian glotis, proses berikut turut berlaku:
 Pita suara dirapatkan serapat-rapatnya.
 Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
 Udara dari paru-paru keluar dan tersekat dan terhenti pada bahagian glotis dan tidak dilepaskan.
 Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan hentian glotis [ʔ] yang terdapat dalam bahasa Melayu
Penghasilan Konsonan [ʔ]
Bab 5: Penyuaraan Dan Konsonan
10
[ʔ] otak[otaʔ] botak [botaʔ] budak [budaʔ]
rakyat [raʔyat] keadaan [keadaʔan] snek [sneʔ]
1. Apakah tiga kriteria untuk menentukan bunyi konsonan dalam bahasa
Melayu?
2. Nyatakan daerah artrikulasi bagi konsonan yang berikut:
a. letupan [p] ___________________
b. letupan [g] ___________________
c. glotal [ʔ] ________________________
3. Tonton klip video yang menerangkan cara membunyikan konsonan letupan.
http://www.youtube.com/watch?v=9aPl7b87NvA
4. Nyatakan perbezaan antara konsonan letupan [d] dan [t].
5. Mengapa bunyi di pita suara tidak disebut bunyi bersuara atau tidak
bersuara?
Bab 5: Penyuaraan Dan Konsonan
11
Bunyi afrikat atau letusan merupakan konsonan yang agak rumit kerana konsonan ini dihasilkan secara gabungan bunyi hentian dengan geseran, iaitu saluran suara disekat sepenuhnya dan dibuka beransur-ansur (Kamus Linguistik, 1997).Contonya, [č] dalam cepat dan [ǰ] dalam [jambu].Oleh hal yang demikian, afrikatif ialah konsonan yang mempunyai dua bunyi, iaitu artikulasi bunyi secara geseran dan hentian.Konsonan letusan dihasilkan dengan cara yang sama seperti konsonan letupan.Namun, letusan itu tertahan sedikit sebelum dilepaskan secara perlahan-lahan dan tidak dilepaskan serta merta seperti bunyi letupan.Oleh itu, bunyi tersebut dihasilkan secara meletus sahaja.Ada dua konsonan letusan dalam bahasa Melayu, iaitu letusan lelangit keras tak bersuara [č] dan yang bersuara [ǰ].Berikutnya, dibincangkan kedua-dua bunyi konsonan letusan tersebut.
a. Letusan Lelangit Keras-Gusi Tidak Bersuara [č]
Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini, proses yang berikut turut berlaku:
 Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras-gusi untuk membuat sekatan pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut.
 Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
 Pita suara dibuka (direnggangkan).
 Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara tersebut tersekat seketika pada bahagian lelangit keras-gusi, kemudian udara tersebut dilepaskan dengan perlahan (bukan dengan cepat atau dengan serta-merta).
Penghasilan Konsonan [č]
[č] cari[čari] suci [suči] sandwic [sandwič]
cam [čam] kacau [kačau] koc [koč]
5.3. Konsonan Letusan (Afrikat)
Bab 5: Penyuaraan Dan Konsonan
12
b. Letusan Lelangit Keras-Gusi Bersuara [ǰ]
Bunyi letusan lelangit keras-gusi dihasilkan melalui proses seperti yang berikut:
 Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras-gusi untuk membuat sekatan pada
arus udara dari paru-paru ke rongga mulut.
 Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan padadinding tekak untuk
menyekat udara daripada memasuki rongga hidung.
 Pita suara dirapatkan.
 Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita suara dan
tersekat pada daerah lelangit keras-gusi. Udara dilepaskan perlahan (bukan dilepaskan
dengan cepat atau serta merta).
 Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [ǰ]
Penghasilan Konsonan [ǰ]
[ǰ] jam[ǰam] meja [məǰa] kolej [koleǰ]
jasa [ǰasa] subjek [subǰek] surcaj [surcaǰ]
1. Terangkan cara penghasilan bunyi konsonan Letupan Dua Bibir Tidak
Bersuara [p].
2. Bulatkan perkataan yang bermula dengan konsonan letupan dua bibir tidak
bersuara.
3. Terangkan cara penghasilan bunyi konsonan Letupan Lelangit Lembut
Bersuara [g].
Bab 5: Penyuaraan Dan Konsonan
13
Apakah itu konsonan frikatif (geseran)?Bunyi frikatif ialah bunyi yang dihasilkan sebagai bunyi yang berterusan dengan mengeluarkan udara melalui saluran suara yang disekat sebahagiannya. Dengan demikian akan kedengaran bunyi geseran, sama ada yang bersuara atau tak bersuara. Contohnya termasuk [s] dalam kata saya, dan [z] dalam kata muzium (Kamus Linguistik, 1997).Terdapat beberapa bunyi konsonan frikatif dihasilkan dalam bahasa Melayu.Antaranya termasuk konsonan [s], [f], [z] dan [h].
a. Geseran Gusi Tidak Bersuara [s]
Untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara [s], proses yang
berikut turut berlaku:
 Daun lidah dinaikkan ke arah gusi untuk membuat sempitan.
 Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan pada dinding tekak bagi menyekat udara daripada keluar melalui rongga hidung.
 Pita suara dibuka (direnggangkan).
 Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan pada daerah gusi. Pita suara tidak digetarkan.
 Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi geseran gusi tidak bersuara [s]
Penghasilan Konsonan [s]
[s] suka[suka] besar [besar] asas [asas]
sama [sama] pasu [pasu] desus [dəsus]
b. Geseran Gusi Tidak Bersuara [z]
Untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara [z], proses yang
berikut turut berlaku:
 Untuk menghasilkan bunyi geseran gusi [z] pula, lidah dinaikkan dan hujung lidah menyentuh sedikit bahagian gusi.
5.4. Konsonan Geseran (Frikatif)
Bab 5: Penyuaraan Dan Konsonan
14
 Udara keluar melalui sempitan di antara daun lidah dan gusi.
 Lelangit lembut dinaikkan ke atas untuk menyekat udara dari rongga hidung.
 Pita suara pula digetarkan.
 Bunyi [z] dihasilkan.
Penghasilan Konsonan [z]
[z] zaman[zaman] lazat [lazat] lafaz [lafaz]
zat [zat] lazim [lazim] hafaz [hafaz]
c. Geseran Bibir-Gigi Tidak Bersuara [f]
Untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara [z], proses yang berikut turut berlaku:
 Bibir bawah dihampirkan pada gigi atas untuk membuat sempitan supaya udara keluar dengan menggeser melalui ruang yang sempit.
 Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
 Pita suara dibuka (direnggangkan).
 Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan pada daerah bibir-gigi. Pita suara tidak digetarkan.
 Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi geseran bibir-gigi tidak bersuara [f]
Penghasilan Konsonan [f]
Bab 5: Penyuaraan Dan Konsonan
15
d. Geseran lelangit lembut [χ]
Untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran lelangit lembut [χ] proses yang berikut berlaku:
 Belakang lidah diangkat rapat kepada lelangit lembut.
 Udara yang keluar dari paru-paru terdesak keluar melalui rongga mulut.Hal yang menyebabkan geseran berlaku.
 Konsonan geseran lelangit lembut tak bersuara [χ] dihasilkan apabila pita suara tidak digetarkan
Penghasilan Konsonan [χ]
khabar [χabar] tarikh [tariχ]
khianat [χianat] akhbar [aχbar]
e. Geseran lelangit lembut bersuara [ɣ]
Untuk menghasilkan bunyi konsonan Geseran lelangit lembut bersuara [ɣ], proses yang berikut berlaku:
 Belakang lidah diangkat rapat kepada lelangit lembut.
 Udara yang keluar dari paru-paru terdesak keluar melalui rongga mulut.Hal yang menyebabkan geseran berlaku.
 Konsonan geseran lelangit lembut tak bersuara [ɣ] dihasilkan apabila pita suara digetarkan.
Penghasilan Konsonan [ɣ]
Bab 5: Penyuaraan Dan Konsonan
16
ghaib [ɣaeb] loghat [lo ɣat] baligh [baliɣ]
masyghul [mašɣul] maghrib [maɣrib]
h. Geseran Glotis Bersuara [h]
Untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran glotis [h], proses yang berikut turut berlaku:
 Pita suara dibuka (direnggangkan) sedikit untuk membuat sempitan pada glotis.
 Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak bagi
menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui hidung.
 Udara keluar dengan menggeser melalui sempitan glotis. Pita suara digetarkan.
 Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan geseran glotis bersuara [h]
Penghasilan Konsonan [h]
[h] habis[habis] mahal [mahal] petah [pətah]
helo [həlo] sihat [sihat] suluh[suluh]
1. Tonton klip video yang menerangkan cara membunyikan konsonan /s/ dan /z/
http://www.youtube.com/watch?v=Z5iL_pu5CNs
2. Lukis gambar rajah yang menunjukkan penghasilan konsonan geseran lelangit
lembut.
3. Terangkan tentang konsonan frikatif.
Bab 5: Penyuaraan Dan Konsonan
17
Dalam bahasa Melayu terdapat satu bunyi getaran, iaitu bunyi [r].
i. Getaran Gusi Bersuara [r]
Bunyi getaran gusi bersuara [r] dihasilkan dengan cara yang berikut:
 Hujung lidah dikenakan pada gusi.
 Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
 Pita suara dirapatkan.
 Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan menggetarkan hujung lidah dan pita suara digetarkan.
 Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi getaran gusi bersuara [r]
Penghasilan Konsonan [r]
Contoh kehadiran konsonan getaran [r] dalam bahasa Melayu.
rasa [rasa] surai [surai] ular [ular]
rebut [rebut] surat [surat] sasar [sasar]
ii. Sisian Gusi Bersuara [l]
Konsonan sisian gusi bersuara [l] dihasilkan dengan cara:
 Hujung lidah dikenakan pada bahagian tengah gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.
 Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
 Pita suara dirapatkan.
 Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tetapi hanya dapat keluar melalui sisian atau tepian. Pita suara digetarkan.
 Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan sisian gusi bersuara [l]
5.5. Konsonan getaran dan Konsonan sisian
Bab 5: Penyuaraan Dan Konsonan
18
Penghasilan Konsonan [l]
Bunyi ini dberikan nama separuh vokal kerana bunyi vokal ini tidak dihasilkan dalam
keadaan yang sempurna. Bunyi ini tidak dapat dimasukkan ke dalam golongan vokal kerana
ketika bunyi ini dilafazkan berlaku sekatan kepada aliran udara. Semasa pengucapannya,
kedudukan lidah sama seperti ketika melafazkan bunyi vokal tetapi keadaan ini berlaku
separuh jalan sahaja. Kedudukan lidah berubah selepas itu.
Ada dua bunyi separuh vokal dalam bahasa Melayu, iaitu separuh vokal dua bibir [w] dan
separuh vokal lelangit keras [y].Keadaan bibir dibundarkan semasa melafazkan [w] manakala
keadaan bibir dihamparkan ketika dihasilkan separuh vokal [y].
iii. Separuh Vokal Dua Bibir Bersuara [w]
Bunyi separuh vokal dua bibir bersuara [w] ini dihasilkan dengan cara:
 Bibir dibundarkan.
1. Terangkan cara penghasilan bunyi konsonan Getaran Gusi Bersuara [r].
2. Terangkan cara penghasilan bunyi konsonan Sisian Gusi Bersuara [l].
5.6. Konsonan Separuh Vokal
Bab 5: Penyuaraan Dan Konsonan
19
 Belakang lidah diangkat ke arah lelangit lembut tetapi tidak menyentuh lelangit lembut (sama seperti kedudukan lidah untuk membunyikan vokal belakang [u]).
 Pita suara dirapatkan.
 Udara keluar dari paru-paru ke rongga mulut menggetarkan pita suara.
Penghasilan Konsonan [w]
wayang [wayaŋ] kawan [kawan] pulau [pulaw]
wau [wau] sawan [sawan]
iv. Separuh Vokal Lelangit Keras Bersuara [j]
Bagi menghasilkan bunyi konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [j],
proses yang berikut turut berlaku:
 Depan lidah dinaikkan ke arah gusi seperti hendak menghasilkan bunyi vokal [i], kemudian semasa menghasilkan bunyi itu, kedudukan lidah berubah dengan pantas ke kedudukan vokal tengah [ə].
 Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.
 Pita suara dirapatkan.
 Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan menggetarkan pita suara. Semasa menghasilkan bunyi vokal [i], kedudukan lidah berubah dengan pantas ke kedudukan vokal tengah [ə].
 Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan separuh vokal [j]
Penghasilan Konsonan [j]
Bab 5: Penyuaraan Dan Konsonan
20
Jangan [ǰaŋan] , jolok [ǰoloʔ], janggut [ǰaŋgut]
Tajam [taǰam], Terjun [tərǰun], bujang [buǰaŋ]
Dalam bahasa, terdapat beberapa konsonan tak bersuara yang dibunyikan
oleh penutur bahasa berkenaan secara hembusan (aspirated).Misalnya,
perkataan pin dibunyikan dengan hembusan, iaitukedengaran bunyi seperti
[h] selepas fonem [p] dalam [phin] dalam bahasa Inggeris.
Apakah itu bunyi aspirat (hembusan)?Bunyi aspirat ialah artikulasi bunyi
konsonan hentian dengan sedikit hembusan udara (Kamus Linguistik,
1997).Contohnya, [ph] dalam [phat] pat.Bunyi hembusan biasanya
ditandakan secara fonetik dengan tanda diakratik[h].Perbezaan bunyi hanya dapat dikenal
pasti dalam transkripsi fonetik.
5.7. BUNYI KONSONAN HEMBUSAN (ASPIRAT)
1. Terangkan cara penghasilan bunyi konsonan Letusan Lelangit Keras-Gusi
Bersuara [ǰ].
2. Bulatkan perkataan yang bermula dengan konsonan letusan lelangit keras
bersuara.
Jala cukai jambu capal juta celah kipas cuci
Bab 5: Penyuaraan Dan Konsonan
21
Hembusan ini lazimnya berlaku dalam letupan fortis [p t k], iaitu konsonan letusan tak bersuara pada pangkal suku kata yang diberi tekanan, seperti perkataan Inggeris pie, tie, dan kye.Justeru, hembusan udara berlaku selepas fonem /p/ pada awal perkataan. Ada kala hembusan berlaku juga pada tengah perkataan seperti dalam repay [rɪˈpheɪ] dan pada akhir perkataan seperti leap [liph] dan right [raith] dalam bahasa Inggeris.
Dalam hal ini, ahli fonetik berpendapat bahawa bunyi hembusan dihasilkan kerana penghamparan pita suara. Ada juga ahli fonetik berpandangan bahawa bunyi hembusan terhasil kerana kelewatan pembunyian awal selepas hentian tak bersuara dilepaskan, seperti dalam perkataan Inggeris pie[phaɪ] atau tie [thaɪ]. Contohnya, kata tie mengalami hembusan manakala kata die tidak mengalami hembusan.Lihat Rajah 6.14 yang menunjukkan perbezaan pembunyian antara perkataan tiedan die.
Rajah 6.14 Bentuk gelombang (waveform) perkataan tiedan die
tidak ada hembusan
hembusan
Dipetik daripada Peter Ladefoged, A Course in Phonetics, 2006
Seperti yang dipaparkan dalam Rajah bentuk gelombang 6.14, terdapat hembusan (aspiration) pada perkataan tie[thaɪ] berbanding dengan perkataan die[dʌɪ]yang tidak mengalami hembusan.
Rumusannya, bunyi hembusan merupakan salah satu ciri bunyi konsonan dalam bahasa-bahasa yang tertentu, seperti Inggeris, termasuk dalam loghat bahasa Inggeris.Namun, ciri ini, iaitu bunyi hembusan tidak terdapat dalam bahasa Melayu kerana tidak dihasilkan dalam bahasa Melayu.
Bab 5: Penyuaraan Dan Konsonan
22
 Konsonan ialah satu lagi bunyi bahasa selain bunyi vokal yang terdapat dalam bahasa.
 Terdapat 18 fonem konsonan asli dan enam fonem vokal asli dalam bahasa Melayu.
 Terdapat dua jenis bunyi konsonan, iaitu bunyi konsonan bersuara dan tak bersuara
dalam bahasa Melayu.
 Konsonan pinjaman ialah bunyi konsonan yang tidak berasal daripada bahasa Melayu,
tetapi dipinjam daripada bahasa lain seperti bahasa Arab, Sanskrit dan Inggeris.
 Bunyi konsonan terhasil apabila sekatan berlaku pada aliran udara pada kadar yang
tertentu.
 Sekatan terhadap aliran udara menghasilkan beberapa jenis konsonan seperti
konsonan letupan, letusan, geseran, getaran, sisian, sengau dan separuh vokal
Abdullah Hassan. 2006. Linguistik Am. Kuala Lumpur: PTS Professional
Beverley Collins & Inger M. Mees. 2009. Practical Phonetics and Phonology: A resource
book for students. 2nd Edition. Oxon:Routledge
Henning Reatz &Allard Jongman. 2009. Phonetics: Transcription, Production, Acoustics
and Perception Wiley Blackwell.
Indrawati Zahid dan Mardian Shah Omar. 2006. Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur: PTS
Professional
1. Jelaskan maksud bunyi aspirat (hembusan).
2. Nyatakan pendapat ahli fonetik tentang bunyi aspirat.
a. Tonton klip video yang menerangkan cara membunyikan aspirat
http://www.youtube.com/watch?v=LIZsyjgxtZI
Bab 5: Penyuaraan Dan Konsonan
23
Kamus Linguistik. 1997. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Ladefoged, Peter. 2006. A Course in Phonetics. Thomson Wadsworth: Boston
Larry H. Small. 1999. Phonetics: A Practical Guide to Students. Allyn & Bacon
Nor Hashimah Jalaluddin.2007. Asas Fonetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Paitoon M. Chaiyanara. 2006. Pengenalan Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Peter Roach. 2009. English Phonetics and Phonology. 4th Edition Cambridge: Cambridge University Press

No comments:

Post a Comment